July 30, 2020

`ARAFAH YANG LENGANG


ARAFAH  YANG LENGANG

Hari Wuqif di `Arafah hari ini
Amat berlainan dari kebiasaan
Tiada exodus  berjuta jama`ah
Mengambil kesempatan berada
Meyempurnajan rukun kewajipan
Tiada haji tanpa kehadiran.

Hari ini `Arafah lengang
Yang hadir hanya puluh ribuan jama`ah tempatan
Demikian akibat dari Covid-19 menyerang
Ke seluruh dunia, tiada kecuali
Termasuk dua Tanah Suci elak jangkitan
Dua masjid utama lengang dari kehadiran.

Di tanah air dan di mana jua umat Islam
Bercadang menunaikan Haji tahun ini
Menangguhkan pemergian dicitakan
Kapal-kapal terbang tiada bergerak dari landasan
Lapangan Jeddah dan Madinah
Lengang dari pendaratan
Hotel-hotel penginapan tiada ditempah jama`ah
Peniaga-peniaga hilang kunjungan
Tanah Makkah dan Madinah serta jama`ah
Kerinduan oleh  tiadanya Haji dan `Umrah
Dido`akan pulihnya suasana  kembali kebiasaan.

Di Tanah Air dan di mana umat berada
Kehadiran Hari Wuquf disambut dengan takbir
puasa sunat sama menyertai ibadat
sempena mereka Wuquf di `Arafah.

(Fikrah Bangi: 623),
BBB: 09 Zulhijjah 1441H. =  30 Julai 2020M. (Khamis).

July 29, 2020

WILAYAH DAN KEPIMPINAN


WILAYAH DAN KEPIMPINAN
(Fikrah Bangi:  622),
BBB: 08 Zulhijjah 1441H. = 29 Julai 2020M. (Rabu).

Kewajaran Singapura seharusnya berada di dalam Malaysia, bukan setakat ianya  sebelum itu adalah di bawah penjajah British, tetapi Singapura dari segi geografi merupakan hujung bagi Semenanjung Tanah Melayu dan sebelum Merdeka Singapura  sebagai Pusat Pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu. Kegiatan dagang, penerbitan akhbar dan penyiaran adalah dari Singapura sebelum Kuala Lumpur menjadi Pusat Pemerintahan Malaya selepas merdeka. Singapura dari segi sejarah dan budaya adalah pusat pemerintahan Tanah Melayu apabila Sang Nila Utama berpindah dari Palimbang ke Singapura yang nama asalnya ialah Temasik. Selepas itu Sang Nila Utama berpindah Ke Johor dan seterusnya ke Melaka.
Brunei adalah Negara di bawah Pemerintahan Kesultanan Melayu  Brunei i yang pernah memerintah sebahagian besar Borneo sebelum kedatangan British. Kemasukan Brunei ke dalam Malaysia dapat mengukuhkan pemerintahan Diraja Melayu yang cirinya sama dengan pemerintahan di Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimana menjelang pembentukan Malaysia berlaku pemberontakan di negara itu dipimpin oleh Azhari dan menyebabkan negara itu  terbantut dari menyertai Malaysia.
Walaupun Singpura  yang dikeluarkan dari Malaysia (1965) dan Brunei tidak menyertai Malaysia, kedua negara itu tidak bersama dari segi politik dan pemerintahan, tetapi berada  di dalam geografi  berdekatan dan di tengah  geografi Malaysia. Kedua-dua negara amat rapat dengan Malaysia, bahkan  dari segi ekonomi antara dua pihak bergantung antara satu sama lain. Kedua-dua negara berada di dalam kawasan aman yang sama dinikmati oleh Malaysia, Singapura dan Brunei. Ketiga-tiga negara ibarat tiga biji buah yang berada pada tangkai yang sama. Antara satu sama lain bergantung dan perlu memerlui antara satu sama lain. Banyak kerjasama antara satu pihak dengan yang lain.
Ikatan Sabah adalah  wilayah yang berada di bawah Penjajah British. Pernah berada di bawah pentadbiran East Hindia Company British sebelum menyertai Malaysia, Bahagian utaranya dekat dengan kawasan Sulu di Selatan Filipina yang pemerintah Sulu pernah mendakwa bahagian utaranya adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu. Pemimpin awal yang sama  berjuang bagi pembentukan Malaysia ialah Tun Mustafa dan Tun Fuad Stephen dan beberapa yang lain. Kita merasa mereka yang berjuang pada peringkat awal sehingga sama menubuhkan Malaysia, kurang diberi kedudukan dan  tempat di dalam pembentukan Malaysia.
Keadaan yang hampir sama dengan  Sabah ialah Sarawak, bahawa  Sarawak adalah di bawah penjajahan British. Sarawak sebelum merdeka adalah di bawah pemerintahan Raja Brook dan keturunannya.. Agak menarik, bagaimana rakyat Sarawak amat menghormati pemerintahan Brook yang mewarnai sejarah wilayah ini. Sarawak adalah wilayah yang  mempunyai  banyak  suku kaum yang mewarnai budaya  wilayah itu. Antaranya, Melayu,  Melanau, Kelabit, Bajau, Batak, Orang Ulu,  dan berpuluh lagi kaum yang masing-masing mempunyai bahasa dan dialek sendiri.
Sebagaimana di Sabah, kita merasa tokoh-tokoh awal  yang sama berjuang bagi pembentukan Malaysia tidak diberi kedudukan yang sewajarnya. Tokoh-tokoh yang disebut dahulu seperti Tan  Sri Jugah Anak Baring,  Tan Sri Kaloningkan, Abdul Rahman Ya`job dan lain-lain lagi
Dengan pembentukan Malaysia, negara ini menguasai dua pintu masuk, iaitu Selat Melaka dan Laut Malaysia yang mengawal  kawasan antara Teluk Siam dan   Filipina ke utara..
Malaysia sama membina  kemakmuran di rantau aman Asean dan Asia Tenggara.
Sekian.

July 28, 2020

KENANGI TOKOH DAN SEJARAH


KENANGI TOKOH DAN SEJARAH
(Fikrah Bangi: 621),
BBB: 07 Zulhijjah 1441H. =  28 Julai 2020M. (Selasa).

Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963, tidak  semeriah sebagaimana diadakan  ulang tahun penubuhan. Bermaksud penubuhan  dengan barisan hadapan penubuhan tidak semudah bagi yang tidak memahaminya. Banyak halangan dan ujian yang dihadapi sama ada pada  pihak dalaman – dalam negara, lebih-lebih lagi luaran.. Anihnya tokoh-tokoh berjasa  dan mereka yang berperanan bersamanya, tidaklah begitu dikenangi. Tugas kini ialah mengisi kemerdekaan negara yang sama dicapai, Di sebalik dari itu yang sering didengari ialah tuntutan hak-hak, bukan bagaimana  menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, jika tidak di dunia, di Asia atau sekurang-kurangnya  di Asia Tenggara – Asean.
Menghargai tokoh-tokoh, bererti mengingati perjuangan mereka, bererti juga memahami sejarah semasa perjuangan mereka. Sewajarnya sejarah negeri-negeri atau negara yang dicadang dan terlibat dengan penubuhan Malaydia wajar dibicarakan dan difahami latar belakang dan sejarahnya.  Dengan demikian menjadikan kita warga yang memahami sejarah negara yang dapat menimbulkan kefahaman dan rasa cinta terhadap negara secara faham, bukan secara ungkapan  luaran tanpa kefahaman dan kemesraan.
Tokoh-tokoh yang terlibat dengan penubuhan Malaysia yang terutama ialah Tunku Abdul Rahman yang semua menerima ketolohannya, tetapi bukan sekadar menyebut namanya, tetapi perlu diberi kefahaman tentang latar dan perjuangannya pada peringkat dalam negara, tetapi hingga kepada peringkat antara bangsa. Tokoh ini sekali pandang begitu mudah, tetapi melihat kepada keterlibatnnya, dia adalah seorang Negarawan  yang berjasa di dalam banyak perkara, baik bersifat dalam negara dan antara bangsa. Dalam kata lain fokus terhadap tokoh ini dari segi kewibawaannya tidak  diberi penekanan sepatutnya yang beliau adalah tokoh negara dan antarabangsa. Menghormatinya bererti menjadikan rakyat melihatnya sebagai Bapa Malaysia dan tokoh Negarawan Antarabangsa.
Membicarakan tokoh Malaysia bermula dari Semenanjung Tanah Melayu, selain dari Tunku Andul Rahman, tidak boleh dilupakan ialah Tun Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dari peringkat usaha penubuhan Malaysia dan menjadi Perdana Menteri selepas penubuhan Malaysia. Peranannya tidak begitu diberi tempat sewajarnya.
Tenaga kanan dan dapat disifatkan sebagai pemikir  penubuhan Malaysia dan terlibat sama di dalam merangka `Rukun Negara` ialah Tan Sri Ghazali Shafie yang merupakan Setiausaha Negara dan memimpin banyak pertemuaan dan perbincangan di dalam mesyuarat-mesyuarat bagi penubuhan Malaysia. Idea-idea bernas beliau patut dikaji dan dibincangkan sebagai panduan. Pemimpin rakyat yang aktif dan energetik dari Semenanjung Tanah Melayu, ialah Ghafar Baba yang patut diberi tempat di dalam perbincangan.
Tak boleh  dikesampingkan  di dalam merangka penubuhan Malaysia  pada peringkat permulaan ialah Lee Kuan Yu Perdana Menteri  Singapura. Seorang intelektual dan negarawan yang banyak mencetuskan fikiran-fikiran bernas. Idea-ideanya terutama berhubung dengan pembentukan Malaysia patut diperbincangkan. Dia menerima pembentukan Malaysia dengan harapan yang tinggi, tetapi dia sanggup berada di pihak pembangkang di dalam parlimen. Singapura diharap menjadi pelabohan antarabangsa bagi Malaysia, Malaysia diharap menjadi negara makmur di dunia dan Asia.
Walaupun Lee Kuan Yu dianggap tidak sebulu dengan Tunku Abdul Rahman, ketokohan dan pemikirannya patut diterima dan dikaji. Sejarah yang berlaku, mengapa Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, patut dikaji secara detail. Wajarkah Tunku mengambil tindakan perseorangan tanpa membawanya ke dalam sidang parlimen ? Tindakan ini menimbulkan pertentangan di kalangan pemimpin-pemimpin.
Perbincangan hendaklah secara akademik bagi  mendapat jawapan sebenar dan menjadi panduan, bahkan merapatkan hubungan terutama  dengan Singapura. Tokoh-tokoh lain di Singapura pada masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri,  Encik Hock Tong, Ahmad Ibrahim Tokoh undang-undang dan Yusof Ishak..
Sekian.

July 27, 2020

RUNDINGAN - KESEFAHAMAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA


RUNDINGAN – KESEFAHAMAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 620),
BBB:  06 Zulhijjah 1441H. =  27 Julai 2020M. (Isnin).

Dalam rundingan kemerdekaan bagi pembentukan  Malaysia ada persamaan antara rundingan kemerdekaan Malaya  dan  pembentukan Malaysia. Kaedah yang digunakan ialah secara Rundingan dan Kesefahaman. Ini tidak bererti tidak ada berlakunya penentangan baik pada peringkat bagi Kemerdekaan Malaya dan Pembentukan Malaysia.
Bagi kemerdekaan Malaya setelah berlakunya penentangan terhadap Gagasan Malayan Union yang dicadang British dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu  (1948).  Rundingan ke arah kemerdekaan berlaku dengan penyatuan kaum melalui Umno, MCA dan MIC yang Umno diketuai oleh  Tunku Abdul Rahman , MIC oleh Leong Yu Koh dan MIC oleh Manikavasagam. Rombongan berangkat ke London dan selepas dari siri rundingan kemerdekaan Makaya berlaku pada 31 Ogos 1957.
Selepas Filipina mencapai kemerdekaan dan Indonesia jufa menbapai kemerdekaan, tinggal beberapa kawasan  jajahan British belum merdeka, iaitu Singapura, Sabah,  Sarawak dan Brunei di bawah Kesultanan Melayu Brunei dilihat tidak selamat dari ancaman luar, sedang British mau melihat kawasan tanah jajahannya ini dapat kekalsebagai satu intiti bekas Tanah Jajahan British, seeloknya berada di dalam satu kesatuan. Untuk diletak di bawah kesatuan dengan Australia dan New Zealand di bawah kekuasaan British, tetapi  begitu  jauh dari segi geografi, diselangi antaranya oleh Indonesia. Tunku Abdul Tahman dilihat berkesempatan dengan situasi dan saat sejarah dengan mengusulkan pembentukan negara Malaysia yang terdiri dari Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei di bawah Kesultanan Melayu Brunei. Cadangan ini diliha selari  dengan hasrat British dan tidak mendapat bantahan dari British, lantaran itu semangat Rundingan bagi mendapat kesefahaman antara pemimpin di negeri-negeri berkenaan, iaitu Tunku dari Malaya, Lee Kuan Yu dari Singapura, Tun Mustafa dan Tun Fuad Stephen dari Sabah, Tun Jugah Anak Bering,  Abdul Rahman Ya`kob dari Sarawaj dan Sultan Brunei dari Brunei berlaku rundingan  dan bersetuju membentuk Malaysia pada 31 Ogos 1963,  tetapi oleh kerana  Suruhan jaya Coboult dan pihak Bangsa Bersatu tidak sempat menyelesaikan urusan,juga berlaku pemberontakan di Brunei menentang penyertaan Brunei diketuai Azhari, maka tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditangguh kepada 16  September 1963. 1963.
Apa  yang hendak ditekankan di sini,bahawa kaedah rundingan mencari persefahaman dan persetujuan digunakan bagi pembentukan Malaysia. Pendapat diambil  bukan saja dari  British dan pimpinan negeri-negeri berkenaan,tetapi pendapat rakyat juga ditinjau, kelewatan pengurusan menyebabkan tarikh pembentukan Malaysia yang asalnya mau disamakan dengan tarikh kemerdekaan Malaya terpaksa diubah kepada 16 September 1963.
Pembentukan Malaysia yang sepatutnya disertai sama oleh semua bekas tanah jajahan British itu tidak terlepas dari gelora dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin-pemimpim yang sama menubuhkan Malaysia.
Penentangan yang sengit diterima dari pemimpim Imdonesia yang diketuai oleh Presidennya, iaitu Sukarno, Perdana Menterinya Subandrio dan Aidit Ketua Parti Komunis Indonesia,  Negara Indonesia melancarkan konfrontasi terdap Malaysia. Manakala  Filipina yang diketuai oleh Macapagal dan Marcos juga menentang penubuhan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah sebahagian dari Negeri Sulu bahagian Selatan Filipina, manakala Brunei tidak jadi menyertai Malaysia kerana berlakunya pemberontakan dalam negara itu dan tidak mau menyertai Malaysia.
Walau bagaimana hasil dari rundingan dan kesefahaman Malaysia terbentuk pada 16  September 1963.
Sekian.