November 21, 2008

HARGA BARANG TETAP NAIK WALAUPUN HARGA MINYAK TURUN


Harakah 20 Nov :Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.- Mahfuz Omar

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Sementara itu hasil tinjauan yang dibuat mendapati langkah kerajaan menurunkan harga minyak secara perlahan dengan kadar yang amat minima berbanding penurunan harga di peringkat global menjadi punca kepada kemelut harga barangan di pasaran tempatan yang tidak menurun sebagaimana yang diharapkan.

Walaupun kerajaan menurunkan harga minyak buat kali kelima sejak Ogos lalu namun kadar itu masih jauh daripada kadar sekali kenaikan yang dibuat sehingga mempengaruhi kenaikan harga barangan di pasaran pada ketika itu.

No comments:

Post a Comment