February 7, 2020

JANGAN DENGAN SKRIP LAMA


JANGAN DENGAN SKRIP LAMA
Setelah berpergian
Dia berpeluang kembali  di era baru
Tetapi yang ditawarkan skrip lama
Mencanggahi kreativiti dan inovasi
Identiti dan maruah diri
Menyedari  penolakan
Ia adalah cadangan.

Soal  akademik patut diurus ilmuan
Bukan politik yang bercanggahan.
Hotmatilah aspirasi perjuangan
Diasas Tun Razak dengan  Penyata Razak
Diisi perjuangan  Usman Awang, Syed Nasir
Hasan Ahmad, Ungku Omar, Aminuddin Baki
Putera puteri Kolej Islam, mahasiswa pengajian tinggi
Dan rakyat  simpati
Jangan dikerandakan  aspirasi perjuangan ini.

Kecintan pada  Bonda
Patut  dibelai dengan kasih sayang
Perbaiki kekurangan
Bukan  selaku Setinggan
Bermegah dengan luaran
Hilang identiti dan maruah diri.

Di pentas terbuka banyak ruang-peluang
Membina identiti kebolehan diri
Maruah peribadi.

Mereka di pengajian tinggi
Pelajar  muda mudi
Rebut kesempatan
Kita berkemampuan.

(Fikrah Bangi: 474),
BBB: 13 Jamadil-Akhir 1441H = 7 Februari 2020M. (Juma`at).,

February 6, 2020

DI LUAR DUGAAN PERKAYA PENGALAMAN


DI LUAR JANGKAAN – PERKAYA PENGALAMAN
( Fikrah Bangi: 473),
BBB:  12 Jamadil-Akhir 1441H. =  06 Februari 2020M. (Khamis).
Ketika merenung diri,  maka  turut  terlintas tentang kehendak Allah adalah mengatasi kehendak kita, bahkan Dia mewarnai perancangar  di luar dugaan. Menjadi  Wakil Rakyat adalah di luar dari jangkaan dan tidak terfikir sama sekali, tetapi itu adalah kehendak Allah. Selak remaja dari seawal tahun 1960 ketika di sekolah menengah aku memasang cita-cita menjadi seorang berilmu dan  penulis yang baik. Ini menggerak aku belajar dan dari sejak itu hingga kini aku terus menulis. Berjaya menjadi pensyarah di universiti adalah logik dari tumpuanku mempelajari ilmu dan bergiat di dalam penulisan adalah penerusan kecintaanku biarpun tanpa ganjaran -  sekadar kepuasan.
Menjadi Wakil Rakyat bukan dari hasrat dan cita-citaku. Sebagaimana aku sebut terlibatnya aku kepada politik kerana rasa benci membuak terhadap situasi politik pada akhir 1990an dan dengan tolakan kawan-kawan. Sebagaimana aku kata, masuk politik dan bertanding dalam pilihanraya kemungkinan besar `Merosakkan imej diri sebagai ahli akademik`` Kemungkinan kalah adalah besar, jika berlaku sebenarnya dia mengotorkan sejarah diri. Tetapi kemenanganku di DUN Kajang pada 29 November 1999, dapat mengelak diriku  dari kekotoran politik sebagai orang yang kalah. Aku bergembira memenangi kerusi di kawasan muti-rasial dan mendapat sokongan semua kaum, khususnya Melayu, Cina dan India – secara jelas.
Dengan mandat yang diberi dengan AJK parti, penyokong-penyokong semua kaim aku dan pembantu-pembant bekerja dengan sepenuh hati, walaupun menyedari sebagai pembangkang tiada peruntukan dari kerajaan negeri dan pusat. Ieiapi kami bekerja
Merenung lebih dalam, keterlibatan dalam politik ini sebenarnya memperkayakan pengalaman. Melalui kemenangan kami dapat berkhidmat kepada masyarakat dan pengalaman ini sebenarnya adalah aset dan bahan yang amat berguna yang terus mengalirkan  ilham bagiku terus menulis yang hingga kini aku terus menimba pengalaman itu dan terus menulis.
Bayangkan,  dengan pengalaman berkenaan, jika sebelum terlibat dengan politik, duniaku adalah dengan pelajar di universiti, kawasan  bergeakku sekadar diBangi, Kuala Lumpur dan lebih luas menghadiri seminar penulisan dan sastera di beberapa tempat tertentu dan menulis.
Selepas berpolitik,alam kelilingku tidak saja du Bangi, bahkan menjelajah seluruh Hulu Langat bagi mengukuhkan parti, bahkan selepas kemenangan ke seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain. Pendek kata dimensi hidupku bertambah dengan keterlibatanku dengan dunia politil, walaupun tidak sehebat mana berbanding dengan toloh-tokoh politik yang lain.
Kalau dulu kawasan pergerakan hanya kampus, kini  satu kawasan baru bagiku ialah menghadiri sesi sesi persidangan di Dewan Undangan Negeri Selangor. Kalau dulu bangunan SUK – Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Dewan Undangan Negeri itu agak asing  dan aku tidak hadir ke situ sebelumnya.
Aku menghadiri diri ke situ bagi upacara Angkat Sumpah sebagai ADUN pada 6 Disember 1999. Ia merupakan hari pertama aku hadir ke bangunan DUN itu. Ia adalah bangunan yang  mengambil bentuk bangunan Roman, terutama dengan melihat kubahnya. Diriku bertanya,mengapa tidak diambil imej tempatan  ?  Mungkin melambangkan konsep demokrasi yang berasal daroi Greek-Roman. Ruang  dalamnya bagi memuatkan ahli Dewan pada masa itu berjumlah 65 oang dengan bahagian atas untuk pegawai-pegawai dan mereka yang hadir bagi mengikuti persidangan.  Pada bahagian depan ialah takhta Diraja yang di bawahnya ialah kerusi Speaker dan pegawai-pegawai.
Bangunan ini adalah bersambung dengan Kompleks pentadbiran Kerajaan yang menaranya setinggi 21 tingkat dengan bahagian belakang ialah Dewan  serbaguna, terutama bagi seminar, sambutan dan jamuan.
Inilah tempat yang akan memberi pengalaman baru bagiku – Bersidang.
Sekian.

February 5, 2020

DEWAN UNDANGAN TONGGAK PEMERINTAHAN BERAJA DI NEGERI SELANGOR


DEWAN UNDANGAN TONGGAK PEMERINTAHAN BERAJA SELANGOR
(Fikrah Bangi: 472).
BBB: 11 Jamadil Akhir 1441H. = 05 Februari 2020M. (Rabu).
Dewan Undangan Negeri Selangor adalah tonggak pemerintahan Diraja Negeri Selangor yang setiap kali bermula sidangnya dirasmikan oleh Baginda Sultan Negeri Selangor. Baginda menyampaikan titah dan amanat yang dari titah dan amanat dijadikan panduan dan rujukan  perbahasan. DUN Negeri adalah tempat ahli ahli DUN merangkakan  undang-undang  dan peraturan pemerintahan yang diluluskan oleh DUN.
Melalui DUN dibincangkan prestasi dan kemajuan Negeri Selangor atau sebaliknya. Negeri Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Sejarah DUN adalah selari dengan kemajuan negeri. Selangor dan pemerintahan melalui beberapa tahap .. Negeri  Selangor  selepas kemerdekaan negara adalah sebagai salah sebuah negeri yang lain di Persekutuan. Ibu negeri Selangir sor ialah Kuala Lumpur. Bandar ini dipilih sebagai Ibu Negara Peresekutuan Tanah Melayu sejak 1948. Ianya bersama menjadi ibu negeri Selangor  hinggalah tahun 1970an apabila Kuala Kumpur dipisahkan sebagai Wilayah Persekutuan.
Shah Alam adalah bandar baru dibangun 1970an menggantikan Kuala Lumpur dengan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebagai pampasan bagi pengambilan Kuala Lumpur sebagai ibu negera Malaysia. Sebagai negeri yang berada di dalam Wilayah Persekutuan, maka Selangor, khususnya Shah Alam berkembang sebagai bandar yang maju dan pesat membangun.. Negeri Selangor sejak dari kemerdekaan berada di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pusat pentadbiran adalah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Dewan Undangan Negeri berhampiran,bahkan bersambung dengan bangunan Sultan Salahuddin.
Dewan Undangan Negeri dan pentadbiran diketuai oleh Menteri Besar Selangor yang dilantik melalui Dewan Undangan  Negeri selepas diikerkenan oleh Sultan.. Kemajuan Negeri selalu dikaitkan dengan dinamika pimpinan. Antara Menteri Besar bagi Selangor Baru (bermaksud selepas berpsah dari Wialayah dan beribu negeri di Shah Akam), ialah Dato` Harun Idris, Dato` Hotmat Rafie, Dato` Muhammad Tab dan  Dato` AbuHassan Omar.
Dari Shah Alam  baharu negeri Selangor menjadi Selangor maju.. Pada era ini Selangor,khususnya Shah Alam maju diakibatkan oleh beberapa faktor. Anataranya:
Pusat pemerintahan negara berada  di negeri Selangor, segalakemajuan negara lempah dan melalui negeri Selangot. Perkembangan ekonomi negara antaranya melalui negeri Selangor
Berkembangnya pusat pengajian tinggi negara adalah berlaku di Selangor. Kelahiran tokoh-tokoh intelektual dan pemimpin melalui pendidikan di negeri Selangor.
Sebagai negeri maju, Selangor didatangi oleh penduduk negeri lain bagi mendapat pekerjaan dan menetap di sini dan memajukan negeri Selangor.
Kemajuanm Negeri Selangor digerakkan oleh kemajuanm politik di i negerai itu. Kalau dahulu dari zaman  kemerdekaan hingga  menjelang 2000 Selangor sebagaimana kebanyakan di negeri-negeri lain dikuasai BN  dengan berpanjangan masa parti itu dilihat terlampau berkuasa dan didominasi oleh kalangan elit konservatif, menjadikan akhirnya tidak lagi dinamik, tetapi konservatif. Ini membuka ruang kepada dinamika baru dari segi politik bagi menguasai Selangor.
Perubahan ketara berlaku menjelang 2000, iaitu ketika pemerintahan BN ketiadaan daya dinamik dan pemimpinyang ada bersifat  konservatif. Ini selari dengan lahirnya masyarakat lebih berkesedaran politik. Perubahan ini didahului oleh  Selangor sebelum berlaku di negeri-negeriyang lain.
Penulis hadir dan masuk ke Dewan Undangan Neberi Selangor adalah di dalam era perubahan ini.
Sekian,

February 4, 2020

JAMUAN KESYUKURAN


JAMUAN KESYUKURAN
(Fikrah Bangi 471),
BBB:  10 Jamadil-Akhir 1441H. = 04 Februari 2020M. (Selasa).
Selepas kemenangan di DUN Kajang pada 29 November 1999, pihak Pas Kajang (termasuk Hulu Langat) dan MTD Kajang telah bermesyuarat di Markas al-Mawaddah, antaranya untuk mengadakan Jamuan Kesyukuran. Mesyuarat yang diketuai oleh Dr. Hamirdin Isnin itu mengambil keputusan bagi mengadakan Majlis Jamuan Kesyuluran pada hari Sabtu 4 hb. Disember 1999 bertempat di Al-Mawaddah dan dipersetujui menyembelih dua ekor lembu.
Sementara tiba hari jamuan kesyukuran ADUN Bangi, terus bekerja mulai tarikh kemenangan seperti melawat beberapa tempat yang disebutkan – termasuk kawasan Hulu Langat, disamping lawatan dan mengucapkan terima kasih ADUN Kajang menjemput mereka dan orang ramai menyertai jamuan kesyukuran yang diadakan. Selain dari jemputan masa membuat lawatan, jemputan khusus dibuat, kepada Pas Pusat dan Negeri Selangor, khususnya kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, iaitu Ustaz Hasan Shukri. Beliaulah yang mengatur strategi pilihanraya, bahkan memilih calon-calon yang sesuai – termasuk ADUN Kajang yang pada mulanya dicadang bertanding di Beranang, tempat ramai pengundi Melayu, tetapi percaturan terakhir ADUN Kajang itu dikembalikan ke DUN Kajang, yang membawa kjepada kemenangan tipis dengan 37 undi itu. Jemputan tentulah kepada semua jawatankuasa dan ahli-ahli Pas di Hulu Langat.
Tudak dilupakam ialah terhadap Cikgi Lee Kim Sim yang pada masa itu mengetuai NGO di Kajang. Sebagaimana telah disebutkan beliau banyak mengajar ADUN Kajang,kaedah berkhidmat dan mendekati  masyarakat dengan praktikal secara turun padang, khususnya di pasar-pasar. Beliau juga menunjuk ajar bagaimana membuat kenyataan akhbar hingga ADUN Kajang begitu rapat dengan pemberita-pemberita khususnya pemberita China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan beberapa akhbar yang lain. Dapat dikatakan setiap kali diadakan sidang akhbar, mereka hadir dan keesokan berita keluar. Mereka juga sama dijemput. Pemimpin DAP Kajang seperti Encik Foo dan kawan-kawan turut dijemput. Satu kumpulan  veteran DAP di Semenyih yang diketuai  Encik Lee –Sepuluh orang turut dijemput. Manakala pemimpin India di West Country dan Batu Lapan, Dekat Taman Melor turut juga dijemput.
Bagi menyiapkan jamuan  ramai AJK dan Ahli Pas serta muslimat Pas  diketuai Uxtazah Hindun Lidin datang bergotong royong melapah dan seterusnya memasak dan pada petangnya jamuan rakyat dilakukan. Majlis ceramah dan ucapan disampaikan oleh pemimpim-pemimpin setempat. Majlis, walaupun dihadiri ramai orang, tetapi berkat, ia adalah cukup.
Ustaz Hasan Syukri turut datang, tetapi pada keesokan hari. Beliau hadir bukan saja sebagai jemputan, tetapi atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor membuat lawatan ke MTD Bangi. Beliau tentulah bergembira dan bersyukur di atas strategi yang diatur Pas mendapat kemenangan di Kajang.
Perlu ditegaskan kemenangan di Kajang adalah hasil sokongan berbagai kaum iaitu Melayu dan terutama orang Cina di DUN Kajang. Undi Melayu berpecah sebahagian kepada   MCA, sebagaimana undi Cina sebahagian kepada MCA, tetapi sebahagian daripada mereka kepada PAS. Sebenarnya hubungan kita dengan mereka mesra sebagai rakyat, dan tidak ada kita kaitkan dengan agama. Mereka menghormati kita dan berbaik sangka hingga tiada masalah dari segi memberi sokongan.
Atas sokongan semua pihak kita mencapai kemenangan. Lantaran itu kita mengucap syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan.
Terima kasih.

February 3, 2020


SYUKUR DI ATAS KEMENANGAN
(Fikrah Bangi: 470),
BBB: 09 Jamadil Akhir 1441H. = 03 Februari 2020M. (Isnin).
Bersyukur kepada Allah di atas kemenangan di DUN Kajang sebagaimana di tiga DUN yang lain yang turut dimenangi Pas, iaitu di Sungai Burung, Kuala Selangor yang dimenangi oleh Dato` Dr. Hasan Ali (Beliau juga memenangi Parlimen di Parit Buntar, Perak), Dato` Ismail Kamus di Ampang dan Ustaz Salihin Muhyi di Sungai Besar.
Dengan kemenangan ini Penulis dihubuingi oleh pihak Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam, Selangor untuk menghadiri upacara `Angkat Sumpah` sebagai ADUN Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari Isnin 6 Disember 1999.
Sebelum daripada itu sebaik keputusan kemenangan diketahui pihak Pas Dun Kajang bermesyuarat dan merangka berbagai perancangan. Antara program yang diatur ialah turun menemui rakyat bagi mengucapkan terima kasih. Justeru itu dalam masa singkat ditempah kad-kad  ucapan terima kasih daripada ADUN Kajang terhadap pengundi-pengundi. Kad seperti ini dicetak agak banyak dan diedarkan kepada orang ramai dalam pertemuan-pertemuan. Dua hari selepas kemenangan, iaitu pada hari Rabu  01 Disember 1999  Penulis ke Kajang menempah Cop ADUN Kajang dengan hasrat untuk berkhidmat secepat mungkin. Pihak MTD Pas Kajang jua membuat keputusan bagi mengadakan jamuan rakyat sebagai tanda kesyukuran yang tarikhnya ialah pada hari Sabtu 4 Disember 1999 bertempat di Markas Al-Mawaddah di Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi.
Sebelum turun beramai-ramai berkunjung ke tempat pilihan bagi menyampaikan terima kasih pada orang ramai, Penulis  sendiri turun ke surau-surau berjama`ah dan menyampaikan ucapan terima kasih dan kesyukuran terhadap Allah.
Pagi pertama kali surau yang Penulis hadir, ialah di Surau Al-Umm, surau kawasan perumahan Penulis. Surau Penulis adalah di dalam keadaan serak, kerana kesan banyak berceramah menjelang pilihanraya. Pada siangnya Penulis menjalani urusan biasa, antaranya tidur ganti, kerana kekurangan tidur semasa berkempen sejak seminggu sebelumnya.
Pada hari Selasa  sehari selepas kemenangan ini, Penulis bersolat berjamaah di Surau Al-Falah Jalan 6 dan menemui jama`ah dan mengucapkan terima kasih. Di Jalan 6 ini ahli dan penyokong Pas sengaja menyewa sebuah rumah teres yang diadikan maarkas kegiatan Pas. Semasa minggu berkempen markas giat dengan berbagai-bagai agenda. Penulis sengaja memilih surau Al-Falah sebagai surau kedua dilawati selepas keputusan pilihanraya.
Selepas solat Maghrib di Surau Al-Falah Penulis bergerak ke MTD Al-Mawaddah  Di sini solat Isyak berjama`ah yang kemdian diadakan mesyuarat.,  Antaranya mengambil keputusan bagi mengadakan Majlis Kesyukuran pada Sabtu 04 Disember 1999 bertempat di Al-Mawaddah itu.
Walau bagaimana Jamuan Kesyukuran lebih awal diadakan oleh pekerja dan penyokong Pas di Kajang Jaya,. Jadi selepas mesyuarat di Al-Mawaddaj Penulis dan rombongan bergerak ke Kajang Jaya. Di sini diadakan majlis kesyukuran secara meriah di Markas di Kajang Jaya. Apa jamua yang disediakan tidaklah penting, tetapi cawangan di sini merupakan cawangan terawal mengadsakan Majlis Kesyukuran. Di dalam suasana gembira dan  syukut Penulis berucap menyatakan terima kasih kepada penduduk dan pengundi-pengundi yang menyokong Pas hingga  membawa kemenangan dan bersyukur kepada Allah.
Sekian.

February 2, 2020

PERLU KESEGARAN IDEA - DASAR MENYELURUH PENDIDIKAN NEGARA


PERLU KESEGARAAN IDEA  - DASAR MENYELURUH PENDIDIKAN NEGARA
Kita gembira respond segera
Tentang PPSMI kembali diutara
Dari Khalid Samad -  -Amanah
Menyatakan sanggahan
Ingin dengar hujah
Dari Aziz – DAP perlu rundingan
Persoalan besar bukan sendirian
Dari Aminuddin Awang  - NUTP dan
Asri Abu Zarin – GPMS
PPSMI bukan ubat mujarrab
Mengatasi kelemahan Bahasa Inggeris
Banyak lagi pandangan diharap
Cambahan berbagai pendapat.

Ya, dengan perubahan pesat berlaku
 mengapa kembali ke dua dekad berlalu
Zaman  hitam terbukti  kegagalan ?
Kita perlu kesegaran idea
Dengan dasae  bersifat menyeluruh
Menepati keperluan alaf  baru
Bersifat kreatif,  inovatif dan futuristik
Tamadun beradab beracuan sendiri.

Jangan perkecil diri
Kita punya unggul sejarah sejak 17,000 tahun lalu
Dengan kerajaan demi kerajaan wibawa.
Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan
Kita mempunyai kemampuan
Tanpa perlu tunduk hormat
Pada timur atau barat
Tapi setaraf tegak mulia
Beridentiti bermaruah berperadaban
Kemegahan generasi mendatang.

(Fikrah Bangi: 469).
BBB: 08 Jamadil Akhir 1441H. = 02 Februari 2020 (Ahad).

February 1, 2020

ISU MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAH NAN ?ASA INGGERIS KEMBALI DILAKSANAKAN ?


ISU MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS KEMBALI DILAKSANAKAN ?
Selepas Dr. Maszli Malik letak jawatan
Dari Menteri Pendidikan
Dan diambil alih Perdana Menteri
Aku menjangka isu di atas kembali dihidupkan
Ternyata hari ini  menjadi kenyataan.

Isu  pada mulanya dicadangkan pada pertengahan 2000 itu
Hangat dibincang dalam parlimen dan kalangan rakyat
Umumnya menentang cadangan
Akhirnya gagal dengan perletakan jawatan Perdana Menteri
Dan tiadanya komitmen Abdullah Badawi
Sejumlah peruntukan besar terbang !

Masalah sama akan kembali
Dengan kembalinya kemahuan
Kemajuan tidak semestinya berbahasa Inggeris
Bagaimana dengan Jepun,Korea dan German ?

Kita telah memupuk identiti bangsa
Dengan bahasa kebangsaan dan berjaya
Seharusnya dipertingkatkan kemampuan
Tanpa menolak bahasa kedua sebagai  pengukuhan
Jangan biar bahasa kita hina dilemmahkan.

Dengan perlaksanaan
Kekecohan berulang
Kekurangan guru, buku dan peralatan
Demikian  perlaksanaan peperiksaan 2003
Dan arus balik akan berulang.

Yang sudah pasti
Pengumuman awal Februari 2020 ini
Mengundang satu lagi isu politik dan polimik
Yang tidak dibiarkan berlalu
Tanpa pembelaan.

(Fikrah Bangi” 468),
BBB: 07 J. Akhir 1441H. = 01 Feb. 2020M. (Sabtu).