August 11, 2020
August 10, 2020
KURANG
PERHATIAN
(Fikrah
Bangi: 629),
BBB: 20 Zulhijjah 1441H. = 10 Ogos 2020M. (Isnin).
Dalam
kehidupan kita dibiasakan oleh kebiasaan. Oleh kebiasaan ini kita tidak terfikir dan tidak nampak banyak kemungkinan
yang lebih baik dapat dilakukan, lantaran itu kita berterusan dengan norma
biasa yang kita amalkan. Misalnya seorang petani yang bekerja di sawah berterusan
bekerja di sawahnya secara membajak dengan
menggunakan tenaga kerbau. Hasil yang dituai adalah sekali setahun.. Pada hal
jika kesedaran ada dengan menggunakan
trektor pembajak, kerja dapat dilakukan dengan segera dan tanaman dapat
dilakukan tiga kali setahun dengan menggunakan beniih yang baik dan hasil
berganda, tanpa menggunakan tenaga empat kerat dan kerbau.
Pada
permulaan kemerdekaan, budaya hidup masyarakat sebahagiannya berterusan dan
tidak mengalami perubahan..
Masyarakat
sebeluim merdeka dan kehidupan terbahagi kepada tiga komponan penting, iaitu orang Melayu tinggal
di luar bandar dan hdup secara bersawah dan hasil tanam-tanaman di kampung, orang India hidup di
ladang dan bekerja sebagai penoreh getah bagi syarikat-syarikat yang mempunyai
estet-estet yang besar, manakala orang Cina berada di bandar sebagai peniaga,
antaranya bekerja di lombong dengan pendapatan yang lebih baik.
Budaya
kehidupan masyarakat pada masa sebelum merdeka berterusan dan pola
kelainan dan identiti berkenaan
berterusan.. Keadaan sedemikian tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada
pemerintah, kerana mereka juga diorientasi dengan pandangan dan nilai yang
sama, sehingga tidak timbul usaha bagi memperbetul dan menyusun struktur
masyarakat hingga dapat menghilang atau mengurangkan pola-pola yang membedakan masyarakat.. Atau lebih
khusus mengurangkan perbezaan antara yang kaya yang biasanya di bandar dengan
yang miskin yang tinggal di luar bandar dan estet-estet.
Lantaran
diulik budaya tradisi ini, Tunku Abdul Rahman dilihat kurang perhatian terhadap
aspek ekonomi dan perbezaan kehidupan antara kaum. Ada kesedaran timbul dari
kalangan pemimpin semasa bahkan dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Misalnya Aziz Ishak yang menjadi Menteri Pertanian
pernah mencadangkan agar dirubah kaedah pertanian kepada yang lebih moden,
tetapi Aziz Ishak terkeuar dari kabinet dengan idea radikalnya.
Keadaan
yang berterusan menimbulkan keresahan di kalangan setengah masyarakat, terutama
dari pimpinan yang agak celik seperti Dato` Harun Idris yang memimpin Pemuda
Umno. Akibatnya beliau juga menghadapi masalah di dalam kareer politiknya. Pada
masa yang sama ada timbul parti=parti kiri yang lantang seperti Parti Rakyat
dan Sosia;is, tetapi tidak mampu menganjurkan perubahan, bahkan dipandang
serong.
Dapatlah
dikatakan era selepas merdeka dan hingga
akhir 1960an, Parti Perikatan yang
terdiri dari Umno, MCA dan MIC adalah parti yang dominan menguasai politik
tanahair, manakala Pas lebih berorientasikan agama dan kelihatan amat sukar
digugat.
Kesedaran
dan perubahan yang dapat dilakukan banyak bergantung kepada kesedaran
pelajaran.
Sebagaimana
pola ekonomi, demikian juga berlaku di dalam bidang pelajaran. Masalah yang
berlaku di dalam bidang ekonomi juga berlaku di dalam bidang pelajaran.
Akan
dibicarakan selanjutnya – Insya Allah.
Sekian.
August 9, 2020
KEGIATAN
KEISLAMAN ZAMAN TUNKU
(Fikrah
Bangi: 629),
BBB: 19 Zulhijjah 1441H. = 09 Ogos 2020M. (Ahad).
Satu bidang yang dapat ditonjolkan padsa zaman
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ialah kegiatan keislaman. Antara idea asal
yang dicetuskan oleh Tunku mulai 1960an ialah Musabaqal al-Qur`an. Pertandingan
tilawah al-Qur`an bermula dari peringkat nasional dan mendapat sambutan
peserta-peserta yang mewakili negeri yang disaring bermula dari peringkat
daerah-daerah di negeri-negeri Kemudian
dikembangkan kepada peringkat antarabangsa. Biasanya peringkat antarabangsa ini
tidak lebih baik dari peringkat nasional, kerana sering johan pada peringkat nasional
dapat memenangi sebagai johan pada peringkat antarabangsa,. Hasil pertandingan
ini melahirkan qari dan qariah terkenal seperti Haji Ahmad Pergau, Ismail
Hashim, Faridah Mohd Saman, Rugayah Sulong, Hajah Rahmah dan ramai lagi. Johan
antarabangsa turut dimenangi seperti wakil dari Indonesiam Thailand, Iran,
Mesir dan sebagainya.. Musabaqah ini terus popular dan berterusan hingga kini
yang sudah melebihi 60 kali.
Hasil
dari pertandingan ini menjadikan
pengajian Qur`an di negara ini terus popular. Lahirnya berbagai tahfiz, Kini bersama
pengajian al-Qur`an diadakah pertandingan hafaz al-Qur`an.. Bersama musabaqah al-Qur`an
dan tahfiz berkembang sama ialah pengajian di dalam berbagai bidang keislaman.
Pengajian terhadap al-Qur`an ini dipelajari pada peringkat pra-persekolahan, di
sekolah dan pengajian-pengajian timggi. Dengan yang demikian menyemarakkan
perkembangan keislaman.
Satu
kegiatan yang berlaku pada zaman Tunku, ialah dakwah keislaman.. Pada zaman
Tunku dan Tun Mustafa dari Sabah berlaku kegiatan dakwah di kalangan pemimpin
yan tidak berlaku hingga kini. Lantaran itu kita dapati beberapa tokoh penting
pada zamannya masuk Islam seperti Omar
Yoke Lim dan isteri, Tahir Tan, Tun Fuad Stephen dari Sabah dan beberapa yang
lain.
Pada
zaman Tunku tertubuhnya PERKIM – Persatuan Kebajikan Islam berfungsi sebagai
Pusat Dakwah dan sebuah bangunan hasil dari sumbangan Presiden Muammar Ghadafi
Presiden Libya didirikan di Kuala Lumnpur dan pusat ini masih berfungsi hingga
kini. Hasil dari kegiatan dakwah oleh Tunku,ramai mereka yang menganut agama
Islam. Sabah misalnya dulu dikenali negeri yang didominasi oleh Kristian, kini
lebih meninjo; dengan Islam.
Dakwah
yang diasas oleh Tunku berkembang dan melahirkan Yayasan Dakwah Islamiyah
(Yadim), Institut Kajian Islam (IKIM) dan pengajian dakwah pada berbagai
peringkat hingga ke universiti-universiti.
Selain
dari memberi perhatian kepada bidang
dakwah, Tunku juga memberi perhatian kepada pembinaan masjid. Masjid Negara
yang seni binanya bersifat tempatan adalah didirikan pada zaman Tunku sebagai
Perdana Menteri Malaysia. Tunku juga banyak memberi peruntukan bagi membina
masjid di berbagai negeri dan daerah. Ada satu yang agak kontroversi padsa
zaman itu, peruntukan bagi membina masjid ini antaranya dari wang Loteri
Kebajikan Masyarakat. Akibatnya peruntukan ini ditolak oleh sebahagian tempat
dan ada masjid yang didirikan dari wang loteri ini enggan digunakan dan
setengahnya terbiar.
Pada
zaman Tunku, mereka yang menunaikan haji masih menggunakan kapal laut dan
berikutnya ditubuhkan Lembaga Tabung Haji atas cadangan Prof. Ungku Aziz dari
Universiti Malaya . Tempat bertolak ke Makah ialah sama ada dari Pulau Pinang
atau Pelabuhan Kelang. Walau bagaimana kebajikan jama`ah Haji telah
dibincangkan antaranya melalui Organisation of Islamic Countries (OIC) yang
diasaskan oleh Tunku dan perkhidmatan haji mengalami proses pembaikan.
Antaranbya mula menggunakan perkhidmaan udara.
Pada
zaman Tunku Abdul Rahman menonjol kegiatan keislaman terutama dari segi dakwah
dan tilawah al-Qur`an yang kesannya hingga kini.
Sekian.
August 7, 2020
KERJASAMA
SERANTAU DAN ANTARABANGSA
(Fikrah
Bangi: 628),
BBB: 17 Zulhijjah 1441H. = 07 Ogos 2020M.
(Juma`at).
Sebagai
sebuah negara merdeka Malaysia mempunyai polisi dan dasar luarnya sendiri
berdasarkan kepentingan negara. Prioriti yang diutamakan ialah bekerjasama dengan jiran terdekat. Malaysia tidak
mempuntai masalah bekerjasam dengan jiran terdekatnya iaitu Singapura dan
Brunei. Kedua-dua negara mempunyai kepentingan ekonomi dan keselamatan dan
terus bekerjasama hingga kini.
Sebagai
sebuah negara bekas jajahan British, pada peringkat permulaan Malaysia banyak
memberi perhatian kepada negara-negara di dalam Komanwel British. Tunku Abdul Rahman memberi perhatian yang
tinggi menentang dasar apartheid yang diamalkan
penduduk kulit putih terhadap penduduk asal ku;it jitam di Afrika Selatan.
Perjuangan Tunku dapat dikatakan berjaya, apabila pemimpin setempat, iaitu
Mandela dapat membebaskan Afrika Selatan dari dasar apartheid dan merdeka.
Selepas
tamatnya konfrantasi Indonesia terhadap
Malaysia dan tekanan Filipina terhadap Malaysia berhubung dengan tuntutan Filipina terhadap isu Sabah, hubungan biasa
terjalin dengan Indonesia dan Filipina, tetapi tidak wujud kerjasama istimewa
antara negara-negara serumpun. Kerjasama
dengan Indonesia berlaku di dalam bidang bahasa, pendidikan dan ekonomi, tetapi tidak menonjol dengan
Filipuna di dalam bidang keselamatan,
terutama berhubung dengan ancaman lanun terhadap kedua negara.
Dasar Luar Malaysia dilihat pragmatik dan lebih
bebas apabila Malaysia bersama-sama
beberapa negara Asia tenggara menubuhkan Association of Souteast Asia (ASA)
yang terdiri dari negara-negara Thailand, Singapura, Philipine, Brunei dan
Indonesia, tetapi ASA kemudian dibesarkan dan ditukarkan kepada Asean, termasuk
di bawahnya Kemboja, Lous dan Vietnam Asean adalah kerjasama negara-negara tersebut di dalam
bjdang ekonomi, perdagangan, sukan,
pelancongan, bahkan keselamatan. Misalnya Asean sepakat menolak tuntutan China terhadap
lautan selatan China yang melibatkan keselamatan
dan kepentingan Asean. Pimpinan negara Asean digilirkan dari sebuah negara
kepada negara yang lain di dalam Asean..
Kerjasama Asean adalah kerjasama yang mantap dan kerjasama ini terus diperbaiki
dan dipertingkatkan.
Sebuah
kerjama sejak zaman Tunku, ialah kerjasama antara negara-negara di perlembangan
Pasifik yang terdiri dari negara-negara Asean di atas dan negara seperti
Australia, New Zealand dan Jepun. Apec
(Association of Pacific Economy Countries) amat menekankan dari segi ekonomi
dan sering bersidang dari negara ke negara.
Sebuah
lagi kerjasama yang dicadabgkan
oleh Tunku ialah Organisation of Islamic
Countries (OIC).
Kesatuan
ini adalah terdiri dari negara-negara Islam seluruh dunia termasuklah Pakistan,
Arab Saudi, Mesir, Turki dan lain-lain. OIC menumpukan kerjasama di dalam
bidang pelajaran, ekonomi dan pelancongan. Kepimpinan digilirkan dari negara ke
negara. Antara hasilnya ialah penubujan universiti Islam seperti di Malaysia,
Pakistan dan sebagainya. Promosi pelamcongan masih berjalan dengan baik dan
kerjasamna di dalam bidang ekonomi terus berjalan. Walau bagaimana keaktifan
OIC bergantung pada kepimpinan yang digilirkan, tetapi OIC semakin kurang aktif
dan kegiatannya makin kurang kedengaran.
Malaysia
terus aktif dalam hubungan luar dan di dalam orgamisasi seperti Asean, Apec dan
OIC.. Diharap Malaysia terus aktif di dalam berbagai organisasi yang memberi
faedah bagi kepentingan negara dan hubungan antarabangsa.
Sekian.