May 12, 2020

BIDANG KEILMUAN DAN UNIVERSITI


BIDANG KEILMUAN DAN UNIVERSITI
(Fikrah Bangi: 560)
BBB:  19 Ramadhan 1441H. = 12 Mei 2020M. (Selasa).

Universiti adalah gedung ilmu. Dari segi idealnya terdapat berbagai ilmu di universiti. Perpustakaannnya menyimpan segala bidang ilmu dan di universiti terdapat maha guru maka guru yang mempunyai keilmuan tinggi di dalam berbagai bidang. Pendeknya apa yang hendak dicari dan dipelajari terdapat di universiti – Universiti Lautan, bahkan  Alam Ilmu.
Namun dari segi realitinya, ilmu terlampau luas dan banyak. Sebuah universiti tidak lengkap dari segi ilmu. Manakala tenaga pengajarnya,hatta seorang atau sejumlah tenaga profesor emeritus pun tidak dapat menguasai bidang-bidang  ilmu. Lantaran itu tidak ada universiti yang lengkap semua bidang, bahkan tidak ada satu universiti yang dapat mendakwa lengkap dengan bidangnya yang tersendiri. Demikian juga dengan tenaga ilmuan dan pengajar yang pakar di dalam sesuatu bidang dapat mendakwa dia lengkao dengan keilmuan yang dikuasainya. Lantaran itu universiti ada bidang  yang terkenal dengannya, begitu juga dengan tenaga pengajarnya.
Bagi negara yang mementingkan ilmu memerlukan  semua kepakaran keilmuan dan  memerlulan pakar pakar di dalam semua bidang keilmuan. Keperluan bukan setakat pemilikan, tetapi untuk memberi peluang pelajar-pelajar berkelayakan mempelajarinya dan memperkembangkannya bagi tujuan kemajuan negera dan bangsa. Lantaran kerana ilmu itu luas dan tiada satu individu menguasainya semua, lantaran itu perlunya ada banyak universiti dan banyak ilmuan yang tiap-tiap satu mempunyai kepakaran yang lebih berbanding dengan antara yang lain. Negara perlu kesemua dan kepelbagaian ilmu bagi kemajuan bangsa dan negara. Lengkapkah keilmuan dan kepakaran  di dalam berbagai-bagai  keilmuan di negara kita ?
Telah dibicarakan pada peringkat pertumbuhan universiti di negara kita, kelihatan tidak ada perancangan jangka pendek dan panjang di dalam, mewujudkan keperluan universiti secara teratur menurut prioriti keperluan negara. Kewujudan universiti di negara ini bukan dari rangka perancangan diatur, tetapi tumbuh dari desakan dan cadangan-cadangan dari kelompok yang mencadangkan pembinaan sesebuah universiti.  Ini dilihat kepada pertumbuhan awal universiti awam, manakala pada peringkat pertengahan dan akhir lebih bersifat komersil,terutama dengan kelahiran universiti-universiti bersifat swasta yang lebih  didorong dari segi komersil. Sudah cukupkan jumlah universiti yang berjumlah lebih daripada tiga  puluh buah itu ? Dari segi jumlah adalah lebih daripada cukup, tetapi dari segi bidang boleh dipersoalkan, lebih dari itu dari segi kepakaran dan identiti, maaf tidak sampai, walaupun segelintir kepada universiti terkenal dengan kepakaran ilmu dan identiti tersendiri berbanding dengan universiti yang lain di dalam bidang berkenaan dan yang lain.

Di dalam perkembangan yang tidak diatur secara teratur menurut keperluan dan strategik kedudukan pertumbuhan universiti-universiti merangkumi bidang-bidang yang diperlu, bahkan amat diperlukan. Universiti-universiti berkenaan dapat dilihat terlebih dahulu dari segi nama yang tidak mencerminkan bidang dan ada yang mencerminkan bidang, iaitu:
`1 ) Nama Umum
Tidak mencerminkan bidang pengkhususan seperti  Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Utara Malaysia dan sebagainya.
2) Nama Mencerminkan Bidang
Pada dasarnya mencerminkan budang,tetapi tidak menghalang dari wujudnya bidang-bidang yang lain seperti Universiti Pertanian Malaysia (diubah  kemudiannya kepada nama UniversitiPutra Malaysia – tanpa mengubah akronimnya),  Universiti Saibs Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, , Universiti Sains Islam Malaysia,  Universiti Multi Media dan sebagainya.
3)  Nama Berdasarkan Tokoh
Diambil nama dari tokoh-tokoh terkenal Negara, seperti Universiti Tun Hussein Onn,  Universiti Sultan Zainal Abidin,  Universuti Tun Azlan Shah dan sebagainya
4). Berdasarkan Nama Tempat
Mencerminkan nama dan lokasi universiti berkenaan seperti Universiti Pahang, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.
5) Nama Berdasarkan Kemampuan Agensi
Ditaja dan dibiayai oleh agensi berkenaan. Ia adalah dari agensi kerajaan seperti Universiti Tenaga Nasional, Universiti Petronas, Universiti ITM dan sebagainya.
Catatan bagi universiti swasta  ada pecahanb-pecahan tersendiri.
Sekian

No comments:

Post a Comment