May 24, 2009

IKTIBAR DARI PEMILU INDONESIA


Pencapaian Partai Keadilah Sejahtera (PKS) rakan kembar PAS di Indonesia pada Pemilu (pilihan raya umum) 2009 kurang memberansangkan berbanding sebelum ini. Beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi oleh PKS kini ditakluki semula oleh Partai Demokrat

PKS begitulah menyerlah sebelum ini terutama semasa tsunami di Acheh dimana mereka sentiasa dihadapan dalam menangani permasalahan rakyat. Gerak kerja turun padang bersama rakyat begitu teratur dan begitu menjiwai nurani rakyat. Kegagalan ini mengikut catatan dari Ibnu Hashim berpunca dari suara rakyat .

"Pada kami walaupun partinya baik, Islamik, tetapi bila servis kepada rakyat kurang memuaskan, rakyat tolak!! Kerana bukan semua rakyat faham Islam, dan memang Islam menyuruh pemerintah melalui wakilnya membela rakyat miskin tertindas, juga tidak punya...."

Rakyat tidak perlu pada gagasan yang besar sehingga objektifnya sendiri rakyat tidak begitu memahami. Rakyat cuma memerlukan sedikit perhatian dari wakil yang dipilih mereka. Bertanyakan khabar dan rasa hati yang menunjukkan kita sentiasa bersama mereka. Sebagaima kita cuba memahami perasaan rakyat mereka juga lambat laun akan memahami permasalahan kita. Untuk itu kita perlu lebih kerap turun padang menemui rakyat dan ‘kita’ disini bukan sahaja ADUN malah segenap jentera yang memperjuangkan kerajaan Pakatan Rakyat.,

May 23, 2009

UMNO DITALKIN OLEH ORANG UMNO SENDIRI?

Gelombang tsunami politik semakin melebar ke Sabah/Sarawak. UMNO Semporna, Sabah dibawah pimpinan Naib Presidennya yang baru Dato' Shafie Afdal mula goyah dan bakal berkubur setelah ditalkinkan.

KEBAKARAN DI PEKAN BANGI



Program Latihan Kebakaran dan Menyelamat

Tempat: Kampung Baru Cina, Pekan Bangi

Anjuran: Jawatankuasa Kemajuan Kawasan Bangi (JKKB)

Kerjasama: Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi.



May 22, 2009

Tasbih Alam


--> -->
(Bertasbih kepada Nya segala yang ada di Langit dan Bumi – Al-Hashr: 24)

Di syahdu malam
Di atas sejadah alam
Hening turun menyelubungi
Ruang menakjubkan ini
Lalu dalam asyik
Tunduk bukit khusyuk meratib
Bergerak jari-jari membilangi
Pasir di pantai ombak lafaz terungkai
Kemudian tafakur memanjang
Mendalam laut renungan
Meninggi langit kerohanian
Terpusat diri pada Ilahi
Fana alam dalam lintasan
Abadi Tuhan dalam kewujudan
Halusnya bayu mengharu kalbu
Mengarak awan menipis
Sayu menghiris
Hangat menitis
Demikian mesra alam dengan bahasanya
Selamanya bertasbih pada Yang Esa.


-->
Shafie Abu Bakar,
Port Dickson,
24 Mei 1989.

May 21, 2009

SUKARELAWAN PENDIDIK

One Malaysia, Memartarabatkan Negara?





Pada 17 Mei 2009 (Ahad) yang lalu telah diadakan satu program wacana berbentuk santai yang diadakan di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, Selangor. Program yang merupakan anjuran bersama Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, MPP Zon 23 MPKJ dan NGO-NGO & Surau-Surau Bandar Baru Bangi ini membariskan panelis-panelis yang tidak asing lagi iaitu YB Khalid Samad (MP Shah Alam), YB Sivarasa Rasiah (MP Subang), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya) dan Fadhlur Rahimi Ahmad Bustami daripada Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) sebagai moderator.


One Malaysia, Memartarabatkan Negara(Baca Lagi)

SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA DI BANGI





Buat julung kalinya masyarakat India di Bangi berpeluang mengadakan perayaan sambutan tahun baru India di Bangi. Sambutan telah diadakan di Pekan Bangi dianjurkan oleh Portfolio Kebajikan Mini Kabinet Bangi dengan kerjasama JKKB dan Kelab Penyokong PAS Bangi. Sambutan dimulakan pada sebelah pagi dengan pertandingan mewarna, pertandingan menghias ‘kolaam’ dan pertandingan yang berjaya menarik perhatian orang ramai iaitu pertandingan memanjat tiang licin.

Kemuncak sambutan ialah pada malamnya bila diadakan jamuan makan malam dan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama juga diadakan majlis pemberian bantuan beras, susu, gula dan sedikit wang tunai kepada 30 orang kurang kemampuan terdiri dari orang India, Melayu dan Cina.

Dalam ucapan perasmian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata ,” Perayaan yang julung kali diadakan ini wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Selain orang India, orang Melayu dan Cina juga wajar digalakkan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan ini. Kita harus mengambil peluang ini untuk memahami kebudayaan orang India dan dengan pengetahuan yang ada menimbulkan semangat saling menghormati antara satu sama lain.”

Turut hadir dalam program sambutan tahun baru India ialah ahli parlimen Serdang, Cik Teo Nie Chee.