BBB, 11
Zulkaedah 1436 – 26 Ogos 2015 ():
Sebagaimana telah dibicarakan ada
berbagai-bagai pendekatan format dan tafsiran yang dibuat terhadap kandungan Al-Qur`an.
Ada yang mengambil sejumlah ayat, diterjemah dan ditafsirkan secara panjang lebar
seperti yang dilakukan oleh seperti Ibn Kathir dengan Tafsir Ibn Kathir atau
Hamka dengan Tafsir Al-Azharnya. Ada yang menurunkan sejumlah ayat Al-Qur`an
dalam satu muka dan diberi tasiran bahagian tepi secukup ruang bagi ayat-ayat
diperturunkan di dalam satu halaman seperti yang dilakukan oleh Wahbah Al-Zuhaily di dalam tafsir Al-Wajiznya.
Ada yang menurunkan ayat diikuti dengan terjemahan dan tafsiran secara terus
menerus sebagaimana dilakukan oleh Haji Muhammad Said bin Umar Kadhi Jitra
Kedah dengan Tafsir Nur al-Ihsan dan ada yang menurunkan sejumlah ayat
Al-Qur`an pada bahagian kanan dan terjemahan pada bahagian kiri dengan memberi
tafsiran pada bahagian bawah sebagai catatan kaki, sebagaimana dilakukan oleh
Abdullah Basmih dengan Tafsir Al-Rahman.
Tafsir Abdullah Yusuf Ali yang diberi judul
`The Holy Qur`an Text Translation & Commentary` adalah dengan meletakkan
ayat Qur`an pada bahagian kanan dan terjemahannya pada bahagian kiri dengan
bahagian bawah ialah catatan penerangan sebagai huraian bagi istilah atau konsep yang terkandung di dalam ayat pada bahagian atas. Ia
seolah-olah sebagai catatan kaki sebagai huraian bagi teks. Catatan bawah ini
biasanya jauh lebih panjang dari teks. Sifat dan ciri ini melayakkan teks dan
huraian ini sebagai tafsir.
Format dan
tafsiran yang dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali:
Sebagaimana kebanyakan tafsir, bagi awal
setiap surah pentafsir memberi penerangan bagi satu-satu surah sebelum masuk
mentafsirkannya. Keadaan yang sama dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali bagi
tafsirannya. Penerangan adalah diberi dalam bentuk prosa. Cuma istimewa dan
berlainan dari surah-surah lain, bahawa bagi Surah Al-Fatihah diberi penerangan
dengan bentuk puisi, manakala bagi surah-surah yang lain diberi penerangan di
dalam bentuk prosa, manakala pada hujung penerangan dipersembahkan potongan
puisi yang mengaprisiasi surah dan kandungan. Semua puisi-puisi ini adalah
merupakan sambungan puisi yang lepas. Contoh puisi terakhir bagi latar
Rasulullah s.a.w. adalah bilangan 41, maka puisi yang memperkenalkan tentang
Surah Al-Fatihah adalah dikira C – 42
(Couplet 42) dan seterusnya bagi puisi
yang disertakan selepas penerangan surah secara prosa, maka diikuti rumusan
pembicaraan dalam bentuk puisi ringkas dengan bilangan C – 43. Jadi seolah-olah
akhirnya ada rumusan berpuisi bagi seluruh surah sebagai pandangan Pentafsir
bagi semua kandungan surah-surah Al-Qur`an. Dalam erti kata lain semua puisi
berkenaan dapat diasing dan menjadi sebuah Kumpulan puisi berkenaan Al-Qur`an.
Dalam erti kata lain juga kedudukan puisi begitu diberi perhatian oleh Abdullah
Yusuf Ali, bukan setakat pengenalan bagi Al-Qur`an tetapi sebagai rumusan bagi
surah-surah yang lain yang dapat diasing dan dihimpunkan di dalam buku yang
berlainan. Dengan ini Penulis tidaklah begitu bias terhadap elemen puisi,
lantaran penggunaan puisi agak banyak dan terdapat bagi setiap surah.
Bagi pengenalan terhadap Surah yang diperturunkan
secara puisi yang dikira sebagai couplet /kumpulan 42, diperturunkan teks dalam
bahasa Inggeris:
Introduction To Sura 1 (Fatiha)
C – 42 – First comes that beautiful Sura
The Opening Chapter of Seven Verses
Rightly called the Essence of the Book
It teaches
us the perfect Prayer
For it we can pray aright, it means
That we have some knowledge of God
And His attributes, of His relations
To us and His creation which includes
Ourselves; that we glimpse the source
From which we come, and that final goal
Which is our spiritul destiny
Under God`s true judgment: then
We offer ourselves to God and seek His Light.
C- 43 – Prayer is the heart of Religion and
Faith
But how shall we pray ! What words shall
convey
The yearnings of our miserable ignorant hearts
To the Knower of all ? Is it worthy of Him
Or of our spritual nature to ask
For varities, or even for such physical needs
As our daily bread ? That inspired One
Taught us a Prayer that sums up our fa
ith,
Our hope, and our aspiration in things that
matter
We think in devotion of God`s name and His
nature;
We praise Him for His Creation and His
cherishing care;
We call the mind the Realities seen and
unseen;
We offer Him worship and ask for His guidance
And we know the straight from the crooked path
By the light of His grace that illumines the
righteous.
(The Holy Qur`an, Text, Translation &
Commentary, Vol. I, Sh. Muhammad Ashraf, Kashmiri Bazar,
Lahore, Pakistan, 1977: 13).
Berikutnya diikuti dengan terjemahan Surah
Al-Fatihah:
Sura Fatiha, or The Opening Chapter
1. In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful
2. Praise be to Allah. The Cherisher and Sustainer of the W
orlds
3. Most Gracious, Most Merciful
4. Master of the Day of Judgment
5. Thee do we worship And thine aid wee seek
6. Show us the straight way
7. The way of those on whom
Thou hast bestowed Thy
Grace,,
Those whose (portion)
Is not wrath,
And who go not astray.
Terdapat 6 huraian yang diberi terhadap
istilah-istilah dalam Surah Al-Fatihah yang huraian memenuhi satu setengah
halaman, iaitu terhadap istilah-istilah: Opening Chapter, Most Gracious and
Merciful, Cherisher and Sustainer, We worship, Show us the straight way, and go
not astray.
Pendekatan format dan huraian sedemikian
dilakukan oleh Muhammad `Uthman
El-Muhammady dalam versi terjemahan dalam bahasa Melayunya dengan cara yang
begitu teliti.
(Al-Qur`anu `l-Karim Terjemahan Dan Huraian,
Jil. 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992: lxxiv-4).
Sekian.
No comments:
Post a Comment