March 31, 2017

MUHAMMAD DAN AHMAD BIN ABI AL-WARD: PENDAPAT MEREKA


BBB, 02 Rajab 1438H = 39 Mac 2017M. (Khamis):
Satu pendekatan yang agak berlainan yang dibuat Abdul Rahman al-Sulami, iaitu membicarakan dua tokoh adik beradaik secara bersama. Muhammad dan Ahmad adalah dua dari shaykh  yang besar dan berkedukan tinggi di Iraq. Kedua-kedua mereka  hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang dipimpin oleh Al-Junayd dan sahabat-sahabat Al-Junayd.
Mereka bersahabat dengan Sari al-Saqati, Aba al-Fath* al-H*ammal, Harith al-Muhasibi, Bish al-Hafi. Dan tariqat keduanya tentang wara` mendekati tariqat Bish al-Hafi.
Bagi Muhammad dia mempunyai sanad  Hadith kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mengkhbarkan kami Sa`id bin al-Qasim bin al-`Ila` al- Barda`i, berkata, bercakap kepada kami Abu T*alhah, Ahmad bin Muhammad bin `Abd al-Karim, seorang qari`  di Basrah berkata, aku mendengar Muhammad bin Abi al-Ward, berkata aku mendengar Bish bin al-Harith, berkata, bercakap kepada kami al-Mu`afi bin `Imran, daripada Isra`il dari Muslim, daripada Habbah daripada  `Ali bin Abi T*alib berkata, bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ``Wahai `Ali,  Makanlah  bebawang ada `niyyan` kalaulah tidak malaikat mendatangiku nescaya aku memakannya.``
Aku mendengar Aba al-Farj al-Warthani, `Abd al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Dimashqi berkata,, aku mendengar al-Junayd berkata, aku mendengar Muhammad bin Abi al-Ward berkata, ``Pada peningkatan kelupaan (ghaflah) adalah peningkatan `ubudiyyah, kerana kelupaan ada dua jenis, kelupaan rahmat, dan kelupaan dicela (niqmah). Adapun yang disifatkan rahmah, kiranya dibuka tutupan, maka menyaksi kaum akan kebesaran yang dia tidak terputus dari `ubudiyyah dan menjaga kerahsiaan (al-sirr). Adapun yang dicela ialah kelupaan (ghaflah) yang mengganggu hamba dari ketaatan kepada Allah Ta`ala dengan maksiatnya.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah, berkata, aku mendengar Ja`far  al-Khuldi berkata, berkata Ahmad bin Abi al-Ward, ``Dibentangkan bentangan ketinggian bagi para auliya` bagi peningkatan mereka dan bagi mengangkat mereka itu dan mengiringi pernyataan mushahadah dan hamparan kehaibatan berdepan dengan seteru, yang tidak diberi ruang bagi keburukan perbuatan mereka itu. Maka mereka tiada peluang penyaksian dari  sebagai kerehatan dalam penyaksian  tertinggi.``
Dengan sanad yang sama, aku mendengar Ahmad bin Abi al-Ward berkata, ``Mengekalkan perhubungan dengan kaum dengan lima perkara:, lazimkan ziarah, tinggalkan khilaf, melakukan khidmat, sabar di atas musibah dan jaga kemuliaan.``
Dengan sanad ini aku mendengar Muhammad bin al-Ward ditanya, ``Siapa wali ?``
Maka katanya, ``Siapa yang mewalikan wali-wali Allah dan menentang seteru-seterunya.``
Dengan sanad yang sama berkata Muhammad bin Abi al-Ward, ``Siapa yang adalah nafsunya tidak gemar dunia, maka ahlu bumi menyukainya, dan siapa yang adalah hatinya tidak suka dunia, maka adalah ahli langit menyukainya.``
Dan dengan sanad ini aku mendengar Ahmad bin Abi al-Ward berkata, ``Apabila ditambah pada wali tiga perkara, ditambah juga daripadanya tiga perkara,
``Apabila bertambah kedudukannya bertambah tawadhu`nya,
Apabila bertambah hartanya bertambah dermawannya.
Apabila bertamabah umurnya bertambah ijtihadnya.``
Dengan sanad yang sama aku mendengar Muhammad bin Abi al-Ward disoal daripada firman Allah Ta`ala yang bermaksud, ``Maka adakah orang yang diperelokkan kepadanya amalan buruknya, maka dilihatnya cantik ? (Fat*ir: 8). Maka katanya orang menyedari tentang kejahatan, maka ia adalah baik, ``  lantaran insafnya.
Dan dengan sanad ini aku mendengar Ahmad bin Abi al-Ward berkata, ``Alam keseluruhannya adalah dalam kawalan dari kawalan pemilik dan pemiliknya mengetahui semuanya.``
Dengan sanad ini, aku mendengar Muhammad bin Abi al-Ward berkata, ``Lontarkan dunia kepada yang mau menerimanya dan kandungannya, siapa yang menerimanya seharusnya menguruskannya dengan baik.``
Dengan sanad ini aku mendengar dari Abi al-Ward berkata, ``Daripada adab faqir dalam kefaqirannya, jangan merungut, dan menyebut tentang bala bagi pencari dunia, tetapi hendaklah bersifat rahmat dan kasihan terhadapnya dan berdo`a baginya supaya melapangkannya dengan kurniaannya padanya.``
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad bin Was*il berkata, bercakap kepada kami `Abdul Khaliq bin al-Hasan al-Baghawi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Harun al-Hashimi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Abi al-Ward, berkata aku mendengar Bishr bin al-Harith berkata, ``Aku  berpergian kepada `Isa bin Yunus, berjalan kaki, maka dia memuliakan daku dengan sepenuh adab dan dia berkata kepadaku, ``Apa yang dapat kuberikan kepada engkau ?``, Kataku, ``Aku teruja dapat menemui  dan melihat shaykh.`` Maka dia pun menangis dan berkata, ``Wahai saudaraku, siapalah sangat saya, apakah cara aku dapat memuliakan engkau. Kemudian dia berkata, ``Adakah sesuatu yang engkau mau  bertanya. Maka kataku (berhubung dengan Hadith), bercakap kepadaku – Hadith `Abdullah bin `Iraki bin Malik (Hadith Hasan), daripada bapanya, daripada Abi Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidaklah merupakah sadaqah kepada hambanya dan kerabat terdekatnya.``
Hadith sahih diriwayatkan oleh Ahmad pada Musnadnya , Bukhari, Muslim, Abu Da`wud, al-Tirmidhi, al-Nasa`i dan Ibn Majah – (catatan kaki).
Kemudian berkata `Isa, dan bercakap kepada kami `Amru bin `Abid al-Muhaddith (al-Madzmum) daripada Al-Hasan  daripada  `Aishah , bahawasanya ia berkata:
``Ya Rasulallah ! Adakah orang perempuan berkewajipan berjihad ? Sabda Baginda `Ya !` Jihad dengan tidak berperang, iaitu Hajji dan `Umrah.``
Demikian  ungkapan dari Muhammad dan Ahmad bin Abi al-Ward yang disekalikan pembicaraan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment