Selepas menghalang penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Larangan berceramah ditempat awam dikenakan untuk kempen pilihanraya. Terbaru larangan menyebut isu Altantuya untuk ceramah. Larangan untuk memperdebatkan titah sultan. Larangan menuduh pihak kerajan BN. Siri larangan dan halangan ini akan berterusan cuba menutup suara kebenaran. Penjawat awam yang ingin melaksanakan pemantauan kebingungan menerima arahan. Rakyat hanya perlu angguk kepala untuk bersetuju pada semua tindakan yang dibuat. Angguk kepada PPSMI. Angguk kepada pakej 60 bilion. Angguk kepada rasuah.
Dalam waktu yang sama media perdana terus meracau tanpa halangan dan larangan.
Jika berterusan begini rakyat harus bangkit menghalang calon BN ke Parlimen dan DUN supaya mereka ‘angguk’ kepada rakyat pula.
March 31, 2009
SUARA RAKYAT DI BUKIT GANTANG
- ”Krisis rampasan kuasa di Perak memberi kelebihan pada PAS. Saya dulu(PRU12) pangkah BN sekarang tidak,” sambil tersenyum mungkin bangga atau malu.
- ”Solat Suboh kat masjid itu dipenuhi jemaah sehingga melimpah. Sungguh syahdu belum pernah saya melihat pekara ini.”kata seseorang yang dikenali sebagai Pak Ali penuh bersemangat.
- ”Penyokong PR ditempatkan di kawasan bukit, lebih redup. Penyokong BN resah dalam bahang matahari. Pasal tu tak ramai kot. Baju pink(puteri) tak nampak pun,”. Seorang jurugambar memberikan pandangan.
- ”Penyokong PR mendominasi proses penamaan calon di Bkt Gantang.” Kata En. Leong yang kelihatan santai sambil sesekali meneguk air mineral dari botol. Raut muka mungkin ’businessman’.
Ini adalah antara suara rakyat yang sempat dirakamkan diantara ribuan suara yang kedengaran. Mereka bukan pemimpin yang sering mendapat liputan media. Mereka adalah rakyat biasa dan suara mereka adalah suara keramat.
March 30, 2009
PENGUMUMAN
KEJOHANAN PING PONG AMATUR (MELAYU) PIALA ADUN BANGI
18 & 19 April 2009 | 22 & 23 Rabi‘ul-Akhir 1430H
Sabtu & Ahad | 8:00 pagi - 5:30 petang
Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
DAFTAR SEKARANG
Tarikh Tutup Penyertaan
15 April 2009 (Rabu) sebelum jam 12:00 malam
Anjuran:
JKKK Teras Jernang | JK Unit Sukan & Rekreasi DUN Bangi
Untuk Keterangan Lanjut:
Zulkeflee Hamat: 012 651 1931 | Kamaruzzaman: 017 647 9325 | Azmi: 019 345 5452

UMNO AKUR DS NIZAR LEBIH LAYAK
Barangkali BN tidak faham atau baru cuba memahami istilah’rampas’ dan serah. Mereka cuba menuduh pihak kerajaan yang dirampas menggunakan masjid untuk berkempen. Begitu pelik tuduhan itu dibuat oleh Datuk Zamry di Tokong Nyee Wong Kong, rumah ibadat orang cina. Penjelasan dari PAS dan juga penjelasan dari DS Nizar sendiri
Dalam waktu yang sama Presiden UMNO YBB (yang baru bersara)Pak Lah mula bersandiwara, "Tuduh menuduh dalam politik akan berlaku walaupun kita tak suka," petikan dari m.Star. Sebagai seorang YBB beliau mungkin cuba menegur Datuk Zamry, orang kepercayaan DS Najib.
Disebalik pengantungan Harakah dan Suara Keadilan, BN cuba menutup kebenaran dari sampai ke pengetahuan rakyat. Barangkali BN masih enggan belajar dari kesilapan PRU12 dimana rakyat lebih mempercayai media internet.
Apa pun tuduhan yang dilemparkan hakikatnya majlis anjuran BN itu seolah merestui bahawa mereka bersetuju untuk beri’imam’kan DS Nizar, calon PAS Parlimen Bukit Gantang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin, Datuk Zamry dan Ismail Sapian, calon lawan dari UMNO. Diantara mereke bertiga ini mungkin merasakan tidak mampu menjadi imam. Tahiah atas kesedaran mereka itu.
March 26, 2009
March 25, 2009
DURIAN BAKAL MENJADI TEMPOYAK DI BUKIT GANTANG
Apakah nasib pekerja-pekerja Utusan Melayu yang bermajikan UMNO. Mereka tertekan dari dua arah. Pertama dari rakyat akibat dari pemberitaan mereka yang tidak profesional dan kedua dari majikan mereka yang wahid iaitu UMNO. Berita yang diutuskan pada rakyat mesti menepati nafsu majikan. Peduli apa dengan etika. Gantung sahaja istilah profesionalisme ia tidak diperlukan.
Jika mereka kita ibaratkan orang melayu yang pro-UMNO itulah cerminan hidup. Pada majikan mereka mengantung harapan, dibela nasib mereka dengan mempertaruhkan kesetiaan. Apa yang mereka terima?
Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu. Setelah 20 pucuk surat dikirim kepada menteri-menteri UMNO tidak berbalas. Mungkin tidak dipandang langsung kerana mereka ketika ini ada pekara yang lebih penting untuk difikirkan-jawatan dan kuasa.
Kalau pejuang melayu tidak mampu membela nasib syarikat yang ber’bin’kan melayu ada sesuatu yang tidak kena pada perjuangan itu. Kita bukan mentimun yang tunggu digolek dan sesekali mengolek. Kita adalah rakyat dan bersepakatlah dalam pakatan rakyat. Berubah demi masa depan kita. Jadikan durian mereka kepada tempoyak di Bukit Gantang untuk diulamkan bersama hidangan rakyat.
Makluman.
Kabilah dari Bangi akan bertolak ke Bukit Gantang pada hari sabtu 28 Mac 2009. Kepada mereka yang ingin menyertai dialu-alukan. Sila hubungi s/u kawasan

March 24, 2009
PENGUMUMAN
Dewan Muslimat memerlukan calon-calon pelajar yang cemerlang dalam keputusan STPM dan STAM bagi anugerah kecemerlangan. Sila respon sebelum tarikh 27 Mac 2009.
Hubungi Pn . Zuriati - 019-6623560 atau Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi di 03-8925 0891
Hubungi Pn . Zuriati - 019-6623560 atau Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi di 03-8925 0891
March 21, 2009
NOSTALGIA 90’AN: ROBOH DAN BINA
Kisah bermula dengan sambutan 10 tahun Bandar Baru Bangi. Menanti kehadiran PM ketika itu Tun Dr. Mahathir maka seluruh gerai-gerai ditepi Jalan Bandar dirobohkan dan peniaga diasak kekawasan ini yang pada mulanya telah lama dibina oleh PKNS dan terbiar. Diatas kertas ianya dibawah seliaan PBT ketika itu, Majlis Daerah Kajang (sekarang Majlis Perbandaran Kajang). Ikut sama menempel berniaga disitu ialah juak-juak UMNO yang becita-cita bergelar peniaga. Namun jiwa peniaga tiada dihati dan dijual serta disewa pada pihak ketiga. Ketika itu sewa murah setahun tidak sampai empat angka RMnya.
Kegemilangan medan selera ini mula terbina dengan kehadiran pelangan-pelangan dari seluruh pelusok Bandar Baru Bangi dan isitimewa sekali pelajar UKM. Disinilah tempat mereka bertemu mata dan selera. Zaman berubah dengan tumboh pesatnya pembangunan , seksyen 16 dan seterusnya seksyen 15 mengambil alih fungsi medan selera ini. Maka satu demi satu gerai (26 jumlahnya) ditinggal sepi . Tempat tidak bertuan maka jinlah penghuninya. Oleh kerana bersebelahan dengan sekolah maka ’jin sekolah’ mula menghuni beraktiviti memonteng, berjudi sehingga bercumbu. Banyak aduan dan tindakan telah dibuat namun ’jin sekolah’ ini berlapis keturunannya. Sementelaah lagi mereka ini jin yang telah disekolahkan biar pun belum tamat.
Kini ia tinggal nostalgia namun tidak diruntohkan semuanya. Zon MPP 23 dibawah Dr. Tajul berusaha mengembalikan kepada rakyat melalui surau-surau dan NGO(JASA dan NISA'). Tiada nafas untuk yang berpolitik menghela. Kegemilangannya mungkin tidak sama tapi cuba dicari. Zaman telah berubah
March 20, 2009
'TERIMA KASIH' UKM
Cara terbaik menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan memenangi PRK Bukit Gantang, demikian ditegaskan oleh Dato’ Husam Musa . Forum Wacana Ilmiah: Krisis Perlembagaan di Perak dan Malaysia dirancang untuk diadakan di UKM dan seperti biasa pihak UKM akan membatalkannya disaat akhir. Penganjur program Gabungan Mahasiswa Universiti berjaya mendapat kerjasama dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi untuk mengadakannya di Surau An-Nur. Ahli panel yang lain ialah Prof. Dr. Aziz Bari ,pakar perlembagaan dari UIA. Dato’ Puad Zarkashi yang sepatutnya hadir menarik diri disaat akhir. Tempatnya digantikan oleh Sdr. Hafiz, pemimpin pelajar dari UM berasal dari Perak.
Dato’ Husam turut menambah sistem sekular yang ada sekarang tidak mampu mengharmonikan keadaan di Perak. Pemisahan dunia dan akhirat mengakibatkan pemimpin membawa variasi kepimpinan yang tidak mengikut model kepimpinan Rasullulah s.a.w.
”Cara paling baik menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu ialah melalui sistem Raja Berpelembagaan mengikut lunas keadilan”, katanya mengulas tentang pihak UMNO yang berada dalam keadaan terdesak dan cuba mengheret Sultan Perak dalam kancah politik.
Dr. Aziz Bari sekali lagi menekan bahawa ’sidang bawah pokok’ di Perak adalah sah.
”Sidang DUN tidak memerlukan perkenan sultan. Sidang itu dijalankan dengan sempurna. Cukup dengan agendanya. Cokma telah dibawa, ada usul dan ada perbahasan. Jika sultan perkenankan maka pilihanraya kecil boleh diadakan di Perak.. Mengenai jawatan speaker yang tidak boleh mengundi dalam perlembagaan tidak ada,” katanya menjawab pertanyaan dari orang ramai.
Sdr. Hafiz dalam ucapannya menerangkan bahawa pelajar universiti tidak memihak pada pada parti politk.
”Kami tidak memihak pada sebarang parti poltik. Apa yang kami perjuangkan adalah poltik kebenaran. Cuma kami lihat perjuangan Pakatan Rakyat ini lebih berjaya menzahirkan ciri-ciri itu..”
Mungkin ada kebaikan pihak UKM menghalang program tersebut diadakan dalam kampus. Ini memberi peluang orang ramai dan pelajar dari universiti yang hadir melimpahi di Surau An-Nur berkongsi pendapat tanpa tekanan.

March 19, 2009
March 18, 2009
PM KITA DIBOMOHKAN
Semakin pelik puak-puak UMNO ini. Malaysiakini melaporkan tentang penemuan objek kayu dan kertas kecil dipercayai jampi di bawah meja Pak Lah dalam bangunan UMNO.
Detik pengunduran beliau sebagai presiden UMNO semakin nyata. Namun detik peralihan kuasa sebagai PM Malaysia masih kabur. Mungkin ada pihak yang tidak yakin akan berlaku peralihan kuasa sebagai PM dan 'jampi' ini dikenakan supaya ianya semakin jelas.
Kepada mereka ini kembalilah kepangkal jalan. Jangan menyegutukan Allah yang memiliki sekalian alam.

'WHISTLE STOP' DI STADIUM KAJANG
Komen dari orang ahli, ramai yang tidak tahu berlangsungnya program tersebut di Stadium Kajang. Forum Perdana pada malam sabtu mungkin dapat menjelaskannya. ADUN Bangi satu-satunya ADUN yang ada ’booth’ untuk mempamerkan aktivitinya pada rakyat.. Booth lain dipenuhi oleh agensi kerajaan seperti Polis, Kolej Komuniti Hulu Langat, PKNS, SYABAS, MPKj dan dari SUK sendiri.
Kemeriahan cuma terasa pada hari kedua (Isnin) bila mana rombongan yang menaiki bus dari SUK tiba. Satu yang menyejukkan mata memandang ialah penyediaan makanan dibuat secara gotong royong. Cawangan- cawangan PAS dari Hulu Langat bekerja sama menyediakan juadah.

March 17, 2009
Sidang DUN: BANGI BANDAR ILMU LEBIH MURAH DARI UiTM
ADUN Selat, Dr. Halimah merangkap exco pendidikan Selangor menjelaskan “Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.
"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.
Diploma Sains Komputer,
Kuis yuran = RM12,325;
Kolej Risda Melaka = RM18,792;
Kolej Infometik = RM27,200;
Kolej Islam Antarabangsa Gombak = RM14, 260.
"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.
"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya menjawab soalan dari ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.
March 16, 2009
ANTARA PEMIMPIN DAN PENTADBIRAN
Satu fakta yang perlu diterima ialah Selangor kini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, bukan lagi bawah Barisan Nasional. Dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat kini diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sedikit keresahan mungkin timbul pada segelintir yang melaksanakanya. Mungkin dulu politik wang dan kuasa pekara biasa bagi melicinkan pentadbiran. Budaya ini telah diasuh oleh pemimpin sebelum ini. Sebati menengelamkan lunas perkhidmatan yang sebenar.
Peristiwa ’cou de tat’ @ kudeta kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seolah memberi mereka harapan baru dan kesaksian mereka mula tersasul. Mereka adalah musuh dalam selimut yang telah berdaki dengan kotoran.Daki yang ditinggalkan perlu dibersih adalah halangan utama bagi merealisasikan kerajaan berkebajikan Pakatan Rakyat.
Namun 50 tahun bukanlah masa yang singkat dan setahun bukan masa yang lama untuk mereka ditarbiahkan agar kembali pada perkhidmatan yang ikhlas, jujur serta komited. Jika kita ikhlas memimpin insya Allah jalan dihadapan kita semakin mudah untuk direntasi.

HEBATNYA INSAN INI
keputusan SPMnya
Semua pelajar Bangi yang cemerlang dalam keputusan SPM baru-baru ini dijemput untuk mendaftar diri anda di drshafien26@gmail.com atau hubungi terus di pejabat ADUN Bangi
03-8925 0891/ 019-6623560 (Pn. Zuryati). Sedikit penghargaan dari kami akan disalurkan
March 13, 2009
7, 10, 35, 50 DAN 60
Kemana menghilangnya RM 7 bilion yang diransang pada bajet tambahan mengatasi kemelesetan ekonomi pada tahun lepas? Mungkin telah di'mel' kan pada setan. Angka 10 kemudian timbul bila kesan kemelesetan kian membadai. Diikuti oleh angka 35 setelah kerajaan lain didunia turut mengalami nasib yang sama.
Bila kerajaan Selangor mengumumkan pakej ransangan 50 bilion melalui pelaburan kerajaan Malaysia mula tercabar. Maka pakej baru 60 bilion diumumkan. Rakyat terus tertanya dari mana wang itu tiba-tiba muncul dan yang penting kemana disalurkan. Pastikan duit sampai kepada rakyat yang terkesan bukan pada kroni yang membebankan. Atau kita akan dibentangkan lagi dengan pakej ransangan ke-3.

March 12, 2009
PERPADUAN KAUM
Sementara kampung tradisi melayu masih menebal semangat kemelayuan di kawasan taman perumahan pula semangat perpaduan dan toleransi antara kaum makin menyubur. ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar menghadiri 2 program yang melibatkan penyertaan semua kaum di dua tempat yang berasingan dalam tempoh sehari.
Program gotong royong perdana dan cegah denggi di Taman Tenaga turut meraikan bersama ialah Pengarah Perpaduan Hulu Langat. Satu yang unuk mengenai Taman Tenaga ini ialah penduduknya selain terdiri dari kaum melayu, india dan cina ia juga dihuni oleh orang Arab, Pakistan, Indonesia, Bangladesh, China, Myanmar dan Vietnam.

March 11, 2009
SG TANGKAS
Berdirilah seperti sepohon pokok yang rendang memayungi mahluk dan menghadiahkan buah walau pun dilempar dengan batu. Ayat serupa ini sering keluar dari mulut pimpinan takala kita kecewa atau terluka dihati. Walau pun cuba disabotaj program mesra rakyat di Sungai Tangkas berjalan lancar seperti dirancang. Kesemua taman perumahan seperti Taman Tropika, Taman Zamrud, Taman Universiti dan Taman Cerdik bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan. Turut sama ialah lima puloh orang pelajar dari German Malaysia Institute (GMI) yang berkampus di situ.. Beberapa risalah mengenai kebersihan dan nyamuk aedes turut sama diedar.
Pejabat Kesihatan Bandar Baru Bangi menghantar pasukan terdiri dari seorang doktor bersama beberapa orang kakitangan lain untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Pameran mengenai aedes dan jualan amal turut diadakan. ADUN Bangi, Dr. Shafie menanam sebatang pokok sebagai simbolik kepada kempen itu. Kemudian beliau dengan diringi ahli majlis MPKj, Hj. Shafie Ngah bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 dan beberapa orang JKKK telah mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi rumah beberapa orang penduduk dari Kg. Sg. Tangkas yang uzur. Sedikit sumbangan telah dihulurkan sempena kunjungan itu.
Pada sebelah malam pula bertempat di perkarangan Apartment Tropika diadakan satu forum bersempena Maulidul Rasul. Ahli panel terdiri dari pendakwah bebas Ustad Farhan al-Hafiz dan Ustad Ridhuan Mohd Nor.

March 10, 2009
SMUE DI KAWASAN UMNO
Walau pun Semenyih diwakili oleh ADUN pembangkang dari UMNO. Kebajikan dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak berpilih serta diabaikan. Bertempat di Dewan Orang Ramai Semenyih kira-kira lapan puloh orang waris telah menerima bantuan melalui Skim Mesra Usia Emas berjumlah satu ribu lima ratus ringgit setiap seorang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Cikgu Lee Kim Sin (ADUN Kajang), En. Zainal Abidin A'ala (Pegawai Daerah Hulu Langat) dan En. Sani Hamzan (Penyelaras DUN Dusun Tua)
March 9, 2009
KHUTBAH TERAKHIR. HAYATILAH
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
March 8, 2009
PROGRAM BERSIH CUBA DISABOTAJ
Siri program mesra rakyat bertema "Bangi Bandar Bersih dan Sejatera" yang diadakan pada hari ini bertempat di Sungai Tangkas telah cuba disabotaj oleh pihak tertentu. Dua dari tiga kain pemidang yang digantung telah dicuri oleh pihak tidak bertanggung jawab. Ini mengingatkan pada peristiwa semasa kempen pilihan raya pada tahun lepas. Zon Sungai Tangkas merupakan 'kawasan hitam' dimana poster dan bendera PAS telah ditanggalkan oleh mereka yang tidak faham erti demokrasi dan barangkali biadap.
Genap setahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor masih ada pihak yang masih dikonkong fahamanan sedemikian.
Genap setahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor masih ada pihak yang masih dikonkong fahamanan sedemikian.
2 YB NAIK KOMUTER BANTAH PPSMI
Bertolak lewat dari Bangi selepas solat Zohor selesai menghadiri program bersama rakyat di Bangi. Ramai demostran membantah PPSMI telah bertamu di sekitar Masjid Negara.
Cuba turut sama berarak ke Istana Negara bersama Hj. Azizi namun terpaksa berpatah balik kerana asakan puluhan canister gas pemedih mata. Bertemu dengan sahabat juga warga Bangi berbincang situasi semasa. Tidak lupa YB Paroi muda bersemanjat waja.
Selepas mendengar ucapan kami bingkas balik ke Bangi. Stesen komuter dituju. Bagaikan berjanji dalam koc yang sama menuju ke Seremban YB Paroi sama menghala.
2003 kami bantah PPSMI dan kini 2009 kami berterusan bantah. Mengenang nasib rakyat yang menjadi mangsa percaturan pemimpin yang mudah lupa.
March 7, 2009
KITA DIGANYANG YAHUDI MELALUI SINGAPURA
Selama ini kita mengutuk zionis ini secara tegar. Malangnya itulah hanya suara rakyat yang celik melihat penderitaan dan kesengsaraan watan Palestin. Sementara dipihak pemimpin kita pula seolah bersifat talam dua muka begitu lunak dengan zionis. Petikan dari penarik beca menyegarkan kita akan sifat mereka ini.
Mungkin antara kita sudah magli dengan pekara sedemikian. Namun kita harus sentiasa berpesan antara kita atas sifat kita sebagai insan yang sentiasa lalai lebih-lebih pada kaum Melayu yang telah di'sirim'kan sebagai mudah lupa.
Setiap kali kita bermesyuarat, berusrah, kita mendasarkan pada ayat surah al-Asr ini.
Firman Allah di dalam Surah Al-Asr ayat 1~5 " Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan yang beramal soleh.Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan pada jalan yang sabar. "
Dengan sentiasa berpesan dan saling mengingati kita bersama-sama menjatikan diri agar kerajaan yang ada sekarang perlu ditundukkan oleh bahasa undi.
March 6, 2009
March 5, 2009
PASAR MALAM DAN SAMPAH
Selama ini dua aktiviti ini merupakan nadi kepada UMNO. Di mana-mana kita akan melihat organisasi UMNO dibalik pengurusan kedua aktiviti ini secara terang atau menggunakan Belia 4B, Rukun Tetangga dan sesetengah tempat RELA pun dilibatkan sama.
Pendapatan sesetengah pasar malam boleh menjangkau kepada empat angka dan dalam masa sebulan pendapatan mereka boleh mencecah ke pulohan ribu. Bayaran sewa tapak berjumlah lima ringgit minima pada sesetengah tempat seharusnya diagihkan kepada pihak PBT (biasanya RM 3) untuk urusan pembersihan dan punggutan sampah. Malang sekali rekod di pihak PBT menunjukkan bayaran yang diterima dari pengusaha pasar malam hampir kontang. Dalam erti kata lain pengusaha membolot semua hasil kutipan. Ini tidak termasuk bayaran penjualan tapak kepada warga asing (dalam aduan yang diterima melibatkan nilai lebih dari empat angka).
Bermula awal tahun ini struktur organisasi pasar malam disusun semula. Keutamaan diberikan kepada persatuan penduduk sesuatu tempat menguruskannya. Bayaran RM 2 yang berbaki selepas diserahkan kepada pihak MPKj digunakan untuk program berkaitan aktiviti penduduk. Berbeza sebelum ini dimana bayaran masuk ke dalam poket individu biasanya 'pembesar' UMNO.
Akibat dari penggambil alihan pengurusan pasar malam ini mereka telah terputus sumber kewangan. Dalam beberapa kes tertentu kekecohan cuba ditimbulkan. Begitu juga dalam kes pengurusan sisa pepejal yang mempunyai kaitan rapat organisasi UMNO (bersambun)...
CONFIRM - SELIMUT PUTIH DI BANGI
Kami baru sahaja menerima maklumat terkini dari pihak penganjur. Kumpulan El-Suraya dengan penyanyi nostalgia Drs. Hjh. Nur Asiah Jamil yang terkenal dengan lagu Panggilan Haji akan berkunjung ke Kompleks Sukan Seksyen 15. Program sempena Maulidur Rasul juga bertujuan mengutip derma bagi untuk Hamas. Sebuah bandar di Palestin telah diambil untuk menjadi kawasan angkat dan usaha-usaha berterusan akan dilaksanakan untuk membangun semula bandar tersebut. Tumpuan akan diberikan untuk membina sebuah sekolah agar pendidikan yang mereka terima akan berterusan.
Program akan diadakan pada 24 Mac 2009 bersamaan 27 Rabiulawal 1430. Tiada bayaran masuk akan dikenakan. Bagi membiayai program tersebut pihak penganjur akan membuat jualan amal. Sebuah buku bertajuk "Untukmu Mujahid Palestin" yang mengandungi puisi-puisi mengenai kekejaman zionis. Menariknya buku tersebut turut memaparkan sejarah dan gambar-gambar perjuangan rakyat Palestin. Harga sumbangan sebanyak sepuloh ringgit sahaja. Kepada sesiapa yang ingin menaja jualan buku ini boleh menghubungi pihak ADUN Bangi ( 03-8925 0891)

SMUE KE-3
Seramai 8 lagi penama menerima bantuan berjumlah RM 1000 setiap seorang menerusi Skim Mesra Usia Emas.
Kerajaan Selangor Darul Ehsan menepati namanya 'ehsan'. Berbagai bentuk kebajikan diterima oleh rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan ideologi politik. Berbeza dengan kerajaan sebelum ini. Ehsan hanya tertimpa pada sekumpulan rakyat dan sesetengahnya berbentuk cagaran kepada rakyat.
Selain Skim Mesra Usia Emas, anak-anak selangor yang baru lahir boleh mendaftar dibawah Tabung Warisan Anak Selangor.
Dr. Shafie dalam ucapannya berkata," Sejak lahir hingga ke liang lahad kebajikan rakyat Selangor terbela. Setiap anak Selangor yang lahir selepas 2009 layak mencarum dalam Tabung Warisan Anak Selangor. Anak itu akan menerima bantuan sebanyak satu ribu lapan ratus ringgit secara otomatik untuk meneruskan pengajian mereka. Sekiranya mereka berjaya memasuki IPT beliau layak menerima bantuan kemasukkan ke universiti. Sekiranya mereka ingin meminjam dari tabung pendidikan negeri mereka tidak akan dikenakan bunga seperti PTPN. Sekiranya mereka berjaya mendapat kelas pertama maka segala pinjaman akan dikira sebagai dermasiswa."
March 3, 2009
BANGI BANDAR ILMU BUKAN HANYA SLOGAN
Forum Pemikiran Bangi ke-3 adalah antara usaha-usaha yang dilakukan oleh warga Bangi dalam merealisasikan Bangi sebagai bandar ilmu. Forum anjuran Mini Kabinet Bangi dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi serta 18 NGO (antaranya JASA, ISIUKM, ISMA, JIM) dan gabungan surau-surau dan masjid di Bangi.
Prof. Madya Dr. Zulkifli Abd.Ghani ahli forum pertama mewakili ahli akademik, Dr. Tajul mewakili NGO dan seterusnya Haji Mohd Ghazali mewakili surau-surau dan masjid.
Forum yang diadakan di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi bertemakan "Peranan NGO dan surau-surau serta masjid dakam merealisasikan Bangi sebagai bandar ilmu". Persetujuan telah dicapai dengan mengariskan 12 resolusi untuk tindakan susulan. Antaranya perlu satu koordinasi dan kerjasama erat dalam program-program yang hendak diusahakan.
March 2, 2009
PELUANG NIAGA DI BAZAAR RAKYAT, BANGI
Menyedari akan keperluan ruang niaga yang semakin terhad untuk golongan peniaga-peniaga kecil maka satu kawasan di Dataran UPENS, Seksyen 16 bersebelahan Maybank telah terbina beberapa kiosk perniagaan bagi mereka yang ingin memulakan berniaga secara kecilan. Objektif utama ialah :-
1. Memberi peluang kepada ibu tunggal menambah pendapatan melalui perniagaan.
2. Menyediakan kawasan niaga untuk peniaga tepi jalan agar lebih teratur dan kemas.
3. Mencetukan perniagaan sebagai kerjaya kepada pekerja yang diberhentikan ketika kemelesetan ekonomi global.
bazaar ini dikendalikan oleh MPP Council Homes dibawah ketuanya Ust. Zaid Akhtar(016 6969131)
March 1, 2009
AIR RM 3 SELITER.
Disebalik krisis ekonomi global yang mula meresap pahit ada pihak sedang mengaut keuntungan yang berlebih-lebih. Merujuk laporan dari Selangor Kini , hasrat kerajaan Pakatan Rakyat, Selangor melindungi kebajikan rakyatnya dengan mengstruktur semula industri perkhidmatan air di Selangor melalui pengambilan aset empat syarikat (SYABAS, PUNCAK NIAGA, ABASS DAN SPLASH) dibantutkan oleh sabotaj pihak kerajaan Pusat.
Apa yan dikhuatiri ialah dasar penswastaan yang diperkenalkan pada era Tun Mahathir mula dipertikaikan oleh rakyat akan tanggungjawab sosial mereka. Keserakahan golongan kapitalis yang mengambil keuntungan semaksima mungkin adalah raut wajah yang semakin terserlah pada mereka ini.
Berdasarkan pada fenomena ini kita menjangkakan usaha-usaha untuk mengambil alih projek-projek lebuhraya akan digagalkan sedaya mungkin. Dengan nilai tambah ini kesan pahit kemelesetan ekonomi akan berpanjangan mencengkam halkum kita.
EL-SURAYA DI BANGI
Pernah dengar lagu Pemuda Islam, Panggilan Jihad, Panggilah Haji dan yang paling nostalgia adalah lagu Selimut Putih. Kami difahamkan oleh pihak penganjur satu program kesenian Islam bakal diadakan pada bulan Mac ini di Bangi. Usaha menghadirkan kumpulan asal dari Medan, Indonesia diperingkat akhir dan insya Allah akan menjadi kenyataan. Kumpulan yang menjadi inspirasi kepada kumpulan nasyid ditanah air ini mempunyai peminat sendiri dari berbagai generasi. Lirik lagu yang begitu puitis sarat dengan unsur ketuhanan menjadi asas persembahan ini diharap dapat memberikan hiburan alternatif kepada kita semua khasnya di Bangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)