November 16, 2017

ILMU DAN MA`RIFAT


BBB, 26 Safar 1439H. =  15 November 201`7M. (Rabu):
Istilah kesufian seterusnya dibicarakan oleh Al-Hujwiri ialah istilah `Ilmu` dan Ma`rifat.
Istilah ilmu, akar katanya ialah ``alima` ertinya , tahu, iaitu  lawannya jahil – tidak tahu.
Manakala istilah ma`rifat adalah berasal dari akar kata `arafa`, ertinya  kenal yang lawannya ialah tidak kenal.
Menurut Al-Hujwiri istilah `ilmu dan ma`rifat adalah istilah theologi  bererti tahu dan kenal.
Menurut Al-Hujwiwi di kalangan ahli theologi  kedua-dua istilah  dapat diertikan secara sama, iaitu
Mengetahui.
Sebagai contoh penggunaannya di dalam theologi dikatakan oleh `ulama` al-Kalam bahawa:
``Awwalu wijibin `ala al-insan ma`rifat Allah
Bermaksud:
Seawal-awal kewajiban ke atas insan ialah ma`rifat Allah.
Ma`rifat bererti mengenal Tuhan, iaitu ilmu.
Bermaksud ma`rifat juga adalah bermaksud tahu.
Tetapi di kalangan sufi antara `ilmu dan ma`rifat ada perbezaan.
Ilmu bererti tahu secara umum berasaskan akal, tetapi ma`rifat bagi sufi ialah tahu yang bersifat kerohanian.
Istilah `ilmu` dinisbahkan kepada Tuhan. Misalnya :
Huwa  `Alimu al-ghaib wa al-shahadah (Al-Hashr: 22).
Bermaksud:  Dia Mengetahui yang ghaib dan al-shahadah (nyata).
Namun  istilah `arif menurut Al-Hujwiri tidak dinisbahkan kepada Allah, kerana katanya, tidak mengandungi rahmat Ilahi,  sebaliknya dinisbahkan kepada manusia, khusus yang mendalam dalam bidang kerohanian, misalnya dikatakan,
 Al-arif al-rabbani,
Dia yang arif rabbani – bermaksud alim dalam bidang kerohanian.

Sekian.

No comments:

Post a Comment