May 1, 2020

PERTUMBUHAN PENGAJIAN TINGGI


PERTUMBUHAN PENGAJIAN TINGGI
(Fikrah Bangi: 549).
BBB:  08 Ramadhan 1441H. = 01 Mei 2020M. (Juma`at).
Bagi membincangkan tentang `Memperkemaskan Pengajian Tinggi` di negara ini, wajar bagi kita melihat tentang pertumbuhan pengajian tinggi di negara kita. Pada masa negara mencapai kemerdekaan (1957), tidak ada sebarang pengajian tinggi bertaraf universiti di negara ini. Namun menjelang kemerdekaan diwujudkan Penyata Razak  (1956) yang menjadi dasar  pelajaran negara bila mencapai kemerdekaan. Antara dasar pelajaran itu, ialah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajian dan diwujudkan pengajian tinggi yang menjadi puncak pengajian dari dasar tersebut. Pengajian pada masa tersebut adalah berdasarkan penerusan pengajian yang diasas British yang menjajah negara ini. Iaitu pengajian peringkat rendah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu. Tiada pengajian peringkat menengah,. Pengajian peringkat menengah ialah pengajian hingga peringkat Lower Certificate of Education  selamat tiga tahun dan pada peringkat yang lebih tinggi ialah Malayan Certificate of Education (MCE) dan Hiigh School Certificate yang semuanya di dalam bahasa Inggeris. Dari sini bagi terbaik dan terpilih akan berpeluang memasuki pengajian tinggi di Singapura – University of Singapore. Pengajian tinggi yang bersifat elit di Malaya pada masa itu bertaraf kolej ialah Malay Colledge  Kuala K angsar (1925) yang tempatnyua  ialah diperuntukkan bagi kalangan aristlrat.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan, maka adalah dijanjikan bahawa  penggunaan bahasa kebangsan dan rasmi di negara ini berlaku selepas sepuluh tahun kemerdekaan (1967) dan pada masa itu seharusnya telah wujud pengajian tinggiyang menggunakanbahasa kebangsaan (Melayu) wujud pada masa itu.. Pengajian pada peringkat menengah Melayu  seharusnya bermula dari tahun 1956 dan pada tahun 1966 sudah wujud universiti berdasarkan bahasa kebangsaan pada tahun tersebut. Dasar pengajian berdasarkan kepada pengajian kebangsaan tidak berlaku, tudak ada sekolah menengah kebangsaann didirikan pada tahun 1956. Sebaliknya bagi memenuhi konsep pengajian kebangsaan sejumlah murid yang dipilih melalui peperiksaan di sekolah Melyu ditempatkan di beberapa tempat pengajian, iaitu di Cliffod School di Kuala Lipis dan di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim yang dikenali dengan Sekolah Dato` Abdul Razak (SDAR). Apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Sekolah menengah Melayu ini tidak lain dari pengajian bagi LCE dan Malayan Certificate of Education yang dinilaikan secara serentak dari segi Cambridge. Dalam masa tumpangan ini didirikan sekolah menengah kebangsaan, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, di Tiger Labe, Ipoh Perak, Sekolah Menengah Alam Shah di Kuala Lumpur dan Sekolah Dato` Abdul Razak yang dari Tanjung Malim dipindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah berkenaan memulakan pengajian pada peringkat menengah dengan menggunakan bahasa Melayu.
Setelah terdirinya, sekolah-sekolah menengah Melayu yang disebutkan dengan berlakunya pertambahan sekolah menengah, maka adalah diharapkan didirikan University Kebangsaan sebagai puncak bagi pengajian aliran sekolah menengah kebangsaan. Bagi memenuhi dasar pelajaran, khususnya bagi memenuhi dan menyediakan tempat sebagai puncak pengajian kebangsaan, seharusnya sudah didirikan Universiti Kebangsaan, tetapi dilihat satu penyelesaian yang sesuai ialah dengan mewujudkan cabang bagi pengajian universiti berasaskan  Universiti Singapura. Pihak kementerian Pelajaran pada masa itu telah menerima cadangan agar cawangan University Singapura ini diwujudkan di Malaya,iaitu bertempat di Kual;a Lumpur
Tempat yang dipilih pada masa itu ialah di lembah ilmu di Jalan Pantai. Di sini pada masa itu sudah ada Maktab Perguruan dan Linguage Institut..  Cawangan University Singapore ini dikenali dengan Universiti Malaya, iaitu didirikan  pada tahun 1959,iaitu dua tahun selepas kemerdekaan Malaya. Naib Cabselor pertamanya ialah Profesor  Oppenheim pakar dalam bidang matematik.
Dari segi realitinya dan sebagai belahan daripada Universiti Singapura, pola pengajiannya adalah menurut pengajian dari Universiti Singapura. Universiti Malaya menerima pelajar dari lulusan MCE dan HSC yang kemudian  certificate ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan. Dalam masa  itu kedua-kedua sijil ini masih dilaksanakan sehingga sebelum 1970 bila Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran dijadikan satu saja aliran, iaitu aliran kebangsaan. Namun Universiti Malaya masih mengikuti pola pengajian dari Universiti Singapura, iaitu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Walau bagaimana harapan agar Universiti Malaya menjadi puncak dari segi pengajian kebangsaan tidak tercapai – Mengapa ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment