May 8, 2020

AMAN DARI COVID DAN POLITIK


AMAN DARI CORVID  DAN  POLITIK

Covid-19  musuh global
Menggerak semua  bersatu
Berusaha memutuskan jaringan
Dengan  mengamal  norma-norma baru
Menjaga  jarak  sosial, memakai  maska,
 Berada di kediaman dan pentingkan kebersihan.

Hasil dari tumpuan kepada Covid-19
Kurangnya percakaran antara  ahli politik
Diharapkan ianya satu pemutusan
Dari sindrom perebutan berdekad
Pucuk  kepimpinan ,tetapi
Memberi ruang pada generasi baru
Potensi  mereka menyerlahkan.

Zaman  pengakhiran Corvid-19 ditunggu
Sebagaimana ditunggu zaman era baru
Menerajui kepimpinan
Bersih dan berkewibawaan.

(Fikrah Bangi: 556)
BBB:  15 Ramadhan 1441H. = 08 Mei 2020M. (Juma`at).

May 7, 2020

\PENGAJIAN TINGGI HASIL DESAKAN DAN CADANGAN


PRNGAJIAN TINGGI HASIL DESAKAN DAN CADANGAN
(Fikrah Bangi: 555),
BBB:  14 Ramadhan 1441H. = 07 Mei 2020M. (Khamis).

Selepas didirikan Universiti Malaya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1959). Pertumbuhan universiti  dilihat bukan menurut jadual perkembangan diatut secara jangka pendek dan panjang., bahkan kerajaan pada masa itu tidak dilihat membangunkan sebuah universiti menurut Dasar Pelajaran. Selepas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi sepeuluh tahun selepas meredeka dari tahun 1057-1067 (ditangguh dua tahun – 1059), maka  dalam tempoh tersebut sepatutnya sudah diwujudkan Universiti kebangsaan, tetapi tiada perancangan konkrit bagi pembinaan. Ini menyebabkan timbul desakan-desakan dari pejuang-pejuang bahasa, NGO-NGO, kerajaan agak liat, tetapi terpaksa mengikut desakan selepas berlakunya  `konflik kaum` dan secara tidak bersedia kampus Universiti Kebangsaan diwujudkan dengan meminjam Kampus Maktab Perguruan di Jalan Pantai, Kuala Lum,pur. UKM didirikan atas desakan ini rasmi dibukakan pada 18 Mei 1970.
Selepas dari didirikan UKM,beberapa universiti  didirikan atas cadangan. Misalnya  Kolej Pertanian  di Serdang  dicadangkan dinaik taraf pada tahun 1973  menjadi Universiti Pertanian Malaysia. Dalam masa yang hampir sama, dalam mana konsep sains begitu popular dibincangkan, maka dicadangkan sebuah universiti sains didirikan, maka terdirilah universiti atas nama Universiti Sains Malaysia.
Hasrat mau didirikan universiti Islam, tetapi tidak jadi, sebaliknya menjadi satu fakulti sahaja di UKM yang dinamakan Fakulti Islam. Namun hasrat mendirikan universiti Islam tidak padam. Usaha dan cadangan  terus dilakukan agar universiti Islam didirikan. Sekumpulan tenaga yang kebanyakan dari UKM telah mengusahakan penubuhan   universiti yang dikenali dengan Universiti Islam Antarabangsa Malasia (UIAM) bertempat  di Gombaj, Selangor (dengan tajaan beberapa negara Islam).
Penubuhan pengajian tinggi  secara cadangan pada 1980an  juga berlaku dengan cadangan sekumpulan yang tenaganya berasal dari UKM. Mereka kebanyakan dari tenaga Fakulti Ekonomi UKM. Universiti yang menekankan ekonomi dan pentadbiran didirikan di Sintok, Kedah.
Dalam tempoh antara 1980 – 2000 beberapa universiyi lagi timbul. Antaranya penaikan taraf dilakukan terhadap Kolej Teknik menjadi Universiti Teknologi,diJalan Semarak Kuala Lumpur. Penaikan taraf juga dilakukan terhadap Maktab Perguruantertua di Tanjung Malim menjadi Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Dalam tempoh berkenaan disedari,  bahawa pentingnya didirikan universiti di Sabah dan Sarawak – tidak hanya tertumpu  di Kuala Lumpur, maka peneroka awal bagi mendirikan Universiti Sabah juga datangnya dari UKM. Peneroka di Universiti Sabah ini lebih ramai datangnya  dari Fakulti Sains Sosial, lantaran itu pada peringkat awal orientasi universiti ini lebih kepada Sains Sosial
Jika Sabah mendapat sebuah universiti, maka Sarawak juga wajar sama mendapat sebuah universiti. Pembinaan universiti di Sarawak  adalah berasaskan cawangan UPM yang telah dibuka di sana, cawangan  UPM ini ditingkatkan kepada universiti dan tenaga awal di universiti ini lebih ramai datangnya dari UPM< Serdang.

Selepas 2000  sebahagian besar universiti  yang ada sekarang selain dari yang disebutkan di atas ditubuhkan atas cadangan dari kalangan yang membuat cadangan , misalnya Universiti Multi Media adalah dari kalangan yang melihat perlunya universi yang berorientasikan multi Media yang ditubuhkan di Cyber Jaya. Beberapa universiti ditubuhkan oleh agensi koperat seperti UNITEN oleh  Tenaga Nasional, di Bangi, Petronas mendirikan universitinya di  Tronah Perak dan Mara meningkatkan kolej-kolej kepada tahap Universiti, menjadi Universiti Mara dan yang di bawah tajaannya beberapa institute bertukar  menjadi Universiti Kuala Lumpur. Beberapa universiti ditubuhkan atas nama negeri dan antaranya dibiayai oleh kerajaan negeri.
Sebahagian lagi pertumbuhan universiti adalah bersifat swasta dan juga merupakan cawangan-cawangan bagi universiti luar negara.
.Kini terdapat lebih dari tiga puluh universiti di negara ini,tetapi kelihatan perkembangan pengajian tinggi di negara ini tidak teratur. Sudah tentu banyak perbezaan pendekatan, kandungan pengajaran dan orientasi berbagai universiti berkenaan. Sejauhmanakah dikawal atau dipantau oleh kerajaan. Apakah tidak ada visi dan misi  pengajian tinggi dari piuhak kerajaan ?
Sekian.

May 6, 2020

PERSEPSI DIRI - NORMA BARU


PERSEPSI DIRI – NORMA BARU

Adalah pandangan normal  selama ini
Memperkecil dan melemahkan diri
Kita adalah lebih rendah taraf berbanding
Negara-negara Barat bahkan Jepun
Mungkin kerana kita  pernah dijajah
Sindrom merendahkan diri ini perlu diubah
Bahawa kita setaraf dengan semua
Masingf-masing berhak menonjolkan istimewa
Kita perlu tunjuk izzah diri tanpa kecuali
Tidak terikat dengan memandang ke Timur dan Barat.

Dalam menangani Covid-19
Kita lebih ke depan dari  Barat
Letakkan diri pada tahap sama
Menawarkan  pengalaman dan kepakaran
Sama berusaha mengatasi gejala
Kerjasama di dalam menghasilkan vaksin
Mendepani kemungkinan dalam  penyelidikan.

Dengan norma baru persepsi diri
Kita mesti ke depan peringkat antarabangsa perhubungan
Baik pada peringkat Asean,  Selatan Selatan,
Negara-Negara Berkecuali, Rantau Pasifik dan OIC
Kita punya generasi muda berpotensi
Selama ini tersekat oleh politik tak sehat.

Norma baru – persepsi  diri baru
Berusaha menggali potensi generasi
Di dalam berbagai bidang dan kemungkinan
Tidak lagi merendah diri pada Barat dan Timur
Pusat penilaian adalah pada potensi diri
Kreatif dan inovasi.

(Fikrah Bangi: 554),
BBB:  13 Ramadhan 1441H. = 06 Mei 2020M. (Rabu).

May 5, 2020

SELAMAT KEMBALI BEKERJA


SELAMAT  KEMBALI BEKERJA

Setelah berlalu dua bulan
Melalui tahap-tahap sekatan
Perintah Kawal Pergerakan (PKP)
Kini mulai 4 Mei pentahapan baru PKPB
Kelonggaran bagi sektor ekonomi
Memulih ekonomi individu dan negara
Terjejas oleh pandemik  Covid-19 angkara.
Tetapi tidak kembali kepada  normal
Terikat dengan norma-norma baru.

 Pagi  4 Mei 2020 itu
Kecergasan bangkit bersama mentari pagi
Jalan-jalan membentang ruang memanjang
Untuk dilalui di atasnya kenderaan
Bas, lori, motokar bergerak berpapasan
Keretapi, MRT, LRT meluncur di atas landasan memanjang
Semuanya  menyampaikan hasrat pengguna du tempat  pekerjaan.

Tepat pada waktu pejabat-pejabat membuka kaunter
Untuk didatangi mereka yang berurusan
Industri dan kilang mesin berjalan mengikut shift
Gedung dan pasar mulai diserbu pengunjug
Bagai lupa pada norma dan aturan
Boroh binaan mengangkat  semin, besi dan papan
Pekerja bandaran  mengangkut sampah jaga kebersihan
Petani nelayan teruskan tugas tiada halangan
Bank dan institusi kewangan  terima pelanggan
Manakala polis tentera , pertahanan awam
Pihak berkuasa tempatan meneruskan pengawasan
Semuanya bergerak secara mekanisme berkeperluan. 

Tapi kebebasan diberi tertakluk kepada PKPB
Sebagaimana mereka diorientasi dengan PKP
Norma-norma baru tetap dipraktiskan
Setiap orang digalak memakai  `maska`
Menjaga jarak sosial satu meter
Tidak digalak berada di dalam kumpulan
Jangan banyak bercakap kecuali diperlukan
Elak dari banyak menyentuh objek
Jangan bersalam cukup dengan isyarat penghormatan
Jika ada peluang sering basuh muka dan tangan
Utamakan kebersihan dalam apa keadaan.

Gerak cergas bermula dan berterusan
Diharap dalam masa simgkat secara muafakat
Dapat memulihkan ekonomi keluarga dan  kerajaan
Terencat dengan RM63 bilion  dibelanjakan
Demi mengawal pandemik Covid-19 menyerang
Menyeluruh negara secara global.

Dengan kecergasan dan azam baru
Dan pengalaman pahit menyatukan
Kita bangkit mencipta kemajuan
Insya Allah.

(Fikrah Bangi:  553),
BBB:  12 Ramadhan 1441H. = 05 Mei 2020M. (Selasa).

May 4, 2020

RAKAMAN TAKZIAH KEMATIAN KOPERAL SAFWAN


RAKAMAN TAKZIAH KEMATIAN  KOPERAL SAFWAN

Takziah atas kematian Koperal Safwan Mohd. Ismail (31)
Dia adalah  seorang pegawai Polis biasa
Berada pada barisan hadapan
Bersama puluhan ribu mempertahankan
Pada musim Covid-19 ini dari ancaman
Dia bersama polis, tentera, pertahanan awam
Di jalan raya memeriksa, di udara dan  perbatasan
Tanpa mengira masa  bertugas siang malam
Mempastikan keselamatan dan keamanan
Sejuk panas berhujan memeriksa di laluan
Bagi kebanyakan melihatnya kebiasaan
Jasanya disedari bila terancam.

Tiba-tiba pada tengah malam ini
Jam 2.00 pagi 3 Mei  menjelang PKPB
Di Plaza Tol Selatan Kajang
Dalam bertugas mengawal lalu lalang
Koperal Safwan dirempuh kenderaan
Individu di bawah pengaruh alkohol
Tragidi menyayat menyebabkan kematian
Perginya sebagai wira pertahankan keselamatan.
Dari  Allah kita datang kepadaNya kita pulang
Pulangmu pulang rahmat di bulan Ramadhan.

Koperal Safwan
Pergimu bersama iringan doa
Ditempatkan di kalangan orang beriman
Balasan syurga  rahmat Tuhan – Amin
Al-Fatihah.

(Fikrah Bangi:  552),
BBB:  11 Ramadhan 1441H. = 04 Mei 2020 (Isnin).

May 3, 2020

DARI PKP KE PKPB MENUJU KE NORMAL


DARI  PKP KE PKPB MENUJU KE NORMAL

Setelah setengah tahun Covid-19 dikenali
Setelah virus beracun itu melangkaui sempadan
Setelah jejaris berbisa mencengkam mangsa
Dari individu, kelompok, negeri dan negara
Meliputi 187 negara  di dunia
Dan kematian meningkat ke angka 138,000 nyawa
Tertinggi di Amerika diikuti Itali, Spanyol, Perancis
Termasuk di negara kita Malaysia
Mutakhir berjumlah 103 jiwa.

Akibat gelempangan mangsa di medan
Akibat dari peruntukan menentangnya
Bertrilion  jumlah kewangan  dikeluarkan
Termasuk  RM63 biliuon di negara kita
Akibat  Covid-19 mulai  keletihan  dikepung
Akibat  negara-negara kekeringan kantung
Seluruh dunia mengambil tindakan
Menggerakkan kembali sektor ekonomi
Elak dari terjerumus kepada kemuflisan.

Negara kita yang dari awal berstretegi
Menyesuaikan  PKP kepada PKPB
Mulai Isnin 4 Mei 2020 ini
PKPB memberi  kelonggaran kepada sektor industri
Peniaga harian, jabatan-jabatan
Sektor pengangkutan awam
Dengan norma-norma amalan dikekalkan
Tidak berada di dalam kumpulan
Jarak sosial dijaga tidak bersentuhan
Memakai mask bagi lindungan
Sering membasuh muka dan tangan
Pentingkan kebersihan dalam apa keadaan.
Bagi tak berkenaan berada di rumah lebih keselamatan
Kerja dari rumah  alternatif dibenarkan.

PKPB adalah kelonggaran  bersyarat
Namun ada warga prehatin melihat
Lebih baik makanan dibeli secara `take away`
Daripada makan di kedai tiada jaminan selamat
Bersenam di halaman rumah lebih baik dari ke taman rekreasi.

Setuju PKPB ubahsuai tumpuam sekatan
Setuju PKPB kategorikan zon hijau jingga merah
Setuju PKPB tangguhkan semua yang bersifat himpunan
Setuju PKPB  adakan  Sidang Harian lapor perkembangan
Maklumat dan imgatan berterusan
Covid-19 tidak berakhir dalam tempoh singkat
Semua perlu waspada dari menjadi mangsa
Bersedia dengan norma-norma baru
Menyelamatkan diri dari menjadi  mangsa
Indya Allah kita menang dan berjaya.

(Fikrah BangL  551),
BBB:  10 Ramadhan 1441H. =  03 Mei 2020M. (Ahad).

May 2, 2020

HARI PEKERJA 2020 - NORMA BARU


HARI PEKERJA 2020 - NORMA BARU

Hari  Pekerja tahun ini
Datang dengan wajah dan norma baru
Pengajaran dari musnah dihadapi
Akibat dari Covid-19 perlu dibiayai
Mencecah enam puluh tiga bilion
Negara bertindak  mengekang wabak.

Pada hari ini diharap
Para pekerja tak hilang semangat
Dengan pengumuman pemulihan bertahap
Melalui Perintah Kawal Pergerakan Baru
Sumber ekonomi dan industri dipulih kembali
Mulai 4 Mei 2020 Isnin nanti
Tetapi dengan pendekatan nilai dan norma baru
Semua pihak – termasuk  pekerja semua sektor
Patuh pada SOP ditentukan
Majikan dan perseorangan pastikan ruang
Suhu pekerja, jarak dan memakai mask
Tidak berlaku konteks antara pekerja
Selalu membasuh tangan dan muka
Kebersihan paling utama dijaga.

Antara norma baru bekerja kemungkinan
Bekerja dari  rumah kediaman
Melalui kemudahan atas talian
Pihak kerajaan dan majikan perlu memikirkan
Kaedah peningkatan kualiti
Pembaikan ruang, peralatan, pertukaran shift
Kaedah penilaian dan pemantauan.

Selain dari kerja-kerja pejabat dan industri
Terbuka budaya kerja baru melalui pesanan
Perlu juga SOP – berlesen, terlatih dan amanah
Jaminan kesihatan pembekal, barangan  dan penyampai.

Hari pekerja tahun ini disambut tanpa himpunan
Tapi pesan dari pengalaman lebih berkesan
Betapa peritnya hidup dalam sekatan tanpa pekerjaan
Lebih-lebih  lagi tanpa pendapatan harian
Kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Kini peluang itu kembali dengan cahaya kemenangan.
Semua diharap mengambil peluang dari kesempatan.

Hari Pekerja tahun ini
Hari bangkit dengan penuh azam.

(Fikrah Bangi: 550).
BBB: 08 Ramadhan 1441H. = 01 Mei 2020M. (Juma`at).