Tafsir ringkas yang dihasilkan pada peringkat
mutakhir dan paling popular digunakan ialah:
TAFSIR PIMPINAN AL-RAHMAN KEPADA PENGERTIAN AL-QUR`AN
Diterjemah serta diberi penjelasan oleh Shaykh
Abdullah bin Muhammad Basmih seorang penulis agama terkenal yang pernah
memimpin Majalah Qalam di Singapura dan berpindah dan berkhidmat di Jabatan Hal
Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri yang dikenali sebagai Pusat Islam pada
masa itu dan kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ada beberapa faktor yang menjadi tafsir ini
begitu terkenal dan menjadi rujukan utama bagi penterjemahan ayat-ayat
Al-Qur`an ialah:
1) Dihasilkan oleh seorang penulis/pentafsir berwibawa di dalam bidang
penulisan dan keagamaan.
2) Penerbitan secara rasmi oleh Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri dan diberi kata-kata aluan oleh Perdana Menteri pada masa itu, iaitu
Y.A.B. Dato` Seri Mahathir Mohamed. Ia seolah-olah kitab tafsir yang diiktiraf,
bahkan diterbitkan oleh pihak kerajaan.
3) Tafsir disemak oleh ulama
berwibawa pada masa itu Haji Mohd. Nor bin Haji Ibrahim Mufti Kerjaan
Negeri Kelantan.
Lantaran itu tafsir yang siap pada akhir
1960an ini mendapat sambutan yang hangat. Tafsir yang mulai cetak pertama pada
yahun 1968 sehingga 1985 telah diulang cetak bagi kali ketujuh. Kini ulang
cetak terus bertambah.
Dalam kata-kata aluan Dr. Mahathir terhadap
penerbitan Tafsir Pimpinan Al-Rahman ini, kata Dr. Mahathir:
``Dengan terbitnya kitab tafsir edisi jawi
(Cetakan keenam), ini bermakna kita telah berjaya melengkapkan satu lagi kitab `Tafsir
Pimpinan Al-Rahman` 30 juz` dalam satu jilid yang sebelum ini hanya diterbitkan
dalam tulisan rumi.
Saya memang menyedari betapa perlunya
usaha-usaha seperti ini senentiasa diberi keutamaan. Ini memandangkan betapa
perlu umat Islam di masa ini benar-benar dapat memahami ajaran Al-Qur`an
melalui tafsir yang jelas lagi lengkap. Umat Islam akan dapat menyedari di
manakah mereka berada dan ke mana pula tujuan mereka selepas hidup ini. Oleh
kerana itulah saya merasa sukacita apabila mendapat tahu apabila kitab ``Tafsir
Pimpinan Al-Rahman``terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri – Edisi
Rumi dan Jawi – mendapat sambutan yang sangat baik dari seluruh masyarakat
Islam di negara ini. Saya yakin edisi Jawi ini akan memberi sumbangan yang
sangat besar kepada umat Islam.`` (hlm. VII-VIII).
Tuan Haji Mohd. Nor Bin Haji Ibrahim sebagai
penyemak dalam kata pengantarnya kepada penerbitan Tafsir Al-Rahman katanya,
``Jika kita ingin dan sewjibnya ingin –
mengembalikan keadaan zaman gemilang kita yang lampau maka perlulah kita kembali
kepada Al-Qur`an, kembali memahami, mengkaji dan seterusnya mengamalkan isi-isi
pengajarannya yang mulia dan tinggi tarafnya dan jalan yang wajar untuk
mempelajari maksud kandungan Al-Qur`an, ialah memahami akan makna-makna
ayatnya, maka di sinilah terletaknya kepentingan adanya terjemahan Al-Qur`an
dengan gaya bahasa yang dapat difahami oleh orang ramai kita Islam.`` (hlm.
IX).
Menurut pentafsir (Abdullah Basmih) bersama
penyemak ( Haji Mohd. Nor bin Haji Ibrahim), ``
``Sebenarnya segala yang terkandung dalam
`Pimpinan Al-Rahman` kami susunkan dan kajikan sesudah kami kaji berbagai-bagai
kitab tafsir dan kami pilih pendapat-pendapat yang kami fikirkan munasabah
serta mudah difahami oleh orang ramai kita Islam..`` (hlm. XI).
Kata Abdullah Basmih bagi cetakan keenam:
``Cetakan keenam ini sama kandungannya dengan
cetakan yang pertama yang telah diterbitkan berpenggal-penggal dalam tiga jilid
kecuali
1. Beberapa tempat yang memerlukan penjelasan telah diberikan penjelasan.
2. Beberapa ayat telah dikemaskan lagi susunan kata terjemahannya, supaya
bertambah jelas dan mudah difaham.
Kepada Allah jualah dipohonkan taufik dan
hidayah dalam segala keadaan.
Mudah-mudahan kita semua senentiasa
mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Qur`an dan Sunnah Rasul selagi
hayat dikandung badan.`` (Abdullah Basmih, 1983: XII).
Dari segi format penulisan dan penyusunan
adalah didapati edisi jawi yang menjadi rujukan Penulis adalah mudah dan
terang. Pentafsiran adalah dilakukan secara terus menerus dari satu surah
kepada surah yang lain. Bagi setiap surah sebelum masuk kepada surah berkenaan
diberi muqaddimah bagi surah. Pada surah, selepas nama surah diberi
bilangan surah, dimanakah diturun dan
berapa jumlah ayat dan juz` ke berapa dan barulah masuk kepada basmalah bagi
awal surah.
Bagi muqaddimah bagi surah diberi satu halaman
bagi menerangkan tentang surah yang bakal dibaca
sebelah kiri bersama tafsiran.
Bagi teks l-Qur`an adalah diletak pada
bahagian kanan secara seturut dengan diberi no. ayat. Bagi setiap tafsiran ayat dan no. ayat diletak
pada bahagian kiri halaman yang sama dengan tulisan lebih kecil dari teks surah
yang lebih besar dan lebih hitam tulisannya (ayat Al-Qur`an). Ini bererti
sebagaimana kitab Tafsir l-Wajiz oleh Wahbah al-Zuhaily dapat dibaca ayat-ayat
Al-Qur`an secara berterusan sebagai kandungan ayat Al-Qur`an biasa yang
disertakan no. bagi setiap ayat, maka tafsiran yang diberi pada juga bernomber
yang memudahkan bacaan dan memudahkan pula untuk dilihat dari segi makna teks
dan tafsiran yang diberi. Bagi setiap ayat dan terjemahan adalah dilengkapkan
pada halaman yang sama. Terjemahan dan huraian adalah lebih memakan ruang dari
ruang teks Al-Qur`an sebab itu ruangan terjemahan dan tafsiran lebih banyak
perkataan, tetapi dikecilkan dari segi tulisan. Sebenarnya dengan menggunakan
tulisan jawi adalah lebih menjimatkan ruang, kerana sebelum diterbitkan dalam
tulisan jawi diterbitkan dalam tulisan rumi dalam tiga jilid. Kini diterbitkan
dalam satu jilid sahaja setebal 1,463 halaman.
Kini Tafsir Al-Rahman dapat dikatakan tafsir
yang paling popular yang terus dirujuk dan dibaca. Untuk dirujuk dari segi
terjemahan ayat-ayat, maka tafsir inilah menjadi rujukan wibawa, kerana ia
disemak oleh tokoh berwibawa dan diterbitkan oleh pihak pemerintah pula.
Sekian.
No comments:
Post a Comment