TIBA
HARI PEMBEDAHAN MATA
(Fikrah
Bangi: 895).
BBB: 19 Ramadhan 1442H. = 01 Mei 2021 (Sabtu).
Hari pembedahan mata kiri Penulis, iaitu pada
Rabu 19.8.2020 adalah hari penting bagi Penulis. Walau bagaimana tidak kurang
dari debaran. Ini ialah kerana bimbang menghadapi kegagalan. Ini ialah kerana
sejak ujian pertama dilakukan pada 2.7.2020, Penulis dimaklumkan bahawa katarak
pada mata kiri Penulis agak tebal dan melitupi saraf-saraf di belakang hingga
sukar dipastikan apakah saraf-saraf berkenaan masih hidup dan berfungsi.
Penulis juga sedar sejak terakhir mata
ini agak terseorok ke dalam, kerana bila Penulis mau pastikan penglihatan
dengan mata kanan, maka terpaksa dipencengkan dan mata kiri ini bergerak ke
dalam. Walau bagaimana harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah pembedahan
berjaya dan mata kiri dapat diselamatkan dan dapat kembali berfungsi
sebagaimana biasa. Selama ini Penulis memakai cermin mata sejak lebih kurang 10
tahun lepas.
Persediaan
sebelum pembedahan dilakukan sebagaimana diarahkan oleh pihak Hospital Mata,
iaitu melakukan pembersihan muka, terutama bahagian mata,syampu rambut dan tidak
memakai minyak rambut dan membeli cermin mata hitam untuk dipakai selepas
pembedahan (bawa dua cermin mata).
Ingatan
dari pihak Hospital mata, iaitu perlu telefon ke Hospital pada Isnin 17.8.2020 antara jam 2.00 hingga
4.00 petang membuat kepastian, tiada halangan atau tiada perubahan tarikh dan
masa yang telah ditemujanji. Seawal jam 2.30 petang pihak Penulis menghubungi no.
Telefon yang ditentukan dan membuat confirmation, bahawa tiada perubahan tarikh
dan masa pembedahan yang ditentukan.
Pihak
Hospital Mata juga memberi arahan pada
bahagian Perkhidmatan Pembedahan Jagaan Harian Jabatan Oftalmologi, iaitu:
Sila
berada di Wad Pembedahan Harian (Day Care Surgery), Tingkat Empat, Menara
Timur, PPUM Jam 7.30 pagi pada hari pembedahan. (Sekiranya anda terlewat
pembedahan anda akan dibatalkan).
Barang-barang
yang perlu dibawa ke Hospital.
1.
Barang-barang persendirian (seperti berus
gigi, sabun mandi dan sebagainya). Sebenarnya tidak bermalam. Jangan bawa
barang yang tidak berkenaan.
2.
Ubat-ubatan yang diperlukan (bagi kes
kencing manis & darah tinggi) dan ubat titis mata.
3.
Dokumen yang perlu dibawa:
Kad Pengenalan, surat jaminan majikan, Kad pencen, kad
temujanji dan lain-lain.
Hari
Pembedahan:
1.
Sila mandi pada pagi sebelum
pembedahan.
2.
Jangan pakai alat solek atau pewarna
kuku.
3.
Jangan pakai sebarang barang kemas.
4.
Sila ambil sarapan pagi yang ringan.
5.
Sila bawa bersama anda semua ubat-ubatan
atau ubat titis mata.
Datang
bersama penghantar adalah penting, lantaran pakaian dan barang yang dibawa
bersama, selain daripada dapat dimasukkan ke dalam locker yang disediakan
(pakaian dan selipar), dokumen-dokumen pentang bila sudah digunakan atau tidak
perlu digunakan seperti purse bagi Kad Pengenalan, jam yang dipakai dan duit
dapat diserahkan kepada pengiring yang datang untuk diambil dan dijaga agar
tidak kehilangan.
Pada
pagi hari dijanjikan, iaitu pada pagi Rabu (Hari pembedahan Rabu setiap minggu)
19 Ogos 2020 janji telah dibuat dengan
anakanda Ahmad Zakir agar datang menjemput Penulis dari Bandar Baru Bangi.
Sememangnya sejak jam 7.00 pagi anakanda Ahmad Zakir telah tiba di rumah dari rumahnya di Bukit Jelutung di Shah Alam.
Penulis yang memang menunggu dengan isteri, segera bertolak dua beranak – tidak
disertai isteri Ke Jabatan Optalmologi,
Hospital Mata Universiti Malaya. Anakanda Muhammad Nasim yang tinggal di
Bungsar Baru, terus hadir bersama ke Universiti Malaya pada pagi itu.
Kehadiran
untuk pembedahan pada pagi itu tidak perlu melalui pendaftaran biasa pada
tingkat dua, Menara Selatan, sebaliknya diarah terus ke Tingkat Empat, Menara
Timur. Check list dilakukan di tingkat ini bersama dengan pesakit-pesakit yang
lain yang juga mau melakukan pembedahan.
Sekian.