January 5, 2020


FADZIL NOOR PEMIMPIN KREATIF
(Fikrah Bangi:  441),
BBB: 9 Jamadil Awwal 1441H. = 05 Januari 2020M. (AH
Pemimpin menonjol pada dekad 1980an ialah Ustaz Fadzi Noor.Ustaz Fadzil Noor (lahir1937), ini berkelahiran geri Kedah yang mendapat pendidikan awal di Kedah (Sekolah Melayu dan Maktab Mahmud) dan menyambung pengajian di Mesir. Pulang menjadi pendidik dan bergiat di dalam ABIM. Bersama dengan angkatan muda ABIM dan pimpinan muda Pas dan berjaya mengenepikan pimpinan Dato` Asri dan menggantikan dengan Yusof Rawa sebagai Presiden Pas. Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknogi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lkumpur.
Ustaz Fadzil Noor terkenal sebagai seorang yang petah berucap yang sering disulami di dalam ucapannya dengan unsur humor dan sindiran yang tajam. Beliau merupakan salah seorang Presiden ABIM yang terkenal yang mengambil pendekatan yang bercanggah dengan Anwar Ibarahim yang memeilih Umno sebagai wadah perjuangan politik. Sebaliknya Udtaz Fadzil Noor memilih Pas sebagai wadah perjuangan politiknya.
Fadzil Noor diberi amanah menjadi Presiden Pas tanpa bertanding pada Muktamar Pas ke 35  di Markas Pas Pusat di Taman Melewar. Kenaikan Fadzil Noor dalam suasana politik negara sedang hangat.Anwar Ibrahim yang disifatkan naik dengan mendadak sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menghadapi kemelut yang berhubung dengan moral. Beliau menghadapi  hukuman penjara dan dipukul semasa di dalam penjara sehingga lebam matanya (imej lebam mata ini dijadikan simbol perjuangan ). Pada masa yang sama Perdana Menteri Pada masa itu menghadapi kemerosotan sokongan. Ustaz Fadzil yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN negeri Kedah secara kreatif membuat pendekatan politik baru di kalangan pembangkang, iatu Pas, Dap dan penyokong Anwar di dalam penjara dengan mengusulkan pendekatan politik menerusi gagasan yang dinamakan `Angkatan Perpaduan Ummah` Pendekatan beliau ini mendapat sokongan rakyat yang tidak senang dengan pemerintah pada masa itu.
Semasa memimpin APU Pas makin mendapat sokongan dari rakyat. Misalnya pada masa kepimpinan Ustaz Fadzil Pas menguasai Negeri Kelantan (1955) dab pada pilihabnraya 1999 Pas menguasai Terengganu. Pada masa ini melalui kerjasama antara parti-parti pembangkang Pas mulai mendapat tempat di kalangan rakyat di Pantai Barat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan beberapa negeri yang lain.
Isu Anwar Ibrahim  menjadi isu nasional. Bagi membela Anwar Ibrahim Ustaz Fadzil dan parti pembangkag  yang lain bekerjasama bagi menubuhkan parti baru yang terkenal dengan Keadilan -  -   ditubuhkan pada 4 April 1999 dilancarkan penubuhan parti baru yang dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat di Hotel Rennaissance di Kuala Lumpur dengan Wan Azizah isteri Anwar dilantik sebagai Presiden PKR.
Penubuhan parti baru – PKR mengukuhkan barisan pembangkang yang bersatu di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.  Bagi menghadapi pilihanraya pada akhir 1999 Angkatan Perpaduan Ummah menggunakan jenama Barisan Alternatif.
Dalam pilihanraya akhir 1999 itu,  Barisan Alernatif berjaya memenangi, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak. Pas mulai berkembang di negeri-negeri di Pantai Barat seperti di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan beberapa negeri yang lain. Oleh kerana makin merosotnya sokongan Dr. Mahathir menyerahkan pimpinan kepada Abdullah Badawi mulai (2013).
Si atas kewibawaan pimpinan Ustaz Fadzil Noo yang jua merupakan Ketua Pembangkang di parlimen, Pas  berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke Pantai Barat Semenanjung. Dari Barisan Alternatif ini melahirkan Pakatan Rakyat. Kejayaan sedemikian adalah hasil daya kreatif Ustaz Fadzil Noor di dalam pendekatan politik Pas bersama pembangkang-pembangkang yang lain.
Sekian

January 4, 2020

KEBANGKITAN ISLAM DAN KESAN


KEBANGKITAN ISLAM DAN KESAN
(Fikrah Bangi: 440),
BBB: 08 Jamadi-Awwal 1441H. = 04 Januari 2020 (Sabtu).
Bermula dari 1970 dapat dikatakan zaman kebangkitan Islam. Kejayaan Iran mengalahkan Amerika dan menurunkan pemerintahan Diraja (Shah Pahlawi) yang menjadi boneka Amerika, mencelikkan umat Islam bahawa, revolusi Islam dapat mengalahkan kuasa besar seperti Ameriak (1969). Pada masa yang sama beberapa negara Islam yang kaya dengan minyak dilihat mampu mencabar Barat seperti Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein, Libya di bawah pimpinan Muammar Ghaddafi dan beberapa negara Islam yang lain. Hasil dari kemenangan dan kekuasaan umat Islam telah membangkit semangat umat Islam.
Kalangan intelektual Muslim memperlihatkan Islam dengan perspektif yang baru, bahawa Islam bukan sekadar agama untuk beribadat, tetapi ia adalah `A way of laife`.  Kebangkitan Islam memberi kesan kepada pendekatan keilmuan di pengajian-pengajian tinggi mendekati keilmuan menurut perspektif Islam. Sebagai akibatnya memberi kesan kepada gerakan-gerakan mahasiswa di universiti-universiti di negara ini, sebagai yang berlaku di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa universiti yang lahir selepas kedua universiti itu seperti  ITM, UTM. Kesan dari kesedaran keislaman ini mempengaruhi gerakan mahasiswa, seperti PKPIM, PMIUM, PMUKM. Sebagaimana telah dibincang kesedaran keislaman ini menjiwai pergerakan seperti ABIM. Kesedaran keislaman turut mempengaruhi politik tanahair seperti Umno yang mendukung kebangsaan dan Pas yang mendukung keislaman.
Sebagaimana telah dibincangkan pemimpin-pemimpin pelajar dan pemuda khususnya ABIM adalah pendukung-pendukung Islam yang tinggi komitmennya terhadap Islam. Sebahagian besar dari mereka ini cenderung kepada parti yang memperjuangkan Islam. Mereka antaranya ialah Fadzil Noor yang pernah menjadi Presiden ABIM. Jadi jika Anwar sebagaimana telah dibincangkan memilih Umno, maka Fadzil Noor memilih Pas.  Antara pemimpin pemuda yang memilih Pas ialah seperti Kamaruddin Ja`afar, Anwar Tahir, Ramli Ibrahim, Abdul Halim dan beberapa yang lain. Sebahagian dari pelajar yang pulang dari luar negara turut memilih Pas sebagai wadah perjuangan mereka. Antara mereka ialah Hatta Ramli, Khalid Samad, Zulkefli Ahmad, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali, Amiruddin Hamzah dan Rusli Che Mat.Manakala sebahagian dari pimpinan muda yang kelihatan bukan asal dari aliran agama turut sama bersama dengan Pas seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Mahfoz Omar dan lain-lain. Hingga kepada 1990 Pas kelihatan didukungi oleh ahli-ahli dari berbagai aliran. Mereka dari pendukung Pas yang asli seperti Asri Muda, Hassan Shukri, Andul Hadi Awang,  Harun Taib, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haron Din,  Taib Azamuddin dan beberapa lagi.
Walaupun Pas hingga ke tahun 1990an terdiri dari tenaga muda yang berbagai aliran, tetapi kelihatan mereka masih bersatu, walaupun dilihat pendukung asal yang umumnya mendapat didikan dari Asia Barat kelihatan agak konservatif dan golongan muda yang mendapat didikan luaran kelihatan pragmatif, manakala yang mendapat didikan tempatan berada di antara dua aliran, tetapi pada masa tidak memperlihatkan perpecahan.
Walau bagaimana pada akhir 1980an, berlaku perpecahan pendapat antarayang dilihat cenderung kepada Umno yang dipimpin oleh Asri Muda dengan golongan muda yang dianggap radikal. Pemilihan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka itu, membawa kejatuhan kepada Asri dan diganti oleh pimpinan Muda, yang diketuai oleh Fadzil Noor. Pertentangan yang berlaku pada masa itu antara yang mau menegakkan Islam syumul dengan pihak yang dilihat masih terpengaruh dengan perjuangan kebangsaan yang memang wujud di dalam Pas terutma pada peringkat perjuangan awal Pas seperti yang dipimpin oleh Burhanuddin Hilmi,  Zulkili Muhammad membawalah kepada Asri Muda.
Sekian.

January 3, 2020

KEJUTAN MASZLEE MALIK


KEJUTAN MUSZLEE MALIK
(Fikrah Bangi:  439),
BBB:  07 Jamadil Awwal 1441H. =  03 Januari  2020M. (Juma`at).
Dr. Muszlee Malik letak jawatan dari Menteri Pendidikan ?
Itulah kejutan yang menimbulkan pertanyaan pada mindaku apabila membaca beberapa akhbar pagi ini yang semuanya menjadikan berita perletakan jawatan berkenaan sebagai berita utama di muka hadapan akhbar-akhbar. Kejutan dari berita ini menjadikan  aku termenanung sekejap dan membuat keputusan semasa di depan komputer menukarkan topik yang aku mau tulis sebagai sambungan dari topik semalam kepada  Berita mengejutkan ini.
Mengapa Maszlee meletakkan jawatan ? Sedangkan berita pada tengahari semalam memperlihatkan beliau ceria dengan murid-murid yang baru masuk sekolah di sebuah sekolah di Selangor.
Perletakan jawatan ini sudah tentu akibat dari beberapa sebab. Muszlee menyebut bahawa dia dianggap menimbulkan masalah kepada  pentadbiran. Antara yang disebut ialah masalah tulisan jawi, internet di sekolah dan sarapan pacuma di sekolah. Menurutnya , beliau telah mendapat nasihat Perdana Menteri yang membawa kepada perletakan jawatan.
Dr Maszlee Malik (45) bekas pensyarah di UIAM, yang memenangi kerusi parlimen Simpang Renggam Johor antara menteri termuda dilantik ke jawatan Menteri Pendidikan. Beliau telah berkhidmat selama 20 bulan dan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada hari pertama penggal sekolah dibuka bagi tahun 2020.
Pada permulaan Muszlee dilantik dilihat beliau masih kekok dengan tugasnya yang banyak menimbulkan persoalan. Pada permulaan tugas beliau sepatutnya membicarkan persoalan polisi dan dasar pendidikan, tetapi beliau mengambil perkara kecil dan remeh, iaitu menukarkan pakaian kasut pelajar dari warna putih kepada warna hitam. Banyak lagi berikut dari itu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dipersoalkan.
Walau bagaimana selepas dari berbagai kontroversi, beliau nampaknya mulai serasi dengan tugas dan lebih berhati-hati membuat kenyataan.
Ketika berita bahawa Perdana Menteri kemungkinan akan membuat  rombakan dan penyusunan kembali anggota kabinet. Beliau mendapat sokongan dari kesatuan guru-guru dan berbagai pihak untuk meneruskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Perletakan jawatan Muszlee janganlah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Misalnya pembelajaran jawi, jangan dianggap kemenangan terutama bagi Dong Zou Jong, tetapi hendaklah diselesaikan secara rasional, bahawa tulisan jawi adalah budaya kukuh bagi tradisi penulisan rantau alam Melayu dan digunakan sejak 8 abad yang lalu, sedangkan tulisan rumi hanya baru 50 tahun digunakan. Khazanah peradaban alam Melayu banyak terakam di dalam tulisan jawi dan menjadi sumber keilmuan dan budaya masyarakat. Sebab itu wajar dipelajari dan dikembangkan penggunaannya..
Berhubung dengan internet di sekolah adalah keperluan bagi pentadbiran dan pembelajaean, tetapi perlu dikawak penggunaannya di kalangan pelajar dari elemen-elemen negatif. Berhubung dengan sarapan pagi, kita menyokong dilaksanakan terhadap kalangan anak-anak yang miskin. Ertinya tidak keseluruhan. Ianya hendaklah bersifat berfokus kepada sasaran yang betul.
Kita menghormati prinsip yang dipegang oleh Muszlee dan diharap mereka yang akan mengambilalih jawatan meneliti semua persoalan yang berhubung dengan pendidikan, agar ianya terlaksana dengan baik. Kita bersetuju  jika perubahan Menterii Pendidikan ini disertai  dengan perubahan barisan kabinet yang lain yang lebih mantap dan tidak kontroversi.
Pendidikan hendaklah dilihat sebagai keperluan utama dan jangan dibiar diganggu oleh politik.
Sekian.

January 2, 2020

KELUARNYA ANWAR TIDAK JEJASKAN ABIM


KELUARNYA ANWAR TIDAK JEJASKAN ABIM
(Fikrah Bangi: 438),
BBB:  06 Jamadil Awwal 1441H.= 02 Januari 2020M. (Khamis).
Ramai yang merasa kecewa dengan keluarnya Anwar Ibrahim dari ABIM dan masuk Umno. Anwar melihat peluang dan masa depannya cerah dengan memasuki Umno. Beliau menjangka  peluang baginya berkhidmat lebih cemerlang terbuka dengan pemimpin yang duinamik -  Dr. Mahathir. Pendukung-pendukung ABIM merasa kecewa, melihat potensi beliau memimpin gerakan Islam  terbantut dengan menyertai gerakan kebangsaan yang dilihar tidak selari dengan perjuangannya selama ini. Dia dilihat masuk ke dalam kawasan yang tidak bersesuaian baginya  dan bukan dikuasainya sebagaimana di dalam ABIM.
Tetapi perginya Anwar sebenarnya tidak menjejaskan ABIM, ibarat kata pepatah, ``Patah tumbuh  hilang berganti.`` ABIM sebenarnya diperkukuh dengan berbagai elem,en.
Selama ini ABIM diperkukuh dengan kader-kader yang setia dan ramai di antara mereka layak dikehadapankan bagi mengambil alih pimpinan ABIM. Pemimpin-pemimpin dari peringkat awal lagi ialah seperti Ghazali Nawawi, Fadzil Noor, Mohd. Nor Manuty dan  Siddiq Fadhil,. ABIM mempunyai barisan pertahanan yang kukuh dari pendukung-pendukung yang setia seperti Kamnaruddin Ja`afar, Kamaruddin Mohd. Nor, Fuas Hassan, Anwar Tahir dan bebeRAPA LAGI.
ABIM  juga mendapat dokongan dari p[impinan institusi semasa seperti Ramli Ibrahin, Presiden PMUKM,  saudara Abdul Halim juga Presiden PMUKM, Idris Jusy dan kalangan exco persatuan mahasiswa berkenaan.
Antara  kalangan yang besar memberi sokongan kepada ABIM ialah dari kalangan pelajar luar negara , baik semasa di luar negara dan pulang ke negara ini. Antara mereka berkhidmat di universiti-universiti di negara ini. Mereka seperti Hatta Ramli, Khalid Samad, Zulkefly Ahmad, Hassan Ali, dan ramai lagi.
Mereka semua adalah menyemarakkan gerakan Islam yang dapat disifatkan secara intelektual. Walau bagaimana mereka tidak berkonfrontasi dengan Anwar.
Gerakan yang mereka lakukan ialah dengan menyampaikan kuliah dan pengajaran di institusi yang mereka berkhidmat menurut perspektif Islam. Mengeluarkan pendapat mengenai isu-isu keislaman. Bahkan organisasi ABIM mempunyai  institusi pemikirannya, iaitu Institut Kajian Dasar  (IKD) yang diketuai oleh Kamaruddin Ja`afar yang banyak mengeluarkan buku-buku ilmiah dan juga banyak menganjurkan seminar-semibar. IKD juga menjalankan kerjasama dengan berbagai-bagai pihak di dalam berbagai-bagai penyelidikan.
Walau bagaimana melihat Anwar yang meletakkan dirinya di dalam kelompok Umno, walaupun kelihatan bintangnya cerah, tetapi beliau  kelihatan berada di dakanm kelompok yang asing. Beliau dilihat bukan sama dengan kumpulan sesama merak-merak yang lain.
Tahun  1980an dan 1990an dapat dikatakan tahun-tahun yang gemilang dengan perkembangan pemikiran dan keilmuan Islam, Ianya disemarakkan oleh kegiatan-kegiatan ABIM dari berbagai peringkat, termasuk kalangan muslimat ABIM, pengajian-pengajian tinggi yang umumnya berorientasikan Islam dan parti-parti politik Islam.
Namun dilihat dari segi politik Umno yang kukuh dengan pegangan kebangsaan, adalah berseteru dengan seperti Pas, sedangkan majoriti intelektual muslim berpihak kepada  Islam, jika pun tidak kepada PAS. Bayangkan betapa kekoknya berada di dalam situasi Anwar antara menjaga  pendapat bersesuaian dengan Umno bila bercakap tentang Islam.
Sekian.

January 1, 2020

2020


2020
(Fikrah Bangi: 437)
Indah sebutan
Indah bilangan
pada hakikatnya ia hanya
Satu perpindahan dan penentuan masa
Seperti hari, minggu, bulan, tahun, dekad
Abad, alaf, melinium dan apa kiraan
Ke hujung dan berterusan.

2020
satu dari batu tanda masa
Sebelumnya ada yang meletak harapan
Ada yang menganjaknya kerana kegagalan ?

2020
 batu tanda masa yang datang
 dan bakal  pergi dan menghilang
tiada  sebarang  keistimewaan
tanpa mengikatnya dengan azam dan pengisian.

2020
Dengan ketibaan
Syukur pada Tuhan
Yang masih memanjangkan usia
Ke luar jangka – lebih dari  itu
Masih dikurnia rasional mental
Kesihatan tubuh badan
Memungkin minda terus berfikir
Mencatat dari penemuan , walaupun kecil
Menandakan diri masih aktif
Meneruskan pencarian
Mencatat  dapatan.

2020
Dengan kurniaan masa bersisa
Apakah yang lebih mulia
Dari  terus mencari ilmu
Mengukuh  perjalanan
Membuat kebajikan
Saat itu pasti tiba
Mohon pengakhiran yang baik
Hujah hari penentuan
Menerima ganjaran
Damai dan tenteram.

Bandar Baru Bangi,
05 Jamadil Awwal 1441
01 Januari 2020.