February 10, 2019

PERTANDINGAN PERTAHAN KEMENANGAN DI SEMENYIH


PERTANDINGAN PERTAHAN KEMENANGAN DI SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 144),
BBB, 05 Jamadil-Akhir 1440H. = 10 Februari 2019M. (Ahad):
DUN Semenyih secara tradisi adalah dimenangi oleh BN, tetapi pada pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018) dimenangi oleh PH. Kemenangan oleh beberapa faktor. Paling utama ialah kemarahan  rakyat terhadap isu IMDB yang kesannya bukan saja terhadap Semenyih, tetapi di berbagai tempat dan negeri yang mengakibatkan tumbangnya BN kepada PH.
Perubahan persempadanan juga memberi kesan kepada kekalahan BN di Semenyih. Kemasukan kawasan Seri Putera dan Bukit Mahkota yang selama ini tidak memihak kepada BN membantu kemenangan PH. Secara tradisi pula sejak kedua bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota selepas tahun 2000 adalah penyokong bagi Pas. Kedua kawasan ini dibuka adalah pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang, tetapi pada permulaan ini, masih tidak ramai penduduk. Tetapi sekitar 2008 kedua-dua bandar ini telah ramai dengan penghuni dan Penulis yang bertanding bagi DUN Bangi pada pilihanraya ke 12, Penulis memang memberi perhatian terhadap kedua-dua bandar ini. Misalnya mengusahakan pembinaan Masjid Seri Putera dengan melancarkan dua kali pungutan derma yang kemudian masjid di situ dapat didirikan (Penulis adalah Penasihat bagi pembinaan masjid di situ). Pembukaan sekolah agama yang Penulis sama terlibat mengusahakan bagi mendapat sekolah itu adalah pada masa Penulis menjadi ADUN Bangi. Begitu juga, walaupu Masjid Bukit Mahkota didirikan dari dana kerajaan, tetapi pada peringkat permulaan Penulis sama melancarkan derma bagi masjid itu. Sekolah Rendah dan Menengah di Seri Putera adalah didiri dan digunakan di dalam masa Penulis menjadi ADUN Bangi. Kita juga mempromosikan Pasar Malam di kedua-dua tempat yang menjadi tempat pertemuan ADUN dengan rakyat. Soal keselamatan juga diberi keutamaan. Penulis juga sering dijemput ke acara-acara yang dilakukan oleh pihak pembangunan Seri Putera (Swasta). Juga acara berbagai sambutan dan perayaan dan sukan.  Penulis mendapat sokongan yang solid di kedua-dua bandar itu (seperti Bandar Baru Bangi). Sebenarnya dengan 69.256 peratus pengundi Melayu di Semenyih (dengan kemasukan Seri Putera dan Bukit Mahkota) Pas mampu bertanding pada DUN Semenyih sekarang. Kita percaya kini berlaku perubahan persepsi pengundi di kedua-dua bandar ini terhadap PH sesudah berlaku perubahan persepsei rakyat yang menurut kajian Ilham, bahawa 60% pengundi Melayu kini tidak lagi berpihak kepada PH.
Walau bagaimana dengan kerjasama Umno dan Pas dijangka lebih memberi kekuatan kepada Umno. Kemenangan PH di Semenyih buklanlah dengan majoriti yang kukuh (8,964). Jika dicampur undi Umno dan Pas, PH hanya melebihi undi sekitar 1,000 sahaja. Ini pada masa PH mendapat sokongan kuat, tetapi dalam keadaan kini jumlah kelebihan 1,000 ini mudah dapat di atasi. PH dijangka mendapat undi solid dari kalangan orang Cina terutama dari Bandar Semenyih dan kawasan Broga disamping undi  Melayu yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat sebelum PH. Tetapi adalah dijangka PH tidak akan mendapat undi solid dari kaum India, kerana adalah dimaklumi Semenyih bersama kawasan West Country  di Kajang adalah kawasan kuat bagi PSRM. Ketuanya saudara Aru adalah bergerak di dua tempat ini. Kaum India amat menghormati komitmen saudara Aru terhadap kaum India di Semenyih dan Kajang. PSRM menyatakan hasrat untuk bertanding di Semenyih dan kaum India seperti masa-masa yang lepas tetap memberi sokongan kepada saudara Aru. Bagaimanapun semasa Penulis menjadi ADUN Bangi Aru dan pengikut-pengikutnya bersama PKR dan memberi sokongan kepada ADUN Bangi.
Adalah dilihat PH akan mendapat sokongan dari Bandar Semenyih dan sekitar Broga. Tiada tempat solid yang jelas bagi PH dari pengundi Melayu, kecuali sekitar  Kampung Pasir hingga ke Tekali, Beranang dan perkampungi dari Bangi Lama ke Semenyih.
Walau bagaimana sebagai kerajaan yang memerintah, maka dalam masa  tidak sampai sebulan ini pihak PH akan melonggokkan berbagai projek di Semenyih, bantuan dan janji-janji yang mau menarik sokongan penduduk. Bagaimanapun kita percaya semangat dan kesedaran rakyat sebagaimana berlaku di Cameron Highlands akan melarat ke Semenyih.
Sekian.

1 comment:

  1. I want to use this opportunity to appreciate Dr Ekpen for the good work that his doing around the world, many of you must have ahead of him and what his doing. The reason why I'm appreciating him on this site is because maybe someone out there is facing the same challenge and he/she don't know what to do next to fix the issue, Dr Ekpen is a great spell caster and friendly also, if you have problem in your relationship you can contact him right way and he will be clad to help you out. Contact him now via email at ekpentemple@gmail.com or on whatsaap +2347050270218.

    ReplyDelete