July 8, 2008

MASALAH RUMPUT, LONGKANG DAN JALAN DI BANGI RESORT.


3 Julai 2008 / 29 J.Akhir 1429 H : Ladang Bangi . 4 petang

Bergegas balik dari Bangi Lama, menunggu di Bangi Resort ialah En. Manan dan En. Wan Radzi wakil dari persatuan penduduk.

Masalah penduduk Bangi Resort fasa 1 ialah rumput yang tidak dijaga sehingga hampir menjadi belukar kecil serta jalan rosak. Kawasan ini milik pemaju yang sahamnya dimiliki oleh 60 peratus rakyat Singapura dan selebihnya adalah pihak PKNS. Menurut ..

1 comment:

  1. En. Manan sebelum ini penduduk telah membayar 200 ringgit setiap bulan bagi bayaran penyelenggaraan . Kontraktor Alam Flora masih beroperasi mengangkut sampah domestik namun rumput tidak diselenggarakan. Pemaju mendakwa bermula bulan Mei kawasan itu telah diserahkan kepada MPKj dan tiada bayaran dikutip selepas itu.

    Selain dari itu penduduk berdepan dengan masalah jalan rosak serta kabel eletrik voltan tinggi yang terlalu dekat dengan penempatan tersebut. ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar berjanji akan membangkitkan permasalahan ini dalam pertemuan dengan pihak PKNS dan MPKj. Selain dari itu satu pertemuan melibatkan persatuan penduduk Bangi Resort, persatuan penduduk Bandar Baru Bangi, PKNS, MPKj, pemaju dan pihak TNB akan dirujuk oleh En. Shahrum(Portfolio Alam Sekitar, Mini Kabinet Bangi) .

    MEDIA

    ReplyDelete