July 21, 2008

Kejohanan Bowling ADUN Bangi


Kejohanan Bowling ADUN Bangi telah berlangsung di Ampang SuperBowl, Metro Point, Kajang pada hari Ahad, 13 Julai 2008. Ia dianjurkan oleh sebuah NGO, Jaringan Belia Harapan (JALINAN) dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak ADUN Bangi serta Jaringan Siswazah Malaysia (JASA). Ia telah berjaya menarik penyertaan 24 pasukan di sekitar Selangor. Jaguh-jaguh bowling daripada pelbagai kelab Bowling juga turut mengambil bahagian.

Matlamat kejohanan ini ialah untuk menyatukan golongan belia dan dewasa ke arah cara hidup yang lebih sihat. Selain itu untuk mengembangkan sukan bowling di kalangan masyarakat Bangi khasnya dan Selangor amnya serta mendekatkan golongan belia dengan ADUN Bangi bagi menyelami masalah mereka.

1 comment:

  1. Sebahagian peserta hadir dari jam 1.00 tengahari lagi sedangkan permainan hanya bermula pada jam 2.30 petang. Semangat yang ditunjukkan sangat dibanggakan. Ramai di antara peserta mengambil kesempatan hari minggu tersebut untuk membawa bersama keluarga mereka ke Pusat Bowling sebagai satu kegiatan rekreasi.

    YB Dr Shafie Abu Bakar, penaung JALINAN serta tetamu kehormat bagi kejohanan ini hadir pada jam 4.30 petang. Beliau sempat beramah mesra dengan para pemain sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Setelah menghabiskan 9 frame bagi setiap pasukan, maka pemenang kejohanan telah dapat ditentukan. Tempat Pertama dimenangi oleh Kumpulan ProCC yang dianggotai oleh Dimms, Onekay, Mm dengan jatuhan pin keseluruhan 1534. Manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan 3 Amigos yang dianggotai oleh Suhaimie, Zamry, Zaidi dengan jatuhan pin keseluruhan 1515. Seterusnya tempat ketiga ialah kumpulan Novis Dyna yang dianggotai oleh Usop, Langat, Dante dengan jatuhan pin keseluruhan 1494. Walaubagaimanapun kesemua peserta mendapat cenderamata yang disediakan oleh penganjur.

    Menang dan kalah adat bertanding, semoga bertemu lagi di kejohanan akan datang.

    ReplyDelete