January 21, 2020

HARI KEEMPAT KEMPEN LEBIH AGRESIF: LAWATAN PJ SELANGOR


HARI KEEMPAT KEMPEN LEBIH AGRESIF: LAWATAN PJ SELANGOR
(Fikrah Bangi:  457),
BBB: 25 Jamadil Awwal 1441H. =  21 Januari 2020M. (Selasa).
Pada hari ini kami berkempen  pada sebelah pagi  bermula disekitar masjid Kajang dan   sebelumnya minum  di warung di seberang jalan di sebelah masjid Kajang. Kami berhati-hati agar tidak membuat bayaran oleh calon yang merupakan kesalahan dari segi pilihanraya. Dari sini kami bergerak ke Pasar Kajang sebagai tempat pertemuan penting masyarakat dan berkempen di sini, iaitu dengan menyebarkan pamflit dan menemui peniaga-peniaga dan orang ramai dan meminta mereka mengundi calon Pas yang bertanding di Kajang.. Dari Pasar Kajang kami pulang ke Markas di Bandar  Baru Bangi
Selepas solat zohor program besar-besaran diatur iaitu turun mengadakan gerak gempur di Bandar Kajang. Semua pihak terdiri dari jentera Pas, Keadilan dan Dap turun bergerak di semua jalan dan lorong di Bandar Kajanf diziarahi dan menemui peniaga-peniaga di Bandar Kajang. Kempen memakan masa yang agak panjang, iaitu dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Kempen adalah bersifat menyeluruh yang terdari semua komponan parti Alternatif. Hasilnya kami amat berpuashati dengan  kerjasama yang dilakukan. Dalam kempen disertai penyokong-penyokong  orang Melayu, orang Cina dan juga India.
Pulang  dari Kajang rehat dan selepas solat Maghrib calon sekali lagi ke Kajang dan dari Kajang dibawa berkempen di Semenyih. Di Semenyih ini terdapat bilik gerakan teratur dan digunakan juga bagi berkempen bagi kawasan Kajang di sini, iaitu kawasan Kampung Baru Semenyih.- Termasuk beberapa kampung di belakang Balai Polis Semenyih. Semasa di Kampung Baru Semenyih ini calon diiringi sama oleh penyokong-penyokong dari kalangan veteran Cina yang calon sering melawat  mereka  di Pejabat Dap merupakan sebuah bangunan lama, tetapi diurus dengan baik oleh kumpulan veteran Cina ini yang ketuanya ialah Encik Lee
Selepas berkempen di Semenyih calon dan pengiring-pengiring segera pulang ke Bangi . Di Markas Mawaddah pada malam ini kami menerima pelawat secara mengejut. Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga merupakan Setiausaha Agung Pas Pusat datang membuat lawatan mengejut ke Markas Al-Mawaddah. Kehadiran Pesuruhjaya Pas Selamgor ini disambut secara beramai-ramai. Sudah tentulah kehadiran Ustaz Hasan Shukri ini bagi melihat perkembangan kempen dan gerakkerja yang dilakukan oleh Pas Kajang yang berpusat di sini. Ustaz Hasan Shukri diberi taklimat oleh Dr. Hamirdin Isnin yang merupakan Pengarah Pilihanraya bagu DUN Kajang, Sebagai maklumat bahawa pada masa itu Pejabat Pas Selangor adalah menumpang di Pejabat Pas Pusat di Melewar. Pas Selangor belum mempunyai ibu pejabat yang sepatutnya bertempat di Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Jadi kedatangan Ustaz Hasan Shukri adalah dari Pejabat Pas Selangor di Markas Pas Pusat di Melewar Gombak. Beliau hadirjuga atas kapasitinya sebagai Setiausaha  Agung Pas Pusat. Kehadiran Ustaz Hasan Shukri  bagi memberi semangat kepada pekerja-pekereja sukarela  yang bertungkus lumus berkempen untuk kejayaan Pas di Kajang.
Kempen pada hari ini adalah kempen terbesar dan bersifat menyeluruh. Ia meliputi kawasan Bangi, membawa ke kawasan Masjid Kajang dan ke Pasar Kajang  pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang tertumpu kepada seluruh Bandar Kajang yang disertai semua parti komponan di dalam Parti Alternatif. Manakala pada malamnya kempen tertumpu di kawasan Semenyih dan dari Semenyih pulang ke Markas  gerakan Pilihanraya di Al-Mawaddah Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi.
Lawatan yang dilakukan oleh Ustaz Hasan Shukri merupakan puncak dari kegiatan kempen bagi menyaksi dan menerima taklimat dari Pas Kajang, di Bangi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment