November 20, 2017

`ALA`IQ - PERGANTUNGAN


BBB, 30 Safar 1439H. =  19 November  2017M. (Ahad):
Istilah seterusnya yang dikemukakan oleh Al-Hujwiri ialah  ``Ala`iq`, iaitu jam` (plural) bagi kata `Ilaqah` yang bermaksud pergantungan, kaitan, hubungan dan bersthabit.
`Ala`iq dan `ilaqah adalah berakarkata kepada  `alaqa` yang bermaksud bergantung, berkait, berhubung dan berthabit.
Bermaksud sesuatu itu tidak tersendiri, tetapi ada kaitan, hubungan, berthabit  dengan yang lain.
Sebuah kata yang terkenal di dalam pernikahan, ialah kata `ta`liq` bermaksud bergantung, berkait, brthabit.
Ta`liq ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki selepas sempurna `aqad nikah.
Tambahan daripada `aqad, ialah ta`liq, bertujuan  mengikat, menggantung lelaki dengan syarat, atau ungkapan dan pengakuan lelaki berthabit dengan perkahwinannya - `aqadnya.
Bahawa dia adalah terikat dengan ta`liq yang dibaca (lelaki yang meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut tanpa sebab, boleh terjatuh t*alaq bila pihak perempuan membuat aduan kepada  kadhi).
`Ala`iq atau  `ilaqah dapat dikatakan sebagai pergantungan sesuatu kepada yang induk. Adanya induk baru ada ta`liq,  Tiada induk tak berlaku `ilaqah bagi sesuatu yang dita`liqkan.
Misalnya tidak ada sesuatu tambahan perjanjian  atau syarat tambahan, tanpa adanya perjanjian asas.
`Ala`iq berlaku dengan adanya mu`allaqah atau mu`allaqat.
Pergantungan pada ta`liq semata-mata tidak sempurna tanpa mu`allaq.
Hilang mu`llaq, maka tiadalah atau hapuslah  yang dita`liq.
Maksud yang diberi oleh Al-Hujwiri `Ala`iq dari segi kesufian:
Sebab-sebab kedua (bukan utama) yang menjadi pegangan para pemdamba Tuhan sehingga mereka gagal mendapatkan keinginan mereka.
Ertinya tumpuan tidak langsung kepada Tuhan, tetapi terganggu oleh tumpuan yang bukan terus kepadaNya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment