January 7, 2020

DILANTIK KETUA CAWANGAN PAS

DILANTIK KETUA CAWANGAN PAS
(Fikrah Bangi: 443),
BBB: 11 Jamadil Awwal 1441H. = 07 Januari 2020M. (Selasa).
Sebenarnya suasana politik tanahair tidak menyenangkan pada akhir 1990 berhubung dengan isu Anwar Ibrahim menyeluruh. Suasana yang demikian membuka ruang kepada pihak pembangkang mendapat pengaruh. Di Selangor misalnya, sebelumnya pembangkang, terutamanya Pas tidak mempunyai peluang untuk bertapak mengambil peluang memperkukuhkan kedudukan.  Pas misalnya  telah lama menubuhkan cawangan di Hulu Langat, tetapi sesiapa yang bertanding baik pada peringkat parlimen atau Dun biasanya hilang wang pertaruhan.
Pada akhir 1990am Pas mempunyai cawangan pada peringkat parlimen Hulu Langat yang Yang Dipertuanya  pada  masa itu ialah Dr. Che Rusli Che Mat, seorang tenaga akademik di UKM.
Dengan suasana politik yang berlaku Pas cuba mengukuhkan kedudukan dengan mewujud dan menambahkan cawangan seperti  di Jalan 1/3 Bandar Baru Bangi  timbul usaha bagi menubuhkan cawangan di situ. Aku yang mulai teribat dengan politik, cuba didekati kawan-kawan untuk menubuhkan cawangan. Walaupun isu politik yang hangat pada masa itu dari isu Anwar yang membawa tertubuhkan Parti Keadilan Rakyat pada 4 April 1999, tetapi kecenderungan penduduk di Bandar Baru Bangi adalah kepada Pas. Ini ialah kerana penbduduk BBB yang pada masa itu melebihi 100,000 orang adalah Melayu. Pada dasarnya mereka adalah kuat berpegang pada agama. Penduduk adalah keseluruhannya adalah mendatang. Tidak ada orang asal di sini yang asalnya bekas ladang kelapa sawit dan getah. Mereka yang mendatang biasanya tidak sukar untuk membuat perubahan. Pengaruh Islam memang kuat di BBB. Kawasan ini todak begitu luas, terdapat banyak didirikan surau yang penduduknya bukan saja datang beribadat, tetapi juga mengikuti pengajian agama secara berterusan.
Dengan suasana politik baru, timbul usaha mewujudkan cawangan Pas di Hulu Langat. Antara usaha  timbul bagi menubuhkan cawangan di BBB. Antara kawan-kawan satu jama`ah satu surau mendekati diriku, lantaran menyedari aku sudah berada di dalam masa bersara. Aku pada masa itu sememangnya telah bersara pada 27.5.1995 dan telah sambung kontrek selama dua tahun dan bercadang untuk memohon menyambung kontrek selama dua tahun lagi.
Sebagaimana telah disebut aku mulai cenderung kepada politik hasil dari suasana semasa.  Approach yang dilakukan oleh kawan-kawan sejama`ah dan juga pihak pimpinan parti Pas Hulu Langat, mereka telah mencadangkan supaya ditubuhkan cawangan Pas di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi. Pada masa itu Ketua bagi kawasan Hulu Langat, ialah D.  Che Rusli Che Mat. Markas Pas Hulu Langay pada masa itu ialah MarkasTarbiah al-Thaqafiyyah, Sungai Merab, sebelum kawasan ini diubah sempadan dan masuk di bawah Sepang.  Antara tokoh-toloh setempat yang kuat pada masa itu ialah Dr. Hamirdin Isnin seorang pensyarah Universiti Malaya yang tinggal di BBB. Tuan Haji Yunin seorang aktivis ABIM, Shukur Atan seorang tenaga kerja di UKM, Ahmat Sulaiman juga pelerja di UKM, Ustazah Hindun Lidin, keluaran UKM dan berkhidmat dengan UTM. Antara yang berusaha mendekatiku ialah Tuan Haji Hussin Yunos, pekerja PKNS, Saudara Sulaiman Sajillah, tenaga akademik, Haji Ya`kob Mat Nor Pegawai Tadbir UKN. Pendekatan mereka menyebabkan aku bersetuju untuk menyertai kegiatan Pas.
 Sebagai hasilmuya mereka mengatur pertemuan yang rumahku No. 11,  di Jalan `1/3K adalah  menjadi tempat mesyuarat. Tarikh mesyuarat ialah pada malam 21` Mei 1999  (Juma``t) yang dihadiri sejumlah 35 orang. Termasuk yang hadir ialah Dr. Che` Rusli Che` Mat Yang Dipertua Pas Hulu Langat,, Dr. Hamirdin Isnin Setiausaha Pas Hulu Langat dan beberapa AJK yang lain.
Pada malam itu dengan rasminya dilancarkan penubuhan Cawangan Pas Jalan 1/3K. Jawatankuasa cawangan yang dilantik ialah  Aku sebagai Pengerusi  cawangan, Haji Ya`kob Mohs. Nor sebagai Timbalan, Setiausaha ialah Tuan Haji Banhawi Mohamad   dan Bendahari Tuan Hai Hussin Yunoh.
Dengan perlantikan sebagai ketua cawangan aku terlibat secara rasmi dengan kegiatan politik – Pas.
Sekian

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete