KRONOLOGI
PERANG TERHADAP COVID-19
Hari
ini 18 Mac 2021
Setahun
perang terhadap Covid-19
Dikenalpasti
akhir 2019 di China
Wuhan
pasar pelbagai makanan eksotik
Dan 5
Februari rakyat Malaysia pertama dijangkiti
30
Februari diumumkan Covid di Malaysia terkawal
Walaupun
seminggu berikut amaran 100, 000
Bakal
kelihangan pekerjaan diperkukuh amaran
WHO
isytihar 13.3.20 Covid-19 pandemik
Diikuti
pengisytiharan di Malaysia 18 Mac
Dan bermula
dengan Perintah Pengawalan Pergerakan.
Heboh
permulaan kluster jangkitan
Dari
Jamaah di Sri Petaling mengadakan muktamar
Dihadiri
perwakilan dari seluruh dunia
Gempar
sekatan dan kawalan,
Namun
jangkitan merebak ke Simpang Renggam,
Sungai
Lui, Hulu Langat dan City Tower Kuala Lumpur
Kes berjumlah
3,793 dengan 102 positif (54%)
Dan satu
kematian. Dan dunia mula menyaksikan
Peningkatan
kes 100,000 di Amerika
Diikuti
Itali, Spanyol, Perancis dan German
Malaysia
yang prihatin mengawal merebak seluruh negara
Pernah
turun kes kepada angka paling rendah
Pada
Julai 2000, tetapi melonjak kembali selepas PRK Sabah.
Catatan perkembangan 1.1.2021
Covid-19
tertinggi 2,525 dengan kematian 471 + 8
Mendepani
Selangor 1,205, Melaka 239
Johor
194 dan Sabah 299 dan lain negeri
Mengawasinya
negara di bawah Dharurat
Dari
12.1.21 ke Ogos 21 di bawah perkara 150(1) perlembagaan.
Manakala
pada peringkat global
USA
dengan kes 20,216,991 dan kematian 350,778
India
dengan kes 10,267,282 dengan 148,774 kematian
Brazil
dengan 7,619,970 dan kematian 193,940
Diikuti
Itali, Spanyol, Rusia,Perancis Turki dan
German
Dan lain-lain
negara tiada kecuali dari wabak berkenaan.
Bermula
dari awal 2021,
Diperkatakan
tentang vaksin
Firma
seperti Pfizer Bion Tech Amerika-German
Astra
Zanica Oxford England, Cinovax China
Johnson
And Johnson dari Amerika
50
negara negara melibatkan vaksinasi
Negara
kita tidak terkecuali menerima hantaran
21
Februari 2021 dan bermula vaksi pada 24 Februari
Melibatkan
80% rakyat negara dan bukan warganegara
Tahap
pertama vaksinasi melibatkan setengah juta
Diikuti
tahap kedua melibatkan 9.4 juta dan
selebihnya
Melalui
tahap ketiga, semua digalak mendaftar diri.
Kerja
vaksinasi melibatkan semua
Bersifat
tempatan dan global
Walaupun
tiada ketentuan berakhir
Perang
berterusan tiada gencetan
Pertanda
menunjukkan penurunan
Semalam
di negara kita jumlah kes 326.034
Dengan
309,612 pulih, manakala aktif kes 15,204
Dan kematian
1,218 , antara terendah peringkat global
Prehatin
negara dan frontliners terus memeranginya
Semoga
dalam masa terdekat kembali kita kepada normal
Bebas
bergerak tiada lagi sekatan
Kita
menang memerangi wabak tiada kelihatan.
Sekian.
(Fikrah
Bangi: 889)
BBB: 05 Sha`ban 1442H. = 19 Mac 2021M. (Juma`at).