March 17, 2017

INGATAN DARI ABU BAKAR AL-DUQQI


BBB,  17 Jamadil-Akhir 1438H. = 16 Mac 2017M. (Khamis):
Abu Bakr al-Duqqi, ialah Abu Bakar, Muhammad bin Da`wud al-Dinuri, yang terkenal dengan panggilan `Al-Duqqi`. Beliau tinggal di Sham. Berumur lanjut, melebihi 100 tahun dan beliau meninggal selepas (m. 350H.). 
Al-Duqqi  adalah teman Abu `Ali al-Rudzbari, tetapi sebagaimana disebutkan beliau berumur lebih lanjat. Dia juga bersahabat dengan Abu Bakar al-Zaqqaq al-Kabir, Abu Bakr al-Misri  dan Abu `Abdullah bin al-Jala`  dan beliau cenderung kepadanya  (Abu `Abdullah). Dia adalah shaykh tertinggi dan terkehadapan pada zamannya dan teristimewa dari segi hal.
Antara riwayat tentangnya:
Berkata Abu Bakar al-Duqqi, Perut adal;ah tempat berhimpun segala makanan, apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang halal, keluarlah dari anggota-anggota amalan yang salih, dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang shubhah, engkau keliru jalan terhadap Allah dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang dilarang (haram), maka adalah antara engkau dan Allah adalah hijab.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin Da`wud al-Duqqi dan dia adalah disoal perbezaan  di antara faqr dan tasawuf. Maka katanya, ``Al-Faqr ialah hal daripada ahwal tasawuf. Maka dikatakan baginya, ``Apa alamat sufi ?`` Maka katanya dia selalu risau bagi tiap-tiap perlakuan yang lebih baik baginya daripada yang lainnya dan adalah dia terpelihara daripada perkara-perkara yang keji.``
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata,
``Alamat mendekati (Allah) ialah terputus hubungan daripada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Berapa daripada kegembiraan yang gembiranya mendatangkan bala kepadanya, dan berapa daripada dukacita yang dukacitanya memberi kejayaan baginya.``
Katanya, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Faqir itu ialah yang tiada sebab dari segi zahirnya dan tidak menuntut sebab daripada batinnya.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Quqqi berkata,
``Siapa yang mengenal Tuhannya, tidak terputus  harapnya (kepada Tuhannya), dan siapa yang mengenal dirinya dia tidak `ujub dengan amalannya. Dan siapa mengenal Allah `Dia datang` kepadaNya.`` Tambahnya,
``Siapa melupai Allah dia berlindung kepada makhluk. Dan orang mu`min itu tidak lupa sehinggalah dia lalai. Dan apabila dia berfikir dia duka dan beristighfar.``
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi, berkata,
``Kalam Allah Ta`ala, apabila dinyatakan di atas ruang permukaan, menghilangkan  yang lain dan  perhatian hanya terhadapnya.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, disoal Al-Quqqi tentang keburukan adab para fuqara` bersama Allah dari segi ahwal mereka. Maka katanya,
``Demikian dengan langkah-langkah mereka  berubah dari pencapaian hakikat ilmu kepada sifat zahir ilmu.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi  berkata,
``Adapun hati yang bersih tiada padanya  perkara-perkara yang mengaibkan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata, ``Sesungguhnya hati yang bersih daripada keaiban diperkukuhkan dengan datang kepadanya perkara-perkara mengaibkan.``
Katanya, dan aku mendengar Ab Bakr al-Duqqi berkata,
``Ikhlas ialah kemurnian pada zahir insan dan batinnya, pada diam, dan geraknya bersih kerana Allah. Tidak digerakkan oleh kepentingan diri, dan tidak oleh hawa nafsu, dan tidak kerana makhluk dan tidak lahir dari dirinya sifat tamak.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Allah Ta`ala menjadikan makhluk keseluruhannya dinamik (bergerak). Mereka  meneroka di muka bumi. Dan antara kehidupan daripada mereka itu ahli ma`rifat.
Makhluk dinamik  kerana ada sebab-sebab (contoh bekerja bagi mencari rezeki Allah bagi kelangsungan penghiupan).
Ahli ma`rifat menghidupkan kehidupan dengan maklumat mereka (ma`ruf mereka).
Tidak ada kehidupan secara hakikat, melainkan bagi mereka yang berilmu (berma`rifat) tiada yang lain.
Demikian ingatan daripada Abu Bakar Al-Duqqi yang dapat dijadikan panduan.

Sekian.

March 16, 2017

UNGKAPAN DARI ABU AL-`ABBAS AL-SAYYARI


BBB, 15 Jamadil Akhir 1438H. = 15 Mac 2017M. (Rabu):
Abu al-`Abbas  al-Sayyari, nama legkapnya ialah AL-Qasim bin al-Qasim bin Mahdi bin Bik Ahmad bin Sayyar. Dia adalah dari Marwi dan menjadi shaykh di sana. Dia adalah orang yang mula bercakap di kalangan mereka daripada ahli negeri tentang hakikat ahwal. Dia bersahabat dengan Aba Bakr, Muhammad bin Musa al-Farghani  al-Wasit*i dan kepadanya ia cenderung berhubung dengan keilmuan bagi golongan ini. Dia disifatkan seorang shaykh yang petah bercakap pada waktunya. Dia bercakap tentang ilmu tauhid menurut Sunnah. Dia juga alim dan mendalam dalam bidang fiqh. Dia juga banyak menulis (menyalin) Hadith dan meriwayatkannya. Dia meninggal tahun (m. 342H.).
Beliau mempunyai sanad Hadith yang beliau menjadi antara perawinya:
Mengkhabarkan kami `Abdul Wahid bin `Ali al-Sayyari berkata, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas, al-Qasim bin al-Qasim, al-Sayyari, bercakap kepada kami Abu al-Muwajjah, Muhammad bin `Amrin bin Al-Muwajjah, mengkhabarkan kami `Abdullah bin  `Uthman, berkata, aku membaca kepada Abi Hamzah daripada al-A`mash, daripada Abi Salih, daripada Abi Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Sebaik-baik percakapan empat perkara, dia tidak memudharatkan engkau dengan mana satu engkau mulakan. Subhana Allah, wa al-hamduli Allah, La ilaha illa Allah dan Allahu akbar.``
Disoal Abu al-`Abbas al-Sayyari, ``Dengan apakah yang dapat memperbaiki murid dirinya, maka katanya dengan bersabar dengan melakukan segala suruhan dan menjauhi segala larangan, dan bersahabat dengan orang-orang salih dan berkhidmat kepada para fuqara`. Dan dia berkata, bukanlah lazat yang berakal  dengan mushahadah al-haqq semata-mata, kerana mushahadah al-haqq fana, lantaran itu tiada padanya lazat.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin `Ali al-Sayyari, aku mendengar bapa saudaraku (sebelah ibu) Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``Bagaimana jalan untuk meninggalkan (menghapuskan)  dosa yang berlaku ke atas engkau, yang telah tercatat pada al-lauh al-mahfuz* atau untuk menyisihkan qadha`yang terikat kepada hamba ?``
Kkatanya, aku mendengar pada satu hari, dikatakan kepadanya, bagaimana murid dapat melawaskan dirinya ? Bagaimana caranya ? Maka dengan sabar dengan segala suruhan, menjauhi larangan, bersahabat dengan para salihin, berkhidmat kepada rufaqa`, duduk bersama para fuqara` dan seseorang itu ialah bagaimana dia meletakkan dirinya.. Kemudian dia bertamthil  dan berouisi sebagaimana katanya:
Aku sabar di atas kelazatan hingga hilang
Aku melazimkan diriku hijrah meninggalkan
Tidaklah nafsu melainkan yang dialami pemuda
Kalau tamak dia melemaskan  dan hasinya tiada
Berlalu hari nafsu nafsu bertambah ghirah
Semuanya hilang  tiada kekal tiada serlah.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin `Ali berkata, disoal Abu al-`Abbas daripada ma`rifat, maka katanya, ``Hakikat ma`rifat ialah keluar daripada apa yang diketahui – ma`arif.``
Dan katanya, berkata Abu al-`Abbas juga, ``Hakikat ma`rifat, bahawa tidak terlintas di hati apa yang selain dariNya.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa mengenal Allah, tunduk kepadaNya tiap-tiap suatu, kerana nyata kesan pemilikanNya semua.`
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak bercakap seseorang tentang `al-haqq` , melainkan orang yang ianya termahjub.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang menjaga hatinya dengan Allah dengan secara benar, maka Allah meluncur dari lidahnya hikmah.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak istiqamah iman seorang hamba, sehingga dia sabar di atas kehinaan seperti dia sabar di atas kemuliaan.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Kegelapan (kezaliman) orang-orang tamak menegah dari cxahaya mushahadat.``
Katanya, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata pada firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Setiap hari Dia dengan urusanNya`` ( Al-Rahman:  29), maka katanya ``Dia menzahirkan yang ghaib dan mengghaibkan yang zahir.``
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Pakaian hidayah bagi awam, dan pakaian haibah bagi al-`arifin, dan pakaian hiasan bagi ahli dunia, dan pakaian pertemuan bagi para auliya`, dan pakaian taqwa bagi ahli yang hadhir. Firman Allah Ta`ala bermaksud, ``Dan pakaian taqwa itulah lebih baik.`` (Al-A`raf:   26).
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Dikatakan bagi setengah hukama`. ``Dari mana engkau mendapat  sumber kehidupan ? Katanya, daripada yang menyempitkan sumber kehidupan kepada yang Dia kehendaki tanpa `illah dan melawaskan kepada yang dikehendaki, tanpa `illah.``.
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang teliti pandangan pada perkara agamanya, Allah melawaskan jalan sirat dan timbangan, siapa yang tidak teliti tentang perkara agamanya, maka Allah menyempitkan jalannya (siratnya) pada masanya, siapa yang mengutamakan  hak Allah Ta`ala daripada haknya, nescaya terlepas dari kesusahan dan akibatnya.``
Katanya, dan banyak sekali Abu al-`Abbas menyebut-menyebut puisi berikut,
Apabila subuh  menjelma  diufuk  ternyata cahaya
Perjalanan  sama beredarnya planet-planet diangkasa
Seolah dihidangkan  kehidupan dengan minum makan
Putaran mengelilingi berterusan melangsungkan kehidupan.
Demikian ungkapan dari  Abu al-`Abbas al-Sayyari.

Sekian.

March 15, 2017

PESANAN JA`FAR BIN MUHAMMAD AL-KHULDI


BBB, 15 Jamadil-Akhir 1438H. =  14 Mac 2017M. (Selasa):
Ja`far al-Khuldi, ialah Abu Muhammad Ja`far bin Muhammad bin Nas*ar. Dilahir dan  Mendapat didikan di Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad dan cenderung kepadanya. Dia bersahabat dengan Al-Nuri  dan Ruym, Samnun dan Aba Muhammad al-Jariri dan lain-lain dari shaykh-shaykh sezaman dengannya. Dia adalah menjadi rujukan di dalam kepelbagaian  ilmu kaum, tercatat di dalam kitab-kitab mereka, di dalam hikayat-hikayat mereka dan perjalanan mereka. Dia adalah  mufti bagi kalangan shaykh-shaykh dan berdudukan tinggi di kalangan mereka. Dia menunaikan haji sampai enam puluh kali haji. Ja`far Muhammad al-Khuldi meninggal di Baghdad tahun (m. 348H.), dan kuburnya di  Al-Shuniziyyah di samping kubur Sari al-Saqati dan Al-Junayd al-Baghdadi.
Berkata Muhammad  bin Husain bin Ja`far al-Razi, berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad bin Nus*air berkata,  ``Aku mempunyai, lebih kurang seratus tiga puluh diwan (antologi), iaitu diwan-diwan tasawuf., katanya, maka aku berkata kepadanya,, ``Adakah padamu kitab-kitab Muhammad bin `Ali al-Turmidzi ?  Katanya, `Tidak, aku tidak mengesan elemen-elemen tasawuf padanya.
Ja`far bin Muhammad al-Khuldi mempunyai sanad Hadith yang dia menjadi salah seorang perawinya.
Mengkhabarkan kami Yusuf bin `Umar bin Masrur al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Ja`far bin Muhammad bin Nus*air al-Khuldi, secara imla`, berkata, bercakap kepada kami Al-Harith bin Abi Usamah berkata, bercakap kepada kami Yazid bin Harun, berkata, mengkhabarkan kepada kami Azhar bin Sinan al-Qurashiyy berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Wasi` berkata, ``Aku datang ke Makkah, maka aku berjumpa di sana dengan Salim bin `Abdullah bin `Umar, maka dia bercakap kepadaku daripada bapanya daripada datuknya `Umar daripada Rasulillah s.a.w.  bersabda, bermaksud:
``Siapa masuk ke dalam pasar, maka hendaklah dia berkata , la ilaha illa Allah, wahdahu la sharikalah. Lahu al-mulk wa lahu al-hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa hayyun la yamut, biyadihi al-khair wa huwa `ala kulli shayin qadir.``
Allah memberi kepadanya seribu-ribu (sejuta) kebaikan dan dihapuskan darinya seribu-ribu kejahatan. Dan dia mengangkat kepada seribu-ribu darajah atau dikatakan, dibina baginya rumah disyurga (bahkan bertambah).
Katanya kumudian aku pergi ke Khurasan, maka aku bertemu dengan Qutaibah bin Muslim, maka aku berkata, ``Aku datang kepadamu dengan hadiah, aku bercakap kepadanya berkenaan  sebuah Hadith. Dan adalah Qutaibah menunggang pada kenderaannya, maka dia datang ke pasar dan dia mengatakannya dan berlalu.``.
Berkata Ja`far, ``Tidak mendapat hamba lazat bermu`amalah beserta Allah  dengan lazat nafsu, kerana ahli hakikat terputus hubungan dengan yang memutuskannya daripada yang Haqq sebelum diputuskan oleh perhubungan  khalayak.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain  berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, aku mendengar Ja`far berkata, ``Adapun  antara hamba dan wujud bahawa tenang hatinya dengan taqwa . Apabila hatinya tenang dengan taqwa turunlah ke atasnya barakat daripada ilmu dan hilanglah daripadanya kegemaran dunia.``
Katanya, berkata Ja`far, `` Perbedaan antara riya` dan ikhlas, bahawa orang yang riya` bekerja untuk dilihat dan orang yang ikhlas beramal untuk menyampaikan.`       `
Katanya berkata Ja`far, ``Yang baiknya  merendahkan nafsu dan membesarkan penghormatan orang muslimin.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-`Abbas bin Muhammad bin al-`Abbas al-Khilal di Marwi berkata,, aku mendengar Ja`far al-Khuldi berkata, aku medengar al-Junaid dia disoal tentang tasawuf, dia berkata, ``Meninggikan kepada akhlak yang mulia dan memalingkan daripada akhlak yang hina. Maka ditanya lagi oleh penanya, maka dia berkata, apa pendapat engkau ?, maka dia berkata seperti katanya.
Kemudian dia berkata, ``Puncaknya, pada halnya, mati tiap-tiap suatu, dan masuk pada tiap-tiap suatu, dan mengambil dari tiap suatu, dan tidak hilang sesuatu, dan tidak mengambil daripadanya sesuatu dan dia mengambil dalil dari suruhan Nabi s.a.w. tentang awliyatnya, apabila berlaku penurunan wahya ke atas Baginda. Baginda bersabda ``Daththiruni, daththiruni –Selimutkan daku, selimutkan daku`` dan berlaku.
Katanya, aku mendengar Ja`far al-Khuldi, berkata, ``Jadikanlah diri kepada Allah sebagai hamba yang bersih (ikhlas), nescaya engkau merdeka dari segala yang lain.``
Aku mendengar Al-Husain bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi  disoal tentang tawakkal, katanya,``Menseimbangkan hati ketika ada dan tiada, bahkan gembira ketika tiada, dan risau ketika ada, bahkan istiqamah  bersama Allah di atas kedua hal.``
Aku mendengar setengah sahabat Ja`far berkata, ``Aku melalui bersamanya perkuburan di Al-Shuniziyyah dan seorang perempuan menangis tangisan yang menyayat hati dan dia menepuk -nepuk di atas kubur. Maka berkata kepadanya Ja`far. ``Apa sebab engkau ?, maka katanya, `    Aku meratapi kematian anakku. Maka Ja`far berpuisi:
Dia mengadu, siapa yang tidak merasa
Berat perpisahan yang dikasihi tiada
Sesungguhnya  rusuh diri oleh perpisahan
Serbat minuman lebih pahit dari jadam !
Katanya, berkata Ja`far kepada setengah sahabatnya, ``Jauhi daripada dakwaan-dakwaan, dan lazimi diri dengan  melakukan suruhan-suruhan. Banyak sekali aku mendengar, sayyiduna Junayd berkata,
``Siapa yang melazimi tariqat al-mu`amalah secara ikhlas, nescaya Allah merehatkannya dari dakwa-dakwa yang dusta.``
Demikian pesanan  Ja`far bin Muhammad al-Khuldi.

Sekian.

March 14, 2017

ABU `AMRIN AL-ZUJAJI: SETENGAH PENDAPATNYA RUMIT


BBB,   14 Jamadil-Akhir  1438H. =  13 Mac 2017M. (Isnin):
Senarai  seterusnya ialah Abu `Amrin al-Zujaji yang nama penuhnya ialah Muhammad bin Ibrahim bin Yusuf bin Muhammad al-Naisaburi. Bersahabat dengan Abi `Uthman, al-Junayd, al-Nuri, Ruyam dan Ibrahimal-Khawas*s*. Dia ke Makkah dan menetap padanya dan menjadi shaykh di sana dan menjadi tumpuan. Dia meninggal di Makkah pada tahun  (m. 348H.).
Aku mendengar datukku r.h.a. berkata, ``Adalah aku berada di Makkah dan adalah pada masa itu turut berada ialah Al-Kuttabi, al-Nahrajuri, al-Murta`ish dan lain-lain daripada kalangan shaykh-shaykh. Mereka semua berada di dalam halaqahnya, mendepani mereka di dalam halaqah ialah Abu `Amrin. Dan apabila mereka bercakap pada sesuatu persoalan, mereka sekaliannya merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Abu `Amrin.
Dan aku mendengar Ab `Uthman al-Maghribi berkata, ``Adalah Abu `Amrin dari kalangan salikin, tanda-tanda dan fdhilat-fadhilatnya lebih banyak daripada yang dihitung dan dibilang.
Adalah dikatakan, bahawa Abu `Amrin al-Zujaji menjaga kebersihan dirinya dan apabila dia hendak membuang air kecil atau besar, dia keluar ke kawasan di luar dari kawasan al-Haram, sebagai menghormati kawasan al-Haram. Dikatakan adalah selma 40 tahun, iaitu  selama beliau tinggal di Makkah.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar datukku Aba `Amrin bin Najid berkata, disoal Aba `Amrin al-Zujaji, ``Apakah gerangan menyebabkan engkau selalu berubah ketika mengangkat takbir pertama di dalam solat-solat fadhu ?
Maka katanya,``Kerana aku takut apabila memulakan solat fadhuku berlaku kelainan dari sebenarnya. Maka siapa berkata, ``Allahu akbar,  dan dihatinya sesuatu  yang lebih besar dariNya, atau dia membesarkan sesuatu yang lain daripadaNya di dalam perjalanan waktu, sesungguhnya dia mendusta akan dirinya dengan lisannya dan barang siapa  bercakap tentang suatu hal yang tidak dia sampai kepadanya, adalah kalamnya  fitnah bagi siapa yang mendengarnya dan dakwaan bertalian di dalam hatinya dan diharam oleh Allah menyampaikan kepada hal berkenaan.``
Aku mendengar Abu Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba bakr al-Zujaji berkata,
``Ma`rifat itu ada enam wajah, iaitu ma`rifat al-wahdaniyyah, ma`rifat membesarkan (al-Ta`z*im), ma`rfat kurniaan (al-minnah), ma`rifat Qudrah, ma`rifat al-azal dan ma`rifat al-asrar.``
Aku mendengar  Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin berkata, ``Allah membahagi rahmat kepada orang yang mengambil berat dengan perkara agamanya.``
Katanya, disoal Abu Amrin tentang  `al-hamiyyah` (sifat hati), maka katanya, hamiyyah dihati membetulkan ikhlas dan melazimkannya, dan hamiyyah pada diri, meninggalkan dakwaan dan pengakuan.``
Dan katanya, aku mendengar Aba `Amrin berkata,  `Al-hamiyyah meninggalkan aduan daripada ketidakbaikan  (al-balwa), bahkan menganggapnya sebagai ujian, kerana semuany darinya, barang siapa merendahkan pemberian dari kekasihnya menyatakan kekurangan kasihnya.``
Katanya disoal Abu `Amrin daripada al-sama`, maka katanya, Ianya  merupakan aspek hal yang memerlukan kepada kejutan yang menyedarkannya kepadanya. Al-sama` ialah daripada kelemahan hal, kalau dia kuat dia tidak perlu kepada al-sama` dan keganjilan.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata, ``Siapa menziarahi Tanah Haram dan hatinya tidak tercenderung kepada sesuatu, khususnya kebesaran Allah, sesungguhnya dia adalah kerugian.``
Katanya, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji  berkata, ``Siapa yang terkait dengan haram melalui teman yang melakukan perkara haram, Allah menjauhkannya  dari  mereka yang dekat dengannya  dan hillang kemurniaan hatinya, timbul dari lidahnya aduan-aduan, hilang dari hatinya ma`rifat, hilang cahaya keyakinan, daya  usaha dan kekuatan dan menjadi umpatan.
Katanya, aku mendengar Aba  `Amrin al-Zujaji berkata, ``Dharurah ialah apa yang menegah  yang mengalaminya dari kata dan dikata, khabar dan menuntut khabar, menjadikannya sebok memberi  perhatian pada waktunya dan daripada kelapangan kepada  waktu-waktu yang lain.``
Katanya, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata,, ``Adalah manusia pada zaman jahiliah mengikut naluri dan tabi`at yang diwarisi, maka apabila diutuskan Rasulullah s.a.w. mereka  mengikut shari`at dan dipandu dengan akal yang betul dengan pengolahan yang memperluaskan keilmuan.``
Aku mendengar  Aba Abdillah al-Karmani berkata, aku mendengar seorang lelaki berkata kepada Abi `Amrin al-Zujaji , ``Bagaimana jalan kepada Allah ?``.  Maka berkata kepadanya Abu `Amrin,
``Aku  menyatakan , Menjenguh engkau kepada persoalan ketuhanan  menggugahkan minda dan kejiwaan ia adalah dalil  kepada persoalan.``
Katanya, dan berkata Abu Amrin, ``Hati engkau lebih tahu dengan sentuhan, diperkukuh dengan taufiq, tinggalkan apa yang  mengganggu kalbu. bertenang mendepani  kepelbagaian  larian waktu.``
Demikianlah mendepani  kerumitan cara berfikir dan pendapat-pendapat Abu Amran al-Zujaji.

Sekian.

March 13, 2017

ABU SA`ID BIN AL-A`RABI: PENDAPATNYA UNIK:


BBB, 13 Jamadil-Akhir 1438H. = 12 Mac  2017M. (Ahad):
Turut disenaraikan oleh Al-Qushairy tokoh-tokoh sufi di dalam Al-Risalat al-Qushayriyyahnya ialah
Abu Sa`id bin al-A`rabi, nama lengkapnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Ziyad bin Bishr bin Dirham al-`Atari, berasal dari Basrah. Menetap di Makkah, pada masanya dialah Shaykh di al-Haram  sebagai Shaykh dan `ulama` yang berkedudukan. Dia meninggal di Makkah tahun (m. 341H.). Dia mengarang banyak kitab.
Dia  bersahabat dengan Abi al-Qasim al-Junayd bin Muhammad, Amri ibn `Uthman al-Makki, Abi al-Husain al-Nuri, Hasnan al-Masuji, Abi Ja`far al-Khaffari dan Abi al-Fath al-Hammali.
Beliau mempunyai sanad di dalam Hadith yang beliau turut meriwayatkannya. Dia disifatkan sebagai seorang yang thiqah.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin al-Hasan daripada al-Khashshab al-Baghdadi, berkata, mengkhabarkan kami Abu Sa`id Ahmad bin Muhammad bin Ziyad al-A`rabi al-Sufi di Makkah, dia berkata, nengkhabarkan kami oleh Abu Yahya Muhammad bin Sa`id bin Ghalib al-Dhariri, berkata, bercakap kepada kami Waki` daripada al-A`mash daripada Abi Salih daripada Abi Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Jangan kamu memaki (mencela) sahabat-sahabatku, maka demi yang diriku di tanganNya, kalau seorang daripada kamu memberi nafkah seperti seorang secara bermusuhan, maka tidak sampai bantuan  salah satu dari mereka dan tidak sebahagian daripadanya.``
Berkata Ibn al-A`rabi, ``Serugi-rugi orang yang rugi dari kalangan manusia, orang yang salih amalannya dan ternyata keburukan orang yang lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,, aku mendengar Aba Sa`id  bin al-A`rabi  berkata, 
``Sesungguhnya Allah Ta`ala memperelokkan dunia bagi al-`arifin membolehkan keluar daripadanya, dan memperelokkan syurga bagi ahlinya kekal di dalamnya. Maka kalau dikatakan bagi al-`arif, bahawa engkau kekal di dunia, nescaya mati kegundahan. Dan kalau dikatakan bagi ahli syurga, kamu keluar daripadanya, juga mati kegundahan. Maka baik dunia  dengan sebutan keluar daripadanya dan elok syurga dengan sebutan kekal padanya.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Hasan bin al-Khashshab berkata, aku mendengar Ibn al-A`rabi berkata, ``Ma`rifat keseluruhannya mengiktiraf dengan kejahilan, dan tasawuf keseluruhannya meninggalkan yang tidak penting (yang lebih), dan zuhud ialah mengambil apa yang tidak dapat tidak daripadanya dan meninggalkan apa yang baki. Dan mu`amalah keseluruhannya  menggunakan yang aula, maka yang aula ialah daripada ilmu. Dan tawakkal keseluruhannya  mencampakkan lindungan dan redha keseluruhannya  dan menolak rintangan dan mahabbah keseluruhannya memberi kesan kepada  yang dicintai keseluruhan, dan afiyah keseluruhannya meninggalkan takalluf dan sabar keseluruhannya menerima bala dengan tenang, penyerahan keseluruhannya tama`ninah bila mendatang, Dan yakin keseluruhannya meninggalkan pengaduan ketika bertentang dengan apa yang diharapkan. Dan thiqah dengan Allah, ilmu engkau bahawasanya dengan engkau. Untuk kebaikan engkau,  engkau lebih tahu  daripada engkau dengan diri engkau.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba Sa`id berkata, bahawasanya Allah meminjam setengah akhlak para walinya kepada seterunya supaya  melembutkan  mereka itu dari keistimewaan wali-wali.
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, `Hati apabila diterima dia diberi kerihatan dengan lembut perasaan dan apabila bercanggah dikembalikan kepada kesusahan.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Siapa yang diislahkan Allah himmahnya, maka dia tidak diganggu oleh ujian kehuruharaan , dan tidak oleh kepayahan secara tiba-tiba, maka tinggilah dia dengan ketinggian himmahnya hingga ke tertinggi martabat dan bersih dari kekotoran menyeluruh.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Kesebokan engkau dengan diri engkau mengganggu engkau dari beribadat kepada Tuhan engkau, dan tidak ada hamba yang lebih lemah dari yang lupa dari kelebihan Tuhannya yang mengingatkannya untuk mentasbih dan membesarkanNya, yang dia hidup dariNya, lebih dekat dari memohon pahala ke atasnya, atau dia bermegah dengannya.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin`Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi di Makkah berkata, ``Tetap janji baik dan janji jahat daripada Allah Ta`ala, maka jika adalah janji baik sebelum janji jahat, maka janji jahat sebagai ancaman, dan jika adalah janji jahat sebelum janji baik, maka janji jahat termansukh. Maka apabila keduanya berhimpun bersamaan, maka pengalahan dan penetapan ialah janji baik, kerana janji baik ialah hak hamba, dan janji jahat hakNya `Azza wa Jalla, dan yang mulia tidak lalai dari haknya dan dia tidak cuai dan meninggalkannya ke atasnya.``
Katanya dan aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi berkata, ``Sesungguhnya Allah Ta`ala menjadikan nikmatnya sebab bagi ma`rifatNya, dan taufiqnya sebab bagi mentaatiNya dan pemeliharaanNya  sebab bagi menjauhi maksiatnya, dan rahmatNya sebab bagi taubat, dan taubat sebab bagi keampunanNya dan pendekatan kepadaNya.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Allah Ta`ala menjadikan anak Adam dalam kelalaian, dan ditunggangi  oleh syahwat dan lupa, maka semuanya adalah lalai, melainkan hamba yang dirahmat Allah dari melakukannya. Sedekat manusia kepada taufiq,ialah orang yang mengetahui kelemahan dan kehinaan diri, lemah dan kurang kebolehan, beserta tawadhu` kepada Allah, dan kurang mendakwa diri mempunyai kekuatan di dalam pekerjaannya, melainkan dia terhina dan mengakui kelemahannya.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata,  aku mendengar Aba Sa`id berkata, ``Peningkatan keilmuan secara bersederhana dan pergerakan kepada hakikat dengan mukashafah.``
Katanya, disoal Abu Sa`id tentang akhlak para fuqara`, maka katanya, ``Akhlak mereka di dalam kejadian kefaqiran, kegoncangan di dalam kewujudan, uns dalam kerusuhan dan gusar ketika  kegembiraan.``
Demikian  pendapat Abu Sa`id bin al-A`rabi yang agak unik dan istimewa.

Sekian.

March 12, 2017

MENILAI PENDAPAT ABU BAKAR BIN YAZDANIAR


BBB,  12 Jamadil Akhir 1438H. =  11 Mac 2017M (Sabtu):
Senarai seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah Ibn Yazdaniar. Beliau ialah Abu Bakar, al--Husain bin `Ali bin Yazdaniar dari keturunan Arminia. Dia mempunyai tariqat tasawuf yang khusus baginya. Dia adalah alim lagi wara`. Dia mengingkari setengan ungkapan dan lafaz* mereka (sufi). Kealimannya lebih ketara dari segi ilmu z*ahir,  ilmu  mu`amalat dan ma`arif.
Beliau mempunyai kedudukan di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami Abu Bakar, Muhammad bin `Abdullah bin `Abd al-`Aziz bin Shadzan al-Razi, berkata, mengkhabarkan kami Abu Bakar, al-Husain bin `Ali bin Yazdaniar al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yunus bin Musa al-Basri, bahawasanya dia berkata, bercakap kepada kami Abu `As*im al-Dhahhak bin Mukhallad al-Nabil berkata, bercakap kepada kami Ibn Juraij daripada Abi al-Zubair, daripada Jabir, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Orang mu`min makan di dalam bekas yang satu dan orang kafir makan di dalam tujuh bekas (am`aa`).``
Menurut catatan, ini adalah Hadith sahih, dikeluarkan oleh Ahmad pada Musnadnya dan juga oleh dua Shaykh -  Bukhari dan Muslim, al-Tirmidzi, Ibn Majah daripada Ibn `Umar. Dan dikeluarkan oleh Ahmad dan Muslim daripada Ibn Jabir dan dikeluarkan oleh Ahmad dan dua shaykh daripada Abi Hurairah dan duikeluarkan oleh Muslim dan Ibn Majah daripada Abi Musa. Demikian al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad. Juga di dalam Al-Jami` al-S*aghir dan Miftah al-Tartib).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr Yazdaniar berkata,
``Jagalah,  engkau tamak pada `uns` dengan Allah, sedangkan engkau suka `al-uns` dengan manusia, jagalah, engkau tamak pada cintakan Allah, sedangkan engkau tamak pada kelebihan-kelebihan, dan jagalah engkau tamak pada kedudukan di sisi Allah, sedangkan engkau suka pada kedudukan pada sisi manusia.``
Aku  mendengar Aba al-Faraj berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim al-Armawi berkata, Aku mendengar Ibn Yazdaniar  berkata,
``Engkau melihat aku, aku telah bercakap dengan apa yang telah aku bercakap dengannya, mengingkari tasawuf dan kesufian. Demi Allah aku tidak bercakap kepada mereka melainkan dengan rasa ghirah terhadap mereka, kalau-kalau , mereka mendedahkan rahsia al-haq, dan menyatakan kepada yang bukan ahli. Maka membawa kepadaku kepada ghirah berkenaan  ke atas mereka. Dan bercakap kepada mereka itu, kecuali mereka itu adalah tokoh-tokoh berkelayakan, maka dengan mahabbah dengan mereka membawa kepada taqarrub kepada Allah.``
Ternyata Abu Bakar Yazdaniar melihat bahawa tidak sewajar didedahkan tentang ilmu tasawuf, khususnya pada yang tidak mmpunyai asas. Keilmuan ini hanya layak  dibicarakan oleh mereka yang berkebolehan di dalam bidang tersebut, kalau tidak baginya, ia boleh membawa  lebih kepada kerosokan dari kebaikan.
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata,, aku mendengar Aba  Bakr Yazdaniar, beliau disoal,
``Apakah perbezaan antara murid dan al-`arif ?``
Maka katanya, ``Murid ialah penuntut. Dan `arif  ialah perkara yang dituntut (mat*lub). Yang dituntut ialah yang dikehendaki, manakala yang mencari gemar dengan yang dituntut.``
Katanya, aku mendengar Ibn Yazdaniar berkata,
``Al-Mahabbah asalnya  ialah muwafakat. Dan yang mengasihi dia yang memberi kesan redha kepada yang dikasihi di atas semua perkara.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna  Yazdaniar berkata,
``Roh adalah tempat tanaman bagi kebaikan, kerana dia adalah logam rahmat, manakala nafsu dan jasad ialah tempat tanaman kejahatan, kerana dia adalah logam syahwat. Dan roh memang dijadikan untuk kemahuan kebaikan dan nafsu dijadikan dengan kemahuan kejahatan. Hawa nafsu mentadbirkan jasad, dan akal mentadbirkan roh, dan ma`rifat hadir pada barang antara  akal dan hawa. Dan ma`rifat itu di dalam hati. Dan hawa dan akal berbalah dan menguasai. Hawa ialah tentera nafsu, akal tentera bagi hati. Dan taufiq daripada Allah membantu akal, kehinaan mewmbantu hawa. Dan kejayaan bagi siapa yang dikehendaki Allah kebahagian baginya dan kehinaan bagi  siapa yang dikehendaki Allah kecelakaan.
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata,
``Redha  makhluk dengan Allah adalah keredhaan mereka itu dan dia melakukannya dan redha mereka itu hendaklah muwafakat  dengan Redha Allah.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata,
``Ma`rifat ialah membetul ilmu dengan Allah dan yakin pandangan (naz*ar) dengan mata hati kepada apa yang pada Allah Ta`ala dengan apa yang dijanji dan pada perbendaharaanNya.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Ma`rifat ialah tahqiq hati dengan wahdaniyyat Allah Ta`ala.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Ma`rifat ialah lahirnya hakikat dan bertemu shawahid.``
Katanya, aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata, ``Barangsiapa beristighfar kepada Allah, sedang  dia terus melazim dan melakukan dosa, maka Allah mengharamkan ke atasnya taubat dan dari kembali kepadaNya.
Demikian pendapat Ibn Yazdaniar yang dapat diikuti dan dinilai.

Sekian.