May 20, 2020

SYEIKH ABDUL MALIK DAN FATWA JUMLAH AHLI JUMA`AT


SYEIKH ABDUL MALIK DAN FATWA JUMLAH AHLI JUMAAT
(Fikrah Bangi:  567).
BBB:  27 Ramadhan 1441H. = 20 Mei 2020M. (Rabu).

Jumlah ahli jama`ah  bagi solat Juma`at yang popular adalah sebanyak 40 orang. Inilah pegangan yang standad yang diikuti di Malaysia, menurut Mazhab Shafie. Tetapi ini bukan  hanya satu pendapat yang  tetap  yang mesti diikuti.
Di dalam musim Covid-19. Setelah dua bulan tidak didirikan solat juma`at, bila mau kembali mendirikannya – bermula pada Juma`at 15 Mei  2020, maka bimbang kepada  berlaku jangkitan dengan jumlah yang ramai, maka dirujuk kepada pendapat-pendapat antaranya minimum 3 orang dengan Imam, 1`2 orang dan 30 orang. Maka dilihat kepada jumlah bagi masjid terpilih mendirikan Juma`at seperti di Selangor ialah 12 orang, manakala bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan ialah tiga puluh orang.  Itupun dikehendali patuh dengan norma-norma dan SOP yang ditentukan seperti jarak antara satu sama lain ialah 2 meter dan sebagainya. Apabila keadaan kembali kepada normal selepas ketiadaan wabak, maka jumlah 40 dan ke atas menjadi amalan biasa.

Dalam keadaan sekarang jumlah jama`ah adalah ramai  dan perlu dihadkan, tetapi pada zaman  dahulu, masalah yang dihadapi dalam sesuatu tempat, kampung atau dusun ialah kekurangan jama`ah bagi mendirikan Juma`at.  Jika jumlah diperlukan 40 orang, maka banyak kampung tidak dapat mendirikan Juma`at. Keadaan ini umpamanya berlaku di Hulu Terengganu dan perkampungan  di  sepanjang Sungai Terengganu dari hulunya ke Kuala Terengganu dan tempat-tempat yang lain.
Seorang pelajar dari Hulu Terengganu tempat diketemui Batu Bersurat Terengganu  bertarikh (702H/1303M) – Antara tempat terawal menerima Islam di Alam Melayu. Pelajar berkenaan adalah dari turunan `ulama` yang mendakwah Islam di Hulu Terengganu telah menyambung pengajian di Makkah, iaitu Syeikh Andul Malik bin Abdullah (1650-1736M.) telah menyambung pengajian di Makkah selepas belajar di Acheh berguru antaranya dengan Syeikh Abdul Ra`uf Singkel (m1691M.). Beliau belajar di Makkah dan Madinah selama 12 tahun dan berguru dengan guru Syeikh Abdul Ra`uf, iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani, murid kepada Syeikh Ahmad al-Qushashi guru-guru  bagi mazhab Shafie.
Syeijh  Abdul Malik yang terkenal dengan gelaran Tok Pulau Manis mengarang Kitab Hikam Melayu  (Tawawuf) dan bila pulang ke Terengganu beliau berdepan dengan masalah kekurangan kitab di dalam bahasa Melayu. Bagi panduan  masyarakat di Terengganu dan juga alam Melayu bagi menanamkan akiudah dan soal fiqh beliau mengarang kitab Kifayah dan Kayfiyat  al-Niyyah.
Satu keadaan yang dihadapi pada masa itu, ialah banyak kampung dan dusun yang tidak  dapat mendirikan Juma`at,   jika didasarkan keperluan kepada 40 orang jama`ah. Lantaran itu bekiau  mengarang Kitab atau Risalah Naql  mengenai bilangan yang wajib didirikan Juma`at.
Risalah ini menjadi lampiran bagi Latihan Ilmiajh Penulis bagi mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian di UKM pada tahun 1974.
Bersambung.
Sekian.

No comments:

Post a Comment