BBB, 04 Sha`ban 1438H. = 30 Mei 2017M. (Selasa):
Sebagaimana telah dibicarakan nelalui
pendekatan hati yang keji atau rosak atau diistilahkan juga oleh Al-Qur`an
sebagai `Shajarah Khabithah` -`Pokok Ya ng
Keji` (Ibrahim: 26) yang akarnya tercabut dari bumi, maka demikianlah orang yang
rosak hatinya, maka kerosakkannya pula keluar dari berbagai bahagian diri.
Salah satu medium yang turut sama menyalurkan kekejian dalaman hati orang yang
rosak ini ialah mulut. Kekejian keluar melalui percakapan atau kalam.
Bagi jiwa yang baik dia tidak bercakap
kecuali diperlukan dan bercakap perkara yang baik dan jika tidak perlu lebih
baik berdiam diri. Adapun jiwa yang rosak, maka salah satu bagi mengeluarkan
kebusukan dan kekejian dalaman ialah melalu lisan. Antara konsep `ammarah bi al-su` ini ialah melalui apa yang diistilahkan ialah
`Al-Ghibah`, iaitu mengumpat.
Mengumpat ialah mengatakan sesuatu tentang
seseorang tanpa berdepan dengannya mengenai perkara yang tidak disukainya.
Timbulnya mengumpat ada pertalian dengan
rasa hasad dengki terhadap orang yang diumpat agar maruahnya jatuh dan boleh
merosakkannya. Perkara yang asalnya bersifat dalaman, keluar melalui lisan dan
percakapan. Perkara yang diperkatakan mungkin benar dan sepatutnya dirahsiakan
bagi menjaga maruah orang berkenaan, tetapi ianya diambil peluang oleh yang
hasad itu mengumpat dengan maklumat yang diketahui bagi menjatuhkan kedudukan
orang yang diumpat.
Jika apa yang diperkatakan oleh orang yang
mengumpat tidak benar, maka orang yang bercakap tentang orang yang diumpat itu
sudah bersifat dusta dan dia menerima dua dosa besar. Dosa mengumpat dan dosa
berdusta.
Mengumpat juga membawa kepada
persengkitaan, bukan saja antara yang mengumpat dan yang kena umpat, tetapi
lebih daripada itu, ianya boleh membesar kepada fitnah dan perbalahan antara
pendukung kedua-dua belah pihak. Jika tercetusnya perkelahian dan penggunaan
senjata ianya boleh membawa kepada pembunuhan dan sebagainya yang perkara ini
boleh dibawa kepada pihak pengadilan.
Al-Qur`an menyifatkan perbuatan mengumpat
sebagaimana diangkat oleh Al-Qushairy ayat berikut bermaksud:
``Dan janganlah mengumpat setengah kamu akan setengah yang lain. Adakah suka
salah seorang daripada kamu memakan
daging saudaranya yang mati, maka tentulah kamu tidak menyukainya. Dan takutlah
kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Memenerima Taubat lagi Amat Mengasihani.`` (Al-Hujurat: 12).
Demikianlah begitu jijiknya perbuatan
mengumpat sehingga Allah membandingkan jijiknya perbuatan mengumpat sebagai
memakan daging saudara yang telah mati !.
Mengkhabarkan kami Abu Sa`id Muhammad bin Ibrahim al-Isma`ili
berkata, mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin al-Husain bin al-Hasan bin
al-Khalil, berkata, bercakap kepada kami `Ali bin al-Hasan berkata, bercakap
kepada kami Ishaq bin `Isa Ibn Binti Da`wud bin Abi Hind berkata, bercakap
kepada kami Muhammad Ibn Abi Hamid daripada Musa bin Wardan daripada Abi
Hurairah,
``Bahawa seorang lelaki berdiri sedang dia
bersama Rasulullah s.a.w. sebelum daripada itu dia duduk, maka kata setengah
mereka (kaum), ``Alangkah lemah sianu itu !``. Maka bersabda Rasulullah s.a.w.
``Dengan kamu mengumpatnya, kamu memakan daging saudara kamu.``
Allah Ta`ala telah mewahyukan kepada Nubi
Musa a.s.
``Siapa yang mati dan bertaubat daripada
mengumpat, maka dialah yang terakhir masuk syurga. Dan siapa yang mati,
sedangkan dia sebelumnya adalah berterusan mengumpat, maka dia adalah yang awal
masuk neraka.``
Demikianlah besarnya dosa orang yang
mengumpat, lantaran mengumpat boleh merosakkan
reputi seorang di mata masyarakat, apa lagi jika umpat dimaksudkan tidak
benar.
Konsep umpat, memang asalnya adalah turunnys
sifat kekejian umpat ini melalui lisan dan percakapan yang mengandungi umpatan.
Walau bagaimana umpatan juga berlaku
melalui tanpa suara. Ianya boleh melalui tulisan sama ada bersifat surat atau
melalui akhbat yang kesannya lebih luas penyebarannya.
Dalam zaman komunikasi canggah sekarang.
Mengumpat yang bersifat fitnah dan dusta dapat disebarluaskan melalui media
letronaik seperti radio dan tv dan kini alat komunikasi lebihj canggih dengan
menggunakan berbagai kaedah seperti wasup dan kaedah-kaedah yang seumpamanya
dapat disebarkan secara segera dan pantas serta meluas. Mengumpat sama ada
secara pendekatan tradisi atau pendekatan canggih seperti sekarang, maka
perbuatan mengumpat tetap salah dan hukuman terhadap yang bersalah dapat
diambil, terutama oleh pihak yang berkuasa untuk mengelak dari tersebarnya
fitnah dan berita palsu. Mengumpat tetap salah baik secara tradisi atau
pendekatan moden kini.
Cuma perlu diingat sebagaimana diperingat
oleh Al-Qur`an dan Hadith Nabi atau berbagai cara kaedah komunikasi moden, bahawa
sebelum mengambil tindakan untuk mengumpat apa lagi fitnah, maka hendaklah dinilai dan difikir
terlebih dahulu apa yang dijadikan bahan itu benar atau palsu, menjadi sensitif
kepada orang atau menjatuhkan maruah seseorang atau tidak, supaya pihak bercakap
dinilai sama ada termasuk di bawah
mengumpat atau tidak.
Sebarang kesalahan yang dibuat mungkin
diambil tindakan oleh yang kena fitnah.
Jika perkata yang berhubung dengan mengumpat melibat orang ramai dan melibatkan
kerajaan, maka sudah tentulah tindakan akan diambil oleh pihak pemerintah agar
perbuatan mengumpat tidak berleluasa dan ketenteraman dapat dikawal.
Balasan mengumpat diambil tindakan di dunia
dan lebih-lebih lagi tindakan dikenakan
di akhirat.
Jauhi dari mengumpat agar kehidupan
selamat.
Sekian.