January 29, 2020

MENERUSKAN KUNJUNGAN KE PUSAT MENGUNDI


MENERUSKAN KUNJUNGAN KE PUSAT MENGUNDI
(Fikrah Bangi:  465),
BBB:  04 Jamadil-Akhir 1441H. = 29 Januari 2020M. (Rabu).
Ziarah ke pusat-pusat mengundi pada hari mengundi, iaitu pada 29 November 1999 bermula pada paginya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, iaitu tempat calon dan isteri mengundi, selepas itu lawatan dibuat ke tempat yang paling jauh, iaitu kawasan Cheras termasuklah  dari Batu Lapan yang melibatkan Taman Mesra, Taman Sikamat dan hingga ke Batu sepuluh.
Selepas dari lawatan ke Cheras dan Batu Sepuluh,  calon  dan rombongan pengiring, berpatah balik ke Bandar Kajang.   Pertama ke Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih.calon dan keluarga tidak asing di sekolah ini , kerana pada peringkat permulaan Bandar Baru Bangi dibukla (November 1977)  tidak ada sekolah di sana, hinggalah pada pertengahan 1980an baru ada sekolah rendah Bandar Baru Bangi tempat calon  mengundi. Pada peringkat awal anak-anak calon semuanya bersekolah di Kajang. Dua daripada anak calon bersekolah di Sekolah Rendah, Jalanm Semenyih ini. Bahkan isteri calon bila bertukar dari Kuala Terengganu, ditempatkan mengajar di Sekolah Jalan Semenyih ini.
Daripada lawatan ke Pusat mengundi di Jalan Semenyih, calon bersama pengiring ke Pusat Mengundi yang juga jauh ialah ke Semenyih. Sebahagian dari Semenyih, iaitu Kg. Baru dan pasarnya termasuk di bawah DUN Kajang. Kawasan Kg. Baru ini kebanyakannya adalah pengundi Cina, dengan sebahagian daripadanya Meklayu – Kampung Perling. Cakon datang berkempen sebelumnya dengan membuka kaunter di Pasar Kampung Baru. Satu pasukan veteran Cina seramai 10 orang yang mengendalikan Pejabat DAP di Pekan Semenyih ini banyak membantu calon, bahkan Pejabat DAP yang agak lama bangunannya adalah sebagai pejabat  calon bila datang ke Semenyih. Kumpulan di sini diketuai En. Lee.. Mesranya mereka dengan calon hingga dibawa calon ke kebun buah-buahan mereka di Jalan Tekal. Hari mengundi di sini selain dari dibantu oleh Markas Pas Semenyih – Kedai di tengah bandar, turut dibantu oleh veteran-veteran DAP di sini.  Pendek kata kami amat mesra dengan penduduk di Semenyih, khususnya kumpulan veteran DAP di sini.
Selepas melawat ke Pusat Mengundi di Semenyih, calon dengan pengiring-pengiring pulang ke Ka Kajang dan melawat Pusay Mengundi di Kajang, iaitu di Sekolah Convent, Jalan Bukit. Sekoalh Convent juga tidak asing bagi calon dan keluarga, kerana sebelum isteri calon bertukar ke Sekolah Jalan Semenyih, maka isteri calon mula ditugaskan mengajar di sekolah Convent dan anak sulung (perempuan) calon adalah lulusan dari sekolah ini  sebelum berpeluang ke Matrikulasi dan menyambung pengajian di UKM dalam bidang biologi..
Setelah melawat pusat mengundi di Convent calon bergerak dengan pengiring-pengiring ke Pusat Mengundi di Sekolah di Jalan Bukit, berhampiran dengan  Station Keretapi Kajang. Dari Sekolah Jalan Bukit bergerak ke Pusat Mengundi di West Country – kawasan campuran penduduk India dan Melayu. Dari Pusat mengundi di sini (Sekolah Tamil) bergerak ke Bandar Baru Bangi, iaitu melawat Pusat Mengundi  di Sekolah Jalan 6 di sini, iaitu kawasan Melayu sepenuhnya. Dan lawatan ke Pusat Mengundi terakhir ialah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Seksyen Satu Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, tempat terawal calon mengundi dan melawat.
Selepas lawatan ke Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, calon bergerak ke MTD di Al-Mawaddah dan pulang menunaikan solat. Pada sebelah petang calon dan pengiring ke luar bagi membuat lawatan kali kedua dengan melawat bermula ke Sekolah Convent, Sekolah Jalan Bukit dan West Country, ke Sekolah Jalan 6, Bandar Baru Bangi dan berikutnya ke Sekolah Rendah dan Menengah Bandar Baru Bangi.  
Walau bagaimana tidak semua Pusat Menmgundi dapat dibuat lawatan kali kedua, kerana tempoh masa mengundi tamat jam 5.00 petang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment