May 20, 2015

Tawaran Dan Setuju Menerima Tender Dan Akuan Penerimaan


BBB, 01 Sya`ban 1436 = 19 Mei 2015 (Selasa):
Penerimaan tender bagi membina Masjid Al-Umm adalah perkara penting bagi masjid, lantaran dengan penerimaan tender bererti satu tahap perjalanan dan penemuan dalam mencari yang bagi pihak AJK menganggap satu tahap kejayaan. Bayangkan jika dikira dari mesyuarat pertama bagi pembinaan Masjid al-Umm pada 4 Februari 2010, maka ianya mengambil masa hampir 4 tahun baru dapat diyakini bahawa Masjid al-Umm, insya Allah dapat didirikan.


Secara rasmi bahawa Pejabat Urusan Pembinaan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, melalui Surat Setuju Terima Tender Rujukan: JPMAU/Tender2/Main/01/13 bertarikh 21 November 2013 bersamaan 17 Muharram 1435H. berdaftar dengan CIDB Gred B (CE & ME), (G7) menawarkan kepada Tekad Nusantara Sdn. Bhd., No 13A, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan 43650 BBB membina dan menyiapkan sebuah Masjid Al-Umm Tiga Tingkat di atas Lot 51177, Seksyen Satu Bandar Baru Bangi seharga RM10,556,800.00 telah disetujuterima oleh AJK Pembinaan Masjid Al-Umm tertakluk kepada had, syarat dan perjanjian dalam dokumen Tender yang menjadi asas Tender ini dan juga kepada Surat Setuju  terima ini.
2. Pihak Tekad Nusantara dikehendaki melaksanakan perjanjian kontrak yang formal.
3. Pihak Tekad Nusantara dikehendaki menyatakan pilihan kaedah Bon Perlaksanaan  sama ada:
1.       Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank): atau
II.   Jaminan Syarikat Kewangan, atau
III. Jaminan Insurans/Takaful atau
IV. Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) jumlah harga kontrek.
4. Tarikh milik tapak ialah  pada 10 Disember 2013, selepas menyerahkan polisi Insurans tanggungjawab awam, Polisi insurans kerja dan nombor-nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial.
5. Sekiranya tuan memilih kaedah di  para 3(i), 3(ii) atau 3(iii) tuan hendaklah menyerahkan bon perlaksanaan pada tarikh milik tapak.
6. Hendaklah memulakan kerja dalam tempoh dua minggu dari tarikh menmerima tapak
7.Pihak tuan dikehendaki mengemukakan senarai nama-nama sub-kontrektor beserta pengalaman mereka.
8. Mengemukakan pembeda berjaya
9. Berdasarkan tempoh siapkerja selama 76 minggu,, maka tarikh siap bagi seluruh kerja 25 Mei 2015.
10. Pihak tuan perlu menyediakan plan perspektif bagi seluruh bangunan  Masjid Al-Umm
11. Pihak tuan juga perlu membuat ukur sempadan dan kawasan perumahan dengan meletak batu sempadan
12. Surat ini dihantar dalam tiga salinan sila kembalikan dua salinan asal yang telah ditandatangani oleh tuan dan disaksikan dengan sempurna di ruang yang berkenaan dan dikembalikan ke pejabat ini dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat ini.
Surat dari:


Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar
Pengerusi,
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm, BBB.
(Tandatangan) 
s.k.
I) YAB Dato` Menteri Besar Selangor
II) Pengerusi JAIS.
Tawaran  telah dijawab oleh Tuan Haji Marzuki bin Che Omar bagi pihak Tekad Nusantara Sdn. Bhd. Bertarikh  25 November 2013 dengan disaksikan oleh Mazlina binti Budin Akaun Eksekutif.
Bersama-sama dengan Surat Akuan Pembida Berjaya dengan pengakuan Tuan Haji Marzuki bin Che Omar yang mewakili Tekad Nusantara Sdn. Bhd. dengan mengisytiharkan bahawa jika beliau atau mana-mana individu yang mewakili syarikat didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu di dalam Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm, atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender seperti di atas, maka saya sebagai Wakil   syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
1.       Penarikan balik tawaran kontrek bagi tender di atas, atau
2.       Penamatan kontrek bagi tender di atas, dan
3.       Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang berkuatkuasa
Mana-mana individu yang cuba meminta rasuah daripada saya, maka akan dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau kepada Balai Polis berhampiran.
Pengakuan dan tandatangan


Tuan Haji Marzuki bin Che Omar
Beserta Cap Syarikat.
Demikianlah ditunjukkan bahawa perjalanan tender Masjid Al-Umm dijalankan secara terbuka dan bersih dan menurut aturan. Semoga segala usaha pihak-pihak berkenaan diredai dan diberkati Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment