March 27, 2008

CEPAT DAN TANGKAS



















Sungai Tangkas, 27/3/08 : Cepat dan Tangkas! Itu saja ayat yang boleh diluahkan apabila melihat tindakan segera daripada JKR yang telah membaik pulih jalan rosak serta membesarkan longkang. Tindakan ini merupakan respon segera daripada pihak berkenaan terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB. Dr. Shafie Abu Bakar.



















Menurut penduduk di kawasan tersebut, sebelum ini (ketika Barisan Nasional memerintah) laporan dan aduan telah dibuat. Namun tidak ada sebarang respon kecuali hampir PRU ke-12 baru-baru ini. Tapi kali ini, setelah kerajaan bertukar, tindakan membaik pulih keadaan tersebut dilakukan dengan begitu pantas.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Tahniah di atas kejayaan BA amnya dan PAS khususnya di DUN Bangi. Sebagai warga Bangi yang telah menetap di sini sejak pembukaannya pada awal 80-an, saya berasa bangga dengan kembalinya perwakilan DUN Bangi kepada 'suara rakyat'.

    Kami juga berterima kasih atas tindakan pantas membaik pulih permasalahan jalan raya di Sungai Tangkas.

    Saya juga ingin menarik perhatian Ustaz terhadap masalah kesesakan trafik yang setiap petang berlaku di lampu isyarat Jalan Pekeliling, berhadapan stesen Petronas seksyen 3 tambahan. Masalah ini berlaku disebabkan pembahagian masa lampu yang sama di antara keempat-empat simpang, sedangkan trafik dari Mutiara Bangi dan seksyen 3 tambahan selalunya minimal, malahan pada kebanyakan masa tidak wujud!

    Saya mencadangkan supaya timer lampu isyarat berkenaan diubah untuk memberi keutamaan kepada jalan utama (menuju ke bulatan UKM dan menuju ke seksyen 2,3,4,7,dan 8) berbanding dua lagi simpang kecil. Ini dijangka akan menyelesaikan masalah kesesakan pada waktu petang yang selalunya mengunjur hingga ke bulatan UKM.

    Diharap Ustaz dapat meluangkan masa meneliti masalah tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalammulaikum Ustaz,

    Saya adalah salah seorang penduduk di kg sg tangkas ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas tindakan pantas ustaz dalam menyelesaikan masalah yang sudah lama bangkit disini.

    Keep up the good work Ustaz!

    ReplyDelete
  3. Wsalam Sdr Azlan,

    Saya cadangkan sdr log dalam STAR (Sistem Talian Aduan Rakyat)di laman web MPKj. Setiap log akan diberikan nombor rujukan. Print dan satu salinan diberi kepada YB atau mana-mana AJK Kabinet Mini DUN Bangi untuk tindakan seterusnya.

    Haji Abdul bin Abdul Karim
    AJK Kabinet Mini DUN Bangi

    ReplyDelete