October 17, 2018

MESYUARAT PERSEMPADANAN MASJID


MESYUARAT  PERSEMPADANAN MASJID
(Fikrah Bangi:  29)
BBB, 08 Safar 1440H. = 17 Oktober 2018M. (Rabu):
Menurut peraturan JAIS, bagi setiap masjid mempunyai persempadanan dengan masjid yang lain dan di bawah kawasan masjid pula terdapat sejumlah surau-surau yang diletak di bawah masjid berkenaan. Pembahagian yang dibuat adalah bagi memudahkan pentadbiran. Segala urusan  surau-surau di bawah satu masjid adalah disalurkan melalui masjid dan demikianlah urusan surau-surau berkenaan kepada pihak atas adalah melalui masjid.Masjid  dapat memikirkan bersama dengan pimpinan surau bagi memakmurkan surau-surau seperti dari segi pengajian dan berbagai-bagai kegiatan kemasyarakatan. Sebagaimana surau berdaftae perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung pemilihan setiap tiga tahun sekali, maka demikianlah masjid-masjid perlu mengadakan mesyuarat dan pemilihan yang mereka yang layak dipilih ialah dari kalangan anak kariah dari berbagai-bagai surau di bawah satu Masjid.
Di Bandar Baru Bangi,  oleh kerana selama ini hanya ada satu masjid (sejak tahun 2000), maka adalah semua surau di Bandar Baru Bangi yang berjumlah 40 buah surau itu adalah terletak di bawah Masjid Al-Hasanah. Pemilihan jawatankuasa selain dilakukan di surau-saurau, maka mesyuarat Agung diadakan secara tahunan dan mesyuarat agung dan pemilihan setiap tiga tahun saekali diadakan di Masjid Al-Hasanah.
Oleh kerana mulai wujudnya masjid baru di Bandar Baru Bangi, iaitu Masjid Al-Umm yang merupakan masjid kedua di Bandar Baru Bangi, iaitu sejak diluluskan  pendaftaran selepas mendapat CCC pada 4 Oktober 2018 lepas, maka Masjid Al-Umm akan mempunyai persempadanan dan jumlah surau-suraui yang di bawah Masjid Al-Umm. Sebagai persediaan pihak Masjid Al-Umm pernah berbincang mengenai persempadanan dan jumlah surau-surau di bawah masjid masing-. Pemilihan surau-surau adalah dikira dari seksyen-seksyen yang terdekat dengan masjid-masjid berkenaan. Seksyen yang dekat dengan Masjid Al-Umm ialah Seksyen satu, dua, tiga dan enam belas yang jumlah surau-surau adalah sebanyak 15 surau. Manakala yang selebihnya iaitu 25 buah lagi adalah di bawah Masjid Al-Hasanah. Walau bagaimana ini adalah kaedah dan perkiraan yang dibuat oleh Masjid Al-Umm dan Masjid Al-Hasanah. Ini ialah kerana Masjid Al-Umm tidak diiktiraf kerana tidak layak didaftar, kerana belum mendapat CCC.Lagipun cadangan ini sebagai persediaan sahaja dan perkara ini brlum di bawa ke atas.
Tetapi apabila Masjid Al-Umm sudah mendapat CCC dan berdaftar, maka perlu ditentukan persempadanan antara Masjid Al-Umm dan juga Masid Al-Hasanah. Bagi membolehkan Masjid Al-Umm mengadakan pemilihan bagi AJK Masjid Al-Umm, maka mesuarat Agung yang sepatutnya diadakan di Masjid Al-Hasanah pada Ahad 7 Oktober yang lepas terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak PAID.
Bagi tujuan bagi membolehkan pemilihan J/k di Masjid Al-Umm dan Masjid Al-Hasanah, maka pada pagi hari ini, iaitu Rabu 17 Oktober jam 9,00 pihak PAID memanggi Pengerus dan setiausaha Masjid Al-Umm (sdr. Nik Adham bin Nik Anuar) datang bernesyuarat di PAID bersama dengan Nazir Masjid Al-Hasanah yang diwakili oleh Ybhg. Ustaz Napiah bin Shahrani. Hadir sama ialah S.F. Ustaz Haji Mahayudin bin Haji Abu Bakar, Pegawai Tadbir PAID, Ustaz Hashim bin Muhammad, Ketua Bahagian Pengurusan Masjid, Muhammad Mishani bin Madong, Wakil dari MPKj dan Wakil dari Pejabat Daerah. Turut hadir sdr. Nik  Adham bin Anuar Pemangku Setiausaha Masjid Al-Umm dan Tuan Haji Kamaruddin bin Muhammad Setiuasaha Masjid Al-Hasanah.
Mesyuarat bagi penentuan sempadan ini mengambil pendekatan yang berbeda dari pendekatan yang telah kami ambil
Persempadan yang dibuat adalah berdasarkan pecahan-pecahan jalan. Jalan utama dari Bulatan UKM ke  Pejabat Daerah adalah pecahan jalan bagi Bandar Baru Bangi. Dengan cara ini bahawa Masjid Al-Umm betul-betul berada di tengah-tengah  kawasan Bandar Baru Bangi. Manakala Masjid Al-Hasanah berada pada penggir  dekat dengan Seksyen Sembilan., Maka berdasarkan pecahan jalan utama , aalah  jumlah surau-surau di bawah Masjd al-Umm adalah sebanyak 23 buah, manakala surau di bawah Masjid Al-Hasanah ialah 17  buah sahaja. Ternyata beban bagi masjid Al-Umm lebih berat  dibandingkan dengan Masjid Al-Hasanah.
Walau bagaimana perkara ini belum muktamad. Ianya perlu dibawa ke mesyuarat peringkat   JAIS, jika diluluskan, maka baru maklumat disampaikan ke masjid dan surau dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Sekian.

No comments:

Post a Comment