January 9, 2017

MEMPERTAHANKAN KAUM SUFI DARI SEGI AKIDAH


BBB, 09 Rabi`ul Akhir 1438H. = 08 Januari 2017M. (Ahad):
Akidah adalah persoalan utama dan pertama bagi orang Islam. Tidak betul dari segi akidah bererti tidak betul dari segi  Islam dan apabila tidak betul  Islam maka ianya merosakkan segala-galanya, lantaran itu apabila misalnya  ia mengajar, maka tidak boleh diikuti pengajaran. Dia dianggap menyeleweng. Antara perkara yang menjadi perhatian kaum sufi ialah perkara akidah. Dia semestinya tidak menyeleweng dari akidah dan  membuktikan akidahnya benar.
Sebagaimana telah kita bicarakan kalangan kaum sufi memberi perhatian dan menjelaskan  dari segi akidah pegangan mereka agar tidak dipersoalkan ketasawufan mereka.  Sebagai contoh beberapa tokoh sufi penting memberi ruang penting membicarakan tentang akidah. Abu Nasr al-Sarraj membicarakan tentang tauhid secara panjang lebar dengan memetik berbagai pendapat mengenainya. Al-Sarraj memetik pendapat Dzu al-Nun al-Misri yang diriwayatkan melalui  Yusuf bin al-Husain al-Razi bahawa tauhid itu, ``Engkau ketahui bahawa qudrat Allah tentang sesuatu tidak dicampuri oleh sesuatu dan perbuatanNya tentang sesuatu tidak  disebabkan oleh sesuatu (`ilaj). Dia melakukan sesuatu perbuatan tanpa`illah dan tidak ada di langit tinggi dan di bumi rendah pentadbir selain daripada Allah Ta`ala, apa yang engkau wahamkan dalam tasawwur engkau tentang Allah, maka Allah Ta`ala bersalahan daripada demikian atau apa yang dikatakan lain daripada itu.
Demikian Al-Sarraj memetik pendapat tokoh sufi Sunni terkenal -  Al-Junayd, tentang pendapatnya tentang tauhid, katanya, ``Mununggalkan oleh yang mengesakan dengan tahqiq wahdaniyyatNya dengan sempurna ahadiyyahNya, bahawasaNya Dia Yang Esa yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak ada lawan dan tandingan dan penyerupaan dan tidak disembah selain daripadaNya, dengan tidak ada tashbih dan tidak ada kayfiyyah dan tidak ada gambaran dan bandingan. Dia adalah Tuhan yang Esa, al-Samad Tunggal yang tidak ada sepetinya oleh sesuatu dan Dia Amat Mendengar lagi melihat. Demikian sebahagian dari petikan Al-Sarraj tentang akidah (tauhid) kaum sufi.
Demikian juga Abu Bakar Muhammad al-Kalabadhi sebagaimana telah dibicarakan sama mempertahankan akidah kaum sufi. Antaranya Al-Kalabadzi merumuskan pendapat kaum sufi tentang tauhid dengan katanya:
Bersepakat kaum sufi bahawasanya  Allah itu Esa, Tunggal, Samad, Qadim, Alim, Berkuasa lagi Hidup, Mendengar lagi Melihat, `Aziz lagi `Az*im, Jamil lagi Kabir, Jawad lagi Ra`uf,, Mutakabbir lagi Jabbar Baqi, Awwal dan Akhir, Allah Sayyid Malik Rabb, Rahman lagi Rahim, Murid lagi Hakim, Mutakallim, Khaliq Razzaq. Dia bersifat dengan segala sifat yang Dia sifat diriNya denganNya, bernama dengan apa yang dinama diriNya dengannya , berterusan Qadim dengan nama-nama dan sifat-sifatNya, tanpa bersamaan dengan makhluk dengan sebarang wajah daripada wujud, tidak menyerupai DzaNya dengan sesuatu dan tidak menyerupai sifatNya dengan sesuatu, tidak berlaku ke atasnya sebarang ciri makhluk yang boleh menunjukkan baharu. Dia berterusan Qidam yang menciptakan yang baharu, wujud sebelum sesuatu, tiada yang lain qadim dan tiada Tuhan selainNya. Dan berbagai keterangan yang lain yang amat detail tentang hakikat Tauhid Allah.
Manakala  Imam Al-Qushairy pula menegaskan tentang pegangan tauhid kaum sufi  yang polanya adalah sama dengan katanya:
``Ketahui olehmu dirahmat kamu oleh Allah bahawa shaykh-shaykh kaum sufi ini membina kaedah mereka di atas prinsip-prinsip yang sahih tentang tauhid yang terpelihara akidah mereka daripada perkara-perkara bid`ah menepati dengan apa yang dipegang oleh kaum salaf dan Ahlu  al-Sunnah tentang tauhid tanpa bandingan dan tanpa gangguan. Mereka mengetahui apa yang haqq bagi al-Qadim. Mereka tahqiq dengan apa yang dinamakan `adam`.
Kaum sufi, khususnya yang beraliran Sunni mengakui dan memgiktiraf, bahawa Shaykh Junayd al-Baghdadi adalah Shaykh bagi kalangan sufi. Pendapatnya diambil oleh Al-Qushairy, kata Shaykh Al-Junayd:
``Tauhid adalah menunggalkan Yang Qadim dan menolak dari baharu. Mereka berpegang dengan usul al-`aqidah dengan dalil-dalil yang jelas dan penyaksian yang nyata.``
Al-Qushairy juga memetik pendapat Abu Muhammad al-Jariri r.h.a. yang berkata: ``
``Siapa yang tidak berpegang dengan ilmu tauhid menyaksi dari berbagai saksian  dia boleh tergelincir oleh keangkuhan dan boleh membawa kepada kerosakan, maksudnya dia boleh terbawa kepada taqlid dan yang tidak memerhati dalil-dalil tauhid boleh terjatuh dari Sunnah yang menjayakan dan membawa kepada kerosakan.  Kata-kata mereka  bercanggah dan berpecah dan tidak dipercayai dan tidak dapat ditahqiq.``
Seterusnya Al-Qushairy memetik pendapat-pendapat sufi secara riwayat.
``Aku mendengar Shaykh Abu `Abdul Rahman Muhammad bin al-Husayn al-Sulami r.h.a berkata, aku mendenga r `Abdullah bin Musa al-Salami berkata aku mendengar Shibli berkata,`` Al-Wahid diketahui  sebelum sempadan dan huruf ejaan (ya`ni Al-Qadim).
Aku mendengar Abu Hatim al-Sufi berkata, aku mendengar Abu Nasr al-T*usi berkata, ditanya  Ruaym dari seawal fadhu yang difardhu oleh Allah Ta`ala ke atas makhluknya, apakah dia, maka katanya, iaitu Ma`rifat Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman, bermaksud:
``Aku tidak ciptakan  jin dan manusia, melainkan untuk meyembahku.`` (Al-Dzariyat: 56).
Berkata Ibn `Abbas bermaksud, `Bagi mereka mengenal`.
Berkata Al-Junayd  ialah, Ma`rifat kepada Yang Mencipta segala ciptaan. Maka dengannya dia mengenali sifat Pencipta  yang dia seharusnya taat kepadaNya, katanya, Sesungguhnya siapa yang tidak kenal Pemiliknya tidak kenal pemilikanNya yang sewajib diketahui.``
Demikianlah berpuluh-puluh lagi pendapat sufi tentang tauhid dipetik oleh Al-Qushairy bagi membuktikan pegangan tauhid mereka. Tetapi perlu diingat baik Al-Qushairy dan yang lain seperti Al-Sarraj dan Al-Kalabadzi , mereka tidaklah membawa  bukti ketauhidan mereka dengan kaedah-kaedah ilmu tauhid seperti apa yang disusun oleh Ash`ari, Maturidi, Al-Tahawi dan lain-lain. Apa yang dibawa ialah pembuktian langsung dari maksud-maksud ayat-ayat Al-Qur`an  atau istilah-istilah ketauhidan  dari Al-Qur`an yang membuktikan pegangan ketauhidan mereka.

Sekian.

1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
    MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
    DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
    HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
    PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
    SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
    UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
    CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
    AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
    PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
    PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
    PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
    MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
    ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
    MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
    ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
    KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
    KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
    DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
    SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
    BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
    KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    TERSEDIA: +6285222846347
    JUAL TUYUL PESUGIHAN
    PESUGIHAN UANG GAIB



























    SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
    MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
    DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
    HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
    PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
    SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
    UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
    CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
    AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
    PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
    PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
    PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
    MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
    ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
    MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
    ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
    KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
    KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
    DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
    SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
    BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
    KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    TERSEDIA: +6285222846347
    JUAL TUYUL PESUGIHAN
    PESUGIHAN UANG GAIB

    ReplyDelete