Abdullah Yusof Ali mengolah selanjutnya pandangan
berdasarkan rangka fikiran bahawa `Insan Pilihan Khalifah Di Alam`. Dalam
mengatur idea dalam jalinan puisinya dilihat manusia sedang berjuang dalam
memenuhi tuntutan keperluan dan mencari kebenaran tidak terlepas dari kesasar
kepada penyelewengan (pecahan 6) dan ini bukan berlaku bagi satu golongan dari
satu zaman, tetapi sering berulang, maka di atas Rahmat dan Rahimnya Tuhan,
dihantarnya siri perutusan rasul-rasul. Kata Abdullah Yusuf Ali:
``Dan demikianlah cahaya keesaan nan kekal
abadi ini
Telah memancar dalam semua zaman dan di
kalangan semua bangsa
Melalui Rasul-rasul pilihan Tuhan yang telah
datang`` (Pecahan: 7)
Rasul-rasul membawa risalah kepada kaum-kaum
menurut kesesuaian dan keperluan. Namun dalam penerusan dan perubahan zaman
lahir berbagai kepercayaan yang menyimpang, di samping lahirnya failasuf, penyair
dan pemikir zaman, tetapi penyelewengan tetap timbul dan berterusan. (pecahan 8
– 10).
Pecahan (11) adalah merupakan mesej yang mau
disampaikan oleh Abdullah Yusuf Ali dalam puisinya. Beliau menyatakan:
``Akhirnya tibalah masanya bila Suara Tauhid
Akan berbicara dan mengisytiharkan kepada
Manusia
Tanpa keperluan kepada golongan rahib atau
kerahiban`` (Pecahan: 11).
Dalam pecahan selanjutnya 12 – 13, Abdullah
Yusuf Ali membincangkan latar persediaan bagi menerima perutusan yang membawa
Tauhid. Beliau menyanjung tinggi kelahiran pemikir-pemikir seperti Thales,
Socrates, Plato dan Aristotle dan keunggulan peradaban Rum dengan perundangan
yang canggih mengatur kehidupan dan pentadbiran, juga dengan kelahiran
pemikir-pemikir timur seperti di Cina. Tetapi pemikiran mereka tenggelam dalam
arus zaman dan penyelewengan. Kata Abdullah Yusuf Ali:
``Kerana Kegemilangan Yunani Purba, kebebasan
dan kebijaksanaan telah pergi
Susunan undang-undang Rum yang agung, aturan
kehidupan, dan kewarganegaraannya yang menyeluruh
Sudah tenggelam ke dalam lumpur, susunan dan
tertib kosong hidup kaum Gereja
Dan kepercayaan ikut-ikutan, serta sifat
takabur yang sempit.
Abdullah Yusuf Ali juga melihat penyelewengan
pegangan di Parsi sebagai penyembah kemewahan sedang di India berlaku kalau
bilau dalam sistem sosial dan wujudnya kasta-kasta, begitu juga penyelewengan
pengajaran Budhdhisme di Cina dan Jepun. (pecahan 14).
Di atas penyelewengan dan kesesatan inilah
Allah Subhanahu wa Ta`ala membangkitkan perutusan bagi membetulkan akidah. Kata
Abdullah Yusuf Ali:
Kemudian, dalam kota suci di negeri Arab yang
musyrik,
Memancar satu cahaya menyuluhi semua penjuru
Ianya terletk di tengah-tengah batasan kawasan
bumi
Dari negeri-negeri kediaman manusia di Asia, Eropah
dan Afrika.
Ia menjadikan orang-orang Arab bangsa memimpin
terkedepan
Dalam budaya dan ilmu.
Dalam usaha kehidupan yang tersusun rapi,
hukum, dan sastera.
Dengan keghairahan untuk mengetahui alam Tabii
dan rahsia-rahsianya.
(Pecahan 15).
Hingga ke sini kita dapat menanggapi persepsi
dan pandangan Abdullah Yusuf Ali yang dapat kita katakan sebagai rasional dan
praktikal. Dia tidak membawa pembaca melihat kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. dari perspektif Islam
semata-mata, tetapi kesejagatan. Apa yang dibincangkan adalah atas pemikiran
logik dan rasional. Ia bertolak sebagaimana telah disebutkan, bahawa insan
adalah makhluk pilihan di muka bumi bahkan di alam ini. Insan diberi kedudukan
istimewa sebagai khalifah di muka bumi dan alam ini. Dalam perjalanan mencari
kesempurnaan dan erti hidup mereka melalui berbagai-bagai episod penghidupan, tetapi tidak jarang,
bahkan kerap kesasar dan berada di dalam penyelewengan, bahkan kesesatan.
Lantaran itu muncul atau dibangkitkan di dalam siri perjalanan insan adalah
perutusan-perutusan. Ini ialah yang dikenali di dalam kepercayaan Islam adalah
para rasul. Mereka tidak dibangkitkan secara serentak, tetapi secara bersiri,
khususnya bila berlaku penyelewengan-penyelewangan di dalam kalangan umat dan
masyarakat manusia.
Di dalam kosep kepimpinan ini, walaupun tidak
dapat dikategorikan semunya sebagai khalifah, Abdullah Yusuf Ali adalah
mengiktiraf sebarang tamadun dan peradaban yang timbul di dalam perjalanan dan
kehidupan masyarakat manusia, bahawa
lahir dari pada mereka itu tamadun yang dicapai manusia seperti tamadun Greek,
Mesir, Parsi dan Rom. Abdullah Yusuf Ali juga mengiktiraf tokoh-tpkph falsafah,
pemikir, seniman dan sasterawan yang telah berjasa kepada tamadun dan peradaban
manusia seperti dari Greek contoh Socrates, Thales, Plato dan aristotle, bahkan
mengiktiraf tamadun yang dicapai Babylon, Mesir, Rum, Parsi, India dan Cina.
Mereka adalah rantai tamadun dan peradaban yang memartabtkan manusia sebagai
ciptaan sempurna yang tidak saja berkhidmat bagi diri atau masyarakat sendiri,
bahkan bagi manusia sejagat. Cuma dalam konteks perjalanan zaman ada
penyelewengan dan kegelapan seperti yang dilalui manusia pada abad ke 7M. yang
memerlukan kepada perutusan Rasul bagi membimbing manusia kepada jalan yang
benar.
Sekian.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete