October 17, 2018

MESYUARAT PERSEMPADANAN MASJID


MESYUARAT  PERSEMPADANAN MASJID
(Fikrah Bangi:  29)
BBB, 08 Safar 1440H. = 17 Oktober 2018M. (Rabu):
Menurut peraturan JAIS, bagi setiap masjid mempunyai persempadanan dengan masjid yang lain dan di bawah kawasan masjid pula terdapat sejumlah surau-surau yang diletak di bawah masjid berkenaan. Pembahagian yang dibuat adalah bagi memudahkan pentadbiran. Segala urusan  surau-surau di bawah satu masjid adalah disalurkan melalui masjid dan demikianlah urusan surau-surau berkenaan kepada pihak atas adalah melalui masjid.Masjid  dapat memikirkan bersama dengan pimpinan surau bagi memakmurkan surau-surau seperti dari segi pengajian dan berbagai-bagai kegiatan kemasyarakatan. Sebagaimana surau berdaftae perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung pemilihan setiap tiga tahun sekali, maka demikianlah masjid-masjid perlu mengadakan mesyuarat dan pemilihan yang mereka yang layak dipilih ialah dari kalangan anak kariah dari berbagai-bagai surau di bawah satu Masjid.
Di Bandar Baru Bangi,  oleh kerana selama ini hanya ada satu masjid (sejak tahun 2000), maka adalah semua surau di Bandar Baru Bangi yang berjumlah 40 buah surau itu adalah terletak di bawah Masjid Al-Hasanah. Pemilihan jawatankuasa selain dilakukan di surau-saurau, maka mesyuarat Agung diadakan secara tahunan dan mesyuarat agung dan pemilihan setiap tiga tahun saekali diadakan di Masjid Al-Hasanah.
Oleh kerana mulai wujudnya masjid baru di Bandar Baru Bangi, iaitu Masjid Al-Umm yang merupakan masjid kedua di Bandar Baru Bangi, iaitu sejak diluluskan  pendaftaran selepas mendapat CCC pada 4 Oktober 2018 lepas, maka Masjid Al-Umm akan mempunyai persempadanan dan jumlah surau-suraui yang di bawah Masjid Al-Umm. Sebagai persediaan pihak Masjid Al-Umm pernah berbincang mengenai persempadanan dan jumlah surau-surau di bawah masjid masing-. Pemilihan surau-surau adalah dikira dari seksyen-seksyen yang terdekat dengan masjid-masjid berkenaan. Seksyen yang dekat dengan Masjid Al-Umm ialah Seksyen satu, dua, tiga dan enam belas yang jumlah surau-surau adalah sebanyak 15 surau. Manakala yang selebihnya iaitu 25 buah lagi adalah di bawah Masjid Al-Hasanah. Walau bagaimana ini adalah kaedah dan perkiraan yang dibuat oleh Masjid Al-Umm dan Masjid Al-Hasanah. Ini ialah kerana Masjid Al-Umm tidak diiktiraf kerana tidak layak didaftar, kerana belum mendapat CCC.Lagipun cadangan ini sebagai persediaan sahaja dan perkara ini brlum di bawa ke atas.
Tetapi apabila Masjid Al-Umm sudah mendapat CCC dan berdaftar, maka perlu ditentukan persempadanan antara Masjid Al-Umm dan juga Masid Al-Hasanah. Bagi membolehkan Masjid Al-Umm mengadakan pemilihan bagi AJK Masjid Al-Umm, maka mesuarat Agung yang sepatutnya diadakan di Masjid Al-Hasanah pada Ahad 7 Oktober yang lepas terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak PAID.
Bagi tujuan bagi membolehkan pemilihan J/k di Masjid Al-Umm dan Masjid Al-Hasanah, maka pada pagi hari ini, iaitu Rabu 17 Oktober jam 9,00 pihak PAID memanggi Pengerus dan setiausaha Masjid Al-Umm (sdr. Nik Adham bin Nik Anuar) datang bernesyuarat di PAID bersama dengan Nazir Masjid Al-Hasanah yang diwakili oleh Ybhg. Ustaz Napiah bin Shahrani. Hadir sama ialah S.F. Ustaz Haji Mahayudin bin Haji Abu Bakar, Pegawai Tadbir PAID, Ustaz Hashim bin Muhammad, Ketua Bahagian Pengurusan Masjid, Muhammad Mishani bin Madong, Wakil dari MPKj dan Wakil dari Pejabat Daerah. Turut hadir sdr. Nik  Adham bin Anuar Pemangku Setiausaha Masjid Al-Umm dan Tuan Haji Kamaruddin bin Muhammad Setiuasaha Masjid Al-Hasanah.
Mesyuarat bagi penentuan sempadan ini mengambil pendekatan yang berbeda dari pendekatan yang telah kami ambil
Persempadan yang dibuat adalah berdasarkan pecahan-pecahan jalan. Jalan utama dari Bulatan UKM ke  Pejabat Daerah adalah pecahan jalan bagi Bandar Baru Bangi. Dengan cara ini bahawa Masjid Al-Umm betul-betul berada di tengah-tengah  kawasan Bandar Baru Bangi. Manakala Masjid Al-Hasanah berada pada penggir  dekat dengan Seksyen Sembilan., Maka berdasarkan pecahan jalan utama , aalah  jumlah surau-surau di bawah Masjd al-Umm adalah sebanyak 23 buah, manakala surau di bawah Masjid Al-Hasanah ialah 17  buah sahaja. Ternyata beban bagi masjid Al-Umm lebih berat  dibandingkan dengan Masjid Al-Hasanah.
Walau bagaimana perkara ini belum muktamad. Ianya perlu dibawa ke mesyuarat peringkat   JAIS, jika diluluskan, maka baru maklumat disampaikan ke masjid dan surau dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Sekian.

October 16, 2018

ANWAR KEMBALI DARI JALAN BERLIKU


ANWAR KEMBALI DARI JALAN BERLIKU
(Fikrah Bangi: 28)
BBB,  06 Safar 1440H. = 15 Oktober 2018 (Isnin):
Hari ini  - Isnin 15 Oktober 2018 Dato` Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah menjadi ahli Parlimen selepas memenangi pilihanraya kecil Port Dickson (13 Oktober) dengan majoriti yang selesa (23, 560) dengan undi yang didapati (31,015) meninggalkan saingan terdekatnya dari Pas yang mendapat undi sebanyak 7,456. Lima lagi pesaingnya semuanya  hilang wang  pertaruhan, termasuk Isa Samad. Demikianlah, tanpa menghirau apa orang lain kata, Anwar mengambil kesempatan kerusi yang sengaja dikosongkan oleh Danyal Abdullah sebelumnya. Anwar merasa beliau tidak seharusnya melihat gelombang perubahan besar politik  negara dari luar. Beliau seharusnya turut sama nencorak perubahan dari dalam. Pendekatan terbaik buat dirinya pada masa ini ialah dengan menyertai parlimen.


Anwar kembali ke parlimen adalah melalui jalan berliku. Sesungguhnya Anwar  sudah menjadi ahli parlimen dan menyertai kabinet pada akhir 1990an dan hanya selangkah sahaja lagi untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belian dan Sukan, Menteri Pelajaran dan kewangan,tetapi kemelut  fitnah yang dihadapi beliau terpaksa merengkok dalam penjara, bahkan dipukul hingga lebam matanya. Lambang PKR yang merupakan `Mata` adalah diambil dari pengalaman episod  derita Anwar yang cedera matanya.
Perjuangan Anwar adalah perjuangan panjang. Kegiatannya dapat diikuti dari kegiatan kemahasiswaanya sejak akhir 1960an. Idealisme perjuangannya ialah Islam. Dalam gerakan kemahasiswaannya  beliau pernah menjawat sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Bagi merealisasikan idealisme perjuangan keislamannya beliau menubuhkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Pada masanya beliau adalah sebagai jurucakap mahasiswa pada zamannya. Pengaruh kepimpinannya sama didukung oleh Persatuan Mahasiswa UKM  (PMUKM)  yang baru ditubuh (18 Mei 1970). PKPIM sama memperjuangkan penubuhan UKM.
Apabila tempoh pengajiannya di Universiti Malaya tamat, sebagai wadah perjuangannya beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan wadah pendidikan yang ditubuhkan ialah Yayasan Anda yang bertempat di Kampung Baru Kuala Lumpur dan Pantai Baru, Kuala Lumpur. ABIM banyak melahirkan pemimpin-pemimpin generasimuda yang memperjuangkan idealisme politik dan pendidikan Islam. Mereka seperti Ghazali Nawawi, Sidek Fadhil, Kamaruddin Ja`far, Kamaruddin Mohd Nor, Mohd Nor Manuty, Anuar Tahir, Ramli Ibrahim,  Dr. Hatta Ramli,  Zahid Hamidi dan ramai lagi. Sebahagian dari mereka menjadi pemimpin PKR dan  sebahagian  menjadi anggota kabinet yang memerintah sekarang. Mereka pada peringkat gerakan pemuda Islam ini menjadi `Jalur Tengah` antara Umno dan Pas. Pada satu peringkat apabila Anwar memutuskan untuk memasuki bidang politik tanahair. Pas mengharap Anwar dengan idealis keislamannya memasuki Pas, manakala Umno mengharapkan Anwar, sebagaimana diharap Tun Razak agar Anwar memasuki Umno. Apabila Anwar memilih Umno berlaku perpecahan di dalam ABIM memprotes tindakannya. Walau bagaimana  solidariti kembali  di dalam ABIM yang kemudian menjelma di dalam PKR, manakala sebahagian di dalam Pas.
Sebagai pemimpin muda yang berkarisma tinggi, pengaruh Anwar  begitu kuat di kalangan generasi muda dan apabila ia memasuki politik maka ianya  memberi impak kepada politik dan masyarakat. Pelonjakannnya dalam politik dianggap pantas dan menggugat establishment semasanya  dan ianya dicemburui dan harus disekat.
 Bagi pemimpin yang normal yang tidak ada falsafah perjuangan dan tidak ada visi dan misi  politik , maka kejatuhan pertamanya sudah cukup menjadi pukulan maut dari segi politik dan masa depannya. Namun Anwar yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai,  semangatnya menembusi dinding penjara  dan disuara oleh pendukung-pendukungnya. Idealismenya tidak mati, tetapi terus menyala membakar  tenaga-tenaga muda yang bergerak membela perjuangan dan kebebasanya dan kita melihat sejarah melakari perjuangannya dan dia meniti kembali perjalanan bagi membina legasinya di tengah sokongan masyarakat.
Walau bagaimana perjuangan dan perjalanan Anwar masih panjang. Beliau mengalami realiti kembali ke parlimen. Janji menjadi Perdana Menteri belum pasti terpulang kepada penentuan dari segi azali. Namun kita percaya sebagaimana Anwar sebelum ini tidak terhenti dari perjuangan, kita percaya beliau mempunyai perancangan  `Perubahan` di parlimen dan menggerakkan masyarakat dengan parti PKRnya yang merupakan parti terbesar yang beliau mendapat mandat kepimpinan yang kuat.
Sekian.

October 15, 2018

UCAPAN SETIAUSAHA MAIS & PENYERAHAN MASJID AL-UMM


UCAPAN SETIAUSAHA MAIS & PENYERAHAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi 27)
BBB, 06 Safar 1440H. = 15 Oktober 2018M. (Isnin):
Berikut dari ucapan Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm pada petang 11 Oktober itu, maka Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Ybhg. Dato` Bakhtiar bin Hussinmenyampaikan ucapan. Selepas menyebut para tamu kehormat yang hadir sebagaimana disebut oleh Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm sebelumnya beliau menyebut bahawa:
``Pentingnya masjid dapat dilihat dari Hijrah Rasul s.a.w. ke Madinah, perkara yang  pertama  diberi keutamaan oleh Rasulullah s.a.w. ialah membina Masjid Quba` dan Masjid Madinah``. Demikian kepentingannya dijadikan ikutan bahawa di dalam sesuatu kariahdibina masjid yang menjadi pusat kegiatan ummah. Masjid menurutnya memberi sumbangan penting, khususnya di Selangor di dalam  membangunkan Selangor sebagai `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`. Ini diperkukuhkan lagi dengan pembinaan SRA, tahfiz, bahkan KUIS.


Pembinaan Masjid Al-Umm menurut Setiausaha MAIS itu adalah bagi menyempurnakan tuntutan ummah, baik dari segi ibadat dan juga pengajian. Dengan kelulusan Masjid Al-Umm mendirikan Juma`at pada 4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 yang lepas dan dengan kapasitinya dapat menampung jama`ah antara 3,000 hingga 3,800 jama`ah  dapat mengurangkan kesesakan yang terpaksa ditampung oleh hanya sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, iaitu Masjid Al-Hasanah. Sesungguhnya sudah ada 10  surau di Bandar Baru Bangi yang dibenarkan mendirikan Juma`at. Dengan adanya Masjid Al-Umm mengurangkan tuntutan surau untuk mendirikan Juma`at di tempat masing-masing.  Beliau menyebut, walau bagaimana pihak JAIS-MAIS terus menerima permohonan bagi mendirikan masjid dan surau  yang mau mendirikan Juma`at. Permohonan dinilai dan diberi kebenaran bagi yang layak. Dato` Bakhtiar memberi statistik mengenai jumlah masjid di negeri Selangor kini.
Jumlah Masjid di seluruh Selangor ialah  422  buah.
Jumlah masjid di seluruh Hulu Langat         51 buah.
Seterusnya Dato` Bakhtiar percaya Masjid Al-Umm akan terus dimakmurkan oleh masyarakat setempat. Beliau memetik ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat pertunjuk.`` (Al-Taubah: 18).
Menurut Setiausaha itu, pentadbir-pentadbir masjid hendaklah menurut apa yang digariskan oleh Al-Qur`an dan Al-Sunnah. Pentadbir dan jama`ah hendaklah mengelak dari perkara-perkara yang boleh membawa perpecahan.  Masjid adalah zon aman, maka elakkan dari membawa faham politik dan taassub kepada sesuatu aliran fahaman  dan kepimpinan. Bagi melicinkan pentadbiran pihak JAIS-MAIS mengeluarkan enakmen yang berhubung dengan masjid dan surau. Pihak pentadbir masjid dan surau diminta mengikuti enakmen dan peraturan yang berhubung dengan masjid dan surau berkenaan.


Sekian. Wassalam.
Selepas  selesai ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha MAIS itu, majlis diteruskan dengan acara  simbolik  penyerahan masjid, iaitu:
Pihak Kontrektor Masjid, iaitu Tekad Nusantara  Sdn Bhd. diwakili  Tuan Haji Marzui bin Haji Omar menyerahkan lambang kunci kepada Ybhg. Dato` Hj. Bakhtiar bin Hussin bagi pihak MAIS menerima lambang kunci tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada Dr. Shafie bin Abu Bakar Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Selepas penyerahan  diadakan sesi bergambar dan diikuti dengan jamuan ringan di Ruang Legar Masjid Al-Umm yang disertai para tetamu dan juga jama`ah  berjumlah lebih kurang 500 orang.
Sekian.

October 14, 2018

TAHAP KEDUA - UCAPAN PEMBINAAN MASJID AL-UMM


TAHAP KEDUA – UCAPAN PEMBINAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 26)
BBB, 04 Safar 1440H. = 13 Oktober  2018 (Ahad):
Tahap Kedua –Pembinaan.


Pembinaan Masjid Al-Umm bermula selepas mendapat kelulusan plan arkitek dari pihak MPKj bertarikh 4  Disember 2013 dan  `Masuk Tapak`, bermaksud  bermula kerja ialah pada 10.12. 2013, iaitu  menepati sasaran hasrat AJK Pembinaan mau membina bangunan tidak lewat dari setahun dari tarikh  Lawatan Tapak Dato` Menteri Besar Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (4 Januari 2013). Permulaan binaan adalah bermodalkan wang sebanyak RM2,641,102.35. Berikut dari `Masuk Tapak` upacara menentukan Arah Kiblat ditentukan olehj Pejabat Mufti Selangor dengan menjemput Dato` Dr. Haron Din melaksanakannya pada  2 Januari 2014. Pada hari itu Dato` Dr. Haron Din berjanji untuk menderma sebanyak RM1  juta, tetapi apabila menyerahkannya beberapa hari berikutnya beliau menambahkan derma peribadinya menjadi RM1.2 juta. Dato` Dr. Haron Din banyak membantu menggerakan dana Masjid Al-Umm seperti mengusahakan mendapat sumbangan Wang Zakat Selangor (RM800,000), menerima derma dari orang perseorangan, termasuk dana dari Kerajaan Negeri Selangor RM4 juta melalui Dato` Menteri Besar Selangor Dato` Seri Azmin `Ali di Masjid a;-Hasanah pada 9 September 2016. Beliau juga memberi pinjam RM1 juta dari Tabung Wang keluarganya – Birr al-Walidayn.


 Bagi melicinkan pembinaan satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Teknikal dilantik yang diketuai oleh Ir. Haji Ishak Haji Arshad dan memulakan mesyuarat pada peringkat permulaan pembinaan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab  dari segi pembinaan fizikal dan melaporkan kepada mesyuarat Induk. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa induk. Jawatankuasa Teknikal berurusan dengan kontrektor, sub-sub kontrektor arkitek dan consultant-consultant. Mesyuarat teknikal dan Induk bukan  saja mempastikan pembangunan menurut spesifikasi plan arkitek, tetapi juga perubahan dan penambahan (meningkatkan kos). Misalnya Masjid Al-Umm yang berasal dua tingkat diambil keputusan menambahkan aras bawah tanah menjadikannya tiga tingkat.
Keluasan lantai bagi Masjid Al-Umm ialah 4,317 meter persegi
Bersamaan 46,456 kaki persegi. yang boleh menampung seramai 3,800  Jama`ah.
Masjid Al-Umm sebagaimana disebut adalah berorientasikan ilmu sebagai pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu. Pada aras utama sebagai tempat solat utama juga digunakan sebagai tempat pengajaran bagi berbagai-bagai keilmuan.
Manakala tingkat atas dari aras utama terdapat Bilik Seminar (dua bilik boleh disatukan mengikut ramai peserta). Pada tingkat ini juga terdapat 2 bilik kuliah, bilik tahfiz,IT  dan Perpustakaan. Pada aras ini juga terdapat bilik mesyuarat yang juga boleh dijadikan bilik seminar dan diskusi dalam jumlah yang lebih kecil. Manakala aras bawah tanah adalah Dewan Konvensyen, bagi pengajian atau perhimpunan  yang lebih ramai yang dapat memuatkan serama 1,000 orang atau 600 orang bermeja. Dewan ini juga dapat digunakan bagi majlis-majlis perkahwinan, sambutan-sambutan dan berbagai-bagai pertemuan. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Masjid Al-Umm  dapat disewa oleh pihak luar dengan kadar yang munasabah dan ianya menjadi sumber kewangan bagi Masjid Al-Umm. Kini Masjid Al-Umm giat dengan berbagai-bagai pengajian dari pengajian menadah kitab, pengajian bersifat  talaqqi dan halaqah  hinggalah seminar bulanan menurut gaya  universiti. Sememangnya Masjid Al-Umm berhasrat mencapai taraf  `Al-Jami`ah` (Universiti) seperti Universiti Qairawan di Maghribi dan Al-Azhar di Mesir. Adalah menjadi hasrat Jawatankuasa mendapatkan tapak `Medan Usahawan` berdekatan dengan Masjid Al-Umm seluas 2 ekar untuk didirikan bangunan berbelas tingkat bagi melengkapkan prasarana bagi sebuah pengajian tinggi. Plan bagi pembangunan ini dibincangkan dantelah disiapkan. Usaha bagi mendapat kelulusan tapak dan kewangan adalah dilakukan sebaik siapnya Masjid Al-Umm.
Usaha mendirikan Masjid Al-Umm yang menelan belanja RM21 juta  (kini masih terhutang RM2 juta) adalah bergantung kepada banyak pihak. Pihak AJK Masjid mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor  dan Pejabat Menteri Besar yang banyak memberi kemudahan baik  dari segi tapak, kelulusan dan kewangan, pihak JAIS dan MAIS yang meluluskan pembinaan Masjid Al-Umm dan memberi kebenaran memungut derma seterusnya  mendaftarkan Masjid Al-Umm setelah mendapat CCC, Pejabat Daerah Hulu Langat yang mengusahakan bagi menggezetkan tapak Masjid, MPKj yang meluluskan plan dan CCC, Lembaga Zakat Selangor dan Wilayah, Bank Mu`amalat dan Bank Negara yang menyumbang dana, seterusnya berbagai institusi, orang perseorangan, khususnya para jama`ah Masjid Al-Umm yang  terus memberi sumbangan kepada Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm akan terus berusaha membina imej dan identitinya paling utama sebagai Pusat Ibadat danKeilmuan yang selesa, sesuai dengan keberadaannya di Wilayah Ilmu yang di dalam dan kelilingnya berpuluh universiti, Pusat Pengajian Tinggi dan Pusat-pusat  Latihan dan  Kemahiran, sesuai dengan penduduk Bandar Baru Bangi yang terdiri dari kalangan ilmuan yang berkhidmat di berbagai-bagai pusat keilmuan. Mereka juga sebagai aset kepada Masjid  yang sama berkhidmat menyampaikan pengajaran.
Dengan bangunannya yang disifatkan sebagai cantik  dan menarik,  Masjid Al-Umm diharap menjadi `Landmark` bagi Bandar Baru Bangi dan menjadi tarikan bagi orang ramai untuk berkunjung ke Masjid Al-Umm dan mendapat manfaat darinya.
Sekian.

October 13, 2018

CABARAN MEMBINA MASJID AL-UMM


CABARAN MEMBINA MASJID AL-UMM
(Disampaikan dalam Majlis Penyyerahan Masjid pada petang 11.10.2018)
(Fikrah Bangi: 25)
BBB, 02 Safar 1439H. = 11 Oktober 2018M. (Khamis):
Bismillahi`r.Rahmani`r-Rahim
Al-Salamu `alaykum wmt. Wbkt.
Al-Hamdulillah wa al-salatu wa al-salam `ala Rasulillah wa `alihi wa sahbihi wa man walah.
Firman Allah Ta`alaL ``Innama ya`muru ...,,
Bermaksud:
 ``Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (meghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat pertunjuk.`` (Al-Taubah: 18).
Saudara Pengerusi majlis.


Ybhg. Dato` Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS
Ybhg. Dato` Haji Rosli bin Othman, Pegawai Daerah Hulu Langat
Yang Berusaha Tuan Mohd. Sayuthi  bin Bakar,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.
Yang Dihormatkan Tuan Abdul Jalil bin Dato` Abdul Rani,
Dato` Orang Kaya To` Engku Maha Bijaya,
Orang Besar Daerah Hulu Langat.
Yang Berusaha Tuan Mohd Shahzihan Bin Ahmad
Ketua Bahagian Pengurusan Dakwah
Mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor,
Yang Berbahagia Ustaz Hashim bin Muhamad
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Yang Berhormat Tuan Haji Mazwan bin Johar
Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal, Hulu Langat.
Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mahayudin Bin Abu Bakar
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Dato` Abdullah bin Mohd. Zain,
Nazir Masjid Al-Hasanah.
Tuan Haji Marzuki bin Haji Omar,
Kontrektor  Tekad Nusantara Sdn. Bhd. bagi Masjid Al-Umm.
Ar. Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad
Arkitek Urusbiuna Sdn. Bhd. bagi Masjid Al-Umm.
Ir. Haji Ishak bin Haji Arshad, Timbalan Pengerusi & Ahli-ah;i Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm
Pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin setempat dan para jama`ah yang dihormati sekalian.
Pendahuluan
Al-hamdulillah kita bersyukur kepada Allah di atas kurniaNya, pihak Masjid Al-Umm telah menerima CCC pada hari Khamis  4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 yang melayakkan pada hari ini diadakan Majlis Penyerahan Masjid Al-Umm.,
Pembinaan Masjid Al-Umm memakan masa yang agak lama dan dapat dibahagiakan kepada dua tahap yang setiap tahap memakan masa lima tahun.
1)      Tahap Pertama 2008-2013
Tapak bagi Masjid Al-Umm sudah diperuntukkan oleh PKNS bersama dengan  pembangunan Bandar Baru Bangi (1975), tetapi pembangunannya tidak diberi keutamaan, khususnya apabila Masjid UKM siap dibangunkan (1982), penduduk Bandar Baru Bangi bersolat  Juma`at di sini, lebih-lebih lagi bila Masjid Al-Hasanah siap digunakan (2000), tidak timbul untuk mendirikan Masjid.
Walau bagaimana apabila banyak surau-surau dibina di Bandar Baru Bangi, ahli kariah Surau al-Umm yang menggunakan rumah semi-D  (No. 6, Jalan 1/3G) surau pertama di Bandar Baru Bangi. yang dipinjamkan oleh PKNS dan digunakan sejak 6 Ogos 1978 (1 Ramadhan 1398) berhasrat sama untuk mendirikan surau atau masjid khusus di tapak yang disediakan, tetapi tidak ada kata putus sama ada hendak mendirikan surau atau masjid.
Apabila Penulis memenangi Kerusi DUN Bangi (2008-2013), salah satu projek yang ADUN janjikan ialah mendirikan Masjid Al-Umm sebagai pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu yang menjadi Motto bagi ADUN Bangi.
Lantaran itu Penulis selaku ADUN dan juga sebagai Pengerusi Surau Al-Umm meminta Tuan Haji Hussin Yunos Setiausaha Surau Al-Umm menulis surat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Hulu Langat memohon supaya digezetkan tanah Lot 51177 seluas dua ekar diperuntukkan kepada masjid/surau  untuk Masjid Al-Umm. Surat permohonan diluluskan oleh Dato` Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Surat kelulusan bertarikh 1.9.2009. Berikut dari kelulusan itu dipohon dari JAIS keizinan mendirikan Masjid. Pihak JAIS tiada halangan meluluskannya  - Surat bertarikh 17.11.2009.


Berikut dari kelulusan itu Penulis selaku ADUN Bangi yang juga Pengerusi Surau Al-Umm menjemput pengerusi-pengerusi surau-surau bersama AJK Surau Al-Umm pada malam 4 Februari 2010. Tiga puluh orang hadir ke Surau Al-Umm  berbincang dan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa mendirikan masjid. Pengerusi yang dilantik ialah ADUN Bangi dan Setiausaha ialah Tuan Haji Hussin Yunos, manakala Bendahari ialah Tuan Haji Mohd Nor bin Yasin. Dan sejumlah  jawatankuasa. Berikut dari keizinan memungut derma diperolehi dari pihak MAIS, maka Majlis Pelancaran Derma bagi memungut dana bagi Masjid Al-Umm dilancarkan oleh ADUN Bangi pada 19 Mac 2012 bertempat di Dataran Medan Usahawan hadapan kawasan masjid. Jumlah yang dapat dipungut ialah RM150,000. Inilah merupakan tabung kewangan untuk sebagai dana perbelanjaan pengurusan dan pembinaan bagi Masjiud Al-Umm. (Pihak penduduk mau mengekalkan nama Al-Umm pada Masjid Al-Umm).
Oleh kerana adanya hubungan rapat ADUN  Bangi dengan Dato` Menteri Besar Selangot (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), maka Dato` Menteri Besar Selangor bersetuju untuk turun melawat Tapak Masjid Al-Umm. Dato` Menteri Besar hadir pada  6 Januari 2013 dan dalam ucapannya Dato` Menteri Besar berjanji  Kerajaan Negeri Selangor  akan  menderma sehingga jumlah RM6 juta  yang dapat dicari oleh Jawatankuasa. (Selepas itu Menteri Besar juga menjalankan upacara pecah tanah Sekolah Agama Sungai Tangkas diiringi ADUN – Projek yang diusahakan ADUN Bangi dengan kerjasama Ketua Kampung Sungai Tangkas – Tok Abdul Hadi).
Janji Dato` Menteri Besar Selangor itu memberi semangat kepada Ahli Jawatankuasa Pembinaan  masjid, khususnya bagi sepuluh yang diberi tauliah memungut derma bekerja bersungguh-sungguh mencari derma. Jawatankuasa berazam bahawa pembinaan fizikal  masjid hendaklah dapat dilakukan dalam masa tidak kurang dari setahun dari tempoh janji Dato` Menteri Besar Selangor. Dalam tempoh ini juga dipilih kontrektor (interview pada 19.11.2013) dari sembilan kontrektor yang diinterview.  Kontrektor  yang dipilih ialahTekad Nusantara Sdn. Bhd. Bandar Baru Bangi.
Bersambung  ....  Tahap Kedua: Pembinaan).
Sekian.

October 12, 2018

PERBINCANGAN SEBELUM MAJLIS PENYERAHAN


PERBINCANGAN SEBELUM MAJLIS PENYERAHAN
(Fikrah Bangi: 24):
BBB, 2 Safar 1440H. = 11 Oktober 2018M. (Khamis):
Hari ini adalah merupakan hari bersejarah bagi Masjid Al-Umm, lantaran sebelumnya telah diatur berbagai-bagai persediaan yang  puncaknya adalah pada petang hari ini, iaitu selepas solat `Asar akan diadakan penyerahan secara simbolik Masjid Al-Umm oleh Kontrektor ke pihak MAIS dan pihak MAIS menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sejak pagi-pagi lagi kalangan muslimat menyediakan peralatan untuk jamuan, membersih mangkuk pinggan dan mengatur meja, terutama bagi VIP untuk minum petang selepas upacara penyerahan. Kalangan VIP adalah dijangka 20 orang dari keseluruhan yang menyertai solat  `Asar dan mengikuti acara dijangka seramai 200 orang.


Persediaan yang penting ialah pada ruang utama solat, kerana pada tempat ini dilangsung acara penyerahan. Lantaran itu dari pagi dipasang backdrop di sebelah kiri mihrab yang menyebut tentang acara  yang bakal berlangsung. Restrum untuk berucap telah diturunkan sejak malam tadi dari bilik seminar  di tingkat atas. Manakala pada meja yang berkembar dengan mimbar yang dijadikan meja bagi tempat guru mengajar, di tambah kerusi dari satu kepada tiga, kerana dijangka akan berlaku upacara menandatangani acara penyerahan, iaitu oleh Kontrekltor, MAIS dan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Tidak ada perubahan yang lain pada ruang solat utama.


Di Pejabat Pentadbiran pula  disusun  agenda yang berlangsung pada petang. Penulis juga  menyemak kata-kata dalam warkah yang bakal ditandatangani pada petang nanti.  Adalah wajar warkah berkenaan berada di dalam fail plastik yang berlipat sebagaimana disimpan warkah ijazah. Oleh itu diminta saudara  Saufi pergi membelinya di kedai. Persoalan apakah bahan yang hendak diserahkan secara simbolik dalam upacara penyerahan berbeza  pendapat. Kontrektor mau menggunakan reflika kunci, tetapi pihak  JAIS mau menggunakan tongkat khatib. Kunci sebenarnya lebih praktikal.
Penulis sendiri meneliti dan memperbaiki naskhah ucapan yang telah didraft sejak semalam. Antaranya memasukkan pada permulaan daif-daif yang bakal hadir berdasarkan sebaran jemputan oleh JAIS dan apa yang Penulis susun. Agenda bagi acara penyerahan juga disusun dan bakal dibuat sepuluh salinan untuk para VIP.


Satu yang penulis tekankan, terutama kepada saudara Tompang technician, ialah tentang sound system yang mesti perfect dan elak dari gangguan. Kejelasan suara juga dipastikan hingga ke belakang – di ruang legar tempat diadakan jamuan. Penulis juga memesankan kepada saudara Tompang, bahawa bagi upacara ini hendaklah dipasang air-cond. Pada kebiasaan air-cond hanya dipasang pada waktu antara maghrib dengan isya` sahaja. Selepas pulang dari pejabat dan datang bagi solat zohor didapati meja-meja (dua meja bulat) bagi  VIP  serama 10 orang telah sedia  diatur.
Selepas solat zohor Penulis pulang, makan tengahari dan berihat, tetapi sebelum jam 3.00 petang Penulis menerima maklumat dari muslimat melalui kerani pejabat, bahawa tamu  VIP  lebih ramai akan datang, iaitu satu kali ganda dari jumlah asal iaitu 20 kepada 40 orang. Muslimat yang menyediakan tempat dan makanan bagi VIP  menggelabah, kerana dijangka tidak cukup dari segi persediaan makanan. Penulis minta ditambah tempat makan VIP kepada 4 meja bulat  (40 orang) dan dapatkan bahan makanan mana yang dapat. Penulis mengawalkan pemergian ke masjid dengan pakaian baju Melayu  bersamping sebagaimana dipersetujui oleh jawatankuasa.


Katika Penulis tiba dengan pakaian untuk Majlis Penyerahan telah hadir Yang Berbahagia S.F.Ustaz Haji Mahayudin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir PAID. Penulis menjemputnya  dengan diiringi sama oleh Dr. Tajul Ariffin Nordin AJK ke bilik VIP bercakap-cakap sebelum tibanya waktu asar.
Berikutnya tiba VIP-VIP yang lain seperti Tuan Mohd  Shahzihan, bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Dakwah mewakili Pengarah  JAIS, Yang Berbahagia Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid di JAIS, Dato` Haji Abdullah bin Mohd Zain Nazir Masjid al-Hasanah, Tuan Haji Ishak Arshad Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Umm. Tuan Haji Hussin bin Yunos AJK dan beberapa yang lain. Puncak kehadiran ialah dengan tibanya Yang Berbahagia Dato` Bakhtiar bin Hussin Setiausaha Majjlis Agama Islam Selangor.  Dato` Bakhtiar sempat menandatangani Buku Pelawat Masjid Al-Umm. Topik yang dibicara oleh VIP-VIP semasa berada di bilik VIP ini ialah cadangan persempadanan surau-surau antara Masjid Al-Hasanah dengan Masjid Al-Umm berdasarkan peta yang dibawa. Permohonan mendirikan masjid di Selangor yang bertambah, prosidur selepas Masjid Al-Umm diserahkan, keperluan pendaftaran untuk memohon imam-imam dari JAIS dan penamgguhan mesyuarat agung di Masjid Al-Hasanah.
Perbincangan berterusan hingga azan `Asar.
Sekian.