BBB, 02 Zulkaedah 1436 = 17 Ogos 2015 (Isnin):
Tiap tafsir mempunyai pendekatan tersendiri walaupun setengah tafsir tidak begitu berbeza dari yang lain. Namun bagi tafsir terjemahan yang judul penuhnya diberi ialah `Sahih Tafsir Ibnu Katsir`, tapi kita menyebutnya ialah Tafsir Ibn Kathir, dapat dikatakan mempunyai pendekatan tersendiri yang banyak bezanya dari pendekatan tafsir-tafsir yang lain. Sebagai kitab tafsir terbesar dan antara yang terawal dihasilkan, maka kita mengagumi terhasilnya tafsir Ibn Kathir yang begitu tradisional, tetapi begitu lengkap dan komprehensif (pertengahan abad k 8H./14M.) yang sudah tentu menjadi model bagi perkembangan dan penghasilan tafsir-tafsir yang lain.
Antara pendekatan tafsir Ibn Kathir bahawa sebelum
masuk membicara dan menafsirkan sesebuah surah pentafsir terlebih dahulu
membicarakan tentang surah yang akan ditafsirkan. Ada setengah surah
dibicarakan dengan panjang lebar. Misalnya tentang surah al-Fatihah yang pendek
dan padat itu diberi penerangan dengan begitu panjang lebar. Misalnya mengenai
nama-nama lain bagi Al-Fatihah, keperluan membaca Al-Fatihah di dalam solat
dengan Hadith-Hadith yang mengukuhkan keperluan demikian dan konsep mi`raj dan
dialog antara hamba dengan Tuhannya di dalam Al-Fatihah. Pengenalan bagi surah Al-Fatihah
ini mengambil ruang 21 halaman (37-58), manakala bagi tafsiran bagi kandungan
Al-Fatihah mengambil 42 ruang halaman (satu halaman seluas 16x24 sm.), manakala
pengenalan bagi surah Al-Baqarah yang paling panjang itu hanya memakan ruang sebanyak
10 halaman sahaja. Bagi surah-surah yang lain agak sederhana misalnya bagi
surah l-Kahfi hanya dua halaman. Bagi surah Al-A`la dua halaman dan surah
Al-Ghashiah hanya satu halaman. Tetapi bagi surah Al-Ikhlas yang ringkas-padat
itu adalah tujuh halaman. Pendeknya pengenalan sesebuah surah bergantung dengan
kandungan, kepentingan dan popular dari segi penggunaan.
Adapun dari segi tafsiran pentafsir membawa
ayat atau ayat-ayat terlebih dahulu diikuti dengan tafsiran. Dari segi panjang
lebar tafsiran menurut kandungan bagi ayat-ayat yang ditafsirkan, keperluan
penggunaan, kaitan peristiwa, akidah,
hukum hakam yang terkandung di dalam dan sebab-sebab nuzul.
Pentafsir menggunakan metod popular dari segi
pentafsiran, metod pertama ialah mentafsirkan ayat Al-Qur`an dengan ayat-ayat
Al-Qur`an, diikuti dengan penggunaan Hadith yang releven dengan persoalan,
kemudian diikuti dengan kata dan pendapat sahabat dan tabi`in. Pentafsir juga
menjelaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam ayat atau ayat-ayat dengan
dalil Al-Qur`an, Al-Sunnah dan merujuk kepada pendapat pakar. Misalnya jika
berhubung dengan persoalan fiqh, maka dirujuk kepada pendapat faqih-faqih
berhubung dengan persoalan berkaitan, tetapi jika terdapat pelbagai pendapat dan
percanggahan, maka pentafsir memilih sesuatu pendapat yang baginya mempunyai dalil
dan hujah yang kuat (hlm. XX).
Ibn Kathir di dalam tafsirnya banyak
menggunakan rujukan kepada berbagai-bagai disiplin ilmu. Beliau memang ahli di
dalam berbagai lapangan ilmu termasuk `Ulum Al-Qur`an, Hadith, bahkan Sejarah. Dari
segi Hadith beliau merujuk kepada Sunan Sittah, lebih khusus kepada Musnad Imam
Ahmad bin Hanbal. Bagi rujukan terhadap
sesuatu Hadith yang dipetik, penterjemah pula berusaha menyediakan rujukan
Hadith termasuk bilangan Hadith bagi kitab-kitab Hadith yang dirujuk. Dari segi
sejarah, beliau sememangnya tokoh sejarah yang menghasilkan kitab sejarah yang
berjudul Al-Bidayah wa al-Nihayah yang setebal 14 jilid itu.
Rujukan secara sejarah tentang kedudukan tokoh
ini dapat dilihat, bahawa selepas rujukan dibuat terhadap ayat Al-Qur`an dan
Hadith, pentafsir sering membawa pendapat dan riwayat daripada tokoh-tokoh
sahabat dan tabi`in. Mereka seperti Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah, Mujahid
bin Jabr, Ibn Ishak, Ibn Jarir, Sufyan al-Thauri, Sa`id bin Jubair, Ikrimah,
`Ata` bin Abi Rabah, al-Hasan Basri, Masruf bin al-Ajda`, Said ibn al-Musayyab,
Abu al-`Aliyyah, al-Rabi` bin Anas, Qatadah, Al-Dahhaq, Ibn Muzahim dan
lain-lain.
Satu yang menarik didalam membuat tafsiran,
pentafsir membuat sub-title, atau judul-judul kecil bagi kandungan persoalan di
dalam ayat-ayat yang memberi panduan tentang persoalan yang terkandung di dalam
ayat-ayat dan memudahkan untuk membuat rujukan, kerana judul-judul kecil
terdapat di dalam isi kandungan tafsir pada bahagian hadapan dan dalaman.
Contoh bagi Surah Ibrahim dalam jilid 5 diberi pecahan persoalan. Contoh:
Ayat 1 -3
Pengenalan akan Al-Qur`an dan Tujuannya hlm.
1.
Ayat 4
Setiap Nabi diturun dengan bahasa kaumnya hlm.
4
Ayat 5
Kisah Nabi Musa a.s. dan kaumnya hlm.. 6
Dan begitulah seterusnya.
Dari segi kerja-kerja yang dilakukan oleh
pentashih sebelum diterbitkan di dalam versi Indonesia-Melayu seperti
meyediakan latar belakang Pentafsir Ibn Kathir, membersih dari Hadith-Hadith
daif, menyediakan rujukan dan tempat ambilan Hadith-Hadith, bahkan memberi
baris bagi bukan saja Al-Qur`an dan Hadith, bahkan bagi bacaan berbahasa Arab
dan terjemahan secara teliti semuanya memudahkan pembaca-pembaca mengikuti
kandungan tafsir dengan lebih teratur dan lebih mudah membuat rujukan.
Usaha yang dilakukan oleh Pustaka Ibn Kathir
menerbitkan Tafsir Ibn Kathir dalam bahasa Melayu-Indonesia dengan kandungan
yang teratur dan lengkap dalam jilid kemas dan menarik menambahkan lagi koleksi
tafsir Al-Qur`an dalam bahasa Indonesia-Melayu, tetapi ianya bukan setakat
menambah, bahkan menjadi bacaan dan rujukan utama dalam bidang tafsir berbahasa
Indonesia-Melayu. Kandungannya lengkap dan komprehensif. Tafsir Ibn Kathir
melengkap bahkan memberi pilihan dan bandingan antara kandungan tafsir
tradisional yang lengkap kandungan dengan tafsir mutakhir yang juga istimewa
dari segi pendekatan dan kandungan. Pengkaji, pengajar dan pelajar dapat
mengambil kedua-dua pendekatan sebagai wadah pengajian di samping dapat membuat
kajian perbandingan yang sudah pastilah bersifat lengkap melengkapi antara satu
sama lain.
Dengan keluarnya tafsir Ibn Kathir kepustakaan
Indonesia-Melayu mempunyai tafsir Al-Qur`an yang ditafsir langsung dalam bahasa
Indonesia-Melayu – tidak bersifat terjemahan seperti Tafsir Al-Azhar oleh Hamka
dan mempunyai tafsir terjemahan yang juga sempurna dan lengkap seperti Tafsir
Ibn Kathir. Kita mengharapkan pada masa akan datang akan lahir tafsir-tafsir
yang tidak bersifat terjemahan (asli) dan yang bersifat terjemahan secara lebih
lengkap dan sempurna - Insya Allah.
Sekian.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete