May 4, 2020

RAKAMAN TAKZIAH KEMATIAN KOPERAL SAFWAN


RAKAMAN TAKZIAH KEMATIAN  KOPERAL SAFWAN

Takziah atas kematian Koperal Safwan Mohd. Ismail (31)
Dia adalah  seorang pegawai Polis biasa
Berada pada barisan hadapan
Bersama puluhan ribu mempertahankan
Pada musim Covid-19 ini dari ancaman
Dia bersama polis, tentera, pertahanan awam
Di jalan raya memeriksa, di udara dan  perbatasan
Tanpa mengira masa  bertugas siang malam
Mempastikan keselamatan dan keamanan
Sejuk panas berhujan memeriksa di laluan
Bagi kebanyakan melihatnya kebiasaan
Jasanya disedari bila terancam.

Tiba-tiba pada tengah malam ini
Jam 2.00 pagi 3 Mei  menjelang PKPB
Di Plaza Tol Selatan Kajang
Dalam bertugas mengawal lalu lalang
Koperal Safwan dirempuh kenderaan
Individu di bawah pengaruh alkohol
Tragidi menyayat menyebabkan kematian
Perginya sebagai wira pertahankan keselamatan.
Dari  Allah kita datang kepadaNya kita pulang
Pulangmu pulang rahmat di bulan Ramadhan.

Koperal Safwan
Pergimu bersama iringan doa
Ditempatkan di kalangan orang beriman
Balasan syurga  rahmat Tuhan – Amin
Al-Fatihah.

(Fikrah Bangi:  552),
BBB:  11 Ramadhan 1441H. = 04 Mei 2020 (Isnin).

No comments:

Post a Comment