August 18, 2020

 

MAKLUMAN

 

Pada pagi esok 29 Zulhijjah 1441H bersamaan 19 Ogos 2020 insya Allah Penulis akan menjalani rawatan mata di Universiti Malaya, maka bagi mematuhi aturan, agar segera sembuh, maka Penulis akan  berehat dari menulis selama lebih kurabg sebulan.

Penulis akan kembali menulis insya Allah pada permulaan Safar 1442 bersamaan pertengahan  September 2020.

Mohon do`a restu dari Allah, semoga dengan kesihatan yang baik, Penulis akan kembali menulis dengfan lebih baik – Insya Allah.

 

Kefanaan Menyelinap Diri

Melangkah ke usia 80

Menurut taqwim Hijri

Kefanaan makin menyelinap diri

Anggota-anggota makin lemah

Pergerakan  makin terhad

Syukur minda masih  berfungsi

Tapi mata makin tak nyata

Amat mengganggu dalam penulisan

Semoga dengan rawatan

Cahaya kembali terang

Penulisan dapat diteruskan

-         Insya Allah.

Bandar Baru Bangi.

28 Zulhijjah 1441H.

18 Ogos 2020 M..

August 17, 2020

 

NEGARA  BERILMU

(Fikrah Bangi:  633),

BBB: 27 Zulhijjah 1441H. =  17 Ogos 2020M. (Isnin).

 

Syarat bagi maju, berjaya, cemerlang atau sebarang maksud yang bersamaan dengannya baik bagi negara, bangsa, kelompok dan individu ialah berilmu. Maksud Negara Berilmu adalah dalam erti kata yang luas yang memaksudkan kepada kejayaan berkenaan. Tiada siapa yang dapat menafikan tentang pentingnya ilmu dan ianya menjadi faktor kepada kemajuan. Kemajuan di dalam kehidsupan yang kita alami kini adalah hasil dari keimuan. Bandingkan kehidupan pada zaman primitif  dan kini -  amat berbeza,  kemajuan adalah melalui ilmu. Jadi bagi mencapai keilmuan hendaklah melalui ilmu.

Kerana ilmu faktor bagi kemajuan, maka hendaklah kesedaran dan berilmu berlaku di dalam negara yang mau maju. Lantaran negara adalah  sebuah entiti yang di dalamnya memaksudkan sebuah kawasan yang relatifnya luas dan mempunyai kependudukan yang ramai dan yang pentingnya di dalam negara berkenaan ada kepimpinan. Iaitu ada  Ketua Negara dan  kumpulan yang membantunya di dalam pentadbiran, maka kesedaran  berilmu dan pentingnnya ilmu bagi kemajuan negara hendaklah terutama datangnya dari Ketua Pimpinan dan  mereka yang membantunya.

 

Untuk membangun Negara Berilmu, hendaklah syarat utama kepimpinan ini berilmu dan sedar akan keopentingan ilmu dan mengambil tindakan   agar mereka yang memimpin, bahkan masyarakat berilmu.

Pemimpin yang berilmu adalah cintakan ilmu dan memberi keutamaan membina masyarakat berilmu, maka dengan masyarakat berilmu menjadikan mereka dan  negara sebagai Negara Berilmu.

Menjadikan Negara Berilmu sehjarusnya mempunyai perancangan yang rapi yang dapat menyeluruhkan ilmu.

Kesedaran Negara Berilmu menggerakkan kepimpinan menyediakan peruntukan dan kemudahan bagi semua pihak  kesedaran berilmu, berusaha mendapatkan ilmu dan cintakan ilmu.

Memupuk Negara Berilmu  adalah melalui berbagai-bagai pendekatan

1)   Pendidikan formal

Maksud pendiudikan formal ialah pendiduikan rasmi ialkah melalui  pra- persekolahan, persekolahan, kolej, universiti dan yang seumpamanya.

2)   Pendidikan bersama pekerjaan

Tidak dapat dinafikan sebarang pekerjaan sama ada di pejabat, kilang,, bahkan boroh dan petani, jika mereka di dalam pekerjaan diberi pendidikan dan latihan semasa bekerja sudah tentu prestasi mereka semakin baik dan memberi pulangan bagi semua pihak semakin baik. Pendidikan sedemikian tidak semestinya ditanggung oleh kerajaan,tetapi oleh swasta dan pihak-pihak berkenaan.

3)   Pendidikan sepanjang hayat

Pendidikan tidak seharusnya terhad kepada pendidikan formal dan di tempat pekerjaan, tetapi  hendaklah bersifat sepanjang hayat. Jika di dalam kehidupan manusia perlu kepada makan minum berterusan, maka demikian juga dengan  pendidikan seharusnya berterusan. Perlu ada institusi bagi pendidikan berterusan seperti masjid, surau,  pusat komuniti dan masyarakat yang diwujudkan, maka melalui institusi berkenaan masyarakat diberi pendidian dan bimbingan. Misalnya tentang ekonomi rumah tangga, kesihatan, kaunseling keluarga dan berbagai pendidikan dan batuan keilmuan  bagi masyarakat.

4)   Pendidikan Umum

Pihak berkuasa menggunakan berbagai media bagi menyalurkan pendidikan dan keilmuan, misalnya melalui tv, radio dan berbagai saluran maklumat yang lain. Saluran maklumat hendaklah  mengutamakan keilmuan di samping hiburan.

5)    Wadah Masyarakat

Bermaksud, keilmuan menjadi perbincangan  biasa di dalam masyarakat dan menjadikannya kebiasaan kehidupan.

Pemimpin bila bercakap selalu merujuk pendapat ilmuan dan rujukan kepada bahan bacaan.

Semua pihak kepimpinan mendampingi ilmuan dan punca rujukan.

Masyarakat juga gemar berbincang soal imu dan dapatan

Dan suasana kehidupan adalah berorientasikan ilmu.

Dengan berilmu tidak rugi dia menjadikan masyarakat lebih berkualiti, kurang pengangguran, rendah dari jenayah,kurang ketamakan dan kekayaan negara dapat diagih kepada semua dan hidup masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.

Sebenarnya Negara Berilmu perlu kepada Amali dan  Qualiti yang tinggi. Perlu kepada pembicaraan dan ruang lingkup yang lebih luas.

 

Sekian.

August 16, 2020

 

KATALIS  DAN  FORMULA

(Fikrah Bangi:  633),

BBB:   26 Zulhijjah 1441H. = 16 Ogos 2020M. (Ahad).

 

Telah disebutkan, bahawa pengalaman yang pahit selalu memberi pengajaran yang berkesan bagi seseorang, bahkan bangsa yang mengalaminya. Ianya ibarat ubat yang mujarrab yang dapat memulih dan memberi keaktifan baru yang mengalaminya.

Bagi kita, bahkan dunia, pengalaman pahit yang sedang dialami, ialah serangan Covid-19 yang menjadikan semua panik dengan penularan wabak dan kematian yang begitu tinggi. Setakat 14.8.2020  statistik menunjukkan kematian akibat dari wabak tersebut di seluruh dunia ialah 751,,448 kematian dengan Amerika sebuah negara dianggap termaju mengalami kematian sejumlah 168.777 .  Diikuti negara-negara seperti Brazil, India, Rusia dan negara-negara yang lain. Malaysia turut mengalami wabak berkenaan dan mengalami 125 lematian dan dianggap antara negara terbaik yang berjaya mengawal wabak berkenaan yang masih menular di dunia ini.

Apa yang hendak ditekankan, peristiwa pahit dan dari satu segi menonjolkan kewibawaan Malaysia ini hendaklah dijadikan sebagai katalis bagi Malaysia bangkit bergerak maju  dan menjadi titik bergerak ke arah memperbaiki diri dan meningkat dari segi kemajuan.

Masa ini adalah  sesuai dengan  tempoh  era kemerdekaan yang telah dilalui lebih dari setengah abad itu. Dalam hal ini Malaysia perlu berlomba dengan negara-negara lain yang sama mengalami keperitan akibat dari wabak Covid-19.

Pembaharuan yang perlu dilalui ialah, bagaiama  kaedah pemulihan ekonomi yang terjejas dengan teruk itu. Kaedah pengajian yang menuntut penyesuaian dengan  perubahan, tetapi seharusnya dapat mempertahan, bahkan seharusnya meningkatkan kualiti. Kaedah penyesuaian komunikasi setempat dan antarabangsa yang menghadkan pergerakan, tetapi memperkembangkan hubungan secara maya atas talian. Kaedah bekerja juga berubah. Hubungan dan kehadiran secara langsung berkurang dan diambilalih oleh hubungan secara internet dan digital. Malaysia hendaklah bergerak dengan mempelopori semua bidang-bidang baru untuk sama diterokai. Perubahan ini banyak bergantung dari segi kemajuan pada generasi baru. Tumpuan hendaklah diberi keutamaan bagi memajukan mereka sebagai front liners bagi perlumbaan kemajuan.

Ancaman Covid-19 hendaklah dijadikan katalis bagi kebangkiyan, tetapi nilai-nilai positif di dalam kehidupam hendaklah diambil sebagai  nilai dan kemajuan yang mencorakkan identiti  dan jati diri negara bangsa. Nilai-nilai dimaksudkan antaranya sebagaimana terumus di dalam Rukun Negara. Keharmonian masyarakat yang berbilang kaum. Perlumbaan sihat antara mereka di dalam mengejar kemajuan. Sifat tolong menolong dan  gotong  royong yang subur di dalam masyarakat tradisi  dikembangkan ke dalam konsep kejiranan, NGO, sukarelawan dan  berbagai agensi yang mementingkan kebajikan.

Faktor-faktor penyatuan masyarakat hendaklah diberi keutamaan. Sepert  ipenggunaan bahasa kebangsaan yang telah berjaya memajukan masyarakat dan hendaklah dipertingkatkan melalui pengajian keilmuan. Tokoh-tokoh dan watak yang  memajukan masyarakat serta pejuan-pejuang tanahair perlu dikenangfi dan dihayati generasi sebagai teladan dan aspirasi perjuangan. Menjadikan  fenomena tanahair yang menarik sebagai tontoban yang membangkitkan cinta dan kasih sayang kepada negara. Gemar melancong ke lokasi-lokasi tempatan dapat memupuk cintakan tanahair. Pertandingan sukan juga dapat digunakan sebagai kaedah menyatukan masyarakat dan  memupuk pertandingan secara sihat.

Pendek kata visi dan misi baru hendaklah diwujudkan di dalam memupuk  suasana penghidupan baru pasca Covid-19. Inspirasi dan semangat baru ditiupkan ke dalam  dada warga negara yang  semuanya menerima kesan Covid-19 dan masing-masing dengan sedar mau melangkah ke era baru yang penuh cabaran. Cabaran-cabaran  seharusnya menjadi katalis kemajuan.

 

Sekian.

August 14, 2020

 

MENGENALI IDENTITI DAN JATI DIRI

(Fikrah Bangi:  632),

BBB:  24 Zulhijjah 1441H. =  14 Ogos 2020M. (Juma`at).

 

Identiti ialah sifat dan ciri yang ada pada sesuatu – di dalam maksud pembicaraan kita, ialah sesuatu  kelompok masyarakat atau bangsa. Identiti ialah  pola pengenalan yang ada pada kelompok atau bangsa berkenaan. Ianya mungkin dibentuk oleh alam sekitar yang menuntut  tindakan yang dilakukan. Misalnya orang Makasar dan Bugis dari satu kepulauan di Indonesia pernah dikenali sebagai `Bangsa Pelaut` Alam sekitar membentuk mereka sebagai bangsa pelaut, kerana Pulau Makasar  terdedah kepada Laut Pasifik. Kehidupan mereka bergantung pada laut. Tuntutan kehidupan bukan saja menuntut mereka  menjadi nelayan, tetapi meneroka alam  sekitar yang luas. Bagi memenuhi tuntutan lahir di kalamga mereka  tukang-tukang yang menggunakan dari pokok-pokok dihutan membuat perahu-perahu yang canggih. Hasilnya melahirkan pelaut-pelaut yang mahir merentasi lautan ke pulau-pulau. Mereka menjadi pedagang-pedagang di antara pulau-pulau di Pasifik, bahkan hingga ke Semenanjung, Borneo, Sumatera bahkan hingga ke Madagaskar. Manakala satu kelompok di Pulau berkenaan terkenal sebagai pahlawan yang bergerak dari pulau ke Pulau, bahkan menguasai tempat-tempat tertentu dan memerintah tempat berkenaan. Mereka misalnya bertempat di Kepulauan Riau, Johor, Selangor dan Kedah..  Identiti mereka dikenali sebagai pelaut yang mahir. Mereka disifatkan sebagai berani, lantaran itu dapat menguasai kawasan-kawasan tertentu yang kesannya hingga kini. Identiti  mereka dikenali sebagai Pelaut yang Mahir dan berjati diri sebagai kelompok barani dan dianggap sebagai pahlawan.

Bagi kelompok Minang dari Sumatera,  adalah menjadi adat dan tuntutan budaya  seorang anak lelaki dikehendaki mesti `Merantau` - keluar dari kampung halaman, mencari rezeki yang mesti dibawa balik ke kampung sebelum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan mereka keluar antaramya ke Semenanjung dan biasanya mereka berniaga, membuka kedai atau warung, berniaga. Seperti membuka kedai makan. Setelah kayarayamerekapulang membawa kejayaan diri bagi dipersembahkan bagi keluarga sebelum berumah tangga.  Ini semua adalah merupakan tuntutan yang baik bagi kelompol Makasar, Bugis dan Minang di Sumatera yang menjadi identiti mereka yang menyahut cabaran kehidupan dan bekerja dengan bersungguh-dungguh sehingga mereka berjaya.. Mereka berjati diri sebagai mereka yang `Cekal` mengatasi penghidupan. Tuntutan alam sekitar dan cabaran kehidupan yang pahit berlaku kepada orang Jepun dan German, menjadikan mereka bangsa yang cekal, kreatif dan menjadi bangsa yang berjaya.

 

Bagi kita di Malaysia, apakah tuntutan alamiah yang menggerak ke arah kejayaan sebagaimana kelompok-lelompol yang dibicarakan di atas ? Kaum Cina yang datang pada peringkat permulaan di dalam keadaan yang susah, mendesak mereka supaya bekerja dengan sungguh-sungguh dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Mereka terkenal sebagai kelompok peniaga yang berjayadan antara kaum yang teguh ekonominya.

Kaum bumiputra adalah kaum yang dijamin kehidupan di dalam kelompok kaum, tanpa  atau kurang tekanan mereka agak tenang dan tidak tertekan untuk bekerja lebih tekun, lantaran itu mereka kurang menghadapi ujian dan kurang pula mencapai kejayaan terutama di dalam bidang ekonomi.

Walau bagaimana dengan perubahan masa, ciri di atas makin berkurang dan generasi baru dari berbagai kaum menghadapi masalah yang sama.  Persoalannya apakah faktor yang dapat memberi tekanan terhadap mereka yang menggerak mereka kuat berusaha yang kesungguhan ini menjadi motivasi ke arah kejayaan dan kemajuan Apakah  kualiti yang ada pada masyarakat di Malaysia yang dapat dilihat sebagai identiti yang dominan, bahkan pada satu peringkat dilihat sebagai jati diri bagi masyarakat Malaysia ?

Kelihatan  persoalan identiti ini agak samar, apa lagi jati diri bagi masyarakat di Malaysia. Bagaimana mengatasinya ?

 

Sekian.

August 13, 2020

 

MUHASABAH – DI MANAKAH KITA ?

(Fikrah Bangi:  632),

BBB:  23 Zulhijjah 1441H.= 13 Ogos 2020M. (Khamis).

 

Sempena menyambut ulang tahun  Kebangsaan dan Malaysia yang ke 63, kita tidak seharusnya semata bergembira dengan mengadakan berbagai acara sambutan dan kemudian berlalu dan menunbggu pada tahun berikutnya untuk kembali mengadakan sambutan.  Sewajarnya setelah lebih dari setengah abad kita merdeka,  wajar kita bermuhasabah – Di manakah kita ?  Adakah kita kini dapat dikategorikan sebagai negara  termaju,  terbaik aaaukah masih dalam kategori biasa, jika tidak ketinggalan ?

Dari segi geografi negara kita berada pada lokasi yang strategik, sebagai `Jantung Asia`. Sebelah kanan Laut Cina (seharusnya Laut Malaysia) dan sebelah kiri Laut India (Selat Melaka) yang menjadi tumpuan lalu lalang, laut dan udara. Tanah negara Malaysia amat subur menghijau dengan tumbuhan,  mendapat hujan kecukupan sepanjang tahun, sederhana cuaca, tidak diganggu musin sejuk dan tidak oleh musim panas,. Rakyatnya berbagai kaum yang seharusnya menjadi faktor dinamik untuk mereka berusaha sama mencapai kemajuan !

Di mana kita ?  Dulu kita menganggap Korea dan Vietnam adalah  lebih mundur dari kita. Dalam perlawanan bola mereka biasa kita kalahkan. Tetapi kini mereka mengatasi kita, bukan setakat mainan bola,  tetapi dari segi ekonomi. Kita kini jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan teknologi berbanding dengan Jepun dan Korea Selatan, bahkan lebih  mundur dari Singapura jiran terdekat. Kesimpulan kita tidaklah maju dalam kata sebenarnya. Faktor apakah menyebabkan kita kurang maju ?

Antara faktor kita kurang maju, adakah kita lemah dan kurang  dinamik dan kurang visi dari segi kepimpinan ?. Pimpinan kita pernah mengutarakan berbagai visi dan slogan yang menarik, juga berbagai visi untuk dicapai, tetapi kemajuan tidak dapat dicapai sebagaimana dihasratkan.

Kita tidak mempunyai pemimpin sehebat seperti  Shantaro Abe di Jepun,  Seperti pada satu masa Lee Kuan Yu di Singapura ?. Jauh dari mempunyai pemimpin secara kebetulan wanita seperti Makeral Perdana Menteri Jerman yang dilihat sebagai ketua pemimpin bagi Kesatuan   Negara Eropah atau satu masa dulu ialah Margerate Thatcher di England. Kita ada pemimpin, tetapi tidak setahap mereka. Kita ada pemimpin, tetapi tenggelam di dalam perbalahan politik berterusan.

Kita kurang maju,  adakah kerana rakyat yang kurang dinamik dan kreatif ?

Tanah negara kita subur, jauh lebih subur dari Jepun dan Korea, tetapi bumi yang subur itu, tidak menarik minat putera-puteranya yang lebih suka bekerja di pejabat dan tempat-tempat selesa, biarpun pendapatan tidak sebanyak mana.

Banyak bidang perusahaan dapat dilakukan, , tetapi kurang diambil bahagian oleh warga negara.Adakah kerana kelemahan minda dan tiada inisiatif dari pihak berkuasa. Adakah warga negara kita  kurang dari segi kreatif dan inovatif ? Tiada tekanan dan rasa susah  dan tiada  di kalangan mereka yang menggerakkan mereka untuk berikhtiar memajukan diri.,

Negara kita kaya, tetapi miskin dari pengusaha yang berinisiatif dan menyerlahkan  daya kreativiti dan inovasi di kalangan mereka,

Rakyat di negara kita kurang semangat dan tiada semangat berlomba bagi mencapai kemajuan

Apakah formola bagi negara mencapai kemajuan setaraf, jika tidak lebih baik dari negara-negara maju ?

 

Sekian.

August 12, 2020

 

PEMANTAPAN

(Fikrah Bangfi: 631),

BBB:  22 Zulhijjah 1441H. = 12 Ogos 2020M. (Rabu).

 

Negara kita telah melalui  dua siri penting.

Siri pertama ialah kemerdekaan tanahair dan pembentukan Negara Malaysia. Peranan ini adalah di bawah pimpinan Tunku Andul Rahman  dan pemimpin  dari Sabah dan Sarawak. Walaupun ada kekurangan, misalnya tidak berjaya bersama Singapura dan Brunei, tahap ini adalah penting dan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tahap ini adalah tahap Asas.  Mengingati kemerdekaan tanahair wajar tokoh-tokoh bukan saja Tunku Andul Rahman, bahkan tokoh seperti Tun Mustafa, Tun Fuad Stepehen, dari Sabah, juga Tun Jugah Anak Baring, , Kaluningken, Abdul Rahman Ya`kon, juga Lee Kuan YU dan  pihak Diraja Brunei dikenangi sebagai mereka yang mencipta sejarah bagi pembentukan Malaysia, walaupun Singapura dan Brunei akhirnya tidak bersama Malaysia.

 

Sebagaimana disebut dalam pembinaan Malaysia, terutama dalam era Tunku Abdul Rahman banyak kejayaan, tetapi ada kelemahan menyebabkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 berlaku pertukaran  pimpinan pemerintahan.

Siri kedua ialah siri membina kemantapan yang berlaku selama setengah abad, iaitu dari 1970 hingga 2020. Siri kedua ini kita namakan sebagai siri pembinaan kemantapan. Episod-episod yang berlaku di dalam siri ini tidaklah semuanya berjalan dengan baik.

Tokoh-tokoh pimpinan  mempunyai legasi yang mengidentitikan kepimpinan mereka.

Tunku Abdul Rahman ketara kepimpinan ssebagai Bapa Kemerdekaan dan  kebangsaan Malaysia.

Tun Razak Bapa Pembangunan dan Pengasas Dasar Pelajaran  Malaysia.

Tunn Hussein Onn dikenali sebagai Tokoh yang jujur dan berterus terang.

Tun Mahathir toloh yang pragmatik dan energistik membawa perubahan yang besar kepada imej dan kemajuan negara terutama sekitar 1983 hingga 1999. Namun selepas itu imej kepimpinannya bagi tempoh kedua tidak secemerlang sebagaimanat tempoh bahagian pertama. Tempoh kedua dapat disifatkan tempoh kecelaruan.

Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai Mr. Clean. Tiada gelombang yang membadaikan pemerintahan. Zamannya tenang. Walau bagaimana dengan ketenangannya ada yang tidak menyenangkan.

Datuk Seri Najib berada di dalam zaman kegoncangan. GST dan IMDB memasalahkannya bahkan membawa kepada kejatuhannya.

Pakatan Harapan diberi mandat dengan harapan tinggi rakyat. Tidak sampai dua tahun harapan  rakyat tidak kesampaian. Berlaku pertukaran pimpinan kali kedua Tun Mahathir.

Tan Sri Muhyiddin Yasin diberi kepercayaan memimpin. Satu ujian yang besar berlaku sebaik bermula kepimpinan, iaitu wabak Covid-19,melanda negara dan dunia. Muhyiddin sedang diuji dari segi kepimpinan. Mungkinkah tokoh yang di luar jangkaan dari segi kepimpinan ini akan menyerlahkan kewibawaannya ?

 

Di atas dilihat hanya dari segi kepimpinan, banyak lagi yang dapat dilihat. Dalam tempoh setengah abad ini Malaysia masih dalam proses kemantapan di dalam membina Negara Bangsa.

Sekian.

August 11, 2020

 

KURANG  KEYAKINAN ?

(Fikrah Banbgi: 630 ),

BBB: 21 Zulhijjah 1441H. = 11 Ogos 2020M. (Selasa).

 

Antara faktor yang penting  dapat memajukan masyaarakat ialak pelajaran. Bagi memajukan masyarakat dari segi ekonomi memerlukan pelajaran dan bagi menyusun  masyarakat juga memerlukan ilmu.  Menjeleng kemerdekaan dan juga pada awal kemerdekaan, bukan saja berlaku polarisasi dari segi ekonomi dalam mana masyarakat miskin tinggal di kampung dan luar bandar, mereka terdiri dari masyarakat bumiputra dan India dan yang berada  di bandar dan lebih baik dari segi pengusaan bidang ekonomi, tetapi pada masa itu juga berlaku polarisasi dari segi pelajaran.

 

Mereka yang dianggap terpelajar tinggal di bandar dapat belajar ke peringkat menengah melalui medium berbahasa Inggeris,, manakala yang di luar bandar belajar setakat sekolah rendah beraliran Melayu dan tidak ada peluang ke sekolah menengah, kecuali melalui , special Malay.

Sebelum merdeka (1956), sudah diwujudkan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikenali dengan Penyata Razak. Dasar ini sepatutnya dilaksanakan bersama dengan kemerdekaan tanahair, tetapi berlaku kelewatan. Adalah dipercayai  oleh kerana kurang persediaan, misalnya tiada sekolah menengah kebangsaan, masih ketiadaan  guru dan tiada kurikulum. Bahkan tiada keyakinan menyebabkan  kecuaian. Pengajian menengah yang sepatutnya bermula dari zaman kemerdekaan tertangguh, sehingga  didirikan Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Dato` Andul Razak, Sekolah Alam Shah dan Tunku Khursiah selepas 1960an. Rancangan menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan sepuluh tahun selepas merdeka (1967) tertangguh dua tahun (1969) dan Universiti Kebangsaan yang sepatutnya dirikan pada masa itu juga tertangguh.

Walau bagaimana kealpaan dan ketiadaan kesungguhan ini tidak dibuarkan begitu sahaja, sebaliknya pada masa itu wujud gerakan massa yang kuat mendesakkan pelajaran menengah diperluaskan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi dan Universiti Kebangsaan segera didirikan. Pendesak-pendesak antaranya, Kesatuan Guru-Guru, Badan Penulis Nasional dan negeri-negeri,, pelajar-pelajar, pimpinan Institusi Bahasa  dan berbagai-bagai gerakan.  Tuntutan supaya dirasmikan  bahasa Melayu dan diwujudkan sekolah menengah secara meluas dan sebuiah Universiti Kebangsaan didirikan adalah berlaku bersama ketidakpuasan dari segi polarisasi ekonomi yang membawa kepada keresahan sosial dan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 itu.

 

Mulai dari 1970 berlaku perubahan sosial. Akibatnya mulai berlaku penyusunan  ekonomi kepada yang kurang dari segi polarisasi kaum, pengajian menengah menjadi menyeluruh, bahkan sekolah-sekolah menengah Inggeris bertukar kepada sekolah menengah kebangsaan, tanpa mengabaikan bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia didirikan (18 Mei 1970) yang kemdian semua universiti yang ada dan bakal didirikan menurut Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bukan itu sahaja, bahkan pimpinan politik pemerintahan negara turut berubah selepas 1970.

Mulai tahun 1970 dapat dikatakan zaman era baru bagi negara Malaysia, terbuka berbagai-bagai peluang untuk perubahan

Kemajuan Malaysia bergantung kepada  pucuk pimpinan pemerintahan, perubahan dan peningkatan dari segi pelajaran dan pendidikan negara., kemajuan negara dari menggerakkan sektor ekonomi dan peluang rakyat mengambil bahagian di dalam berbagai bidang kemajuan

Sejauhmanakah perubahan dan kemajuan berlaku dan mampu  dicapai  ? 

Sekian.