May 8, 2016

Perbandingan Shi`ah Dengan Aliran-Aliran Lain


BBB, 29 Rajab 1437 = 07 Mei 2016 (Sabtu):
Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim di dalam bukunya  memberi tumpuan pembicaraan tentang Shi`ah melibatkan satu pertiga dari bahagian bukunya pada bahagian permulaan - Fasal 2 (hlm. 17) hingga Fasal 8 (hlm. 227) daripada jumlah halaman buku (630 hlm.). Berbanding dengan fasal-fasal yang lain yang tidak diberi huraian panjang lebar sebagaimana berhubung denngan Shi`ah, iaitu tentang khawarij, Mu`tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Murjiah,  Najariyyah, Mushabbihah, Baha`iyyah, Qadyani (Ahmadiyyah), Ibn Taymiyyah dan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Kita tidak akan membicarakan kembali aliran-aliran berbagai (12 aliran dalam buku Haji Said) selepas membicarakan tentang Shi`ah dengan agak menyeluruh yang tidak tertumpu kepada buku `Perbandingan Akidah dan Fahaman Umat Islam) sahaja, tetapi juga dengan tambahan maklumat-maklumat dari buku-buku lain mengenai Shi`ah. Secara kasar kita telah memahami kesemua aliran akidah dan fahaman umat Islam. Kita akan melihat secara kasar tentang semua aliran di atas secara `Perbandingan` kerana pendekatan inilah juga yang diambil oleh Tuan Haji Said di dalam bukunya di atas.
Kalau kita kembali kepada pendekatan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, maka topik dan persoalan-persoalan yang utama diberi perhatian dan pokok segala pembicaraan ialah tentang Ketuhanan, dari konsep Dhat, sifat, pecahan-pecahan sifat dan ta`alluq berhubung dengan makhluk, dalil dan  burhan yang bersifat akli dan naqli. Juga membicarakan tentang kerasulan, kemudian berpindah kepada rukun-rukun iman yang lain yang tumpuan bagi rukun-rukun iman yang lain tidaklah sepanjang pembicaraan terhadap kepercayaan kepada Allah, juga rasulnya.
Antara ciri yang ketara berbeza pendekatan Sunni dengan Shi`ah, bahawa pembicaraan akidah Shi`ah bukan murni akidah terhadap Yang Maha Tinggi `Ketuhanan`. Bagi Shi`ah bukan bertolak dari segi Ketuhanan, tetapi kepada `Manusia` yang diberi status `Imam` yang melahirkan status imam ini akibat dari pergolakan politik sebagaimana telah maklum. Adalah dilihat pada watak Imam inilah berkisar jika boleh dikatakan `akidah` bagi aliran Shi`ah. Pergerakan persoalan juga adalah bersifat alamiah, bahawa Imam ini `ditunjuk` oleh nabi sebagai authoriti tertinggi dan konsep tunjuk ini berterusan digunakan bagi perlantikan seterusnya. Ada elemen sentimen dan ta`assub yang tinggi di dalam perlantikan, lantaran perlantikan berdasarkan keturunan sebagai Shi`ah 12. Dari segi logik dan rasional adalah kemungkinan bahawa tidak semua yang dilantik berdasarkan keturunan mempunyai kelayakan dari segi kepimpinam, keilmuan dan kelayakan-kelayakan kepimpinan yang lain, walaupun tidak dapat dinafikan antara mereka ada yang berwibawa seperti Musa al-Kazim dan beberapa lagi. Ini tidak bererti kita prajudis terhadap turunan Rasulullah s.a.w. sebagaimana kita tidak boleh prajudis terhadap kalangan umat Islam dan pimpinan Khulafa` al-Rashidin yang tidak memilih Sayyiduna `Ali pada peringkat awal, tetapi dipilih sebagai khalifah yang keempat. Di situ ada konsep kebebasan memilih di samping ada konsep cadangan dan tunjukan seperti kepada Sayyiduna `Umar Ibn al-Khattab. Bermakna adanya konsep kebebasan pemilihan di samping ada konsep bimbingan.
Pendekatan pemilihan kepimpinan pada zaman Khulafa` al-Rashidin adalah merupakan pendekatan pemilihan pimpinan yang diakui sebagai pendekatan dan pengakuan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Kalau kita lihat kepimpinan Khulafa` al-Rashidin yang empat dari Abu Bakar, Umar, Uthman dan `Ali, maka bagi kalangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah tidak meletakkan mereka di luar dari kepimpinan manusia biasa. Dalam maksud tidak ada digambarkan sebagai mempunyai kehebatan super-natural atau mempunyai kelebihan luar dari batas manusia. Perjalanan pemerintahan adalah bersifat rasional dan kerajaan yang dibangunkan mereka ialah kerajaan manusia berprinsip dan berakidahkan Ketuhanan dan Kerasulan. Mereka tidak membuat undang-undang dan hukum-hukum sendiri, tetapi adalah berpandukan kepada Al-Qur`an dan Al-Hadith, Ijma` dan Kias yang ciri sedemikian menjadi panduan dan berterusan hingga kini.
Berlainan dengan konsep kepimpinan dalam Shi`ah, pada imam diberi authoriti tanpa batas, bahkan bagi setengah aliran dalam Shi`ah pada pimpinan dilihat sebagai jelmaan dari Tuhan, iaitu sesuatu yang tidak ada kompromi bagi Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Bahawa antara manusia dan makhluk ada batas yang tidak mungkin manusia boleh meningkat kepada Tahap Ketuhanan. Pada Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah tidak mungkin memberi hak pada kepimpinan yang kata-katanya (selain dari Rasulullah) sebagai hukum yang tidak boleh dipersoal dan dibantah. Hak hamba adalah pada batas kehambaannya dan Ketuhanan adalah dengan KetuhananNya.
Pada pimpinan seperti Khulafa` al-Rashidin, tiada pada mereka apa yang distilah di dalam Shi`ah konsep zahir dan batin yang kepimpinan seolah-olah mengetahui apa yang ghaib dan batin. Aspek ini dijadikan makenisme yang harus diterima oleh golongan Shi`ah yang sebenarnya lebih bersifat authoriti yang tidak boleh dibantah. Mekanisme ini digunakan di dalam perlanjutan pimpinan. Bahkan mekanisme ini digunakan sebagai skeptis  dan tidak normal di dalam perlantikan berdasarkan `batin dan rahsia` bagi perlantikan seperti Muhammad al-Maktum sebagai mengambil tapak bapanya Ismail dan membelakangi hak tradisi terhadap Muhammad al-Kazim. Mekanisme ini sebagai memberi authoriti, tetapi juga memberi laluan kepada perpecahan yang tiap pimpinan boleh menggunakan authoriti ini bagi mewujudkan aliran tersendiri seperti Ismailiyyah dan pecahan-pecahan daripadanya. Ianya seolah-olah tanpa kawalan dan terus mewujudkan kepelbagaian dan perpecahan sebagaimana terdapatnya pecahan-pecahan di dalam Shi`ah itu sendiri.
Di dalam Shi`ah elemen politik, kepimpiunan dan turunan menjadi isu   utama di dalam perkembangan Shi`ah itu sendiri, tetapi kalau kita lihat di dalam pendekatan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah persoalan ilmu, penafsiran dan pengolahan menjadi pokok pembicaraan. Pertentangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah misalnya dengan Mu`tazilah, Qadariyyah dan Jabariyyah berhubung dengan persoalan-persoalan ilmu. Misalnya penentuan persoalan baik dan buruk, konsep dosa besar, solah dan aslah, soal iktiar, qadha` dan qadar dan sebagainya adalah berasaskan ilmu dan ilmiah. Perbahasan keilmuan berasaskan rasional akal yang mengangkat perbahasan bernilai ilmiah  yang tinggi. Hujah-hujah yang dikemukakan yang bersifat akal dan naqal mengukuhkan perbahasan. Ianya memperkembangkan keilmuan sebagai tradisi ilmu yang bersifat budaya intelektual. Berbanding dengan perbahasan di dalam Shi`ah berligar pada pimpinan yang bersifat turunan dan penggunaan authoriti dan kuasa yang bersifat rahsia yang dapat dipersoal dari segi rasional yang juga dipersoalkan dari segi intelektual. Tiada kawalan dan tiada disiplin keilmuan menyebabkan makin bertambahnya aliran-aliran bercanggahan yang sukar diterima secara ilmu dan sukar dijadikan asas pegangan dan keyakinan.

Sekian.

1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853---> 7778 ---> 3331, ATAU

    KLIK DISINI 4d 5d 6d









    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI Nomor Ini 0853---> 7778 ---> 3331,,
    insya allah beliu akan menbatu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?


















    ReplyDelete