February 4, 2020

JAMUAN KESYUKURAN


JAMUAN KESYUKURAN
(Fikrah Bangi 471),
BBB:  10 Jamadil-Akhir 1441H. = 04 Februari 2020M. (Selasa).
Selepas kemenangan di DUN Kajang pada 29 November 1999, pihak Pas Kajang (termasuk Hulu Langat) dan MTD Kajang telah bermesyuarat di Markas al-Mawaddah, antaranya untuk mengadakan Jamuan Kesyukuran. Mesyuarat yang diketuai oleh Dr. Hamirdin Isnin itu mengambil keputusan bagi mengadakan Majlis Jamuan Kesyuluran pada hari Sabtu 4 hb. Disember 1999 bertempat di Al-Mawaddah dan dipersetujui menyembelih dua ekor lembu.
Sementara tiba hari jamuan kesyukuran ADUN Bangi, terus bekerja mulai tarikh kemenangan seperti melawat beberapa tempat yang disebutkan – termasuk kawasan Hulu Langat, disamping lawatan dan mengucapkan terima kasih ADUN Kajang menjemput mereka dan orang ramai menyertai jamuan kesyukuran yang diadakan. Selain dari jemputan masa membuat lawatan, jemputan khusus dibuat, kepada Pas Pusat dan Negeri Selangor, khususnya kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, iaitu Ustaz Hasan Shukri. Beliaulah yang mengatur strategi pilihanraya, bahkan memilih calon-calon yang sesuai – termasuk ADUN Kajang yang pada mulanya dicadang bertanding di Beranang, tempat ramai pengundi Melayu, tetapi percaturan terakhir ADUN Kajang itu dikembalikan ke DUN Kajang, yang membawa kjepada kemenangan tipis dengan 37 undi itu. Jemputan tentulah kepada semua jawatankuasa dan ahli-ahli Pas di Hulu Langat.
Tudak dilupakam ialah terhadap Cikgi Lee Kim Sim yang pada masa itu mengetuai NGO di Kajang. Sebagaimana telah disebutkan beliau banyak mengajar ADUN Kajang,kaedah berkhidmat dan mendekati  masyarakat dengan praktikal secara turun padang, khususnya di pasar-pasar. Beliau juga menunjuk ajar bagaimana membuat kenyataan akhbar hingga ADUN Kajang begitu rapat dengan pemberita-pemberita khususnya pemberita China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan beberapa akhbar yang lain. Dapat dikatakan setiap kali diadakan sidang akhbar, mereka hadir dan keesokan berita keluar. Mereka juga sama dijemput. Pemimpin DAP Kajang seperti Encik Foo dan kawan-kawan turut dijemput. Satu kumpulan  veteran DAP di Semenyih yang diketuai  Encik Lee –Sepuluh orang turut dijemput. Manakala pemimpin India di West Country dan Batu Lapan, Dekat Taman Melor turut juga dijemput.
Bagi menyiapkan jamuan  ramai AJK dan Ahli Pas serta muslimat Pas  diketuai Uxtazah Hindun Lidin datang bergotong royong melapah dan seterusnya memasak dan pada petangnya jamuan rakyat dilakukan. Majlis ceramah dan ucapan disampaikan oleh pemimpim-pemimpin setempat. Majlis, walaupun dihadiri ramai orang, tetapi berkat, ia adalah cukup.
Ustaz Hasan Syukri turut datang, tetapi pada keesokan hari. Beliau hadir bukan saja sebagai jemputan, tetapi atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor membuat lawatan ke MTD Bangi. Beliau tentulah bergembira dan bersyukur di atas strategi yang diatur Pas mendapat kemenangan di Kajang.
Perlu ditegaskan kemenangan di Kajang adalah hasil sokongan berbagai kaum iaitu Melayu dan terutama orang Cina di DUN Kajang. Undi Melayu berpecah sebahagian kepada   MCA, sebagaimana undi Cina sebahagian kepada MCA, tetapi sebahagian daripada mereka kepada PAS. Sebenarnya hubungan kita dengan mereka mesra sebagai rakyat, dan tidak ada kita kaitkan dengan agama. Mereka menghormati kita dan berbaik sangka hingga tiada masalah dari segi memberi sokongan.
Atas sokongan semua pihak kita mencapai kemenangan. Lantaran itu kita mengucap syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment