January 4, 2019

SURAU AL-IKHLAS 4 TAMBAHAN MULAKAN SOLAT JUMA`AT


SURAU AL-IKHLAS 4 TAMBAHAN MULAKAN SOLAT JUMA`AT
(Fikrah Bangi: 107),
BBB, 27 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 04 Januari 2019M. (Juma`at):



Surau Al-Ikhlas, 4 Tambahan Bandar Baru Bangi mendapat keizinan dari pihak JAIS mendirikan solat Juma`at  di surau itu mulai hari ini. Sebelum ini penduduk lelaki  dari kawasan 4 Tambahan menunaikan Juma`at  di surau yang dibenarkan mendirikan solat Juma`at  ialah sama ada di Surau Al-Kauthar atau Surau Bangi Perdana yang juga mendapat kebenaran mendirikan solat Juma`at. Alasan Surau Al-Ikhlas  wajar didirikan solat Juma`at  oleh kerana kedua-dua surau di atas adalah jauh, terutama bagi anak-anak sekolah menengah dan rendah untuk pergi bersolat Juma`at  di ke dua-dua surau berkenaan. Surau Al-Ikhlas adalah lebih dekat dengan kedua-dua sekolah di Seksyen empat itu. Untuk ke masjid yang paling dekat ialah Masjid Al-Umm. Lagi pula pada masa ini penduduk BBB makin bertambah dan kedua-dua surau di atas tidak mampu menampung kehadiran jama`ah.
Menurut surat dari PAID bertarikh 23 Oktober 2016 bersamaan 14 Safar 1440, bahawa MAIS melalui mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) Bil. 4/2018 yang bersidang pada 22 Oktober 2018 menentukan Persempadanan Kariah Masjid Al-Umm mulai berkuatkuasa 24 Oktober 2018 sebagaimana peta yang diedarkan yang mengandungi di bawah Persempadanan bagi Masjid Al-Umm ialah sebanyak 23 buahsurau dan Surau Al-Ikhlas yang tersenarai Bil 2 bernombor daftar (124) adalah termasuk di bawah zon Masjid Al-Umm.Selaku Nazir bagi Masjid Al-Umm yang Surau Al-Ikhlas di bawah Masjid Al-Umm, maka pihak Nazir telah menghantar surat mengucapkan `Tahniah` kepada Surau Al-Ikhlas  kerana mendapat keizinan mendirikan solat Juma`at. Pihak Surau Al-Ikhlas telah menghantar surat jemputan kepada Nazir untuk sama menghadiri dan menunaikan Solat Juma`at pertama di Surau Al-Ikhlas. Dimaklumkan Khatib Pertama yang akan menyampaikan khutbah di Surau Al-Ikhlas ialah Sahibus sa`adah Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir di PAID. Pihak Nazir menjawab insya Allah akan menyertai solat Juma`at berkenaan.


Hadir pada acara perasmian permulaan Surau alIkhlas mendirikan solat Juma`at ialah Orang Besar Daerah Dato` Ungku Maha Bijaya Orang Kaya Ungku Abdul Jalil bin Dato` Ungku Abdul Ghani, Sahabus sa`adah Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat (PAID), Dr. Razi bin Isamail Timbalan Nazir Masjid Al-UmmTuan Haji Yahya Shukor Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas, Prof Emiratus Dato` Dr. Azlan Ghazali Mantan Naib Canselor UKM sebagai penduduk setempat, Tuan Haji Nazri Daud Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan para jama`ah yang dijangka berjumlah seribu lima ratus orang.


Puncak dari acara yang diadakah sebelum Solat Juma`at ialah  perasmian solat Juma`at pertama dilakuklan oleh Orang Besar Daerah Orang Kaya Dato` Maha Bijaya  Dato` Abdul Jalil bin Dato` Abdul Ghani.
Selepas do`a dibacakan oleh Imam Surau Al-Ikhlas Orang Kaya Dato` Anbdul Jalil mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang telah berjaya mendapat keizinan dari MAIS bagi mendirikan solat Juma`at. Beliau difahamkan bahawa penduduk di Bandar Baru Bangi makin bertambah dan surau seperti Al-Kauthar tidak lagi dapat menampung pertambahan jama`ah hari Juma`at.. Pembukaan Surau Al-Ikhlas bagi solat Juma`at adalah rahmat bukan saja kepada anak-anak sekolah yang berhampiran, tetapi juga bagi penduduk dan pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga berdekatan. Dato` Orang Kaya mahu Surau Al-Ikhlas bukan saja didatangi pada hari Juma`at bagi solat Juma`at, tetapi seharusnya bagi setiap waktu.
Menurut Orang Besar Daerah itu, Surau Al-Ikhlas seharusnya bukan saja tempat ibadat secara khusus, tetapi menyeediakan program-program pendidikan berterusan bagi orang dewasa dan juga pelajar-pelajar setempat.
Orang Besar Daerah itu membawa pesan Tuanku Sultan Selangor yang mau  menjadikan masjid sebagai tempat menyatukan umat, dan bukan memecahbelahkan.
Pada puncaknya  Dato` Ungku Abdul Jalil mengungkapkan lafaz, Bismillahir-rahmanirrahim - merasmikan permulaan Solat Juma`at di Masjid Al-Ikhlas. Kemudian beliau menandatangani plag menyempurnakan perasmian, sebelum Solat Juma`at dimulakan.
Bersambung....
Sekian.

No comments:

Post a Comment