March 17, 2009

YA RASUL SALAM ALAIK

1 comment:

  1. KERANDA BAHASA
    Segerombolan orang sedang berarak
    Mengusung keranda sambil tersengih-sengih
    Tersipu malu
    Tercari-cari jalan ke kuburan
    Tercari-cari tanah untuk menguburkan
    Keranda siapakah itu?
    Tanya yang memandang
    Keranda apakah itu?
    Tanya yang tertanya-tanya
    Siapakah yang mati? Siapa?
    Maka muncul si tolol daripada yang tolol-tolol
    Menjawab bingung
    Ini keranda Bahasa
    Ini keranda Bahasa kita
    Ia sudah tua
    Ia tiada lagi berkuasa
    Sudah tiada bisa
    Tidak mampu memartabat bangsa
    Itulah jawab si paling tolol
    Daripada yang tolol-tolol
    Dialah pemimpin massa
    Kerana dia si paling tolol
    Dari anjung masjid terdengar suara rusuhan
    Menjerit membakar pesta
    Ia bukan mati tua
    Bahasa kita bukan mati tua
    Ia mati dibunuh
    Bahasa mati dibunuh
    Bahasa kita mati dibunuh
    Dibunuh siapa? Dibunuh siapa?
    Soalan menyerbu dari jalanan berasap racun
    Dibunuh oleh orang yang tak reti bahasa
    Jawab si hati retak seribu
    Katanya lagi,
    Bahasa dibunuh oleh orang yang tak reti bahasa
    Telunjuknya lurus menghala
    Si Tolol.
    Keranda terus diusung
    Di tengah keriuhan tangis dan tawa
    Suara nyaring menyumbat telinga ,memekik
    Memalu gegendang
    Isi keranda dengan si tolol sekali
    Isi keranda dengan si tolol sekali
    Dia sudah tiada bisa
    Dia pengkhianat bangsa!

    Nukilan,
    Cikgu Khuzairi Abdullah
    Bangi. 2009

    ReplyDelete