November 29, 2008

BANJIR LAGI DI KG BANGI


Hujan semenjak petang semalam(28.11.08) sekali lagi membanjiri 30 penempatan di Kampong Bangi. Air setinggi satu meter mula memenuhi kediaman mereka bermula pukul 4 pagi dan kemuncaknya jam 6 pagi. Aduan diterima jam 9 pagi sewaktu program kulaih ilmu oleh Ust. Mokhtar Senik sedang berjalan di pasar Bandar Baru Bangi. Hadir segera ketempat kejadian ialah Ust Shafie Ngah, ahli majlis MPKj merangkap TYDP PAS Serdang.
YB Dr. Shafie bergegas ketempat kejadian selepas program kuliah ilmu berakhir jam 10.30 pagi. Bantuan segera berupa makanan untuk minum pagi dan makan tengah hari dihulurkan pada mangsa banjir. Pihak bomba dan pertahanan awam dari Bangi turut membantu dan memantau kejadian dikhuatiri banjir semakin buruk berikutan musim hujan yang melanda sekarang. Air mula surut sekitar jam 12 tengah hari. Beberapa perbincangan diadakan bersama JKKK dan mangsa banjir. Sebelum beredar balik YB Dr. Shafie menambah lagi bantuan untuk makan malam.
MEDIA

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. YB Dr.
    Adalah saya berpendapat banjir yang dinyatakan tersebut bukanlah di Kg Bahagia Bangi tetapi ianya adalah di Kg Bangi dan di kawasan sekitarnya seperti Perumahan Bangi Ria. Kg Bahagia Bangi terletak di kawasan tinggi sebelum sampai di Pekan Bangi dan sepanjang yang saya tahu ianya tidak pernah dilanda banjir.

    Hanya kawasan Kg Bangi sahaja kadang kadang dilanda banjir termasuk banjir besar tahun 70an.

    Dan saya amat pasti dari gambar yang ditunjukkan bahawa banjir yang dinyatakan adalah di kawasan Kg Bangi.

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr. Azman Jalaudin
    Terima kasih kerana memperbetulkan maklumat. Anda betul.

    ReplyDelete
  4. Salam YB Dr.

    Terima kasih atas tindakan YB membetulkan maklumat dan juga telah membantu penduduk Kg Bangi (kampung saya dilahirkan) didalam menghadapi banjir.

    Bantuan yang diberi oleh YB hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya bagi pihak kaum kerabat saya yang terlibat dalam banjir mengucapkan terima kasih kepada YB.

    Assalamualikum.

    ReplyDelete