May 22, 2017

SIAPA CENDEKIAWAN: KATEGORI PROFESOR DI BANGI !


BBB, 24 Sha`ban 1438H. = 21 Mei, 2017M. (Ahad):
Seorang lagi pembentang  kertas kerja sempena 40 tahun BBB bertempat di pinggir Tasik Cempaka, Seksyen 9, BBB, ialah Prof Dr. Shahrir Mohd. Zain Prof. Emiritus Matematik UKM (Mantan).
 Pengasas Akademi Sains Islam, Malaysia itu  memulakan pembicraan dengan mengemukakan pertanyaan, `Siapa  Itu Cendekiawan ?`
Menurutnya semua ilmuan adalah cendekiawan.  Juga  ilmuan atau cendekiawan adalah `ulama, namun kini semacam dibedakan dan dilebalkan oleh pihak tertentu, bahawa,



`` `Ulama` ialah mereka yang berpengajian agama (Islam) dan berkelayakan mengajar dan menyampaikan ceramah dan memberi jawapan terhadap persoalan-persoalan yang berhubung dengan agama.``
Menurutnya ini berbeza dengan pandangan dalam tradisi Islam, bahawa `ulama` ialah yang `takut` kepaa Allah mendalam dalam  bidang agama dan menintegrasikannya dengan keilmuan-keilmuan yang lain. Maka dengan itu `ulama juga diberi kepada tokoh perubatan, fizik, matematik juga bidang sosial dan sebagainya. Beliau juga menyebut sebuah lagi istilah, iaitu `ulu al-bab` yang juga bermaksud `ulama` - Seseorang yang berakal.
Menurut Prof. Shahrir, Di Malaysia kini terdapat lebih kurang 1,500 profesor. Daripada jumlah tersebut 50 orang daripada mereka terdapat di  BBB. Mereka adalah dari berbagai-bagai universit di Bangi dan sekelilingnya (19 buah universiti) yang menetap di BBB. Profesor-profesor ini sebagaimana bagi jumlah keseluruhan dapat dikategorikan kepada tiga.
1)      Profesor elitis individualis
2)      Profesor hambawan (hamba yang mau mengambil hati pemerintah)
3)      Profesor Komited (cakna masyarakat).


BBB yang dibuat penyelidikan (1998) adalah bandar yang paling tinggi pendapatan per kapita Melayu Islam di Malaysia), dan mugkin di dunia, tambah profesor Shahrir, mereka  adalah terbahagi kepada tiga kategori di atas.
Jumlah paling ramai profesor di BBB  ialah dari kelompok pertama, lebih kurang 60%n ialah cendekiawan –profesor elitis individualis. Mereka ini disifatkan berada di menara gading dan tidak turun kepada masyarakat. Mereka terasing dan mementingkan kejayaan individu yang menghasilkan kajian-kajian, merumus teori dan menerbitkan buku-buku dan mengejar KPI seperti profesor, profesor emeritus dan gelaran-gelaran yang lain yang menunjukkan prestasi tinggi mereka dari segi akademik dan kedudukan di tengah masyarakat. Mereka tidak melibatkan diri dengan  mana-mana pihak. Ia juga sebagai jalan selamat bagi kedudukan mereka.
Prof. Dr. Shahrir menyebut  profesor hambawana (daripada perkataan hamba) sebagai kategori kedua yang dijangka dalam lingkungan 30% daripada mereka bermaksud mereka yang berjwa hamba, bahkan bersifat feudal, yang sanggup turut tunduk kepada pihak berkuasa, kerana menjaga kedudukan, bahkan kerana mau mendapat kedudukan, walaupun tidak layak, tetapi dengan kepatuhan dan ikut apa yang disuruh dan mencari apa yang dapat dijadikan mekanisme mendekati pihak atas digunakan bagi mendapat kedudukan. Pada satu peringkat mereka sanggup menjual maruah mereka  menjadi  `penulis upahan` bagi mendapat kedudukan, walaupun diketahui sikapnya bercanggah dengan kebenaran. Menurut profesor Shahrir, termasuk mereka yang mencari kesempatan yang sedemikian ialah sebahagian golongan wartawan dan sasterawan, yang antaranya terkenal sebagai hambawan upahan.
Kategori ketiga ialah profesor yang komited turun  membela masyarakat dan berusaha menegakkan kebenaran, walaupun terpaksa menentang  pihak establishment. Menurut Prof. Shahrir, untuk mendapat profesor yang komited dan cakna masyarakat ini adalah sukar. Beliau menyebut dari 50 profesor  yang berada di Bangi agak sukar bagi mendapat beberapa orang sahaja daripada mereka. Mungkin sebahagian daripada mereka sedar tentang kebobrakan, penyelewengan dan sebagainya, tetapi tiada keberanian untuk bertindak. Mereka lebih takut kepada tekanan dan lebih suka bersikap diam. Prof. Shahrir menyebut beberapa contoh yang mungkin tidak wajar disebut di sini. Beliau menyebut beberap isu yang takut diperjuangkan sebagai contoh satu masa dulu ialah soal PPSM, soal bahasa Melayu yang sudah tidak disokong oleh setengah Melayu dan sebagainya.
Di atas merupakan pandangan Prof. Sharil, namun boleh dipersoalkan dari segi falsafah berhubung dengan ilmu,  misalnya ``Ilmu kerana ilmu,  Ilmu kerana masyarakat jagat dan Ilmu kerana Allah ?.``
Dalam sesi soal jawab, Prof Shahrir ditanya tentang bagaimana mau bertindak menentang  ketidakadilan dan penyelewengan. Prof Sharir menjawab paling penting ialah menentang dengan hujah ilmiah yang fakta-fakta sebagai hujah bagi menjelaskan sesuatu persoalan.
Beliau menekankan, bertindak secara perseorangan kurang berkesan yang mungkin membahayakan diri. Apa yang lebih baik hendaklah bergerak secara kumpulan di dalam badan-badan seperti NGO dan sebagainya. Dengan secara badan persatuan lebih didengari dan diambil tindakan.
Berhubung dengan persoalan perjuangan Melayu Islam  dan Islam Melayu yang ditimbulkan oleh Dr. Tajul, Ariffin Noordin, beliau bersetuju dengan pendekatan dan perjuangan berasaskan Islam-Melayu yang lebih  luas ruanglingkup seluas Islam itu sendiri, tetapi dengan Melayu-Islam adalah terhad dan terikat.  Berhubung dengan istilah dan konsep `ulama,  beliau sekali lagi menjelaskan  ianya perlu bersifat terbuka, ianya bukan khusus bagi yang di dalam agama, tetapi juga di dalam bidang kemanusiaan, perubatan, matematik dan lain-lain sebagaimana maknanya yang asal dengan syarat ulama` berkenaan turut menguasai bidang keislaman secara integrasi. Beliau juga berpegang pada pendapat memasyarakatkan ilmu selari dengan pendapat perlunya komitmen ilmuan terhadap kebenaran dan aplikasinya terhadap masyarakat – sebagai jawapan kepada salah satu soalan yang ditimbulkan.
Berhubung dengan soalan tentang manuskrip Melayu yang berjumlah 15,000 buah yang kebanyakan di luar negara  setakat ini hanya 5,000 saja dikaji. Menurut Prof. Shahrir, soal di mana manuskrip berada, tidak menjadi masalah kini boleh diakses dan terbuka, masalah tidak ramai yang berminat. Beliau juga ditanya tentang konsep `khashyah` yang dikaitkan dengan `ulama. (Firman Allah bermaksud:  Adapun yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah `ulama`  - Fat*ir: 28).
Sekali lagi beliau berpendapat, tidaklah bermaksud hanya `ulama` agama, tetapi juga di dalam berbagai-bagai bidang dengan syarat dia juga mempunyai asas pegangan keagamaan.
Catatan: Istilah `Takut`   (khauf, khashyah dan taqwa berbeza maksud dari segi kesufian:
Khauf =  Takut yang menyebakan seorang lari dari yang ditakuti
Khashyah  = Takut yang menyebabkan seorang pergi kepada yang ditakuti.
Taqwa: Membuat segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.

Sekian. (Bersambung).

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

    ReplyDelete