Adalah sukar dan memerlukan ruang yang panjang bagi merumuskan keseluruhan kandungan menurut pandangan Abdullah Yusuf Ali. Kita melihat antara tema utama dalam Surah al-Baqarah, iaitu surah terpanjang yang melangkaui lebih daripada dua juz` (286 ayat):
1) Kitab Al-Qur`an panduan keimanan dan amalan keislaman
2) Insan merupakan Khalifah di Alam bermula dari Adam berperanan memakmurkannya.
3) Pengiktirafan terhadap perutusan rasul-rasul seperti Nabi Musa, Isa,
Sulaiman,
4) Soal nasakh dan mansukh ayat Al-Qur`an dan hukum-hukum
5) Menekankan tugas mendirikan solat dan mengeluarkan zakat
6) Kepentingan masjid bagi masyarakat umat Islam
7) Peranan Nabi Allah Ibrahim dan keluarganya dalam memakmurkan Makkah dan
doanya bagi kelahiran Rasul dari turunannya
8) Penukaran Kiblat dari Masjid Al-Aqsa kepada Masjid Al-Haram
9) Penekanan dan kepentingan ibadat Haji
10) Pengukuhan akidah tentang keesaan Allah.
11) Penekanan pada perkara-perkara yang halal lagi baik
12) Mereka yang berhak mendapat pertolongan dan pembelaan
13) Hukum perundangan yang berhubung dengan qisas
14) Persoalan mengenai harta pusaka - wirathah. Menjaga harta dan kebajikan
anak yatim
15) Kewajipan menunaikan ibadat puasa
16) Kewajipan berjihad bagi mempertahankan negara dan umat
17) Larangan meminum arak
18) Soal rumah tangga pemilihan wanita bagi perkahwinan dan talaq
19) Galakan bernafkah, sedekah dan
membuat kebajikan
20) Aturan hutang piutang.
Secara kasar terdapat 20 persoalan utama
yang terkandung di dalam Surah
Al-Baqarah. Secara perbandingan dapat dilihat penekanan persoalan yang dibuat
oleh Abdullah Yusuf Ali secara yang lebih teratur dengan melihat kandungan dari
jumlah ayat ( dari ayat pertama) kepada jumlah ayat terakhir (286). Ada rumusan
dalam bentuk puisi yang dibuat, tapi tidak mewakili kandungan secara lengkap.
Yang lebih lengkap ialah rumusan menurut seturut nombor, iaitu:
(Ayat 01 – 29)
Aspek kerohanian dan penciptaan insan.
Ayat 30 – 39)
Kedudukan tinggi insan sebagai khalifah Allah
di bumi Nya
(Ayat 40 -86)
Kisah Bani Israil yang mempunyai kedudukan
yang tinggi dan mereka menyalahgunakan kedudukan mereka.
( Ayat 87 -121)
Perjuangan Nabi Musa dan Isa dalam menghadapi
kebiadaban kaum Bani Isra`il. Dengan keangkuhan mereka menolak kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w.
(Ayat 122-141)
Mereka bermegah dan mengaku turunan Nabi
Ibrahim, sedang Rasulullah adalah dari turunan yang sama melalui Nabi Allah
Ismail yang dengan bapanya Ibrahim membina Ka`bah di Baitillah al-Haram.
(Ayat 142- 167))
Ka`bah menjadi Pusat Ibadat dan lambang
perpaduan umat Islam.
( Ayat 168- 242)
Perpaduan umat dikukuhkan dengan hukum hakam
dan perundangan Islam. Kekukuhan dengan menjaga kebersihan dari segi makanan
yang halal dan kekukuhan rohani dengan ibadat seperti solat dan puasa, haji, pembinaan akhlak, kekukuhan rumahtangga dan
jihad.
(Ayat 243 – 253)
Contoh-contoh jihad seperti kisah Talut, Jalut
dan Nabi Daniel.
(Ayat 254 – 255)
Perlu membuat kebaikan kepada orang lain dan
meyedari keagungan Allah
(Ayat
256- 283) – Tidak dirumuskan
Galakan bersedekah dari hasil terbaik kepada
mereka yang layak menerima sedekah dan penolakan dari amalan riba. Aturan
berhutang piutang
(Ayat 284 – 286)
Tentang keimanan dan permohonan keampunan di
atas kesalahan.
Kalau dilihat rumusn dalam puisi Abdullh Yusuf
Ali sebaik akhiran bagi Pendahuluan bagi Surah Al-Baqarah, tidaklah
mencerminkan kandungan surah berkenaan secara rumusan. Puisi berkenaan ialah;
( K. 44 lebih khusus bagi (Ayat 1 -29) – (Terutama
dari ayat 14 – 20 Al-Baqarah – P) ianya
sebagai pembukaan bagi tafsiran selanjutnya:
``Ajaran dari Tuhan adalah suatu panduan yang
tepat
Bagi mereka yang mencari Cahaya dari Nya Tapi
mereka
Yang menolak keimanan adalah buta hati mereka.
Dicapkan. Kebinasaanlah bagi sekalian mereka
yang munafik,
Yang tertipu diri sendiri dan menipu orang
lain pula,
Dengan kata-kata sindiran pada bibir mulut
mereka dan
Rancangan jahat
Dalam hati mereka, dan ketakutan; maka awan
Yang membawa hujan yang menyuburkan kepada
orng lain
Bagi mereka membawa kebisingan guruh yang
mentulikan telinga
Dan pancaran kilat yang membutakan pndangan
mata mereka.`` (Jil. 1, Terjemahan, hlm. 6 – 7).
Sudah tentulah rumusan yang dibuat tidak
lengkap sebagaimana persoalan sepenuhnya di dalam Surah Al-Baqarah, tetapi
adalah diharapkan antara keduanya lengkap melengkapi dan bagi kandungan
sempurna hendaklah kembali kepada kandungan Al-Qur`an dan tafsiran terhadapnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment