February 12, 2020

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Fikrah Bangi:  478),
BBB: 18 Jamadil-Akhir 1441H. \ 12 Fenruari 2020M. (Rabu).
Satu lagi  kategori Wakil Rakyat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN. ADUN ini (Selangor menggunakan ADN – Sebenarnya lebih sesuai digunakan ADUN – istilah ini lebih popular dan  telah lama digunakan).
ADUN menurut sistem politik di Malaysia yang wakil rakyat di pilih pada peringkat parlimen (Negara – Malaysia)  dan  dikenali sebagai Ahli Parlimen bagi sesuatu kawasan, maka demikianlah ADUN, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih pada peringkat negeri. Bagi setiap negeri ada jumlah kerusi ADUN berdasarkan jumlah kawasan dan penduduk. Misalnya di Selangor pada pilihanraya 1999, maka jumlah kerusinya ialah 56. Tetapi jumlah ini boleh bertambah dengan bertambah penduduk dan Suruhanjaya Pilihanraya boleh mengubah dengan menambahkan jumlah kerusi DUN dengan penambahan pemecahan sempadsan di bawah sesuatu kawasan parlimen, sebagaimana kerusi parlimen juga boleh bertambah. Misalnya di Selanor kerusi DUN bertambah kepada 65 pada tahun 2008. Perubahan melibatkan perubahan nama kawasan parlimen dan DUN. Misalnya DUN Bangi bertukar menjadi DUN Sungai Ramal dan kawasan parlimennya bertukar dari Parlimen Serdang kepada Parlimen Bangi.
Pemilihan ADUN dan Ahli Parlimen pada kebiasaan adalah serentak (kecuali Sarawak- kini) Jumlah DUN di dalam satu-satu kawasan parlimen biasanya antara 2 hingga empat kerusi – normal tiga). Jika seorang Ahli Parlimen memenangi kerusi parlimen A, tidak semestinya ia memiliki  semua kerusi DUN A, ianya mugkin dimenangi sebahagian oleh parti B. Kemenangan kerusi pada  bahagian negeri mungkin dari majoriti parti yang memenangi pada peringkat parlimen. Misalnya kemenangan Pakatan Harapan pada peringkat negara, tidak semestinya ia memenangi pada peringkat negeri. Misalnya kini  Kerajaan Persekutuan dimenangi oleh PH, tetapi ada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pas  seperti kemenangan Pas di negeri Kelantan dan Terengganu dan Umno-BN yang sebelumnya memerintah kerajaan Persekutuan, kini hanya dapat mempertahankan Pahang dan Perlis. Ada negeri yang sepatutnya dapat dipertahankan oleh BN, tetapi berlaku perlompatan ahli BN, khususnya Umn9 melompay kepada parti lain seperti di Sabah menyebabkan berlaku pertukaran  kuasa pemerntahan kepada  Parti Warisan yang dapat  mengambil pemerintahan dengan berlakuinya perlompatan ADUN – BN kepada Warisan.
Kemenangan ADUn bagi sesuatu negeri yang sama dengan parti pemerintah memudahkan gerak kerja berbanding jika menjadi ADUN pembangkang. Pembangkang lebih sukar jika berlainan dari parti pemerintah sama ada pada peringkat negeri dan juga parlimen.
Tugas hakiki ADUN sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ialah berperanan di Dewan Negeri sebagaimana Ahli Parlimen  yang mewakili kerusi masing-masimg,ialah sebagai  ahli yang mewakili tempat dan parti ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Iana menjadi jurucakap bagi kawasan dan parti yang diwakilinya. Misalnya bercakap tentang, peluang rakyat memiiki tanah untuk pertanian, peluang membeli rumah dari projek yang disediakan ole pihak kerajaan dan sebagainya. Tetapi walaupun tugas hakiki wakil rakyat atau ADUN ialah di Dewan Undangan Negeri, tetapi yang diharap  oleh rakyat  lebih dari itu, ia bukannya sekadar ADUN, tetapi lebih dikenali sebagai Wakil Rakyat, sebab itu yang diharap oleh  rakyat yang memilihnya memahami masalah rakyat kawasan, membela dan membawa masalah mereka kepada pihak kerjaan. ADUN diharap rakyatberkhidmat secara menyelutuh. ADUN diharap bukan saja cemerlang  di Dewan Undangan Negeri , tetapi turun padang memahami masalah rakyat dan membela nasib  mereka.
Sekian.

1 comment:

  1. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    And earning money online using it is as easy as 1, 2, 3!

    Here's how it works...

    STEP 1. Choose which affiliate products you want to push
    STEP 2. Add some push button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. See how the system grow your list and sell your affiliate products all for you!

    Are you ready to start making money?

    Check it out here

    ReplyDelete