
Hujan semenjak petang semalam(28.11.08) sekali lagi membanjiri 30 penempatan di Kampong Bangi. Air setinggi satu meter mula memenuhi kediaman mereka bermula pukul 4 pagi dan kemuncaknya jam 6 pagi. Aduan diterima jam 9 pagi sewaktu program kulaih ilmu oleh Ust. Mokhtar Senik sedang berjalan di pasar Bandar Baru Bangi. Hadir segera ketempat kejadian ialah Ust Shafie Ngah, ahli majlis MPKj merangkap TYDP PAS Serdang.YB Dr. Shafie bergegas ketempat kejadian selepas program kuliah ilmu berakhir jam 10.30 pagi. Bantuan segera berupa makanan untuk minum pagi dan makan tengah hari dihulurkan pada mangsa banjir. Pihak bomba dan pertahanan awam dari Bangi turut membantu dan memantau kejadian dikhuatiri banjir semakin buruk berikutan musim hujan yang melanda sekarang. Air mula surut sekitar jam 12 tengah hari. Beberapa perbincangan diadakan bersama JKKK dan mangsa banjir. Sebelum beredar balik YB Dr. Shafie menambah lagi bantuan untuk makan malam.
MEDIA










