Sebagaimana telah dibicarakan bahawa Abdullah
Yusuf Ali meggubah puisi yang judulnya sesuai diberi, ``Insan Khalifah,
Rasulullah Dan Dakwah` yang kita kira dari puisi ini dapat kita menyelami falsafah
fikiran dan sudut pandangan Abdullah Yusuf Ali berhubung dengan
persoalan-persoalan yang dibicarakan. Persoalan yang berhubung dengan insan
sebagai kejadian terpilih dan istimewa dan menjadi pemimpin atau khalifah
adalah persoalan falsafah yang semua pemikir bersetuju insan adalah ciptaan Allah paling sempurna dan Islam
meletakkan insan (Adam sebagai insan pertama yang dinisbahkan sebagai khalifah)
sebagai `khalifah` bagi memakmurkan alam ini (Al-Baqarah: 30) dan Nabi Muhammad
sebagai `Insan Kamil`.
Kata Abdullah Yusuf Ali::
``Kepada insan itu Ia kurniakan kedudukan
istimewa dalam kejadianNya
Ia muliakan Insan untuk menjadi sebagai KhalifahNya.`` (Pecahan: 1).
Dan yang melayakkan insan menjadi khalifah
tidak lain dari akal dan rohnya. Akal dapat meneroka ilmu dan maklumat dan
menukarkan permukaan bumi yang sunyi dan kontang kepada penghuni yang
mengusahakan kemajuan. Satu aspek falsafah yang dibicarakan oleh Abdullah Yusuf
Ali ialah konsep `Kehendak` yang menggerak dan membuat pilihan dalam membina
masa depannya, kata Abdullah Yusuf Ali:
``Bagi menjayakan amanah nan agung ini
Insan, tambahan lagi dikurniakan dengan
`Kehendak`.
Supaya dengan itu perbuatan-perbuatannya
membayangkan
Kehendak dan membayangkan Hukum Tuhan Yang Semesta
Dan akalnya membuat pilihan dengan bebasnya.
(Pecahan: 2)
Persoalan yang sama dibicarakan oleh Iqbal. Menurut
Iqbal, insan adalah digerak oleh
`Kehendak (Kemahuan)`. Dengan kuat kemahuan dan ikhtiar insan dapat mencapai
apa yang dicita-citakan. Dalam hal mengenai kehendak ini, Iqbal mengungkapkan
dalam Asrar Khudinya secara alegori:
``Bangunkanlah peribadimu demikian hebat dan
jayanya sehingga sebelum Tuhan menentukan takdirnya bagimu, sudilah DIA
bermesyuarat dengan kau dulu, apakah kehendakmu sebenarnya.``
(Muhammad Iqbal, Asrar Khudi –
Rahsia-Rahsia Pribadi, Huraian Bahrum
Rangkuti, Bulan Bintang, Jakarta, 1976: 33).
Sungguhpun Allah menentukan segla kehendakNya,
manusia yang bergantung pada kemahuan dan doa, seolah-olah dengan kemahuannya berpeluang memohon dari
Allah mengkabul dan menyesuaikan dengan kehendak hamba.
Falsafah `Kehendak` ini penting dalam
menggerakkan keras kemahuan. Iqbal yang
melihat umat Islam di India (sebelum wujudnya Pakistan) yang lesu dan keciwa,
kerana dari segi logiknya tidak mempunyai peluang untuk menguasai politik
pemerintahan yang majoritinya adalah orang-orang India yang beragama Hindu.
Iqbal meniup falsafah Kehendak kepada umat Islam di India yang baginya tidak
mustahil umat Islam dapat mempunyai negara Islam dan memerintah secara merdeka.
Beliau mengusul pendapatnya dalam tulisan, forum dan kegiatan politik agar
diwujudkan di Benua Kecil India, sebuah negara Islam Pakistan. Cita-citanya ini
dihidupkan berterusan, antara ungkapannya,
``Kenapakah sungai hatimu tidak banjir
melimpah
Dan kenapa khudimu tidak penjelmaan Muslim
sejati.
Apa gunanya berkeluh kesah tentang takdir Yang
Maha Kuasa
Jadilah sendiri hai ummat, pencipta takdirmu !
(Muhammad Iqbal, 1976: 42).
Iqbal meninggal sebelum dapat melihat realiti
cita-citanya terlaksana, tetapi negara Pakistan yang secara rasminya lahir pada
tahun 1947 yang dipimpin Perdana Menterinya yang pertama iaitu Muhammad Ali
Jinnah. Dalam kata lain hasrat dan
cita-citanya bersama umat Islam di India terkabul.
Satu pancang yang paling kukuh yang menegakkan
kekuatan individu Islam dan ummat ialah kekuatan akidah tauhid yang menyatukan
umat tidak kira dari apa bangsa dan keturunan. Tauhidlah benteng yang
mengukuhkan kekuatan umat yang tidak mampu dicabar oleh sebarang ideologi dan
fahaman. Menurut Abdullah Yusuf Ali kegelinciran dari akidah tauhid dan
terperangkap dengan nafsu boleh meggelincirkan umat dan terjebak dalam kerosakan
akhlak. Kata Abdullah Yusuf Ali:
`Insan terjatuh daripada `Tauhid` bilakehendaknya
terpesong`. Menurutnya
``Kerana Kebenaran dan Hakikat Tauhid,
Telah pun menghilang daripada kalbu mereka.``
(Pecahan 3 & 4).
Iqbal juga mengungkapkan tentang kekuatan dan
hikmat Tauhid, katanya dalam puisinya;
``Apa yang menyatukan orang seorang
Ialah rahsia dari rahsia tauhid
Agama, hikmah dan undang-undang ialah semua
penjelmaannya
Kuasa, tenaga dan keunggulan berasal dari
padanya
Pengaruhnya meninggikan martabat hamba-sahaya
Dan akhirnya menciptakan generasi baru dan merdeka
Yang tak ada takut dan gentar, lagi hidup roh
mereka
Dan matapun melihat intisari rahsia alam
semesta !
(Muhammad Iqbal. 1976: 55).
Abdullah Yusuf Ali melihat penyelewengan-peyelewengan
membuat manusia terpesong dari jalan yang benar. Mereka perlu dibebaskan dari
ranjau kesesatan. Tugas kesejagatan perlu memandu mereka kepada hidayah dan
kebenaran (Pecahan 5).
Falsafah dan pemikiran Abdullah Yusuf Ali semacam
ada mirip dan persamaan dengan Iqbal yang sama dalam era perjuangan
meningkatkan maruah umat Islam di India dengan wawasan besar – mewujudkan Negara
Pakistan.
Sekian.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete