August 12, 2019

MENGURUS QURBAN DI MASJID AL-UMM


MENGURUS QURBAN DI MASJID AL-UMM

(Fikrah Bangi: 314),

BBB: { 11 Zulhijjah 1440H. = 12 Ogos 2019M. (Isnin).


selepas masjid mula digunakan. Puncak dari sambutan ialah dengan mengadakan solat `Idul Fitri yang telah
diadakan kelmarin (Ahad). Tetapi urusan yang rumit ialah pada hari ini, iaitu mengadakan ibadat Qurban. Dua bulan sebelum tiba bulan Zulhijjah agenda berhubung dengannya telah dibawa di dalam mesyuarat dan dibincang di dalam bulan berikutnya mengenai berapa ekor lembu dijangka disertai mereka yang hendak berqurban. Harga seelor dan sebahagian dan di mana hendak dibuat tempahan.

Pada tahun lepas hanya lima ekor lembu sahaja ditawarkan kepada mereka yang hendak menyertainya. Pada tahun ini dinaikkan kepada tujuh ekor, tetapi respond agak baik. Ianya meningkat kepada 9 ekor. Walau bagaimana jumlah ini adalah sedikit berbanding dengan surau yang agak established yang berkorban melebihi 30 ekor.

Pihak Masjid Al-Umm menempah lembu dari High Tec. Pekan Bangi.

Maka mulai dari jam 7.00 pagi hari ini beberapa AJK dan peserta-peserta berqurban ke tempat pengurusan dan penyembelihan. Mereka yang bergotong royong untu melapah daging dan pembahagian bersedia di laman Masjid Al-Umm. Kira-kira jam 10.00  pagi 2 ekor pertama dapat dihantar ke masjid. Dan proses penghantaran hingga jumlah sembilan ekor berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Urusan melapah dan mengedar daging kepada yang berkorban selesai jam 2.30 petang.
Malam ini akan diadakan ceramah  mengenai Ibadat Haji oleh Nik Kamaruddin bin  Yunoh Pegawai Agama dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Sedikit jamuan dari masakan daging disertakan.

Semoga Mereka yang menunaikan haji mendapat Haji Mabrur dan yang berqurban, diterima ibadat qurban mereka.

Sekian.

August 11, 2019

SELAMAT HARIRAYA IDUL-ADHHA


SELAMAT  MENYAMBUT HARIRAYA IDUL ADHHA
                  1440H  = 2019M,
SOMOGA YANG  MENUNAIKAN  HAJI
MENDAPAT   HAJI  YANG   MABRUR
SELURUH  UMAT DI DALAM  MAGHFUR.

Maaf zahir-batin
(Shafie)

10 Zulhijjah 1440H.
11 Ogos  2019M.

August 10, 2019

KEBUDAYAAN MANIFESTASI KEHIDUPAN


KEBUDAYAAN MANIFESTASI  KEHIDUPAN
(Fikrah Bangi: 312),
BBB: 09 Zulhijjah 1440H. = 10 Ogos 2019M. (Sabtu).
Kebudayaan adalah manifestasi cara hidup masyarakat yang dipengaruhi keadaan setempat dan keperluan. Amalan baku dari masyarakat ini menjadi imej kehidupan dan identiti masyarakat dan jati diri mereka.
Kehidupan seseungguhnya memerlukan kegiatan untuk survival., baik bagi masyarakat primitif dan juga masyarakat moden.. Bagi mesyarakat awal  yang masih terhad dari segi menghasilkan makanan, Terhad dari segi perlindungan dan terhad dari segi komunikasi, maka cara hidup mereka mencerminkan cara hidup pada peringkat awalan.
Pada zaman tradisi masyarakat memilih tempat kediaman biasanya di tepi sungai, kerana tempat sedemikian adalah strategik bagi kehidupan. Masyarakat permulaan membersihkan tanah bagi tapak pondok mereka yang dibuat dari bahan-bahan setempat. Misalnya tiang dari batang-batang kayu yang terdapat di sekitar kediaman. Lantai juga adalah dari batang-batang anak-anak kayu yang  disusun menjadi lantai. Manakala atap dan dinding adalah dari daun rumbia atau nipah yang dijahit dan disusun menjadi atap dan dinding. Pada pondok ini dibina lambur dan tangga yang juga dari anak-anak kayu. Bentuk tipikal ini adalah merupakan pondok yang dihuni oleh masyarakat permulaan yang primitif sifatnya. Dia juga  adalah bentuk yang dibina oleh orang asli. Bentuk pondol yang atapnya berbentuk  `V` terbalik untuk larian air hujan adalah menjadi identiti bagi penduduk bagi masyarakat permulaan di kawasan hujan tropikal seperti di negara ini, Bentuk pondok ini masih dibina dan digunakan
Cara hidup sedemikian membudayakan mesyarakat berkenaan. Misaalnya, sesuai dengan tempat dan keperluan hidup mereka bertani, misalnya dengan menanam padi, ubi, keledek, jagung dan pokok buah-buahan di sekeliling kediaman mereka. Mereka mendapat makanan seharian hasil dari tanaman mereka dan bertukar-tukar hasil dengan keluarga yang lain. Mereka juga mendapat bahan-bahan makanan yang lain dari tumbuh-tumbuhan dan daun-daun tumbuhan di sekeling mereka. Kaedah bertani sedemikian adalah menjadi budaya kehidupan masyarakat berkenaan.
Bahan tambahan makanan mereka juga didapati dari berburu binatang-binatang yang boleh didapati dalam kawasan berdekatan dengan kehidupan mereka. Iaitu seperti rusa, kijang, pelanduk, landak dan sebagainya. Mereka menjadi masyarakat yang mahir berburu.  Peralatan yang mencerminkan alat senjata mereka ialah seperti parang, golok, pisau, lembing, panah dan sebagainya. Peralatan berburu dan kaedah menggunakan senjata berkenaan menjadi ciri budaya dari segi persenjataan bagi mereka.
Sungai yang menjadi lokasi pemilihan tempat kediaman amat penting. Dari sungai mereka mendapat keperluan air, dari sungai juga mereka menangkap berbagai ikan yang dapat dijadikan sumber makanan mereka. Meeka membuat bubu, tuwau, jaring, pukat dan mata kail sebagai alat bagi menangkap ikan. Sungai selain dari tempat bagi mendapat rezeki makanan – pada tahap kehidupan yang lebih maju mereka membuat perahu-perahu yang boleh mereka bergerak lebih jauh dan berhubungan dengan masyarakat yang lebih jauh. Dari satu segi memberi ruang bagi mereka pada peringkat permulaan menukar hasil-hasil pertanian dengan penduduk di tempat lain. Dengan sedemikian mewujudkan sistem perniagaan  barter bagi menukar barangan di kalangan mereka.. Pengangkutan sungai mengubah perjalanan kepada pengankutan sungai yang lebih  pantas dan lebih banyak membawa barang.
Dari perbincangan di atas mencerminkan budaya kehidupan msyarakat permulaan di negara kita dan ciri budaya yang menjadi identiti dan jati diri mereka.
Sekian.

August 9, 2019

BUDAYA NILAI UNGGUL PERADABAN


BUDAYA NILAI UNGGUL PERADABAN
(Fikrah Bangi: 311),
BBB:  08 Zulhijjah 1440H. = 09 Ogos 2019M.  (Juma`at):
Kita telah membicarakan kepentingan ilmu sebagai faktor peningkatan peradaban. Peradaban lahir  dari budaya  masyarakat. Budaya ialah keadaan dan cara hidup individu dan masyarakat di dalam ruang tempat dan masa. Ianya melibatkan perkara nyata di dalam kehidupan harian dan yang bersifat tidak nyata seperti, pandangan wujud, kepercayaan, adab, akhlak, bahasa, keilmuan, falsafah  pemikiran, sentuhan seni dan rohani terluah. Kebakuan semua aspek berkenaan pada diri, kelompok dan masyarakat membentuk imej, nilai, identiti dan jati diri masyarakat.
Budaya pada hakikatnya adalah wajah, pakaian lahir dan potret batin individu dan masyarakat yang tidak  terpisahkan. Ibarat zat dan sifat. Zat tidak mungkin kosong dari sifat dan sifat adalah berlaku dan berdiri pada zat.
Budaya  ada yang bersifat rendah dan tinggi (juga ada yang sederhana), atau juga dilihat sebagai mundur dan maju.
Dilihat kepada individu, kita dapat menilai budaya yang terbina pada dirinya. Katakan dirinya seorang  anak.  Katakan dia anak satu keluarga sederhana. Perkara yang membudayakan dirinya, misalnya dia dididik oleh keluarganya sebagai anak yang patuh kepada perintah agama, taat kepada kedua-dua orang tuanya, hormat kepada orang tua dan jiran tetangga. Kasih sayang antara adik beradik. Dididik melalui peresekolahan dan meningkat dari segi pengajian dari peringkat rendah, menengah dan tinggi. Akhirnya dia menjadi seorang perperibadi tinggi dan  berkelayakan misalnya menjadi seorang guru. Dia berada pada kelas sederhana di dalam kehidupan sosial, tetapi tidak tinggi dalam masyarakat.
Nilai budaya yang dapat dilihat pada individu berkenaan misalnya berperwatakan baik, menampilkan diri sebagai seorang yang kemas berpakaian, bertutur dengan bahasa yang lembut dan teratur serta bersopan santun. Dengan bekerjaya sebagai seorang guru, dia adalah dianggap seorang yang berpelajaran dan bekemampuan mendidik dan dikasihi dan dihormati oleh murid-murid dan pandai bergaul degan guru-guru dan masyarakat.
Dari segi kedukannya yang sederhana mungkin dapat dilihat dari segi  pandangan hidupnya yang mungkin tidak tinggi, tetapi sebagai seorang individu, dia mementingkan keilmuan dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan menggalakkan anak-anak yang dididik mementingkan ilmu dan menggalakkan mereka belajar setinggi yang mungkin.
Dari segi kehidupan sosial, berbagai aspek boleh dilihat yang dapat membudayakannya. Misalnya dari didikan agama yang dterima dari ibu bapa dan guru dia sering bersama jamaah menunaikan ibadat dan terkenal sebagai anak yang baik dan berbudi bahasa. Dia bergiat bersama kalangan anak muda, misalnya giat di dalam bidang sukan bersama kalangan anak muda yang sebaya dengannya. Selain daripada itu ia bergiat di dalam badan-badan kebajikan membantu kalangan yang susah di dalam masyarakat seperti orang tua dan anak-anak miskin dan anak yatim.
Jika wujud di kalangan anak-anak muda di dalam suatu masyarakat yang mempunyai didikan yang baik seperti ini, bermakna masyarakat mempunyai kelompok pemuda yang baik yang dapat membimbing dan  mampu menjadi pelapis bagi masyarakat berkenaan.
Nilai budaya yang terpupuk adalah dari segi akhlak, pelajaran,  pergaulan di dalam kehidupan sosial, pegangan agama dan berkebajikan.
 Dari budaya sederhana boleh dilihat budaya rendah yang memasalahkan masyarakat dan budaya tinggi yang meningkatkan kualiti masyarakat. Nilai budaya dapat dilihat kepada tahap masyarakat dan bangsa dari segi identiti dan jati diri berbanding dengan masyarakat dan bangsa lain. Seterusnya dapat dilihat  maju mundurnya kita.  Budaya juga dapat dimajukan dengan  mempertingkatkan berbagai kualiti yang ada di dalam masyarakat, iaitu satu tugas besar dan mencabar.
Sekian

August 8, 2019

MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU


MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU
(Fikrah Bangi: 310),
BBB: 07 Zulhijjah 1440H. = 08 Ogos 2019M. (Khamis).
Tugas semua pihak pada masa kini adalah memperkasakan bahasa Melayu semaksimum potensi yang mungkin sehingga bahasa itu menjadi bahasa yang unggul dan bermaruah di tanah air dan di persada antarabangsa, sesuai ianya sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Harapan ini bukan sesuatu yang mustahil. Sehingga kini bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu dan perantaraan di pengajian-pengajian tinggi di negara ini dalam tempoh setengah abad memperlihatkan kejayaan-kejayaan. Pada peringkat rendah dan menengah  tidak dapat dipersoalkan bahawa pelajar-pelajar dapat meneruskan pengajian dengan baik dan sebahagian besar daripada mereka berjaya menyambung pengajian di universiti-universiti di negara ini atau ke luar  negara dan mereka berjaya di dalam pengajian mereka.
Kalau kita lihat pada universiti-universiti awam di negara ini saban masa bila dibuat penilaian, maka universiti-unioversiti berkenaan seperti universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Sauins Malaysia mengekalkan tempat terbaik  antara ratusan universiti di Asia, bahkan berada pada ranking yang baik di dunia.
Masalah yang dihadapi, jika pada tahun-tahun 1960an Jepun, Korea, bahkan China tidak jauh dari segi kemajuan berbanding dengan Malaysia, tetapi kini mengapa jepun, China dan Korea jauh meninggalkan Malaysia, Mereka maju di dalam bidang sains dan teknologi dan mereka kukuh dari segi ekonomi, tetapi mengapa Malaysia, masih tertinggal ke belakang ?
Untuk mengatakan bahawa mereka berkemahiran dalam bahasa Inggeris adalah tidak benar. Masing-masing menggunakan bahasa ibundsa masing-masing. Dapat diambil kesimpulan, penggunaan bahasa ibunda tidaklah menghalang dari mencapai kejayaan di dalam bidang sains dan teknologi, bahkan di dalam lapangan ekonomi.
Cadangan setengah pihak untuk kembali menggunakan bahasa Inggeris di dalam bidang Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris ternyata bercanggah dengan logik bahasa, bahawa bahasa ibunda tidak mampu maju di dalam bidang sains, teknologi dan ekonomi tidak benar  sebagaimana terbukti kemajuan yang dicapai oleh negeri Jepun, Kore dan China. Kelemahan kita bukan kerana kelemahan bahasa, tetapi kelemahan idea yang tidak mampu berkreatif dan berinovatif. Oleh kerana itu negara, khususnya universiti hendaklah memimpin keilmuan, menjana daya kretiviti dan inovasi bagi memajukan negara  di dalam semua bidang.
Kita berpendapat sudah tiba masanya pengajian-pengajian tinggi jangan  terpesona dengan sindrom seronok melihat universiti masing-masing berada di dalam ranking universiti terbaik di dalam negara, di Asia, bahkan di dunia, sedangkan kita tidak dapat melihat apa yang dicapai itu diperturunkan kepada praktikal penghasilan yang dapat dinikmati masyarakat dan jelas kelihatan kemajuan kita di dunia. Kerajaan perlu mengambil inisiatif itu untuk diaplikasikan penggunaannya di tengah masyarakat atau apakah yang diperbesarkan itu tidak berkait dengan penghasilan, tetapi  sebenarnya tidak memberi erti yang sebenarnya dari segi manfaatnya kepada masyarakat.
Kerajaan atau `Kementerian Keilmuan` hendaklah mengambil inisiatif menyatukan apa yang dicapaidan memperturunkan kepada masyarakat. Penghasilan, kreativiti dan inovasi perlu ditonjolkan yang pada akhirnya digunakan oleh industri dan berbagai institusi yang dapat menonjolkan pencapaian institusi dan negara. Hingga kini kita tidak dapat melihat penghasilan yang jelas dari apa kejayaan yang dicapai oleh universiti-universiti berkenaan. Pihak kerajaan jangan bersifat gila tolak terhada PPSMI yang digunakan pada tahun-tahun 1983 hingga 1993 yang nyata gagal dan merugikan kewangan negara  beribu juta dalam masa satu dekad  secara eksperimen tersebut.
Semua pihak terutama institusi-institusi ilmu perlu berusaha meningkatkan  ilmu, kreativiti dan inovasi dalam bahasa ibunda agar kita menjadi bangsa yang unggul beridentiti dan berjati diri seperti Jepun, Korea dan China yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sekian.

August 7, 2019

BAHASA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA


BAHASA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 309),
BBB: 06 Zulhijjah 1440H. = 07 Ogos 2019M. (Rabu).
Bahasa Malaysia berasaskan bahasa Melayu dilihat sebagai faktor penting di dalam menyatupadukan bangsa Malaysia. Penyatuan ini berlaku dan terlaksana atas beberapa faktor.
1)      Mengaktakan bahasa tersebut, khususnya di dalam pembelajaran dan peperiksaan.
2)      Memberi nilai ekonomi terhadap bahasa tersebut
3)      Penggunaan di dalam media
4)       Majlis formal
5)      Komunikasi  sosial
6)      Berbagai.
Sebagaimana disebutkan, bahawa mengaktakan - bahawa dasar pengajian adalah melalui bahasa Melayu yang dikenal sebagai bahasa Malaysia. Bila semua bidang pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti dan berbagai pendidikan  menggunakan bahasa Melayu, maka dengan sendirinya berkembang secara formal dan teratur.  Semua bidang keilmuan diajar dalam bahasa tersebut.  Mereka dikehendaki lulus di dalam peperiksaan  dengan menggunakan bahasa tersebut. Mereka yang hendak menjadi warganegara juga dikehendaki menguasai bahasa tersebut dan lulus. Dengan penggunaan bahasa tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran menghasil dan bertambah ilmu dengan terhasilnya kajian dan penulisan keilmuan buku-buku di dalam bahasa tersebut.
Kesan ketara bagi perkembangan bahasa dan penggunaannya, ialah dengan memberi nilai ekonomi terhadap kebolehan dan kelulusan bahasa tersebut. Misalnya mewajibkan pelajar-pelajar lulus dalam bahasa Melayu bagi mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, maka dengan sebab itu bahasa ini dipelajari dengan sungguh-sungguh untuk lulus di dalam peperiksaan. Mewajibkan mereka yang hendak bekerja di dalam saktor kerajaan dan swasta adalah satu cara  meningkatkan kemnampuan berbahasa. Seorang pekerja tidak diterima bekerja tanpa kelulusan kertas bahasa di dalam peperiksaan di dalam SPM. Ianya seharusnya dikuatkuasakan bukan sahaja bagi pekerja di sektor kerajaan tetapi juga di dalam bidang swasta.
Satu lagi kaedah yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu ialah dengan menggunakannya sebagai bahasa di dalam media-media seperti penggunaan di dalam media letronik seperti tv dan radia, internet  dan media cetak. Bahasa ini hendaklah  menjadi bahasa utama dari segi penggunaan. Saluran bagi bahasa lain adalah kurang dan terhad dan semata-mata atas kepentingan.
Penghormatan hendaklah diberikan terhadap bahasa Melayu di dalam majlis-majlis formal. Misalnya mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam parliman sebagaimana diamalkan kini. Bahasa ini juga hendaklah diberi penghormatan dengan menggunakannya di dalam forum , seminar dan persidangan antara bangsa, terutama yang berlaku di dalam negara. Ini sebagaimana digunakan oleh bangsa-bangsa lain di negerinya. Bagi perwakilan luar disediakan terjemahan. Dalam hal ini kita selalu malu dan tidak mau menggunakan bahasa rasmi kita di dalam forum, seminar dan persidangan antara bangsa.
Bangsa Malaysia hendaklah menghormati bahasa sendiri dan megah menggunakannya di dalam hubungan seharian. Suasana in tidak terjadi bagi bahasa Malaysia, setengah pihak bermegah menggunakan bahasa lain sebagai bahasa komunikasi, Ini tidak membantu perkembangan bahasa itu.
Berbagai kaedah lagi penggunaan bahasa Malaysia yang dapat  menyatupadukan rakyat  dan warga negara misalnya, menjadikan bahasa tersebut sebagai media seni  dan sastera yang dapat mengungkapkan taraf seni dan sastera yang tinggi yang dapat meninggikan bahasa tersebut misalnya melalui drama, lakun layar, penghayatan puisi  dan berbagai lagi yang memperlihatkan bahasa tersebut berada pada tahap seni yang tinggi.
Walau apa pun bahasa Melayu kini adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang diguna rakyat dan penggunaan di dalam berbagai bidang yang dapat menyatukan rakyat. Kini tiada rakyat Malaysia yang tidak dapat menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Bahasa Malaysia benar-benar dapat menyatupadukan rakyat negara ini.
Apa yang diharapkan bahasa tersebut harus dipertingkatkan di dalam bidang-bidang keilmuan, formal, komunikasi, teknikal  dan berbagai bidang dan menjadi bahasa dihormati dan dijunjung tinggi.
Sekian.

August 6, 2019

DASAR PELAJARAN MEKANISME PEMBINAAN NEGARA BANGSA


DASAR PELAJARAB NEKANISME PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 308),
BBB:  05 Zulhijjah 1440M. = 06 Ogos 2019M. (Selasa).
Dasar Pelajaran adalah mekanisme penting di dalam membina Negara Bangsa, lantaran melalui Dasar Pelajaran dapat menyatukan keilmuan dan pelajaran yang dapat diikuti oleh warga negara yang menjadikan mereka orang yang berilmu. Melalui Dasar Pelajaran yang menggunakan bahasa  pengantar yang sama dapat menyatupadukan warga negara sesuatu bangsa.
Menjelag kemerdekaan negara, tiada kesatuan dari segi Dasar pelajaran yang diikuti. Aliran utama ialah pengajian pada peringkat menengah dan menengah tinggi (HSC) yang berkiblatkan ke England. Sijil yang diperiksa diberi nilaian pada tahap Cambridge dan (MC) pada peringkat negara. Bahasa digunakan ialah bahasa Inggeris. Mereka yang lulus dengan baik berpeluang menyambung pelajaran misalnya ke universiti di Singapura atau ke England.
Pada peringkat rendah ada sekolah rendah aliran berbahasa Inggeris  yang meningkat kepada HSC, manakala sekolah Melayu bagi bumiputra hanya pada peringkat rendah tertingginya darjah enam. Dengan kelulusan ini mereka layak memohon menjadi guru sekolah rendah setelah melalui latihan perguruan. Peluang-peluang untuk bekerja pada bahagian lain adalah terhad berbanding dengan yang lulus dalam aliran Inggeris.
Di samping aliran berbahasa Inggeris, terdapat sekolah Cina yang mempunyai kurikulumnya tersendiri dan bersifat kecinaan. Sekolah-sekolah ini didirikan oleh komuniti berkenaan bagi kemampuan mereka berbahasa Cina dan berkemampuan membaca, menulis dan mengira. Sekoplah pada peringkat rendah dan menengah didirikan oleh komuniti berkenaan atau oleh merekla yang berada dan mereka sendiri membiayai. Kelulusan mereka berkelayakan untuk bekerja di sektor-sektor perniagaan yang mereka menguasai. Arah pengajian mereka bagi melanjutkan pelajaran ialah seperti ke Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Bagi kaum India yang bekerja di estet-estet dan sebagai buruh jalanraya mereka bersekolah Tamil yang antaranya didirikan oleh pihak estet atau secara persendirian. Kurikulum  adalah terhad pada peringkat rendah dan berorientasikan negara India. Pengajian setakat darjah rendah dan tidak kemana-mana.
Pada peringkat negeri-negeri pula ada aliran agama yang kurikulumnya di sedia dan dikawal oleh pihak jabatan agama negeri.Terdapat pengajian pada peringkat ibtida`i dan thanawi. Pengajian sedemikian adalah menumpukan kepada pengajian agama dan menggunakan bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. Mereka yang lulus pada peringkat thanawi layak memohon jadi guru, pegawai agama dan sebagainya.
Selepas kemerdekaan negara, usaha yang penting dilakukan oleh Datuk Abdul Razak bin Hussein yang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Pelajaran. Usaha berkenaan ialah merangka Dasar Pelajaran Negara yang diikuti oleh  pelajar-pelajar menurut aliran kebangsaan. Dasar ini dikenali sebagai Dasar Pelajaran Razak (1956). Dasar ini merangkumi pengajian pada peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.  Bahasa pengantar bagi pengajian ialah bahasa Melayu. Walau bagaimana oleh kerana pengajian  pada peringkat rendah menggunakan bahasa Melayu dan tidaklah sukar mengikuti kurikulum Dasar Pelajaran Razak, tetapi untuk tingkat menengah  menimbulkan masalah, kerana tiada aliran Melayu pada perimng kat menengah, maka ianya menimbulkan kesulitan pada peringkat awal. Kelas menengah Melayu ditumpangkan di sekolah Inggeris sebagai pilot projek. Mereka ditumpang di Cliffod School di Pahang dan di beberapa sekolah lain , manakaa usaha-usaha dilakukan bagi mendirikan Sekolah Menengah Melayu seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, di  Sekolah Dato` Abdul Razak di Seremban dan kemudian di Sekolah Alam Shah di Selangor. Walau bagaimana pada peringkat permulaan pengajian masih bersifat MC berkiblatkan Cambridge. Apabila sekolah-sekolah berkenaan mengikuti pengajian di dalam bahasa Melayu, maka kelulusan   berbahasa Melayu  sukar mendapat peluang menyambung pengajian di universiti seperti diUnversiti Malayan dan lain-lain.
Dari satu pihak walaupun sudah ada Dasar Pelajaran Razak, sekolah-selolah agama negeri-negeri masih mengikut dasar pelajaran agama negeri, juga aliran Cina masih berterusan dan juga  Tamil.
Sedang dari satu pihak tidak adanya pengajian tinggi bagi aliran kebangsaan meneruskan pengajian. Ini menimbulkan desakan ke arah mewujudskan universiti bagi menampung lulusan berkenaan.
Sekian.