January 3, 2019

PENYAMPAIAN WATHIQAH TAULIAH KEPADA AJK MASJID AL-UMM


PENYAMPAIAN WATHIQAH TAULIAH KEPADA AJK MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi:  106),
BBB,  26 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 03 Januari 2019M. (Khamis):
Bahagian dua dari Majlis yang diadakan pada 1 Januari 2019 di Masjid Al-Umm ialah Penyampaian Wathiqah Tauliah dari MAIS kepada Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh Ahli Kariah Masjid Al-Umm pada 10 November 2018 yang lalu.
Sebelum penyampaian tauliah Dr, Mohd Razi bin Ismail dijemput menyampaikan ucapan selaku Timbalan Nazir. Beliau mengucap terima kasih di atas peluang yang diberi. Menurutnya beliau tidak menyangka untuk dipilih sebagai Timbalan Nazir. Walau bagaimana amanah yang diberi insya Allah akan ditunaikan sebaik mungkin. Beliau menyebut bahawa beliau adalah berkhidmat di UPM dan menetap di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Beliau adalah dari Surau Al-Ikhlas yang baru diberi tauliah bagi mendirikan Juma`at dan akan memulakan Juma`at pada 4 Januari nanti. Beliau pernah berkhidmat dengan Surau Al-Kauthar sekitar 2008-2013, pada masa itu menurutnya Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)  sering datang mengajar di Surau Al-Ikhlas. Beliau juga terlibat pada peringkat mutakhir di Masjid Al-Hasanah. Secara merendah diri beliau menyatakan, peranannya tidaklah sama dengan Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang telah berjaya membina Masjid Al-Umm yang begini indah. Beliau akan berusaha membantu Nazir melaksanakan tanggungjawab terhadap Masjid Al-Umm. – Insya Allah.
Sebelum penyampaian Wathiqah Tauliah, Penulis selaku Nazir yang baru dilantik mengucap tahniah kepada pegawai, kakitangan dan ahli-ahli Jawatankuasa yang baru dilantik. Wathiqah yang akan disampaikan pada pagi ini adalah telah diterima dalam majlis Pertemuan Nazir-Nazir  (Pemilihan nazir diumumkan dalam majlis itu) yang diadakan di PAID pada 27 Disember 2018.
Penulis memaklumkan, berikut dari pertemuan ini kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali. Sebuah lagi mesyuarat diadakan dengan pengerusi-pengerusi dan setiausaha-setiausaha surau-surau di bawah Masjid Al-Umm yang berjumlah 23 buah itu. Mesyuarat ini mungkin diadakan tiga bulan sekali bagi membincagkan apakah pendekatan dan program-program yang akan disusun bagi meningkatkan kualiti masjid bersama surau-surau baik dari segi ibadat, dakwah, pengajian dan kemasyarakatan, juga hubungan pentadbiran antara PAID, masjid dan surau-surau. Kita mau  masjid dan surau-surau sama meningkat dari segi kualiti dan kegiatan-kegiatan dalam bidang-bidang yang disebutkan. Adalah diharapkan melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan kita akan dapat menjanakan fikiran-fikiran bernas bagi dilaksanakan bagi kepentingan masjid dan surau-surau.
Berikut dari itu Wathiqah Tauliah disampaikan oleh Nazir kepada ahli-ahli yang dilantik. Mereka ialah:
1)      A. Mohd Rahmat bin Abdul Halif (Imam)
2)      Muhammad Ghazie Najmuddeen bin  Surhatman (Imam)
3)      Haji Che Omar bin Dali (Bilal)
4)      Ahmad Munawar bin Razali (Bilal)
5)      Mohd Kamaruzaman bin Marwan (Siak)
6)      Nurmi Hisham bin Mat Nor (Siak)
7)      Dr. Mohd Razi bin Ismail (Timbalan Nazir)
8)      Ah. Feizal Husni bin Arshad (Setiausaha)
9)      Muhamad Fadzli bin Muhammad Amin (Penolong Setiausaha)
10)   Haji Nazri bin Daud (Bendahari)
11)   Abdul Karim bin Mohd Sarif (Timbalan Bendahari)
12)   Azni bin Othman (AJK)
13)   Haji Ishak bin Arshad (AJK)
14)   Dr. Amran bin Abd. Majid (AJK)
15)   Dato` Dr. Mohd Wahid bin Samsudin (AJK)
16)   Siti Khadijah bt. Imam Supaat (AJK)
17)   Hjh Kamariah bt. Yusof (AJK)
18)   Muaz bin Muhammad Hamid (AJK)
19)   Datin Siti Muhibah bt. Haji Nor (AJK)
20)   Wan Zaidah bt. Wan Abdullah (AJK)
21)   Wan Zailan bin Wan Omar (Pemeriksa Kira-kira)
22)   Ishak bin Fateh  (Pemeriksa Kira-kira)
23)   Dr. Shafie Abu Bakar – Nazir  (disampaikan oleh Timbalan Nazir).
Selepas itu diadakan majlis bergambar dan dikuti dengan jamuan tengahari.
Sekian.

No comments:

Post a Comment