January 22, 2017

HIKMAT KATA AHMAD BIN AL-KHADHRAWAYH AL-BALAKHI DAPAT DIRENUNGI DAN DIHAYATI


BBB,  22 Rabi`ul-Akhir 1438H. =  21 Januari 2017 (Sabtu):
Sesungguhnya penisbahan pada nama-nama tokoh sufi yang dibicarakan banyak yang  tidak bersifat `Arab, tetapi banyak dinisbahkan kawasan sekitar Khurasan, seperti al-Darany, al-Bist*amy, al-T*usy, al-Ant*aky, Al-Naisabury, al-Balakhy, al-Bushanjy, al-Tirmidzy, al-Tustary, al-Khurasany, al-Khadhrawayhi, al-Khuary, al-Dinaury, al-Rudzbary, al-Shirazy, al-Thamanthany, al-Qurmisainy, al-Kattany, al-Karkhy, al-Kirmany,  Abadzy, al-Nahrajury dan sebagainya. Semuanya mencerminkan bahawa tokoh-tokoh sufi, termasuk yang terkenal seperti Al-Sarraj, khususnya  Al-Ghazali al-Tusi, bukannya dari kawasan wilayah `Arab, tetapi adalah dari kawasan timur `Arab seperti wilayah Khurasan , Tusi, Nisaburi dan Balakh dan sekitarannya. Kawasan berkenaan subur dengan seni dan intuisi kerohanian.
Ini termasuklah tokoh yang kita bicarakan, iaitu Ahmad bin Khadhrawayh al-Balakhi  (m. 240H.) dari Balakh yang di negeri tersebut banyak merakam legenda kesufian. Sebagaimana pada namanya di nisbahkan dengan  al-Balakhi, bermaksud  Ahmad al-Khadhrawayh adalah berasal dari negeri al-Balakh. Al-Qushairy menyifatkan Ahmad adalah dari ulama` besar di Khurasan. Gelarannya Abu Hamid. Dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi  yang juga seorang `ulama` besar. Dia banyak menemui `ulama`-`ulama bagi membincangkan keilmuan menurut kepakaran masing-masin bagi menambah maklumat dan keilmuan bersama. Misalnya Ahmad ke Naisabur dan menziarah Abu Hafs* `ulama sezaman pada masa itu. Dia juga menuju ke Bist*am bagi menziarahi Abu Yazid al-Bist*ami dan berbincang keilmuan bersama. Ahmad juga banyak mengeluarkan fatwa, kata Abu Hafs*:
``Aku tidak melihat  seorang yang lebih tinggi himmah dan tiada  sebenar-benar hal sebagaimana Ahmad bin Khadhrawayh. Abu Yazid memanggil secara terhormat terhadap Ahmad sebagai  `Ustadz Kita`.
Ahmad amat cinta terhadap ilmu, hingga hampir menemui ajal dalam usia lanjut 90an  dia masih menjawab soalan-soalan dari murid-murid yang mengelilinginya.
Banyak riwayat tentang ungkapan-ungkapan INDAH-MENDALAM dari Ahmad. Antaranya katanya,
``Hati  mampu  mengawang  ke Arasy tinggi atau menjunam turun ke permukaan bumi.``
Kata Ahmad, `Kebebasan jiwa dari halangan menyempurnakan jiwa dengan pengibadatan.``
Katanya lagi, Tidak sempurna pergaulan yang bertentangan pegangan di dunia, apa lagi di akhirat.
Di sini ada cerita berhubung dengan Ahmad, bahawa, ``Aku mendengar daripada Abu Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-Razi, berkata, Aku mendengar dari Muhammad bin  al-Fadhl berkata:
Ahmad bin Khadhrawayh mohon berhutang daripada seorang lelaki sebanyak seratus ribu dirham, maka bertanya lelaki yang dimohon berhutang darinya itu,
`Tidakkah engkau orang zuhud tentang dunia ! Apakah engkau hendak lakukan dengan dirham itu ? Jawab Ahmad, ``Aku mau membeli dengannya, untuk  suapan makanan yang aku beri makan mulut-mulut orang mukmin dan aku tidak mengharapkan balasan pahala daripada Allah. Kata lelaki itu, `Mengapa ?``,  Jawab Ahmad, ``Kerana dunia seluruhnya di sisi Allah  tidak pun seharga sesayap nyamuk. Apa lagi dengan 100 ribu dirham nisbah dengan satu sayap nyamuk. Lelaki itu menambah, ``Kalau engkau mengambilnya apa yang engkau dapat dengannya ? Kata Ahmad, ``Itulah dunia  keseluruhannya sekadar itu !.
Antara kata-kata Ahmad, diriwayatkan, `` Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar  Muhammad bin Hamid al-Turmidzi berkata,  berkata Ahmad bin Khadhrawayh,          ``Sabar ialah bekalan orang yang tertekan jiwanya dan redha ialah darjah orang-orang `arif.``.
Berkata Ahmad, ``Orang yang sabar dengan kesabarannya dialah orang yang sabar dan tidak ada kesabaran bersama pengaduan !.``
Berkata Ahmad, ``Siapa yang berkhidmat kepada para faqir, hendaklah menjaga tiga perkara, tawadhu`. Elok adab dan murah dengan pertolongan.``
Berkata Ahmad lagi, ``Jalan terang, haqq terbentang, dakwah telah didengar. Apa lagi pilihan selepas itu,  melainkan yang buta akal-fikiran.``
Dikatakan dibaca di hadapan Ahmad ayat Al-Qur`an bermaksud, ``Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (Al-Dzariyat: 50).   Maka dijawab oleh Ahmad, ``Aku memberitahu kamu, itulah sebaik-baik perkembalian.``
Berkata Ahmad, ``Hakikat ma`rifat, kecintaan dengan hati, sebutan dengan lisan dan memutuskan himmah  dari segala sesuatu melainkan  dengan Allah.``
 Berkata Ahmad, ``Hati  ialah wadah pengisian, apabila dipenuhi dengan kebenaran, lahirlah tambahan cahayanya pada anggota, dan apabila dipenuhi dengan kebatilan, maka kegelepannya menyelubungi merata.``
Seorang lelaki berkata kepada Ahmad bin Khadhrawayh, ``Nasihatkan daku`, maka kata Ahmad, ``Matikan diri engkau sehingga dia menghidupkannya !.``
Berkata Ahmad, ``Aku dekatkan makhluk dengan Allah, maka meluas akhlaknya kepada makhluk keseluruhan.
Bercerita Ahmad, sampai kepadaku, menziarah seorang kaya pada bulan Ramadhan kalangan zuhhad, maka dia melihat mereka itu berbuka dengan roti kering dan garam, maka balik orang kaya itu ke rumahnya dan menghantar kepada para zuhhad itu seribu dinar, tetapi mereka itu memulangkannya dan berkata, ``bayaran telah tertunai dengan rahsia diri kami yang tuan terima !``
Dan disoal terhadap Ahmad, Apakah amalan yang terlebih afdhal ?
Mejawab Ahmad,  menjaga rahsia jangan sampai diperhati manusia, kecuali Allah !.
Demikianlah keindahan kata yang tumpah dari jiwa Ahmad bin Khadhrawayh yang sama-sama dapat kita renungi dan nikmati.

Sekian.

1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
    MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
    DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
    HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
    PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
    SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
    UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
    CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
    AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
    PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
    PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
    PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
    MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
    ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
    MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
    ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
    KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
    KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
    DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
    SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
    BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
    KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    TERSEDIA: +6285222846347
    JUAL TUYUL PESUGIHAN
    PESUGIHAN UANG GAIB



























    SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
    MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
    DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
    HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
    PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
    SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
    UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
    CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
    AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
    PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
    PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
    PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
    MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
    ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
    MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
    ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
    KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
    KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
    DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
    SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
    BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
    KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    TERSEDIA: +6285222846347
    JUAL TUYUL PESUGIHAN
    PESUGIHAN UANG GAIB

    ReplyDelete