May 22, 2020

14 PENDAPAT


14  PENDAPAT
(Fikrah Bangi:  569),
BBB: 29 Ramadhan 1441H. = 22 Mei 2020M. (Juma`at).

Dapatlah dirumuskan mengenai jumlah jama`ah bagi mendirikan Juma`at  sebagaimana di dalam  Risalah Naql Syeikh Abdul Malik bin Abdullah   (Tok Pulau Manis) adalah  14 pendapat, iaitu sejumlah lelaki sebagaimana berikut:
1)     2  orang
Didasarkan kepada pendapat Nakha`i, Hasan bin Saleh dan Da`wud.
2)    3  orang 
Didasarkan kepada pendapat  Awza`i  dan Abu Thaur.
3)   4 orang
Berdasarkan pendapat Abu Hanifah, Thauri dan Al-Layth.
4)    7 orang
Berdasaarkan pendapat  `Ikrimah
5)    9  orang
Berdasarkan pendapat  Rabi`ah
6)    12  orang
Berdasarkan pendapat  Rabi`ah, Matuli, Al-Mawardi, Zuhrah, Awza`i dan Muhammad bin Hasan.
7)    13 orang.
Berdasarkan pendapat  Ishaq  bn Rawayh.
8)     20  orang
Berdasarkan pendapat  Habib daripada Imam Malik.
9)  30 orang
Berdasarkan pendapat satu riwayat daripada Malik.
10)  40 orang
Didasarkan kepada pendapat  Abdullah Anak `Utbah, Umar bin Abdul Aziz, Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishaq.
11)  40 selain dari Imam
Salah satu pendapat Imam Shafie (Jadid)
12)  50  orang
Pendapat Umar bin Abdul Aziz, Ahmad bin Hanbal  (ada salah satu pendapat).
13)  80  orang
Berdasarkan riwayat Muzani
14)  Seberapa banyak
Berdasarkan pendapat Imam Malik. Pendapat masyhur berdasarkan masyarakat berjual beli sebagaimana di dalam Surah Al-Juma`ah.
Pendapat yang popular dilaksanakan ialah 12 orang dan 40 qrang. Riwayat bagi kedua-dua pendapat ini kukuh
Antara rujukan bagi 14 pendapat ialah kitab Dau` al-Sham`ah oleh Syeikh Jalaluddin al-Suyuti, Munyati Ahli al-Wara` Oleh Ahmad al-Qushashi (m. 1661M.), Minhaj al-Talibin oleh Imam Nawawi, Tatimmah oleh al-Matuli, Al-Hawi oleh Al-Mawardi, Al-Nihayah oleh Imam Al-Ramli,  Fathul Wahhab oleh Imam Abu Yahya Zakariyya al—Ansari, Fathul Qarib oleh Imam Ibn Qasim al-Ghuzza Sharh Abi Shuja` , Tuhfat al-Muhtaj oleh Muhammad Sharbini al-Khatib, Al-Mahalli oleh Abu Bakar al-`Amiri dan Al-Farwiyyah oleh Ibrahim al-Kurani.
Demikianlah persoalan tentang jumlah jama`ah bagi mendirikan solat Juma`at telah dibincaangkan  oleh Syeikh Abdul Malikbin Abdullah (Tok Pulau Manis)   sejak akhir abad ke 17  dI Terengganu. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment