January 3, 2020

KEJUTAN MASZLEE MALIK


KEJUTAN MUSZLEE MALIK
(Fikrah Bangi:  439),
BBB:  07 Jamadil Awwal 1441H. =  03 Januari  2020M. (Juma`at).
Dr. Muszlee Malik letak jawatan dari Menteri Pendidikan ?
Itulah kejutan yang menimbulkan pertanyaan pada mindaku apabila membaca beberapa akhbar pagi ini yang semuanya menjadikan berita perletakan jawatan berkenaan sebagai berita utama di muka hadapan akhbar-akhbar. Kejutan dari berita ini menjadikan  aku termenanung sekejap dan membuat keputusan semasa di depan komputer menukarkan topik yang aku mau tulis sebagai sambungan dari topik semalam kepada  Berita mengejutkan ini.
Mengapa Maszlee meletakkan jawatan ? Sedangkan berita pada tengahari semalam memperlihatkan beliau ceria dengan murid-murid yang baru masuk sekolah di sebuah sekolah di Selangor.
Perletakan jawatan ini sudah tentu akibat dari beberapa sebab. Muszlee menyebut bahawa dia dianggap menimbulkan masalah kepada  pentadbiran. Antara yang disebut ialah masalah tulisan jawi, internet di sekolah dan sarapan pacuma di sekolah. Menurutnya , beliau telah mendapat nasihat Perdana Menteri yang membawa kepada perletakan jawatan.
Dr Maszlee Malik (45) bekas pensyarah di UIAM, yang memenangi kerusi parlimen Simpang Renggam Johor antara menteri termuda dilantik ke jawatan Menteri Pendidikan. Beliau telah berkhidmat selama 20 bulan dan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada hari pertama penggal sekolah dibuka bagi tahun 2020.
Pada permulaan Muszlee dilantik dilihat beliau masih kekok dengan tugasnya yang banyak menimbulkan persoalan. Pada permulaan tugas beliau sepatutnya membicarkan persoalan polisi dan dasar pendidikan, tetapi beliau mengambil perkara kecil dan remeh, iaitu menukarkan pakaian kasut pelajar dari warna putih kepada warna hitam. Banyak lagi berikut dari itu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dipersoalkan.
Walau bagaimana selepas dari berbagai kontroversi, beliau nampaknya mulai serasi dengan tugas dan lebih berhati-hati membuat kenyataan.
Ketika berita bahawa Perdana Menteri kemungkinan akan membuat  rombakan dan penyusunan kembali anggota kabinet. Beliau mendapat sokongan dari kesatuan guru-guru dan berbagai pihak untuk meneruskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Perletakan jawatan Muszlee janganlah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Misalnya pembelajaran jawi, jangan dianggap kemenangan terutama bagi Dong Zou Jong, tetapi hendaklah diselesaikan secara rasional, bahawa tulisan jawi adalah budaya kukuh bagi tradisi penulisan rantau alam Melayu dan digunakan sejak 8 abad yang lalu, sedangkan tulisan rumi hanya baru 50 tahun digunakan. Khazanah peradaban alam Melayu banyak terakam di dalam tulisan jawi dan menjadi sumber keilmuan dan budaya masyarakat. Sebab itu wajar dipelajari dan dikembangkan penggunaannya..
Berhubung dengan internet di sekolah adalah keperluan bagi pentadbiran dan pembelajaean, tetapi perlu dikawak penggunaannya di kalangan pelajar dari elemen-elemen negatif. Berhubung dengan sarapan pagi, kita menyokong dilaksanakan terhadap kalangan anak-anak yang miskin. Ertinya tidak keseluruhan. Ianya hendaklah bersifat berfokus kepada sasaran yang betul.
Kita menghormati prinsip yang dipegang oleh Muszlee dan diharap mereka yang akan mengambilalih jawatan meneliti semua persoalan yang berhubung dengan pendidikan, agar ianya terlaksana dengan baik. Kita bersetuju  jika perubahan Menterii Pendidikan ini disertai  dengan perubahan barisan kabinet yang lain yang lebih mantap dan tidak kontroversi.
Pendidikan hendaklah dilihat sebagai keperluan utama dan jangan dibiar diganggu oleh politik.
Sekian.

No comments:

Post a Comment